Pergi ke kandungan

Zahirah MacWilson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zahirah MacWilson
Kelahiran
Nur Zahirah MacWilson binti Zainol Johari MacWilson

(1995-02-01) 1 Februari 1995 (umur 29)
PendidikanSarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
Pusat pendidikanUniversiti Curtin, Perth, Australia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
PasanganAiman Hakim Ridza (k. 2020)
Anak-anak2
Ibu bapa Zainol Johari MacWilson (Bapa)
Maslinda Yusoff (Ibu)
SaudaraZulaikha MacWilson (adik)
Haziq MacWilson (adik)
Zahra MacWilson (adik)

Nur Zahirah MacWilson binti Zainol Johari MacWilson (lahir 1 Febuari 1995) adalah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia serta mempunyai darah campuran British di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya ialah Zainol Johari MacWilson yang merupakan bekas penyampai berita TV3[2][3] dan ibunya ialah Maslinda Yusoff. Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 10 tahun ketika di bangku sekolah, Zahirah memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2005 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahar, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam HidayahMu Ramadan. Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad, Zahirah memegang watak Annisa. Drama ini mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham, Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti.

Kejayaan seterusnya dikecapi oleh Zahirah ialah menerusi gandingannya bersama Shukri Yahaya menerusi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku memegang watak Puteri Nura. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengkuk Raya.

Zahirah memegang watak Athea Irdeena dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu bersama Syafiq Kyle yang bersiaran di Astro Ria, menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Zahirah kemudiannya membintangi drama adaptasi novel karya Emy Roberto, Jangan Benci Cintaku bersama Saharul Ridzwan yang bersiaran di TV3 dengan memegang watak Rafeeqa Huda.[4]

Zahirah membintangi filem sulung lakonannya, Bulan dan Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar, di mana beliau memegang watak sebagai Bulan,[5] pelatih pasukan tentera khas Indonesia menjejaki sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati (dilakonkan oleh Aprena Manrose) yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia. Untuk menjayakan watak Bulan, Zahirah mempersiapkan dirinya dengan berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.[6]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sekitar 2015, beliau menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zul Ariffin, namun hubungan cinta mereka telah berakhir pada 2018.[7][8]

Pada Disember 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta,[9] dan mengesahkan hubungan mereka.[10][11] Zahirah dan Aiman bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.[12][13][14] Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020.[15][16]

Adiknya, Haziq bergiat aktif dalam kelab bola sepak Australia.[17]

Zahirah dan Aiman dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.[18]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Saga Berterusan Inspektor Eva Filem pendek
#ER3 Ertiga
2020 Bulan dan Pria Terhebat Bulan
TBA Bulan dan Pria Terhebat 2 Bulan Dalam perancangan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Dunia Generasi Baru Zahra TV9 Drama pertama
HidayahMu Ramadan Dr. Katrina TV3
Mencintaimu Anissa
Cik Cinderella dan Encik Tengku Puteri Nuraisha
Tanah Kubur (Musim 14) Sally Astro Oasis Episod: "Tanah Kubur"
2016 Demi Cinta Ain Mawar TV3
2017 Cucu Tauke Beras Irsya Suhaila
Duda Pujaan Dara Ainee Marwah Astro Ria
2018 Mr. London Ms. Langkawi Milah Astro Warna
Tak Ada Cinta Sepertimu Athea Irdeena Astro Ria
Jangan Benci Cintaku Rafeeqa Huda TV3
Cinta Koko Coklat Damia NTV7
2019 Curi-Curi Cinta Intan Raihana Astro Ria
Rindu Yang Terlarang Ainnura
2021 Semanis Senyumanmu Zaza TV3 & Disney+ Hotstar
2022 La Luna Luna TV2
Tiada Maaf Buatmu Aina Cempaka Astro Ria
2023 Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu? Fatema Umar Tonton
Entitled Tasya Prime Video

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Lima Kali Cinta TV3
Husin Peninglah Sara TV9
2016 Aisha & Projek Dapur Ramadan Aisha
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya Puteri Nuraisha TV3
Cik Oxford Mr Mesir Iris Astro Ria
DORM Izara
Oh Speak English Please Sally
Aku Kata A, A! Aida TV3
2017 Miss Ustazah Cikgu Nabilah TV1
Ghazal Yang Hilang Zahra
2018 Mentari Mentari TV3
Secarik Kasih Mama Rozie TV Okey
2022 Jangan Masuk Rumahku Lina Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4
Aktres Pilihan Dunia Generasi Baru Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Fadlan Hazim) Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
Anugerah Melodi ke–3
Personaliti Fesyen Melodi Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Kamal Adli) Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
  1. ^ murai (2024-01-11). "Biodata Zahirah MacWilson" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-15.
  2. ^ Zaidi Mohamad (16 April 2018). "'Ayah buat saya menangis': Zahirah". Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  3. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Mac 2018). Zahirah MacWilson dapat ayah baharu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Mac 2018.
  4. ^ Mohd Izwan Isa (2 Ogos 2018). "Zahirah Macwilson tolak watak antagonis". Kosmo!. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (24 Disember 2018). "Siapa kata Zahirah lemah-lembut?". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  6. ^ Georgie Joseph (26 November 2018). "Seronok jadi Bulan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  7. ^ Zaidi Mohamad (14 April 2018). "Cinta Zahirah Macwilson & Zul Ariffin terlerai". Berita Harian.
  8. ^ Ramlah Zainal (30 Julai 2018). "Pengalaman matangkan Zahirah". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (3 Disember 2018). "Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson dilamun cinta". Berita Harian.
  10. ^ "Are Aiman and Zahirah dating?". The Star Online. 6 Disember 2018. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  11. ^ Tahir Alhamzah (10 Mei 2019). "#Showbiz: Two's company". New Straits Times. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  12. ^ Farhana Ab Rahman (8 Jun 2019). "Aiman Hakim, Zahirah bertunang di Perth". Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  13. ^ Farol Hadi (8 Jun 2019). "Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson selamat bertunang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-08. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  14. ^ Asyraf Roslan (8 Jun 2019). "Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bertunang". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-08. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  15. ^ Farihad Shalla Mahmud (17 Februari 2020). "Aiman, Zahirah nikah Khamis ini?". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  16. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 Februari 2020). "Zahirah & Aiman sah suami isteri". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  17. ^ Syazwan Msar (2 Mac 2020). Adik Zahirah MacWilson minat beraksi di Malaysia Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  18. ^ "Zahirah MacWilson, Aiman Hakim kongsi gambar anak". Harian Metro. 5 Mac 2021. Dicapai pada 12 Mac 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]