Pendidikan rendah
Pendidikan rendah merupakan peringkat pertama dalam proses pendidikan secara formal, selepas tamat peringkat prasekolah dan sebelum memasuki pendidikan menengah. Pendidikan rendah biasanya dijalankan di sekolah rendah, sekolah kebangsaan atau sekolah pertama, bergantung kepada lokasi.
Definisi
[sunting | sunting sumber]Menurut ISCED (International Standard Classification of Education), pendidikan rendah menduduki paras pertama dalam peringkat pendidikan, berada selepas pendidikan prasekolah yang berada pada paras 0. Pendidikan rendah diberikan kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun[1].
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), berpendapat bahawa menyediakan kanak-kanak dengan pendidikan rendah memberi banyak kesan positif seperti:
- Mengurangkan kadar kemiskinan
- Mengurangkan kadar kematian kanak-kanak
- Menggalakkan kesamarataan gender
- Meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada zaman pemerintahan kerajaan agraria, kanak-kanak pada masa itu belajar secara kendiri, iaitu mereka bebas bermain mengikut kehendak masing-masing[3]. Tiada pendidikan secara formal pada ketika itu[4]. Pada ketika itu, kemahiran agrikultur, penternakan, jual beli dan pembinaan diajar secara turun temurun dari orang dewasa kepada kanak-kanak atau dari guru kepada anak murid[3].
Orang awam bersetuju supaya anak mereka mempelajari dan mengamalkan tradisi kebudayaan dan kepercayaan mereka. Pendidikan secara tidak formal cuba dilakukan orang-orang awam ini dengan mengumpulkan kesemua kanak-kanak dan memberi mereka tugasan sambil diajar bagaimana untuk menyelesaikan tugasan tersebut[5].
Selepas itu, komuniti keagamaan mula mengambilalih tugas mendidik dan mereka menggubal sendiri kurikulum yang akan digunakan. Pembacaan ayat-ayat suci menjadi keutamaan. Untuk menjadi masyarakat yang lebih maju, tradisi pembacaan digantikan dengan penulisan; murid-murid perlu menulis ayat-ayat suci.
Di sini, murid-murid dikehendaki membaca ayat-ayat suci yang ditulis dalam bahasa asal, bukan hanya sekadar membaca terjemahan sahaja. Situasi ini membawa kepada pendidikan secara formal di madrasah dan sekolah biara. Martin Luther kemudian mengisytiharkan bahawa "dosa yang diampunkan kepada setiap manusia bergantung kepada amalan pembacaan kitab suci"[4]. Kewujudan sistem sekolah menyebabkan ahli akauntan dikehendaki bagi menguruskan kewangan sekolah. Akauntan ini pula memerlukan kemahiran literasi dan matematik sebagai kemahiran asas. Dua bidang ini merupakan teras kepada pendidikan rendah.
Perkembangan kanak-kanak semasa fasa pendidikan rendah
[sunting | sunting sumber]Jean Piaget merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan kerangka perkembangan kanak-kanak dalam bidang intelektual, moral dan emosi[6]. Beliau menerima ijazah kedoktoran pada tahun 1918 dan melakukan kajian pasca-siswazah di Zürich dan Paris[7]. Menurut Piaget, perkembangan kanak-kanak berlaku melalui empat fasa:
- Model perkembangan sosiologi - di mana kelakuan kanak-kanak berubah dari egosentrisme (inginkan perhatian) kepada etnosentrisme (memberi perhatian dan respon kepada orang lain). Beliau mendapati terdapat perubahan yang beransur-ansur bermula daripada tingkah laku berdasarkan kepada gerak hati kepada tingkah laku yang biasa diamalkan masyarakat.
- Model perkembangan biologi intelektual - ini merupakan kesinambungan kepada proses biologi mengenai pengadaptasian spesis, di mana dua proses sedang berlaku: asimilasi dan pendudukan.
- Model perkembangan intelektual penghuraian logik - di mana beliau berhujah bahawa kepintaran manusia dibangunkan dalam beberapa siri berkaitan dengan usia dan beransur-ansur kerana satu-satu siri perlu dicapai dahulu sebelum memasuki siri seterusnya. Dalam setiap siri perkembangan ini, kanak-kanak memiliki pandangan realiti yang berbeza mengikut umur.
- Pengajian terhadap pemikiran kiasan - ini termasuklah memori dan persepsi. Teori Plaget adalah berdasarkan kepada kematangan dari segi biologi dan perkembangan kognitif; di mana persediaan itu adalah penting. Informasi atau konsep sepatutnya di ajar apabila murid-murid telah mencapai peringkat yang sesuai untuk perkembangan kognitif, dan bukan sebelumnya[8].
Dengan menggunakan kerangka ini, setiap siri perkembangan kanak-kanak dapat diteliti. Teori beliau meliputi empat siri; peringkat sensor-motor, peringkat pra-operasi, peringkat operasi menyeluruh dan peringkat operasi secara formal[9].
Teori Lev Vygotsky pula adalah berdasarkan kepada pembelajaran sosial[10], di mana kanak-kanak yang lebih berpengetahuan membantu kanak-kanak lain dalam ruang lingkup zon selesa mereka. Dalam zon ini, biasanya kanak-kanak sudah mahir dalam beberapa kemahiran, namun dibantu oleh kanak-kanak lain supaya mereka mampu menguasai kemahiran tersebut tanpa bantuan sesiapa[10]. Penggunaan khidmat bantuan dalam pengajaran dijadikan apa yang dikenali sebagai pembantu pengajar; idea dan terma ini dibangunkan oleh Jerome Bruner, David Wood, dan Gail Ross[11]. Bidang yang terbabit adalah[12]:
Konsep kedaulatan undang-undang dalam pendidikan rendah
[sunting | sunting sumber]Sekolah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak dan memupuk nilai-nilai murni seperti persahabatan, saling menghormati dan bekerjasama. Sekolah mampu menerapkan nilai-nilai asas dan kompetensi dan menjadi jambatan ke arah pemahaman yang lebih berkesan terhadap konsep keamanan, demokrasi dan hak asasi manusia[13].
Sistem pendidikan yang mempromosi pendidikan untuk keamanan, yang mengamalkan konsep kedaulatan undang-undang bersama-sama pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mampu menguatkan lagi hubungan di antara golongan pendidik dan institusi awam bagi memperkasakan orang muda yang cintakan keamanan dan keadilan. Guru-guru selalunya terkedepan dalam usaha murni ini, dan dengan penglibatan seluruh masyarakat, memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan sikap kanak-kanak[13].
Program Global citizenship education yang dibangunkan UNESCO menyediakan pelan kerangka bagi pendekatan kedaulatan undang-undang. Kerangka ini disediakan bertujuan untuk mendorong golongan pendidik untuk melibatkan diri dan berperanan aktif, secara lokal dan global, sebagai penyumbang kepada dunia yang lebih aman, bertolak ansur, inklusif, selamat dan mampan[13].
Matlamat Pembangunan Milenium PBB
[sunting | sunting sumber]Matlamat Pembangunan Milenium 2 (2002) PBB adalah untuk mencapai pendidikan rendah sejagat[14] menjelang tahun 2015. Pada masa itu, PBB mensasarkan kanak-kanak di seluruh dunia, tidak mengira latar belakang, jantina dan kaum, mampu menamatkan pendidikan rendah mereka[15].
PBB memfokuskan kepada kawasan sub-sahara Afrika dan Asia Selatan, kerana dua kawasan ini dilaporkan lebih ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah[16] dan PBB menjangkakan matlamat ini tidak mungkin dapat dicapai pada tahun 2015. Menurut lembaran fakta September 2010, terdapat lebih kurang 69 juta kanak-kanak yang layak bersekolah namun tidak bersekolah dengan separuh daripadanya dilaporkan di kawasan sub-Sahara Afrika dan lebih daripada suku jumlah dilaporkan di kawasan Asia Selatan[17].
Bagi mencapai matlamat itu menjelang tahun 2015, PBB menganggarkan kesemua kanak-kanak yang layak bersekolah sepatutnya mula bersekolah mulai tahun 2009. Keadaan ini bergantung kepada tempoh masa pendidikan rendah di sesebuah negara dan bagaimana sesebuah sekolah itu mampu mengekalkan murid-murid sehingga tamat pendidikan rendah.
Walaupun ianya penting bagi kanak-kanak mendapat akses pendidikan rendah, sesebuah negara itu seharusnya memastikan bilangan guru dan kelas yang mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Setakat tahun 2010, bilangan guru baru yang diperlukan di kawasan sub-Sahara Afrika sahaja, sudah mencecah angka bilangan guru sedia ada di keseluruhan kawasan tersebut[19].
Jurang jantina bagi kanak-kanak yang tidak berpendidikan berkurangan. Antara tahun 1999 dan 2008, bilangan kanak-kanak perempuan yang tidak berpendidikan di seluruh dunia berkurang dari 57% kepada 53%. Namun begitu, di sesebuah kawasan lain, peratusan bilangan ini meningkat[19].
Menurut PBB, banyak perkara sudah dapat dicapai di kawasan sub-Sahara Afrika. Walaupun bilangan pendaftaran baru di kawasan sub-Sahara masih lagi paling rendah berbanding seluruh dunia, bilangan kanak-kanak yang menduduki pendidikan rendah meningkat sebanyak 48%, iaitu dari 87 juta ke 129 juta kanak-kanak dari tahun 2000 ke 2008[14]. Terdapat juga peningkatan bilangan pendaftaran baru di kawasan Asia Selatan dan Afrika Utara[19].
Peningkatan paling ketara dicatatkan oleh negara-negara mundur, seperti pemansuhan yuran sekolah rendah di Burundi yang menyaksikan pertambahan bilangan murid-murid baru, mencapai 99% pada tahun 2008. Tanzania juga melaporkan perkara yang sama. Negara itu meningkatkan kadar pendaftaran kanak-kanak sekali ganda dalam tempoh yang sama. Selain itu, negara-negara Amerika Latin seperti Guatemala dan Nicaragua, dan Zambia di Afrika Selatan melepasi 90% dalam kadar pendaftaran kanak-kanak, "ke arah akses pendidikan rendah yang lebih luas"[19].
Mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Pendidikan rendah di Amerika Syarikat merujuk kepada pendidikan formal yang diberikan kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun di kebanyakkan negeri[20], selalunya diadakan di sekolah rendah, termasuklah sekolah pertengahan. Tahun pertama pendidikan rendah biasanya merujuk kepada tadika dan bermula pada usia lima atau enam tahun. Tahun-tahun berikutnya dikenali dengan nama gred pertama, gred kedua dan seterusnya[21].
Murid-murid di sekolah rendah biasanya akan melalui proses pendidikan rendah sehingga gred keenam[22], pada ketika ini umur mereka dalam lingkungan 11 atau 12 tahun[23]. Ada juga sekolah rendah yang menamatkan pendidikan rendah selepas gred keempat atau kelima, dan proses peralihan berlaku kepada murid-murid tersebut ke sekolah pertengahan.
Brazil
[sunting | sunting sumber]Di Brazil, pendidikan rendah merupakan salah satu daripada pendidikan asas, iaitu peringkat pertama dalam sistem pendidikan Brazil. Kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun wajib menduduki pendidikan rendah[24]. Terdapat sekolah-sekolah awam didirikan dan kemasukan ke sekolah-sekolah ini adalah percuma[25].
Pendidikan di Brazil dikawalselia oleh Kementerian Pendidikan (Portugis: Ministerio de Educacao ), di mana kementerian mengeluarkan panduan pembangunan pendidikan serta penyelarasan bagi program-program berkaitan pendidikan[26]. Kerajaan tempatan pula bertindak dalam merangka dan menjalankan program-program pendidikan berdasarkan kepada panduan daripada kerajaan pusat[26].
Brunei Darussalam
[sunting | sunting sumber]Di Brunei, pendidikan rendah diselia oleh Kementerian Pendidikan Brunei dan diberikan kepada kanak-kanak bermula umur 5 tahun (prasekolah) selama setahun[27], kemudian mereka akan memasuki pendidikan rendah selama 6 tahun yang dipecahkan kepada 2 tahap[27]; Tahap Rendah bermula Tahun 1 hingga 3 dan Tahap Tinggi bermula Tahun 4 hingga 6[28].
Sistem pendidikan di Brunei secara keseluruhannya menggunapakai kurikulum yang dikenali sebagai SPN21 (Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21)[29], di mana elemen ketara yang terdapat dalam kurikulum ini adalah kemahiran abad ke-21 yang diajar di setiap peringkat program pendidikan. Menerusi SPN21, kesemua subjek di pendidikan rendah di ajar dalam bahasa Inggeris, kecuali subjek bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam dan Melayu Islam Beraja[29]. Di akhir Tahap 6, murid-murid akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) sebagai persediaan ke pendidikan menengah[28].
Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, pendidikan rendah diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dijalankan di sekolah rendah atau sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan rendah wajib diberikan kepada kanak-kanak bermula umur enam tahun dan merupakan kesalahan di sisi undang sekiranya ibubapa tidak mendaftarkan anak mereka untuk menduduki pendidikan rendah[30].
Kesemua sekolah awam dan swasta menggunapakai sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Penilaian murid-murid adalah berdasarkan kepada Penilaian Bilik Darjah, yang menggantikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Singapura
[sunting | sunting sumber]Di Singapura, pendidikan rendah diselia oleh Kementerian Pendidikan Singapura dan diberikan kepada kanak-kanak bermula umur tujuh tahun dan lahir selepas 1 Januari 1996[31] dan berterusan sehingga mereka berumur 12 tahun[32]. Setiap kanak-kanak wajib diberikan pendidikan rendah dan ibubapa yang tidak menghantar anak mereka ke pendidikan rendah bakal dikenakan hukuman, melainkan jika mereka memberikan alasan yang diterima pakai[31].
Tiga aspek yang difokuskan dalam pendidikan rendah di Singapura iaitu pembelajaran berteraskan subjek, kemahiran berpengetahuan dan perkembangan diri[33]. Murid-murid akan menduduki peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE) semasa mereka berada di Tahun 6[32], sebagai persediaan ke pendidikan menengah. Selain itu, murid-murid juga dikehendaki menyertai kerja projek, aktiviti kokurikulum dan program berkaitan pembelajaran aktif.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pendidikan rendah |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "EDUCATION INDICATORS: An International Perspective". National Center for Education Statistics. Dicapai pada 18 Januari 2023.
- ^ Powell, Jen; Moser-Jurling, Jennifer. "What Is Primary Education?". learn.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2019.
- ^ a b "A brief history of informal education". infed.org. Dicapai pada 18 Januari 2023.
- ^ a b Gray, Peter. "A Brief History of Education". Psychology Today. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ Grunzke, Andrew (13 Jun 2019). "The History of Nonformal and Informal Education". The Oxford Handbook of the History of Education. 10 (2 (2009)). doi:10.1093/oxfordhb/9780199340033.013.32. Dicapai pada 18 Januari 2023.
- ^ Burman, J. T. (2011). "The zeroeth Piaget". Theory & Psychology. 21 (1): 130–135. doi:10.1177/0959354310361407. S2CID 220119333.
- ^ Beilin, H. (1992). "Piaget's enduring contribution to developmental psychology". Developmental Psychology. 28 (2): 191–204. doi:10.1037/0012-1649.28.2.191.
- ^ Jean Piaget di Encyclopædia Britannica
- ^ Weiten, Wayne (2017). Psychology: Themes and Variations (ed. 11). Cengage Learning. m/s. 356.
- ^ a b Yasnitsky, Anton (2018). Vygotsky: An Intellectual Biography. Rusia: Routledge. ISBN 9781138806740.
- ^ Zone of Proximal Development and Cultural Tools Scaffolding, Guided Participation, 2006. In Key concepts in developmental psychology. Retrieved from Credo Reference Database
- ^ "School-age children development: MedlinePlus Medical Encyclopedia". medlineplus.gov. NIH. Dicapai pada 18 September 2019.
- ^ a b c UNESCO (2019). Empowering students for just societies: a handbook for primary school teachers. UNESCO. ISBN 978-92-3-100335-6.
- ^ a b "UN report reveals increasing spending on education in sub-Saharan Africa". UN News. 27 April 2011. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ "United Nations Millennium Development Goals". UN. Dicapai pada 23 Mei 2017.
- ^ Kaledzi Accra, Isaac (24 Januari 2022). "Why education remains a challenge in Africa". DW. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ "GOAL 2: Achieve Universal Primary Education" (PDF). UN. Dicapai pada 23 Mei 2017.
- ^ "Total net enrollment rate in primary education". Our World in Data. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ a b c d "GOAL 2: Achieve Universal Primary Education" (PDF). UN. Dicapai pada 23 Mei 2017.
- ^ "Comparative Indicators of Education in the United States and Other G8 Countries: 2004" (PDF). U.S. Department of Education Institute of Education Sciences. Dicapai pada 5 Mei 2010.
- ^ "What are the U.S. education levels?". USA Hello. Dicapai pada 18 Januari 2023.
- ^ Aud, Susan; Statistics, National Center for Education; (U.S.), Institute of Education Sciences; Nachazel, Thomas; Wilkinson-Flicker, Sidney; Dziuba, Allison (18 November 2013). The Condition of Education 2013. Government Printing Office. ISBN 9780160920707 – melalui Google Books.
- ^ "Understanding the American Education System". Study in the USA. 7 November 2021. Dicapai pada 18 Januari 2023.
- ^ "Educational Quality in Brazil". UNESCO. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ^ "Education in Brazil". StudyCountry.com. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ^ a b "Education System in Brazil". BrazilEducation.info. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ^ a b Brunei Darussalam, Thailand: Southeast Asian Ministers of Education Organization, dicapai pada 25 Januari 2023
- ^ a b Compulsory education, Kuala Lumpur: Education Destination Asia, dicapai pada 25 Januari 2023
- ^ a b Primary Education, Brunei: Ministry of Education Brunei Darussalam, dicapai pada 25 Januari 2023
- ^ "Dasar Pengoperasian Pendidikan Rendah Wajib". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 18 Januari 2023.
- ^ a b Compulsory education, Singapura: Ministry of Education Singapore, dicapai pada 25 Januari 2023
- ^ a b Primary and Secondary Education, Amerika Syarikat: National Center on Education and the Economy (NCEE), dicapai pada 25 Januari 2023
- ^ Primary School Education System in Singapore, Kuala Lumpur: Education Destination Asia, dicapai pada 25 Januari 2023
{{#switch:||Kategori=