Sepanggar

petempatan manusia di Sabah, Malaysia

Sepanggar merupakan salah satu subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya cukup cantik, menarik dan strategik kerana terdapat kawasan bukit di tepi pantai Teluk Sepanggar. Ahli Parlimen bagi Sepanggar (P.171) ialah Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) . Kawasan parlimen Sepanggar dibahagi kepada tiga DUN, iaitu Karambunai (N.16), Darau (N.17) dan Inanam (N.18).

Di sini terdapat kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Latihan simulasi kapal selam TLDM ditempatkan di kem ini. Dua buah kapal selam jenis Scorpene yang dibina di Sepanyol ditempatkan di limbungan Teluk Sepanggar. Kapal selam ini diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

Pendidikan

sunting

Pengajian Tinggi:

Sekolah Menengah:

Sekolah Rendah:

Tempat Menarik

sunting
  • Kokol Haven Resort
  • Air Terjun Kionsom
  • Kampung Budaya Mari Mari
  • Menara Tun Mustapha
  • Akuarium Muzium Marin (UMS)
  • 1Borneo Hypermall

Rujukan

sunting