Stadium Sultan Muhammad IV
Stadium Sultan Muhammed IV Sultan Mohammed IV Stadium[1] | |
---|---|
| |
Nama penuh | Stadium Sultan Muhammed Keempat |
Lokasi | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
Koordinat | Koordinat: 6°07′26″N 102°14′37″E / 6.123839°N 102.24356°E |
Dibina | 1967 |
Dibuka | 1967 |
Diubahsuai | 2011[2] |
Pengendali | Perbadanan Stadium Kelantan |
Permukaan | Padang rumput |
Papan mata | Papan markah elektronik |
Kapasiti | 30,000 orang |
Dimensi padang | 119 × 100 meter |
Penyewa | |
Persatuan Bola Sepak Kelantan |
Stadium Sultan Muhammed IV, (Tulisan Jawi: ستاديوم سلطان محمد كأمڤت), Stadium Sultan Muhammad Keempat, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan sebuah stadium rasmi yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung jumlah bilangan penonton sehingga seramai 30,000 orang. Stadium ini terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Stadium Sultan Muhammed IV mula dibina pada tahun 1965 dengan tujuan menyediakan suatu medan yang khusus untuk menjalankan aktiviti sukan peringkat negeri Kelantan, terutamanya sebagai padang bola sepak negeri. Stadium ini telah dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan pejabat kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kontinjen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Pada masa itu, stadium ini merupakan stadium yang paling besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan muatan tempat duduk seramai 30,000 orang dan padang bolanya memenuhi piawaian keluasan padang yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.
Pada tahun 1967, stadium ini telah siap dibina sepenuhnya, dan perlawanan ulangan di antara pasukan Melayu Kelantan menentang pasukan Melayu Terengganu dalam kejohanan Piala Emas Sultan-Sultan 1967 merupakan perlawanan bola sepak pertama diadakan di stadium ini[3].
Fasiliti
[sunting | sunting sumber]Selain berfungsi sebagai kawasan kemudahan permainan bola sepak, kompleks stadium ini juga menyediakan gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk disewakan seperti gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam. Stadium ini juga menyediakan kemudahan tempat riadah seperti tapak permainan kasut roda dan kemudahan tempat ibadah seperti surau.
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV pada awal penubuhannya diuruskan oleh Persatuan Stadium Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan dan dianggotai oleh seramai 30 orang ahli yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan serta wakil persatuan sukan.
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan bola sepak Kelantan FA, setiap kali perlawanan yang dianjurkan itu melibatkan pasukan Kelantan bersaing dengan lawannya di stadium keramat ini, stadium ini sentiasa dipenuhi oleh penyokong fanatik Kelantan FA. Oleh itu Stadium ini telah digelar sebagai Stadium Pahlawan Merah oleh sebilangan penyokong fanatik Kelantan FA.
Papan Markah Elektronik
[sunting | sunting sumber]Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini telah digunakan julung kalinya semasa perlawanan antarabangsa peringkat suku akhir Piala AFC antara Kelantan FA menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu ialah sumbangan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini ialah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malahan papan ini dipercayai adalah lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[4]
Rekod perlawanan antarabangsa
[sunting | sunting sumber]2011
[sunting | sunting sumber]18 Jun 2011 Persahabatan | Malaysia | 2 – 0 | Myanmar | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
Amirul 28' Baddrol 54' |
Laporan |
2012
[sunting | sunting sumber]4 April 2012 Piala AFC | Kelantan | 3 – 0 | Arema | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Ghaddar 22', 47', 89' | Laporan | Kehadiran: 9,245 Pengadil: Kim Sang-Woo |
8 Mei 2012 Piala AFC | Kelantan | 1 – 0 | Ayeyawady United | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Nwoha 47' | Laporan | Kehadiran: 7,372 Pengadil: Tayeb Shamsuzzaman |
23 Mei 2012 Piala AFC | Kelantan | 3 – 2 | Terengganu | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Nor Farhan 4', 17' Fahmi 45+2' |
Laporan | Faruqi 56' Doe 85' (pen.) |
Kehadiran: 18,652 Pengadil: Yousef Al-Marzouq |
25 September 2012 Piala AFC | Kelantan | 1 – 1 | Arbil | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Ghaddar 90+2' (pen.) | Laporan | Sula 37' | Kehadiran: 5,024 Pengadil: Choi Myung-Yong |
2013
[sunting | sunting sumber]6 Mac 2013 Piala AFC | Kelantan | 1 – 1 | Maziya | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Badhri 77' | Laporan | Adhuham 62' | Kehadiran: 12,000 Pengadil: Yu Ming-hsun |
2 April 2013 Piala AFC | Kelantan | 5 – 0 | SHB Đà Nẵng | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Nwakaeme 4' Indra Putra 7' Faiz 23' Petratos 59' Badhri 85' |
Laporan | Kehadiran: 10,000 Pengadil: Jumpei Iida |
30 April 2013 Piala AFC | Kelantan | 3 – 1 | Ayeyawady United | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:00 (UTC+8) | Petratos 42' Shahrul 70' Badhri 83' |
Laporan | Nay Lin Tun 80' | Kehadiran: 14,200 Pengadil: Chris Beath |
14 Mei 2013 Piala AFC | Kelantan | 0 – 2 | Kitchee | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Laporan | Kcira 15' (g.s.) Jordi 45+1' |
Kehadiran: 15,000 Pengadil: Lee Min-Hu |
2014
[sunting | sunting sumber]12 Mac 2014 Piala AFC | Kelantan | 2 – 0 | South China | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Zaharulnizam 72' Ghaddar 84' |
Laporan | Kehadiran: 4,564 Pengadil: Dmitriy Mashentsev |
18 Mac 2014 Piala AFC | Kelantan | 2 – 3 | Vissai Ninh Bình | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Nazri 37' Khairul Izuan 45+2' |
Laporan | Bryan 24' Tambwe 50' Voinea 62' |
Kehadiran: 1,500 Pengadil: Tayeb Shamsuzzaman |
8 April 2014 Piala AFC | Kelantan | 2 – 3 | Vissai Ninh Bình | Kota Bharu, Kelantan |
---|---|---|---|---|
20:45 (UTC+8) | Khairul Izuan 50' Zaharulnizam 55' |
Laporan | César 25' Emerson 64' Kyaw Ko Ko 80' |
Kehadiran: 1,505 Pengadil: Yu Ming-hsun |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ KAFA mula resah.
- ^ Stadium The Red Warriors dibaiki, Kosmo! Online, 16 Jan 2011
- ^ "Stadium Sultan Mohamad di-buka". Berita Harian. 15 April 1967. m/s. 6. Dicapai pada 10 Januari 2023.
- ^ Papan markah elektronik baru Diarkibkan 2013-12-16 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, 24 Sept 2012