Pergi ke kandungan

Klinik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Klinik Kesihatan)
Klinik NHS di Pensby, Wirral, England

Klinik (Jawi: كلينيك atau كلينيک‎) atau rumah rawatan (Jawi: رومه راوتن) ialah suatu kemudahan kesihatan awam kecil yang ditubuhkan untuk memberikan rawatan kepada pesakit luar. Lazimnya klinik hanya merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam dan sebagainya, manakala kes-kes yang lebih teruk dirujuk kepada hospital.