Tentera Udara India

Tentera Udara India merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera India. Ia bertanggungjawab untuk melakukan peperangan udara dan menjaga kedaulatan ruang udara India.

Tentera Udara India
Panji Tentera Udara India
Aktif8 Oktober 1932
Negara India
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Saiz170,000 anggota
1,430 buah pesawat
Ibu pejabatNew Delhi
MotoNabha Sparsham Deeptam
Touching the Sky With Glory
Komander
Ketua Turus UdaraKetua Marsyal Udara Arup Raha
Komander
terkenal
Marsyal Tentera Udara India Arjan Singh
Tanda kebesaran
Roundel
Lambang ekor
Pesawat terbang
Peperangan
elektronik
Ilyushin/IAI Phalcon
PejuangSu-30MKI Flanker-H, HAL Tejas, Mirage 2000, MiG-29 Fulcrum, SEPECAT Jaguar, MiG-27 Flogger-D/J, MiG-21 Fishbed

Tentera Udara India telah ditubuhkan pada 8 Oktober 1932. Ia telah dianugerahkan dengan awalan "Diraja" pada tahun 1945 sebagai penghargaan penglibatan pasukan ini semasa Perang Dunia II. Anugerah "Diraja" kemudian telah digugurkan setelah India menjadi sebuah negara republik pada tahun 1950. Ibu pejabat pasukan ini terletak di New Delhi. Tentera Udara India pada masa kini mempunyai kira-kira 170,000 anggota dan 1,430 buah pesawat tempur (angka pada 2006) menjadikannya sebagai tentera udara ke-4 terbesar di dunia selepas A.S, Rusia dan China.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Laman web kekuatan tentera udara".

Pautan luar

sunting