Apple ID
Apple ID anda ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, iTunes Store dan banyak lagi.
Apple ID mengandungi alamat e-mel dan kata laluan. Di sesetengah lokasi, anda boleh gunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih sebagai Apple ID anda.
Daftar masuk dengan Apple ID sama untuk menggunakan sebarang perkhidmatan Apple, pada sebarang peranti. Dengan cara ini, apabila anda membuat pembelian atau memuat turun item pada satu peranti, item yang sama tersedia pada peranti lain anda. Pembelian anda diikat kepada Apple ID anda dan tidak boleh dipindahkan kepada Apple ID lain.
Lebih baik jika anda mempunyai Apple ID sendiri dan tidak berkongsinya. Jika anda sebahagian daripada kumpulan keluarga, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi pembelian antara ahli keluarga—tanpa perlu berkongsi Apple ID.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ID, lihat halaman Sokongan Apple ID. Untuk mencipta satu, pergi ke Tapak web akaun Apple ID.