Sudut
Sudut ialah bentuk yang terbentuk oleh dua garisan yang berkongsi titik hujung yang sama, yang dipanggil puncak sudut. Sudut memberikan satu cara untuk menyatakan perbezaan dalam kecerunan antara dua garisan yang bertemu di bucu tanpa perlu mentakrifkan kecerunan keduanya. Sudut dipelajari dalam geometri dan trigonometri.
Unit ukuran sudut
suntingSudut merupakan hasil bahagi panjang suatu lengkung s dengan jejari bulatan r, dan boleh jadi dikalikan dengan suatu pemalar k:
Sudut dianggap tidak mempunyai dimensi, kerana ia ditakrifkan sebagai nisbah dua ukuran panjang. namun terdapat beberapa unit yang digunakan untuk mengukur sudut, bergantung kepada pemilihan pemalar k.
- Bulatan penuh atau satu pusingan atau putaran menggunakan k = 1/2π, menjadikan sudut 1 bulatan penuh = 2π rad = 4 sudut tepat = 400 gon = 360°.