Penggiat YouTube maya
YouTuber maya, dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai virtual YouTuber atau singkatannya VTuber, diambil daripada istilah bahasa Jepun baacharu yuuchuubaa (バーチャルユーチューバー ) ialah penghibur dalam talian, biasanya YouTuber, yang diwakili oleh avatar digital yang dihasilkan oleh grafik komputer.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Walaupun istilah "virtual YouTuber" dicipta pada tahun 2016, teknologi menganimasikan watak kartun dalam masa nyata dapat dijejaki semula ketika zaman 90-an. Pada tahun 1991, SimGraphics mencipta VActor, yang digunakan untuk menganimasikan watak maya dalam masa nyata. Teknologi ini digunakan untuk menghasilkan avatar Mario masa nyata pada acara SCES tahun 1992.[2] Penggunaan avatar CG untuk tujuan log video yang pertama di YouTube ialah Ami Yamato yang mula membuat video tersebut pada tahun 2011.[3] Walau bagaimanapun, gaya ini dan juga istilah "virtual YouTuber" tidak mendapat sambutan sehinggalah Kizuna AI mula menggunakannya pada tahun 2016. Pada akhir tahun 2017, beliau menerima peningkatan populariti yang amat tinggi, daripada 200,000 sehingga lebih 2,000,000 orang pelanggan dalam tempoh 10 bulan.[4] Populariti mendadaknya mencetuskan trend VTuber, dengan anggaran 4,000 orang pada tahun 2018.[1]
Kempen yang melibatkan YouTuber maya
[sunting | sunting sumber]Oleh kerana popularitinya yang besar, syarikat dan organisasi telah menggunakan VTuber sebagai kaedah pengiklanan atau untuk membawa perhatian kepada produk atau perkhidmatan. Apabila SoftBank mengumumkan pelancaran iPhone XS dan XS Max pada tahun 2018, Kizuna AI muncul di majlis itu dan juga mempromosikannya di salurannya. Beliau juga kini menjadi duta Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun. Kerajaan Wilayah Ibaraki telah mendebut seorang lagi bintang maya bernama Ibara Hiyori dengan menyasarkannya untuk menjadi YouTuber maya sebagai simbol Ibaraki. Hiyori ialah VTuber pertama yang digunakan oleh kerajaan perbandaran atau wilayah.[5]
Pada bulan Ogos 2018, Wright Flyer Live Entertainment, yang dimiliki oleh GREE, Inc., telah melancarkan aplikasi mudah alih yang membolehkan bintang-bintang maya menstrim video secara langsung di samping menjana pendapatan dan berhubung dengan penonton mereka. Dalam suatu sidang akhbar di Tokyo, ketua Wright Flyer Live Entertainment menyatakan bahawa firma itu mahu membantu bintang-bintang maya, tetapi turut menyatakan bahawa "setakat meningkatkan jumlah [bintang maya] tidaklah begitu berkesan. Kami mahu mereka terus melakukan aktiviti mereka. (Demikian) adalah penting untuk mereka terus mendapat peminat dan menjana pendapatan. Oleh itu, kami menyediakan platform untuk menyokongnya."[6] Hal ini diikuti oleh pelaburan sebanyak ¥10 bilion ($89.35 juta) oleh syarikat induk Gree ke atas VTuber, dengan sasaran keuntungan sebanyak ¥10 bilion menjelang tahun 2020.[1]
YouTuber maya yang terkenal
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Nagata, Kazuaki (17 Julai 2018). "Japan's latest big thing: 'virtual Youtubers'" (dalam bahasa Korea). The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ^ DigitalNeohuman (2010-04-23), Real Time Mario at the 1992 SCES, dicapai pada 2019-07-26
- ^ Ami Yamato (13 Jun 2011). Trying this out... (dalam bahasa Inggeris). YouTube. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ^ Lufkin, Bryan (3 Oktober 2018). "The virtual vloggers taking over YouTube". BBC. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ^ "Ibaraki's virtual YouTuber first in Japan used to promote a prefecture". The Japan Times. 23 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ^ Nagata, Kazuaki. "Gree-owned firm launches app aimed at boosting Japan's booming world of 'virtual YouTubers'" (dalam bahasa Inggeris). The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.