Pergi ke kandungan

Latakia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Latakia
ٱللَّاذْقِيَّة / ٱللَّاذِقِيَّة
Laodicea
Bandar
Downtown view
The governor's palaceThe city's harbour
Latakia MuseumAl-Assad Stadium
Latakia Sports City
Pemandangan pusat bandar • Istana gabenor
Pelabuhan Latakia • Muzium Negara Latakia
Stadium Al-Assad • Bandar Sukan Latakia
Mohor rasmi Latakia
Nama panggilan: "Bride of the Mediterranean"[1]
Latakia yang terletak di Syria
Latakia
Latakia
Lokasi Latakia dalam Syria
Latakia yang terletak di Asia
Latakia
Latakia
Latakia (Asia)
Koordinat: 35°31′N 35°47′E / 35.517°N 35.783°E / 35.517; 35.783Koordinat: 35°31′N 35°47′E / 35.517°N 35.783°E / 35.517; 35.783
Negara Syria
KegabenoranKegabenoran Latakia
DaerahDaerah Latakia
MukimMukim Latakia
DitubuhkanAbad ke-4 SM[3]
Diasaskan olehRaja Seleukos I yang Berjaya
Pentadbiran
 • GabenorAmer Ismail Hilal[4][5]
Keluasan
 • Tanah58 km2 (22 batu persegi)
 • Metro
108 km2 (42 batu persegi)
Aras
11 m (36 ft)
Penduduk
 (Anggaran 2023)
 • Bandar709,000[2]
 • Metro
709,000
 • Kepadatan metro6,600/km2 (17,000/batu persegi)
DemonimArab: لاذقاني, rumi: Lādhqani
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)
Kod kawasanKod negara: 963
Kod bandar: 41
GeocodeC3480
IklimCsa
Lapangan terbang antarabangsaLapangan Terbang Antarabangsa Bassel Al-Assad
Laman sesawangeLatakia

Latakia (Arab: ٱللَّاذْقِيَّة, rumi: al-Lādhiqiyya) merupakan bandar pelabuhan utama Syria dan ibu kota Kegabenoran Latakia yang terletak di pantai Mediterranean. Dari segi sejarah, ia juga dikenali sebagai Laodicea di Syria atau Laodicea ad Mare. Selain berfungsi sebagai pelabuhan, bandar ini merupakan pusat pembuatan yang penting untuk bandar dan kampung pertanian di sekitarnya. Menurut anggaran 2023, penduduk bandar itu ialah 709,000,[6] penduduknya meningkat dengan pesat akibat Perang Saudara Syria yang berterusan, yang membawa kepada kemasukan orang pelarian dalaman dari kawasan yang dikuasai pemberontak. Ia adalah bandar ke-4 terbesar di Syria selepas Aleppo, Damsyik, dan Homs. Cape Apostolos Andreas, hujung timur laut Cyprus, adalah kira-kira 109 kilometer (68 bt) jauhnya.[7]

Walaupun tapak bandar itu telah didiami sejak alaf ke-2 SM, bandar ini diasaskan pada abad ke-4 SM di bawah pemerintahan Empayar Seleukia.[3] Latakia kemudiannya diperintah oleh Rom dan Byzantine, diikuti oleh Rasyidin, Ummayad dan Abbasiyah pada abad ke-7–10 Masihi. Kumpulan pemerintah Byzantine sering menyerang kota itu, secara berkala menawannya semula sebelum kehilangannya lagi kepada kuasa Arab, khususnya Fatimiyah. Selepas itu, Latakia diperintah berturut-turut oleh Turki Seljuk, Perang Salib, Ayyubiyah, Mamluk, dan Uthmaniyyah. Selepas Perang Dunia I, Latakia telah ditugaskan kepada mandat Perancis di Syria, di mana ia berkhidmat sebagai ibu kota wilayah autonomi Alawit. Wilayah autonomi ini menjadi Negeri Alawit pada tahun 1922, mengisytiharkan kemerdekaannya beberapa kali sehingga bergabung semula ke Syria pada tahun 1944.[8]

  1. ^ Hamsa. "Meshquita; treasure trove of sparkling springs and lush forests". syriatimes.sy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2018. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  2. ^ [1] Diarkibkan 17 Februari 2023 di Wayback Machine Macrotrends. “Lattakia, Syria Metro Area Population 1950-2023.”
  3. ^ a b Pandey, Akhil (10 Januari 2019). EURODASH79: The Quest - Inspired and Relentless Search for the True Knowledge, Culture & Values (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing. ISBN 978-93-88134-59-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2023. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  4. ^ "President al-Assad issues decrees appointing new governors for four Syrian provinces". SANA (dalam bahasa Inggeris). 17 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2021. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  5. ^ H. Zain / Mazen / H. Sabbagh (23 April 2011). "New Governor of Lattakia sworn in". Syrian Arab News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2011. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  6. ^ "Macrotrends". Latakia Population. Macrotrends. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2023. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  7. ^ "Syrian swimmer crosses over waters between Cyprus, Syria". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2016. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  8. ^ Lefèvre, Raphaël (2013). Ashes of Hama: The Muslim Brotherhood in Syria (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-933062-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2023. Dicapai pada 28 Ogos 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]