Pergi ke kandungan

Sukan Malaysia 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Malaysia XIX
Bandar tuan rumahNegeri Perak
Cogan kataWow! Kita Hebat!
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet7464
Acara427 dalam 29 sukan
Upacara pembukaan11 September
Upacara penutupan22 September
Pembukaan dirasmikan olehSultan Nazrin Shah
Stadium utamaStadium Perak
Laman sesawangsukma2018.perak.gov.my

Sukan Malaysia 2018, dikenali secara rasmi sebagai Sukan Malaysia ke-19 merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan di Perak dari 11hb hingga 22hb September 2018.[1][2][3]

Bandar tuan rumah

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2015, semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif Sukma yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, jawatankuasa itu menganugerahkan Perak dan Johor masing-masing bersama-sama sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia 2018 dan 2020.[4]

Pembangunan dan persiapan

[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mei 2016, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM152 juta kepada kerajaan negeri Perak untuk menganjurkan temasya sukan tersebut. Ia termasuk RM 20 juta yang dibelanjakan untuk kerja pengubahsuaian dan pembaikan untuk sesetengah kemudahan sukan lama seperti Stadium Perak, Velodrom Rakyat dan Stadium Indera Mulia, dan pembinaan semula Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh.[5][6][7][8][9][10]

Daerah Tempat pertandingan Sukan
Kinta
Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Stadium Perak Olahraga, Upacara pembukaan dan penutupan
Pusat Akuatik Tuanku Zara Akuatik
Arena Badminton Amanjaya Badminton
Stadium Indera Mulia Gimnastik
Stadiium Azlan Shah Hoki
Stadium Skuasy Skuasy
Kompleks boling padang boling padang
Stadium mini ragbi Rugby tujuh sebelah
Velodrome Rakyat Basikal (Balapan)
Lain
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sepak takraw
Ampang superbowl Boling
Kompleks Menembak Amanjaya, Chepor Menembak
SM Poi Lam Bola keranjang
Padang Ipoh Kriket
Padang Batalion Kem Syed Putra Kriket
Kelab Golf Diraja Perak Golf
Larut, Matang dan Selama
Taiping Bike Park Cycling (Mountain bike)
Taman Tasik Kamunting Basikal (BMX)
Arena Square Batu Kurau Basikal (Jalan)
Taman Tasik Taiping Basikal (Kriterium)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping Bola jaring
Manjung
Stadium Majlis Perbandaran Manjung Bola sepak
Stadium TLDM Lumut Bola sepak
Pangkalan TLDM Perahu layar
Manjung Indoor Sports Arena Futsal
Kuala Kangsar Dewan Jubli Perak Pencak silat
Gelanggang Petanque Petanque
Kampar Kolej Matrikulasi Gopeng Wushu
Sekolah Berintegrasi Penuh Integrasi Gopeng Wushu
Kerian SMJK Krian Judo
Padang Bandaran Majlis Kerian Bola sepak
Muallim Universiti Pendidikan Sultan Idris Bola baling, Bola sepak
Politeknik Sultan Azlan Shah Karate
Bagan Datuk Dewan Dato' Loppe Hashim Tinju
Batang Padang Merdeka Hall Tapah District Council Weightlifting
Hilir Perak SMK San Min, Teluk Intan Taekwondo
Hulu Perak Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik Muay
Perak Tengah Universiti Teknologi Petronas Memanah

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Cogan kata

[sunting | sunting sumber]

Cogan kata rasmi temasya sukan tersebut ialah "Wow! Kita Hebat!". Wow merupakan singkatan World of Wonders, sebuah pengiktirafan diberikan oleh Lonely Planet kepada Perak semasa kempen pelancongan Tahun Melawat Perak 2017.

Logo rasmi Sukan Malaysia 2018 merupakan sebuah imej yang menggabungkan elemen manusia dan gelombang air. Elemen manusia mewakili semangat juang para atlet di tahap tertinggi bagi mencapai kejayaan serta kepositifan mereka, manakala elemen gelombang air mewakili Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas bagi rakyat negeri Perak. Ia dilancarkan pada 21 Januari 2018 di Bulatan Amanjaya di Ipoh berserta cogan kata, maskot dan lagu tema.[11][12]

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2018 merupakan seekor Seladang yang bernama "Chor". Di Perak, Chor merupakan sebuah nama yang diberikan kepada mana-mana orang dalam masyarakat tempatan yang merupakan anak sulung dalam keluarga dalam dialek Melayu Perak. Maskot direkakan untuk memakai baju sukan berwarna putih, dengan pipinya berwarna kuning, kedua-dua warna merupakan warna bendera negeri Perak. Ia terpilih untuk memaparkan kekuatan fizikal dan mental dan semangat jiwa yang membara melangkaui batas dalam sukan.

Lagu tema

[sunting | sunting sumber]

Lagu tema Sukan Malaysia 2018 ialah “Wow! Kita The Greatest!” (Wow! Kita Yang Teragung!). Ia digubah dan dinyanyikan oleh pencipta lagu dan penyanyi terkenal Datuk Wah Idris.[13]

Temasya sukan

[sunting | sunting sumber]

Negeri peserta

[sunting | sunting sumber]

Acara sukan

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Disember 2017, menteri sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa angkat berat, sepak takraw dan taekwondo telah digugurkan daripada senarai 19 sukan teras serta senarai sukan temasya sukan kerana penurunan prestasi, isu doping serta perebutan kuasa dalam persatuan, meninggalkan hanya 16 sukan teras untuk edisi 2018.[14] Keputusan ini bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dari beberapa majlis sukan negeri di seluruh negara termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan.[15][16] Pada 8 Februari 2018 selepas perbincangan dengan persatuan sukan yang terlibat dalam isu itu, menteri mengumumkan bahawa angkat berat, sepak takraw dan taekwondo telah dikembalikan semula sebagai acara permainan hanya sebagai sukan elektif. Pada masa yang sama, sejumlah 29 sukan telah dipastikan sebagai sebahagian daripada program temasya.[17][18][19][20]


OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
September 8
Sab
9
Aha
10
Isn
11
Sel
12
Rab
13
Kha
14
Jum
15
Sab
16
Aha
17
Isn
18
Sel
19
Rab
20
Kha
21
Jum
22
Sab
Acara
Upacara OC CC
Memanah 8 8 2 2 2 2 24
Olahraga 7 11 13 14 45
Badminton 2 5 7
Bola Keranjang 5 lawan 5 2 2
3 lawan 3 2 2
Bowling 2 2 1 2 2 2 11
Tinju 9 9
Kriket 1 1
Basikal BMX 2 2
Bukit 2 2 4
Jalan 2 1 1 4
Kriterium 2 2
Balapan 4 8 12
Terjun 2 3 2 2 1 10
Football Bola sepak 1 1
Futsal 2 2
Golf 4 4
Gimnastik Artistik 2 2 10 14
Berirama 1 4 5
Bola baling 2 2
Hoki 2 2
Judo 7 6 2 15
Karate 6 6 6 18
Boling padang 4 5 9
Muay 15 15
Bola jaring 1 1
Pencak Silat 2 2 2 2 8 10 26
Petanque 2 3 4 2 11
Rugby 2 2
Perahu layar 13 13
Sepak Takraw 2 4 2 8
Menembak 4 6 6 6 4 26
Skuasy 2 2 4
Renang 8 8 7 8 7 38
Taekwondo 3 6 6 4 19
Angkat berat 4 4 4 4 4 4 4 4 32
Wushu 5 7 11 23
Acara pingat harian 0 0 0 5 17 25 11 22 35 58 55 61 74 53 11 427
Jumlah terkumpul 0 0 0 5 22 47 58 80 115 173 228 289 363 416 427 427
September 8
Sab
9
Aha
10
Isn
11
Sel
12
Rab
13
Kha
14
Jum
15
Sab
16
Aha
17
Isn
18
Sel
19
Rab
20
Kha
21
Jum
22
Sab
Acara

Jadual pingat

[sunting | sunting sumber]
Petunjuk

  *   Tuan rumah (Perak)

Jadual pingat Sukan Malaysia 2018
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Terengganu (TRG) 56 51 53 160
2  Wilayah Persekutuan (WPE) 52 38 49 139
3  Selangor (SGR) 47 68 67 182
4  Sarawak (SWK) 42 36 60 138
5  Perak (PRK)* 37 50 56 143
6  Pahang (PHG) 33 20 30 83
7  Pulau Pinang (PNG) 32 30 31 93
8  Sabah (SBH) 32 28 46 106
9  Johor (JHR) 29 34 37 100
10  Kedah (KDH) 19 20 29 68
11  Melaka (MLK) 18 18 18 54
12  Negeri Sembilan (NSE) 13 18 43 74
13  Perlis (PER) 12 7 13 32
14  Kelantan (KEL) 6 7 13 26
15  Brunei (BRU) 0 1 3 4
Jumlah (15 Negeri) 428 426 548 1402
  1. ^ "Stepping up a gear for Sukma 2018".
  2. ^ (Melayu) "Perak, Johor tuan rumah Sukma 2018, 2020". Sinar Harian. 14 May 2015.
  3. ^ "'Wow! Kita Hebat' slogan Sukma Perak 2018".
  4. ^ "Perak to host 2018 19th Sukma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2018-06-25.
  5. ^ "Getting ready for Sukma 2018".
  6. ^ "Federal Govt allocates RM152m to Perak for SUKMA 2018".
  7. ^ "Sukma Perak venue must be completed before April 2018".
  8. ^ "Sukma sports facilities to be completed before April 2018". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-20. Dicapai pada 2018-06-20.
  9. ^ "Sukma 2018 venues to be ready by February".
  10. ^ "Fasiliti Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Bakal Siap Februari 2018".
  11. ^ "Chor, mascot of the 19th Sukma in Perak".
  12. ^ "MB: Events for Sukma 2018 to be held in every district of state".
  13. ^ "Pengenalan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2018-12-13.
  14. ^ "Weightlifting, sepaktakraw and taekwondo dropped from Sukma".
  15. ^ "FTSC against decision to drop three 2018 Perak Sukma Events".
  16. ^ "Sarawak dissatisfied with decision to drop three core events from Sukma 2018".
  17. ^ "Three dropped sports get reinstated for Sukma".
  18. ^ "Hanya kembali Dalam Sukma (Only return in Sukma)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2018-06-25.
  19. ^ "Tiga Acara Kembali Dalam Sukma, Bukan Sukan Teras 3 sports return in Sukma, not as core sports". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2018-06-25.
  20. ^ "Kenyataan media mesyuarat Jawatankuasa tertinggi Sukan Malaysia Perak 2018 [Media statement of the Perak 2018 Sukma Games Supreme Council meeting]" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-07. Dicapai pada 2018-06-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Sarawak
Sukan Malaysia
Negeri Perak

Sukan Malaysia XIX (2018)
Diikuti oleh:
MSN (Wilayah Persekutuan)