Piagam ASEAN
Piagam ASEAN | |
---|---|
Ditandatangani | 20 November 2007 | di Singapura
Berkuat kuasa | Disember 2008 |
Syarat | ratifikasi oleh semua negara |
Penandatangan | 10 |
Pihak | 10 (Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) |
Pemegang simpanan | Ketua Setiausaha ASEAN |
Bahasa | Inggeris |
sunting |
Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalan piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.
Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007.[1]
Piagam
[sunting | sunting sumber]Rukun-rukun yang digariskan dalam piagam ini termasuk:
- Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam kerjasama serantau.
- Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah, kedaulatan, sikap berkecuali dan identiti kebangsaan negara anggota ASEAN.
- Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan pencerobohan serta penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan.
- Dukungan undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi manusia, keadilan sosial dan perdagangan berbilang hala.
- Penggalakkan penyepaduan perdagangan serantau.
- Pelantikan Setiausaha Agung dan Wakil-wakil Tetap ASEAN.
- Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN.
- Pengeratan hubungan luar dan pemerolehan kedudukan dalam PBB (seperti Kesatuan Eropah)
- Penambahan bilangan sidang kemuncak ASEAN ke dua kali setahun serta keupayaan mengadakan sidang kecemasan.
- Menegaskan penggunaan bendera, lagu, jata dan bendera ASEAN pada Hari ASEAN pada 8 Ogos.
Ratifikasi
[sunting | sunting sumber]Untuk memastikan Piagam ASEAN pertama sah di sisi undang-undang, kesemua sepuluh negara anggota bersetuju bahawa Piagam ini harus diratifikasi sebelum Piagam ASEAN pada bulan December 2008. Piagam ini menjadi sah pada hari ke-30 selepas "Surat Cara Ratifikasi" kesepuluh dihantar kepada Setiausaha Agung ASEAN Dr. Surin Pitsuwan.
Pada 21 Oktober, piagam ini diratifikasi sepenuhnya oleh semua negara anggota. Jadual berikut memaparkan tarikh ratifikasi dan penyerahan "Surat Cara Ratifikasi" oleh setiap negara anggota:
Negara Anggota | Ratifikasi Kerajaan | Penyerahan Surat Cara Ratifikasi |
Ditandatangani |
---|---|---|---|
Singapura | 2007-12-18 | 2007-01-07 | Perdana Menteri |
Brunei Darussalam | 2008-01-31 | 2008-02-15 | Sultan |
Malaysia | 2008-02-14 | 2008-02-20 | Menteri Luar |
Laos | 2008-02-14 | 2008-02-20 | Perdana Menteri |
Kemboja | 2008-02-25[1] | 2008-04-18 | Dewan Undangan Kebangsaan |
Vietnam | 2008-03-14 | 2008-03-19 | Menteri Hal-Ehwal Luar |
Myanmar | 2008-07-21 | 2008-07-21[2] Diarkibkan 2008-12-20 di Wayback Machine | Menteri Luar |
Thailand | 2008-09-16[2] | 2008-11-14[3] | Parlimen |
Filipina | 2008-10-07[4] | 2008-11-12[3] | Senat |
Indonesia | 2008-10-21[5] | 2008-11-13[3] | Dewan Perwakilan |
Penguatkuasaan
[sunting | sunting sumber]Piagam ASEAN berkuatkuasa setelah menerima penyerahan surat cara ratifikasi terakhir oleh Thailand pada Disember 2008. Wakil tetap Thailand di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Duta Don Pramudwinai, menyimpan dokumen berkenaan bersama setiausaha agung ASEAN, Surin Pitsuwan, di perwakilan Thailand di New York pada 14 November. Beliau mengeluarkan kenyataan berikut, "Inilah peristiwa yang bakal diraikan oleh 570 juta penduduk ASEAN, iaitu setelah para pemimpin ASEAN berkumpul di sidang tahunan pada pertenghaan bulan Disember, Piagam ASEAN bakal berkuatkuasa." Beliau memaksudkan piagam ini berkuatkuasa selepas Sidang Kemuncak ke-14. Tambahnya, bukan sahaja ratifikasi piagam sepeunuhnya akan disambut, bahkan juga penguatkuasaan undang-undang asas baru bagi ASEAN, sebagai "pertubuhan berasaskan undang-undang dan rakyat yang memiliki keperibadian undang-undang tersendiri."[3]
Pelancaran
[sunting | sunting sumber]Pada 15 Disember 2008, para wakil negara anggota ASEAN bersidang di Jakarta, Indonesia untuk melancarkan Piagam yang ditandatangani pada bulan November 2007 ini, dengan tujuan menuju ke arah "komuniti seumpama Kesatuan Eropah".[6] Piagam ini menjadikan ASEAN sebagai entiti sah serta bertujuan menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal yang melibatkan 500 juta penduduk di rantau ini. Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut:
- "Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara anggota".
- "Penyelesaian pertikaian secara aman".
- "Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara anggota".
- "Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar".[7]
Bagaimanapun, diakui bahawa krisis kewangan global yang berlaku ketika ini menjadi ancaman kepada matlamat-matlamat yang dibayangkan piagam ini,[8] serta mengemukakan cadangan badan hak asasi manusia untuk dibincangkan di sidang kemuncak akan datang pada Februari 2009. Kenyataan ini mencetuskan pertikaian kerana badan ini tidak berkuasa mengenakan sekatan atau menghukum negara-negara yang mencabuli hak asasi rakyatnya, maka keberkesanannya adalah terhad.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Indonesian ministers asked to follow up ASEAN summit results", Xinhua, November 22, 2007.
- ^ "Surin welcomes Thailand's ratification of Asean charter", 16 September 2008.
- ^ a b c d "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-14. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ "Philippine Senate ratifies ASEAN Charter", 7 Oktober 2008.
- ^ "ASEAN Secretariat: ASEAN Charter fully ratified", 21 Oktober 2008.
- ^ "'Momentous' day for ASEAN as charter comes into force". Agence France-Presse. 2008-12-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-14. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ Lucy Williamson (2008-12-15). "South East Asia to launch charter". BBC. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ Olivia Rondonuwu and Suhartono, Harry (2008-12-15). "ASEAN launches charter under shadow of crisis". Reuters. Dicapai pada 2008-12-16.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ "ASEAN charter comes into force". International Herald Tribune. 2008-12-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada 2008-12-16.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) ASEAN Charter
- (Inggeris) Framing the ASEAN charter: an ISEAS perspective Diarkibkan 2006-12-20 di Wayback Machine