Pecah periuk
Pecah periuk, jarum-jarum, jejarum, siantan, seganding atau seganding jantan ialah sejenis pokok renek berbunga dalam genus Ixora[3][4] keluarga Rubiaceae.[1] Genus ini mempunyai 544 spesies.[2] Pokok renek ini didapati di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia, terutamanya India.
Pecah periuk Jejarum | |
---|---|
Ixora coccinea | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | Ixora
|
Spesies jenis | |
Ixora coccinea | |
Spesies | |
sekitar 544 spesies, lihat teks | |
Sinonim[1][2] | |
Senarai |
Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.
Penamaan
suntingNama jarum-jarum (Jawi: جاروم٢ ) dan jejarum (Jawi: ججاروم ) diberikan kerana stigma bunganya yang nipis seperti jarum.[5]:284–285
Botani
suntingTingginya pokok pecah periuk sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora javanica adalah lebih besar iaitu 12-20 sentimeter panjang dan 4-6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7-10 sentimeter panjang dan 3-5 sentimeter lebar.
Bunga pokok ini besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Walau bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih.
Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.
Penanaman
suntingSpesies-spesies tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.
Spesies terpilih
sunting- Ixora chinensis
- Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia
- Ixora javanica yang berasal dari Malaysia dan Indonesia
Kegunaan
suntingBunga pokok ini yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.
Galeri
sunting-
Bunga jejarum yang berwarna putih.
-
Bunga jejarum kuning
-
Bunga jejarum
-
Jejarum muda
Rujukan
sunting- ^ a b "Ixora L., Sp. Pl.: 110 (1753)". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 1 Mei 2024.
- ^ a b "Ixora L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 1 Jun 2022.
- ^ "Ixora". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 44–45, 228–231. ISBN 9789676118929.
- ^ Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
Pautan luar
suntingWikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pecah periuk |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pecah periuk |