Krisis Selat Taiwan Ketiga
Penampilan
Krisis Selat Taiwan Ketiga | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Selat Taiwan | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Republik China Tentera Laut Amerika Syarikat | Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat, Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat |
Krisis Selat Taiwan Ketiga, juga dikenali sebagai Krisis Selat Taiwan 1995-1996 atau Krisis Selat Taiwan 1996, merupakan kesan dari beberapa siri ujian peluru berpandu yang dilakukan oleh Republik Rakyat China di perairan sekeliling Taiwan termasuk di Selat Taiwan pada 21 Julai, 1995 sehingga 23 Mac, 1996. Set peluru berpandu pertama ditembak pada pertengahan hingga ke akhir tahun 1995 dikatakan bertujuan memberi isyarat jelas kepada kerajaan Republik China di bawah Lee Teng-hui, yang dilihat membawa polisi luar negara Taiwan menjauhi daripada polisi Satu-China. Set peluru peluru berpandu kedua pula dilepaskan pada awal tahun 1996, dikatakan bertujuan bagi menakuti para pengundi Taiwan bagi pilihanraya presiden 1996.