Pergi ke kandungan

Ahmad Idham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Idham

Kelahiran
Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri

(1974-01-01) 1 Januari 1974 (umur 50)
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1994–kini
PasanganJameah "Amy" Aziz (k. 1999)
Anak-anak4
Keluarga
  • Zulkahar Nadzri (adik)
  • Khalid Nazri (adik)
  • Azman Nadzri (adik)
  • Abby Nadzri (adik)
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Dalam jawatan
5 Jun 2020 – 12 September 2021
Digantikan olehDr. Md Nasir Ibrahim
Dalam jawatan
11 Mac 2019 – 10 Mac 2020

Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri (lahir 1 Januari 1974) ialah seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit televisyen Malaysia.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak sulung daripada lima beradik. Adik-beradiknya, Khalid, Azman dan Abby Nadzri juga berkecimpung dalam bidang seni, Khalid juga bergiat aktif sebagai pengarah drama manakala Azman pernah menjadi penyusun intisari rancangan TV Pendidikan, dan Abby mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara. Bapanya, Ahmad Nadzri Ismail yang merupakan seorang askar yang berkhidmat dalam pasukan tentera telah mendidik Idham dan adik-beradiknya semasa kecil.[2]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA).[2] Ketika menuntut di UiTM, beliau bertemu dengan Azhar Sulaiman yang merupakan pelajar jurusan seni bina.[2] Pada September 2020, beliau berjaya menamatkan pengajian doktor falsafahnya di Universiti Utara Malaysia dan memperoleh kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan. Beliau membuat tesis bertajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu'.

Idham menceburkan diri dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam filem KLU yang dibintangi oleh Amy Mastura dan Azhar Sulaiman pada tahun 1994 ketika berusia 20 tahun. Beliau mendaftakan dirinya di Kuasatek Pictures yang dipelopori oleh penerbitnya, Mohd Noor Kadir. Idham membuat penampilan sulungnya di layar kaca menerusi drama Identiti yang bersiaran di TV3 ketika itu, yang mana beliau memegang watak kecil.[2] Sejak itu, beliau membintangi beberapa drama pada masa itu.

Rezeki berpihak kepada Idham apabila berlakon bersama Arni Nazira dalam drama Cinta Antara Benua; beliau menjayakan watak sebagai Wahid.[2] Beliau meraih pengiktirafan luar biasa menerusi gandngannya bersama Haliza Misbun dalam drama Cinderella yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 3 Ogos 1998.[3] Ia turut dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Amyza Aznan, Zizie Ezette, Abu Bakar Omar dan Azizah Mahzan. Khianat menjadi bintang utama sitkom popular ntv7, Spanar Jaya; beliau memegang watak sebagai Iskandar, seorang mekanik kereta di bengkel Spanar Jaya.[4]

Idham menubuhkan syarikat penerbitan Excellent Pictures pada 2002 yang mengkhususkan kepada penerbitan drama dan filem. Pada Mei 2014, beliau telah bernekad untuk keluar dari syarikat produksi yang ditubuhkannya bersama beberapa rakan perniagaan.[5] Beliau menubuhkan AIFA (Ahmad Idham Film Academy) terletak di Iskandar Puteri, Johor dan beroperasi secara kecil-kecilan dengan pengambilan beberapa pelajar sekitar Johor yang berminat dalam bidang penerbitan filem. Akademi ini dikatakan mampu melahirkan pengarah-pengarah yang berbakat besar.[6]

Idham kembali berlakon dengan memegang watak sebagai Borhan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[7]

Pada 11 Mac 2019, Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau menggantikan Shakib Ahmad Shakir yang menjadi pemangku.[8]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Jameah "Amy" Aziz pada 1999 dan mempunyai 4 anak. Anak sulungnya, Ahmad Firdaus memghidap penyakit autisme sejak lahir. Idham menubuhkan sebuah sekolah khas yang dinamakan sempena anaknya, dengan sistem pendidikan dan terapi bertaraf antarabangsa disediakan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Eden Firdaus Special Need Centre yang beroperasi di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.[9][10][11][12]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1995 KLU Ya Tidak Tidak Rozman Filem pertama, pelakon tambahan
2000 Senario Lagi Ya Tidak Tidak Doktor Penampilan khas
Anaknya Sazali Ya Tidak Tidak Farid
2002 Mr. Cinderella Ya Ya Tidak Doktor Filem arahan pertama, penampilan khas
2004 Tangkai Jering Ya Tidak Tidak Ramadhan
2006 Tipah Tertipu The Movie Tidak Ya Ya
Remp-It Ya Ya Tidak Mekanik Penampilan khas
Tentang Bulan Tidak Ya Tidak
2007 Jangan Pandang Belakang Tidak Ya Tidak
Impak Maksima Ya Ya Ya Rizwan Penampilan khas
2008 Congkak Ya Ya Tidak Peniaga
I'm Not Single Ya Tidak Tidak Ahmad Pelakon undangan
Senario The Movie - Episod 1 Tidak Ya Tidak
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Tidak Ya Tidak
2009 Syurga Cinta Tidak Ya Tidak
Jangan Pandang Belakang Congkak Tidak Ya Tidak
Senario The Movie Episod 2: Beach Boys Ya Ya Tidak Abang Ghasidah Penampilan khas
2010 Adnan Sempit Tidak Ya Tidak
Niyang Rapik Tidak Ya Ya
Semerah Cinta Stilleto Tidak Ya Tidak
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Tidak Ya Tidak
Cuti-Cuti Cinta Tidak Ya Tidak
Aku Masih Dara Tidak Ya Tidak
Damping Malam Ya Ya Tidak Wadi
2011 Senjakala Tidak Ya Ya
Hantu Bonceng Tidak Ya Ya
2012 Jangan Pandang-Pandang Tidak Ya Ya
Gerimis Mengundang Tidak Ya Tidak
Mael Lambong Tidak Ya Ya
8 Jam Tidak Ya Tidak
Apa Celop Toqq... Tidak Ya Ya
2013 Gangster Celop Tidak Ya Ya
Lari Tidak Ya Ya
Cinderella Tidak Ya Ya
2014 Tembus Tidak Ya Ya
Hantu Nan Sempit Tidak Ya Ya
2015 Romeo Kota Ya Tidak Ya ASP Jamal Penampilan khas
Mat Moto Ya Ya Ya Iskandar Penampilan khas
2016 Harmonika Tidak Tidak Ya
Mat Moto Otai Ya Ya Ya Iskandar
2017 Minah Moto Tidak Ya Ya
Pencuri Hati Mr. Cinderella Ya Ya Ya Salman
2018 Hantu Wangan Ya Ya Ya Dirinya sendiri Penampilan khas
Qhaliq Ya Tidak Ya Tuan Roslan
2019 Kron Ya Tidak Tidak Profesor Amri Penampilan khas
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Tidak Ya Ya
Saka Perawan Tidak Ya Ya
Reeza GTR Tidak Ya Ya
2025 Sahak Gangster Tidak Ya Ya Pos-produksi
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1996 Identiti Ya Tidak Tidak TV3 Drama pertama
1997 Cinta Antara Benua Ya Tidak Tidak Wahid
1998 Cinderella Ya Tidak Tidak Salman
1999 Romeo & Juliet Ya Tidak Tidak Romi
1998–2005 Spanar Jaya Ya Tidak Tidak Iskandar ntv7 Sitkom
2003 Mengejar Pelangi Ya Ya Tidak Astro Prima Drama arahan pertama
2005 Aku, Dia & Capetown Tidak Ya Ya TV3
2006 Kamasutra Ya Tidak Tidak Kamal
2007 Kerana Cintaku Saerah Ya Tidak Tidak Pelakon undangan
2008 Ezora Tidak Ya Ya
Impak Maksima the Series Ya Ya Ya Ridzwan
2011 Ustaz Amirul Tidak Tidak Ya
2012 Apa Celop! Tidak Ya Ya
Runtun Qalbu Tidak Tidak Ya
2016 Married Tapi Benci Tidak Tidak Ya
Tak Beli Tak Cinta Tidak Ya Ya
2018 Cinta Tiada Ganti Ya Tidak Tidak Borhan Astro Prima
2019 Spanar Jaya X Ya Ya Tidak Iskandar TV3 Episod: "Ini Harta Mat Rock Yang Punya"
Ya Ya Tidak Episod: "Stiletto Merah"
2023 Bukan Sekadar Lafaz Ya Tidak Tidak Tuan Zaman
W: Two Worlds Ya Tidak Tidak Bapa Aliff Viu

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1997 Dominan Ya Tidak Tidak TV3 Telefilem pertama
1998 25 Tahun 5 Minit Ya Tidak Tidak Azman
1999 Minah Meenachi Ya Tidak Tidak
2000 Pak Jalal T.J Ya Tidak Tidak
2002 Tarantula Ya Ya Tidak Telefilem arahan pertama
2003 Che Mat Ya Tidak Tidak Iris
2008 Rempit vs Impak Maksima Tidak Ya Ya
2009 Lagu Kita Tidak Ya Ya Astro Citra
2 Jiwa 1 Hati Ya Ya Ya Doktor TV3
2010 Talkin Terakhir Tidak Ya Tidak
2012 Apa Celop Raya Tidak Ya Ya
Begitulah Sayang Tidak Ya Ya
2013 Abang Long vs Kak Yong Tidak Ya Ya
2018 Ketupat Untuk Ariana Tidak Ya Tidak
Genesis Ya Tidak Tidak
Rezeki Tanpa Alamat Tidak Ya Tidak

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Maharaja Lawak Juri tetap Astro Warna
2015 Projek Komedi Warna Juri tetap

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1998 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1997/98 Artis Baru Popular Menang
1999 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2003 Anugerah Skrin 2003 Pengarah Terbaik (Telefilem) Menang
Festival Filem Malaysia ke-16 Pengarah Harapan Menang
  1. ^ "Goodies on the tube". eCentral. The Star. 1 Okt 2008. Dicapai pada 24 Apr 2010.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b c d e Aini Nawawi (23 Julai 2017). "Ahmad Idham terima berkarung surat peminat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  3. ^ Haliza dan Ahmad Idham dalam adegan drama Cinderella Diarkibkan 2018-07-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2010.
  4. ^ "Sitcom Spanar Jaya di NTV7". Utusan Malaysia. 12 Februari 1999. Dicapai pada 25 Mac 2018.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (16 Jun 2014). "Ahmad Idham tinggalkan Excellent Pictures tubuhkan akademi". mStar Online. Dicapai pada 3 Julai 2014.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (9 April 2016). "Ada pihak ingat saya muflis: Ahmad Idham". Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2016.
  7. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (14 Mac 2019). "Ahmad Idham CEO baharu FINAS". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2019.
  9. ^ Nor Azlina Shaari (8 Mac 2016). "Eden Firdaus Special Need Centre, Sekolah OKU Ahmad Idham". Felda Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2016.
  10. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Mac 2016). "Ahmad Idham mahu buka sekolah OKU kanak-kanak". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2016.
  11. ^ Fiza Kamarudin (12 Mei 2017). "Ahmad Idham Mahu Jadikan Eden Firdaus Sebagai Hab Pendidikan Khas". Astro Gempak. Dicapai pada 18 September 2017.
  12. ^ "Mahu bikin karya khas untuk OKU". Sinar Harian. 9 November 2017. Dicapai pada 9 November 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Shakib Ahmad Shakir (pemangku)
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional

11 Mac 2019 – 10 Mac 2020
Diikuti oleh:
Hans Isaac