Pergi ke kandungan

Bahasa Dari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dari
Parsi Dari, Parsi Afghan
دری
Dari dengan tulisan Arab-Parsi
Sebutan/dæˈɾiː/
Asli kepadaAfghanistan
Penutur bahasa
12.5 million (2000–2011)
rasmi, bahasa yang digunakan oleh 50% daripada penduduk Afghanistan.
Huruf Parsi
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Afghanistan
Kod bahasa
ISO 639-3
prs – Dari, Parsi Afghan
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Dari (Bahasa Dari: دری /dæˈɾiː/) atau Parsi Dari (فارسی دری Fārsī-ye Darī) merupakan sebuah cabang bahasa Parsi yang ditutur di Afghanistan.[1]

Dari ialah nama yang diberi kepada Bahasa Parsi Baru sejak kurun ke-10 dan digunakan secara meluas dalam teks Arab dan Parsi. Dari berasal dari Parsi Tengah yang ditutur pada pemerintahan Empayar Sasan. Dari digunakan pemuisi sejak beberapa kurun dahulu: Rudaki pada kurun-9 hingga Parvin Etesami pada kurun ke-19. Dari merupakan salah 1 daripada 2 bahasa rasmi di Afghanistan, dan yang satu lagi ialah Bahasa Pashto. Dari menyumbang kebanyakan pinjaman Parsi ke bahasa Asia lain seperti Bahasa Urdu, Hindi, Punjabi, Bengali dan lain-lain kerana Dari ialah bahasa pentadbiran, rasmi dan kebudayaan Empayar Mughal Parsi dan berperanan sebagai lingua franca di seluruh subbenua Asia Selatan selama beberapa kurun. Terdapat perbezaan fonologi, kosa kata dan morfologi antara Parsi Afghanistan dan Parsi Iran. Kerajaan-kerajaan Afghanistan sejak berkurun-kurun telah mempromosikan Parsi Baru sebagai bahasa rasmi kerajaan sejak Pemerintahan Kesultanan Delhi walaupun kerajaan itu kebanyakannya terdiri daripada kaum Pashtun.