Pergi ke kandungan

Bahasa Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Deutsch)
Bahasa Jerman
Deutsch
Sebutan[dɔʏ̯tʃ]
Asli kepadaJerman, Austria, Switzerland, Liechtenstein, Belgium dan Luxembourg
KawasanEropah Tengah, Eropah Barat
Penutur bahasa
Penutur asli: 100 juta
Bahasa kedua: 80 juta
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Jerman, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Luxembourg, Belgium, Kesatuan Eropah. Kawasan atau bahasa rasmi tempatan di: Denmark, Itali, Poland (Bahasa rasmi dari Namibia hingga 1990).
Kod bahasa
ISO 639-1de
ISO 639-2ger (B)
deu (T)
ISO 639-3deu – kod inklusif
Kod individu:
deu


Komuniti major penutur-Jerman

Bahasa Jerman (Deutsch disebut [dɔʏtʃ] ) adalah sebuah bahasa Jermanik Barat. Ia anggota cabang Barat rumpun Jermanik dalam keluarga bahasa Indo-Eropah dan salah satu dari bahasa dunia utama, dituturkan oleh lebih daripada 120 juta orang di sekurang-kurangnya 38 negara dunia.

Bahasa ini mula dikamuskan bersama bahasa Melayu dalam suatu perbendaharaan kata dwibahasa tahun 1601 dikarang Gotthard Arthur, seorang guru di sekolah kota Frankfurt semasa menyunting makalah perjalanan Petits voyages gubahan anak-beranak Johann dan Theodor de Bry yang mencatat pemerhatian flora dan fauna sepanjang pelayaran di kepulauan Maluku yang sezaman.[1]

Taburan geografi

[sunting | sunting sumber]
Contoh bahasa Jerman di Namibia dalam penggunaan seharian.

Bahasa Jerman digunakan sebagai bahasa utama di Jerman, Austria, Liechtenstein, Luxembourg, dua pertiga Switzerland, di South Tirol, di komuniti berbahasa Jerman East Cantons di Belgium, dan di dalam komuniti berbahasa Jerman di sempadan Denmark yang dahulunya dikenali sebagai South Jutland Country.

Di Luxembourg dan juga di daerah Alsace di Perancis, populasi natif ini menuturkan bahasa Jerman beberapa dialek dan sesetengah daripada mereka juga menggunakan bahasa Jerman standard, tanpa sebarang dialek terutamanya di Luxembourg, walaupun di Alsace dan Lorraine menggunakan hampir di keseluruhan daerah tersebut bahasa Jerman berdialek.

Beberapa komuniti berbahasa Jerman masih wujud di sesetengah tempat di Romania, Republik Czech, Hungari dan seterusnya Rusia dan Kazakhstan. Walaupun selepas Perang Dunia ke-2, terdapat penghijrahan secara besar-besaran ke Jerman pada tahun 1980-an dan 1990-an telah menyebabkan populasi komuniti berbahasa Jerman di negara-negara berikut berkurangan. Terdapat juga komuniti berbahasa Jerman di Portugis, Sepanyol, Itali, Moroko, Egypt, Israel, Cyprus, Turki, Greece, United Kingdom, Belanda, Scandinavia, Siberia di Rusia, Hungari, Romania, Bulgaria dan bekas Yugoslavia (Bosnia Herzegovina, Serbia, Kroatia, Slovenia).

Selain diftong, bunyi vokal dalam bahasa Jerman adalah seperti yang berikut.

A Ä E I O Ö U Ü
Pendek /a/ /ɛ/ /ɛ/, /ə/ /ɪ/ /ɔ/ /œ/ /ʊ/ /ʏ/
Panjang /aː/ /ɛː/, /eː/ /eː/ /iː/ /oː/ /øː/ /uː/ /yː/

Bunyi /ɛ/ pendek dijadikan [ɛ] dalam suku kata ditekan (termasuk stres sekunder), tetapi dibunyikan [ə] pada suku kata tak bertekanan. Perhatikan bahawa stres pendek /ɛ/ dapat dieja baik dengan e mahupun ä (misalnya, hätte 'mungkin' dan Kette 'rantai' berirama). Secara amnya, vokal pendek adalah terbuka dan vokal panjang adalah tertutup. Pengecualian yang satu bunyi terbuka /ɛː/ bagi bunyi panjang Ä; dalam beberapa jenis bahasa Jerman piawai, /ɛː/ dan /eː/ telah bergabung menjadi [e:], menghilangkan anomali ini.

Dengan lebih kurang 26 fonem, bahasa Jerman memiliki jumlah konsonan setaraf dengan nilai purata bunyi konsonan bahasa-bahasa lain. Bunyi-bunyi konsonan yang terdapat dalam bahasa baku adalah seperti di bawah.

Dwibibir Konsonan gusi Belakan gusi/
Lelangit
Velar Uvular Glotis
Sengauan m n ŋ
Hentian p3  b t3  d k3  ɡ
Letusan pf ts   ()4
Geseran f  v s  z ʃ  (ʒ)4 x1 (ʁ)2 h
Getaran r2 (ʀ)2
Aproksiman l j
  • 1/x/ mempunyai dua alofon, [x] dan [ç], masing-masing selepas vokal belakang dan depan.
  • 2/r/ mempunyai tiga alofon dalam variasi bebas: [r], {{IPA|[ʁ]}] dan [ʀ]. Dalam suku kata, alofon [ɐ] terdapat dalam pelbagai jenis.
  • 3Hentian tanpa suara /p/, /t/, /k/ dibunyikan berhembus kecuali jika didahului oleh sibilan, sama seperti bahasa Inggeris.
  • 4/d͡ʒ/ dan /ʒ/ berlaku hanya dalam kata pinjaman (biasanya Inggeris atau Perancis).
  • Apabila suku kata tertekan mempunyai vokal awal, suku kata akan didahului oleh [ʔ]. Oleh kerana kehadirannya dapat diramalkan dari konteks, [ʔ] tidak dianggap sebagai fonem.

Ortografi

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jerman ditulis menggunakan aksara Rumi. Sebagai tambahan dari 26 huruf Rumi lazim, terdapat tiga simbol bagi suara vokal dengan umlaut (dwititik) : ä, ö dan ü, serta eszett atau “scharfes S” ("S tajam"): ß. Eszett tidak diakui dan digunakan di Switzerland dan Liechtenstein, dan digantikan dengan "ss". Dalam penulisan dengan alat yang tidak memiliki ciri simbol bagi huruf tambahan tersebut, ä, ö dan ü masing-masing dapat ditulis dengan gabungan "ae", "oe", dan "ue", serta "ss" sebagai gantian kepada ß. Dalam kamus-kamus masa kini entri dengan umlaut diperlakukan sama dengan huruf induknya, sedangkan dalam kamus lama biasanya ia diperlakukan seperti huruf induk yang diikuti dengan "e". Eszett menurut penetapan ejaan baharu (diperkenalkan sejak 1996 dan dikuatkuasakan efektif 2006, namun ditolak oleh beberapa surat kabar dan penerbit tertentu) hanya dipakai setelah vokal panjang dan diftong. Pada pengejaan sebelumnya, eszett lebih sering ditemukan dan tidak ada aturan jelas mengenai penggunaannya. Bentuk huruf besar bagi eszett telah diperkenalkan dan dipakai pada penulisan yang menggunakan huruf besar sepenuhnya, dengan pengesahan rasmi dibuat pada 2017 oleh pihak pemerintahan Jerman.[2]

Pada masa lalu, bahasa Jerman menggunakan versi Rumi khas yang dikenal sebagai jenis huruf tebal atau jenis huruf Schwabacher dan disertai dengan bentuk sambungan yang bersesuaian (seperti Kurrent dan Sütterlin). Bentuk-bentuk ini jauh berbeza dengan bentuk Rumi pada masa kini (seperti serif atau sans-serif) dan amat sukar dibaca bagi orang yang tidak terlatih. Pihak Nazi bahkan menyarankan penggunaan huruf jenis fraktur dan schwabacher, tetapi kemudian melarangnya pada tahun 1941 karena dianggap "berbau Yahudi".

Kosa kata

[sunting | sunting sumber]

Sebilangan besar kosa kata Jerman berasal daripada cabang Jermanik bagi keluarga bahasa Indo-Eropah.[3] Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar kata pinjaman daripada bahasa lain, khususnya bahasa Latin, Yunani, Itali, Perancis dan kini, Inggeris.[4] Pada awal abad ke-19, Joachim Heinrich Campe menganggarkan bahawa seperlima daripada keseluruhan kosa kata Jerman berasal daripada bahasa Perancis atau Latin.[5]

  1. ^ Mahdi, Waruno (2007). Malay Words and Malay Things: Lexical Souvenirs from an Exotic Archipelago in German Publications Before 1700. Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 69, 323–334. ISBN 978-3-447-05492-8.
  2. ^ Ha, Thu-Huong. "Germany has ended a century-long debate over a missing letter in its alphabet" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2017. According to the council’s 2017 spelling manual: When writing the uppercase [of ß], write SS. It's also possible to use the uppercase ẞ. Example: Straße – STRASSE – STRAẞE.
  3. ^ Leao, Pedro Macedo (2011). Germany : Keys to understanding German Business Culture (ed. pertama). USA: Lulupress. ISBN 9781447862956.
  4. ^ "Foreign Words (Fremdwörter)". www.dartmouth.edu. Dicapai pada 23 Februari 2020.
  5. ^ Uwe Pörksen, German Academy for Language and Literature's Jahrbuch [Yearbook] 2007 (Wallstein Verlag, Göttingen 2008, pp. 121–130)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]