Tawaf (Arab: طَوَاف, rumi: ṭawāf, terbitan bentuk ism kata kerja طاَفَṭāfa "mengelilingi")[1] adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya[2]. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram Mekah.

Pelan pelaksanaan Tawaf menurut Islam

Syarat Tawaf

sunting
  1. Suci daripada hadas.
  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian.
  3. Menutup aurat.
  4. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.
  5. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.
  6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ).
  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.


Sunat Tawaf

sunting

Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:

  • Bertawaf dengan berjalan kaki.
  • Memendekkan langkah.
  • Berjalan cepat dengan berlari anak.
  • Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar".
  • Beristilam dengan tangan kanan.
  • Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya.
  • Beristilam di rukun Yamani.
  • Berittibak.
  • Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
  • Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).


Istilam -
  • Mengucup Hajar Aswad atau menyentuhnya dengan tangan.
  • Jika tidak mampu, memadai dengan isyarat atau melambai dengan tangan.
  • Lebih elok dilakukan setiap pusingan jika mampu.
Ittibak -
  • Meletakkan pertengahan kain selendang/ihram di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki.

Jenis Tawaf

sunting
  • Tawaf Qudum (ﻗﺪﻭﻡ ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.
  • Tawaf Ifadhah (ﺇﻓﺎﺿﻪ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.
  • Tawaf Sunat (ﺳﻨﺔ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.
    • Tawaf Tahiyyat (ﺗﺤﻴﺔ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.
  • Tawaf Nazar (ﻧﺬﺭ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.
  • Tawaf Wada' (ﻭﺩﺍﻉ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.
 
Jamaah haji tawaf mengelilingi Kaabah

Rujukan

sunting
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 234–235. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Azhari, Raihanah; Harun, Ahmad Salahuddin (2019-12-16). "Aplikasi Al-Taysir Dalam Ibadat Haji dan Umrah Berdasarkan Keputusan Muzakarah Haji Kebangsaan". Jurnal Fiqh. 16 (2): 225–252. doi:10.22452/fiqh.vol16no2.1. ISSN 2289-7518.