Pohon Batu
Pohon Batu merupakan sebuah kampung yang terletak di Labuan,ia terletak di antara Kampung Layang-Layangan dan Kampung Batu Manikar.
Kampung Pohon Batu juga merupakan sebuah perkampungan nelayan di Labuan kerana kebanyakan daripada penduduk disini bekerja sebagai nelayan.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Keadaan Geografi yang mempunyai pesisir pantai yang bersih menjadi tarikan utama pelancong datang ke sini,selain itu Pohon Batu juga menjadi tarikan penduduk kampung di labuan untuk melakukan aktiviti bersenam di Bukit Kubong yang terdapat di kampung.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pohon Batu mula di bangunkan pada lewat tahun 90-an,
bermacam-macam kemudahan telah di sediakan seperti tandas awam ,gerai-gerai makan ,tempat riadah, dan taman permainan.
Oleh kerana penambahan penduduk di kampung tersebut Kerajaan telah membangunkan sebuah masjid untuk kemudahan penduduk kampung yang kebanyakanya terdiri dari orang Islam.