Bahasa Korea
Bahasa Korea | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
한국어 , a조선말 <!a--Romanization-->Hangugeoa, Chosŏnmal | |||||||
Asli kepada | Korea Utara, Korea Selatan, bahagian timur laut dari China, Jepun | ||||||
Penutur bahasa | 80 juta | ||||||
Kegunaan khusus Hangul atau campuran Hangul dan Hanja | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Negeri luas: Korea Utara, Korea Selatan, Malaysia Kawasan: Republik Rakyat China (Prefektur Berautonomi Yanbian Korean in Provinsi Jilin) | ||||||
Dikawal selia oleh | Korea Selatan: Gungnip-gugeowon (Institut Kebangsaan Bahasa Korea; 국립국어원 )[1] Korea Utara: Sahoe Kwahagwŏn Ŏhak Yŏnguso (사회 과학원 어학 연구소 ) | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | ko | ||||||
ISO 639-2 | kor | ||||||
ISO 639-3 | kor | ||||||
|
Bahasa Korea (한국어/조선말 , lihat bawah) ialah bahasa rasmi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan sejak kebelakangan ini, Filipina.
Pengelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% daripadanya bahasa Inggeris.[7]
Fonologi
[sunting | sunting sumber]Konsonan
[sunting | sunting sumber]Bibir | Alveolar | Postalveolar | Velar | Glotal | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Plosif dan afrikat |
biasa | ㅂ /p/ | ㄷ /t/ | ㅈ /ʨ/ | ㄱ /k/ | |
tegang | ㅃ /p͈/ | ㄸ /t͈/ | ㅉ /ʨ͈/ | ㄲ /k͈/ | ||
beraspirasi | ㅍ /pʰ/ | ㅌ /tʰ/ | ㅊ /ʨʰ/ | ㅋ /kʰ/ | ||
Frikatif | biasa | ㅅ /s/ | ㅎ /h/ | |||
tegang | ㅆ /s͈/ | |||||
Hentian nasal | ㅁ /m/ | ㄴ /n/ | ㅇ /ŋ/ | |||
Konsonan kibasan | ㄹ /ɾ/ |
Contoh perkataan dengan konsonan:
Bunyi | Contoh | Transkripsi Roman | Bahasa Melayu |
---|---|---|---|
ㅂ /p/ | 발 [pal] | bal | 'kaki' |
ㅃ /p͈/ | 빨다 [p͈alda] | ppalda | 'menghisap' |
ㅍ /pʰ/ | 팔 [pʰal] | pal | 'lengan' |
ㅁ /m/ | 말 [mal] | mal | 'kuda' |
ㄷ /t/ | 달 [tal] | dal | 'bulan' |
ㄸ /t͈/ | 딸 [t͈al] | ttal | 'anak perempuan' |
ㅌ /tʰ/ | 타다 [tʰada] | tada | 'menunggang' |
ㄴ /n/ | 날 [nal] | nal | 'hari' |
ㅈ /ʨ/ | 잘 [ʨal] | jal | 'baik' |
ㅉ /ʨ͈/ | 짜다 [ʨ͈ada] | jjada | 'memerah; menjadi masin' |
ㅊ /ʨʰ/ | 차다 [ʨʰada] | chada | 'menendang' |
ㄱ /k/ | 가다 [kada] | gada | 'pergi' |
ㄲ /k͈/ | 깔다 [k͈alda] | kkalda | 'menyebar' |
ㅋ /kʰ/ | 칼 [kʰal] | kal | 'pisau' |
ㅇ /ŋ/ | 방 [paŋ] | bang | 'bilik' |
ㅅ /s/ | 살 [sal] | sal | 'daging' |
ㅆ /s͈/ | 쌀 [s͈al] | ssal | 'bijian beras' |
ㄹ /l/ | 바람 [paɾam] | baram | 'angin' |
ㅎ /h/ | 하다 [hada] | hada | 'buat' |
Simbol IPA <͈> (tanda petikan lurus berganda dalam bentuk subscript) digunakan untuk menandakan konsonan yang tegang /p͈/, /t͈/, /k͈/, /ʨ͈/, /s͈/. Kegunaan rasminya dalam Extended IPA ialah untuk artikulasi yang 'kuat', namun juga digunakan dalam cetakan bagi suara faukal (faucalized voice). Konsonan-konsonan bahasa Korea juga mengandungi unsur-unsur suara kaku, tetapi belum diketahui sejauh mana kerapnya konsonan faukal. Konsonan-konsonan ini dihasilkan dengan kekangan sebahagian glotis dan tekanan subglotal tambahan serta juga dinding saluran vokal yang tegang, perendahan larinks, atau mana-mana kembangan larinks yang lain.
Kadang-kala konsonan tegang itu ditandakan dengan simbol berupa koma atas <ʼ>, namun ini kurang sesuai, kerana IPA <ʼ> mewakili konsonan ejektif, dengan penaikan glotis seakan omboh dan tekanan udara bukan pulmonik yang tidak dikongsi oleh konsonan tegang bahasa Korea ini.
Vokal
[sunting | sunting sumber]Monoftong
/i/ ㅣ , /e/ ㅔ , /ɛ/ ㅐ , /a/ ㅏ , /o/ ㅗ , /u/ ㅜ , /ʌ/ ㅓ , /ɯ/ ㅡ , /o̷/ ㅚ
Bunyi vokal yang didahului oleh pengantara, atau Diftong
/je/ ㅖ , /jɛ/ ㅒ , /ja/ ㅑ , /wi/ ㅟ , /we/ ㅞ , /wɛ/ ㅙ , /wa/ ㅘ , /ɯi/ ㅢ , /jo/ ㅛ , /ju/ ㅠ , /jʌ/ ㅕ , /wʌ/ ㅝ
(/ɯi/ ㅢ ialah satu-satunya diftong sejati dalam bahasa Korea.)
Monoftong
[sunting | sunting sumber]Bahasa Korea mengandungi 8 kualiti vokal yang berlainan serta kelainan kepanjangan vokal. Dua vokal lagi, iaitu vokal membulat hadapan separuh tertutup /ø/ dan vokal membulat hadapan tertutup /y/, masih kedengaran dalam pertuturan sesetengah penutur yang lebih tua, namun bunyi vokal tersebut masing-masing telah banyak diganti dengan diftong [we] dan [wi]. Dalam satu pantauan terhadap 350 orang penutur di Seoul pada tahun 2003, hampir 90% menyebut huruf vokal 'ㅟ ' sebagai [wi]. Kelainan kepanjangan hampir lenyap sama sekali; kelainan kepanjangan bagi semua bunyi vokal masih kedengaran dalam penutur yang lebih tua, tetapi hampir semua penutur yang muda sama ada tidak memperlainkan kepanjangan vokal secara konsisten atau langsung tidak memperlainkan kepanjangan vokal sama sekali. Kelainan antara /e/ dan /ɛ/ juga menjadi unsur yang kian pupus dalam sesetengah penutur lebih muda, terutamanya di kawasan Seoul, manakala dalam kawasan-kawasan dialek lain, kedua-dua vokal ini masih ketara lainannya. Bagi penutur yang tidak melakukan pembezaan ini [e] lebih kerap didengar. Vokal /ʌː/ panjang pula menjadi [əː] bagi kebanyakan penutur.
Vokal pendek | Vokal panjang |
---|---|
/i/ 시장 (sijang [ɕiˈʥaŋ], 'kelaparan') | /iː/ 시장 (sijang [ˈɕiːʥaŋ], 'pasar') |
/e/ 베개 (begae [peˈɡɛ], 'bantal') | /eː/ 베다 (beda [ˈpeːda], 'memotong') |
/ɛ/ 태양 (taeyang [tʰɛˈjaŋ], 'matahari') | /ɛː/ 태도 (taedo, [ˈtʰɛːdo], 'kelakuan') |
/a/ 말 (mal [ˈmal], 'kuda') | /aː/ 말 (mal [ˈmaːl], 'kata, bahasa') |
/o/ 보리 (bori [poˈɾi], 'barli') | /oː/ 보수 (bosu [ˈpoːsu], 'gaji') |
/u/ 구리 (guri [kuˈɾi], 'kuprum') | /uː/ 수박 (subak [ˈsuːbak], 'tembikai') |
/ʌ/ 벌 (beol [ˈpʌl], 'hukuman') | /əː/ 벌 (beol [ˈpəːl], 'lebah') |
/ɯ/ 어른 (eoreun [ˈəːɾɯn], 'orang tua') | /ɯː/ 음식 (eumsik [ˈɯːmɕik], 'makanan') |
Diftong dan luncuran
[sunting | sunting sumber]/j/ dan /w/ dianggap sebagai komponen diftong dan bukannya bunyi konsonan yang berasingan.
wi | [twi] | dwi | 'belakang' | ɯi | [ˈɯisa] | uisa | 'doktor' | ||||
je | [ˈjeːsan] | yesan | 'bajet' | we | [kwe] | gwe | 'kotak' | ||||
jɛ | [ˈjɛːgi] | yaegi | 'cerita' | wɛ | [wɛ] | wae | 'mengapa' | ||||
ja | [ˈjaːgu] | yagu | 'lisut' | wa | [kwaːˈil] | gwail | 'buah-buahan' | ||||
jo | [ˈkjoːsa] | gyosa | 'guru' | ||||||||
ju | [juˈɾi] | yuri | 'kaca' | ||||||||
jə | [jəːgi] | yeogi | 'sini' | wʌ | [mwʌ] | mwo | 'apa' |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Song, Jae Jung (2005), The Korean language: structure, use and context, Routledge, m/s. 15, ISBN 978-0-415-32802-9.
- ^ Campbell, Lyle; Mixco, Mauricio (2007), "Korean, A language isolate", A Glossary of Historical Linguistics, University of Utah Press, m/s. 7, 90–91,
most specialists... no longer believe that the... Altaic groups... are related […] Korean is often said to belong with the Altaic hypothesis, often also with Japanese, though this is not widely supported
. - ^ Dalby, David (1999–2000), The Register of the World's Languages and Speech Communities, Linguasphere PressCS1 maint: date format (link).
- ^ Kim, Nam-Kil (1992), "Korean", International Encyclopedia of Linguistics, 2, m/s. 282–86,
scholars have tried to establish genetic relationships between Korean and other languages and major language families, but with little success
. - ^ Róna-Tas, András (1998), "The Reconstruction of Proto-Turkic and the Genetic Question", The Turkic Languages, Routledge, m/s. 67–80,
[Ramstedt's comparisons of Korean and Altaic] have been heavily criticised in more recent studies, though the idea of a genetic relationship has not been totally abandoned
. - ^ Schönig, Claus (2003), "Turko-Mongolic Relations", The Mongolic Languages, Routledge, m/s. 403–19,
the 'Altaic' languages do not seem to share a common basic vocabulary of the type normally present in cases of genetic relationship
. - ^ Sohn, Ho-Min. The Korean Language (Section 1.5.3 "Korean vocabulary", p.12-13), Cambridge University Press, 2001. ISBN 0-521-36943-6
Wikipedia Bahasa Korea, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa tanpa kod warna keluarga
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Tunas bahasa
- Bahasa di Korea Selatan
- Bahasa di Korea Utara
- Bahasa Korea
- Bahasa di Korea
- Sistem tulisan Korea