Kukusan (kawasan negeri)
Kawasan pilihan raya Sabah | |||
---|---|---|---|
Koordinat: | 4°16′04″N 117°53′02″E / 4.267833°N 117.883863°EKoordinat: 4°16′04″N 117°53′02″E / 4.267833°N 117.883863°E | ||
Bahagian pilihan raya negeri | |||
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Sabah | ||
ADUN |
PHRS-GRS | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 2019 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 2020 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2020 | ||
Demografi | |||
Pemilih (2020)[1] | 12,640 | ||
Luas (km²)[2] | 8 |
Kukusan ialah sebuah kawasan negeri di Sabah, Malaysia yang diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Kawasan pilihan raya negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Tawau dalam Daerah Tawau. Kukusan juga merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak dalam zon kawasan parlimen Kalabakan, iaitu kawasan parlimen yang terletak di tengara negeri Sabah.[2][3] Kod bagi kawasan pilihan raya ini ialah N70. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak. Daerah ini melahirkan seorang tokoh usahawan yang berjaya di Bandar Kuala Lumpur yang dikenali sebagai DSAT (Dato’ Seri Azizul Tandek).
Sejarah
Kawasan ini juga salah satu daripada tiga belas bahagian pilihan raya negeri baru akibat persetujuan daripada Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 dan mewakili buat kali pertama untuk pilihan raya kilat.[4]
Sejarah perwakilan
Penggal | Tahun | Ahli | Parti | |
---|---|---|---|---|
Kukusan Kawasan baru dicipta |
||||
Ke-16 | 2020–kini | Rina Hj Jainal | Parti Harapan Rakyat Sabah(HR) |
Daerah mengundi
Kawasan pilihan raya Kukusan merangkumi lima daerah mengundi iaitu Muhibbah Raya, Senotsa, Kukusan, Padang Terbang dan Banyan.[2][5]
Kedudukan daerah mengundi dalam kawasan DUN Kukusan adalah seperti berikut.[2]
- Daerah mengundi Muhibbah Raya (dinamakan sempena Kampung Muhibbah Raya) terletak di utara Kukusan
- Daerah mengundi Sentosa (dinamakan sempena Taman Sentosa) terletak di timur Kukusan
- Daerah mengundi Padang Terbang (dinamakan sempena Padang Terbang Tawau yang lama) terletak di tenggara Kukusan
- Daerah mengundi Banyan (dinamakan sempena Jalan Banyan di pusat bandar Tawau) terletak di barat daya Kukusan
- Daerah mengundi Kukusan terletak di barat Kukusan dekat sempadan DUN Tanjung Batu.
Pusat mengundi
Daerah mengundi | Nombor kod | Pusat mengundi[5] | Bilangan pemilih (2016)[2] | |
---|---|---|---|---|
Nama pusat mengundi | Lokasi pusat mengundi | |||
Muhibbah Raya | 191/70/01 | Sekolah Kebangsaan Muhibbah Raya | Peti Surat 61524, 91025 Tawau | 2,675 |
Sekolah Kebangsaan Bahagia | WDT 183, 91007 Tawau | |||
Sentosa | 191/70/02 | Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin | Peti Surat 84, 91007 Tawau | 2,418 |
Kukusan | 191/70/03 | Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara | Peti Surat 843, 91008 Tawau | 3,374 |
Padang Terbang | 191/70/04 | Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau | Peti Surat 214, 91007 Tawau | 1,454 |
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau II | Peti Surat 61364, 91023 Tawau | |||
Banyan | 191/70/05 | Sekolah Agama Islamiah Tawau | Jalan Utara, 91000 Tawau | 2,017 |
Jumlah | 11,938 |
Keputusan pilihan raya
Parti | Calon | Undian | % | ||
---|---|---|---|---|---|
WARISAN | Rina Hj Zainal | 2,834 | 42.53 | ||
BN | Chaya binti Sulaiman | 2,824 | 42.38 | ||
PHRS | Wong Jin Soon | 796 | 11.94 | ||
USNO | Ismail Idris @ Pakcik El | 80 | 1.20 | ||
PCS | Taufik bin Muin | 75 | 1.13 | ||
PHRS | Rosdiansa bin Mohd Noor | 34 | 0.51 | ||
GAGASAN | Lee Boon King | 21 | 0.32 | ||
Jumlah undi sah | 6,664 | 100.00 | |||
Pemilih berdaftar | 12,640 | ||||
Majoriti | 10 | 0.15 | |||
Ini ialah kawasan baharu ditubuhkan. | |||||
Rujukan
- ^ a b "Keputusan Terkini DUN N.70". Dashboard SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 13 September 2020.
- ^ a b c d e Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri Sabah Kali Keenam Tahun 2017 (PDF) (Laporan). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-09-13. Dicapai pada 2019-10-02.
- ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ Daim, Nuradzimmah; Pei Ying, Teoh. "Sabah gets 13 more state seats" [Sabah mendapat 13 kerusi negeri lagi]. News Straits Times (dalam bahasa Inggeris). NSTP publisher. Dicapai pada 23 September 2020.
- ^ a b "Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sabah" (PDF). Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia. 24 September 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-10-11. Dicapai pada 13 September 2020.
Pautan luar
- "Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah". PRU di Sinar Harian. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2018. Dicapai pada 20 Oktober 2020.