2019
PENGENALAN Keadaan yang membolehkan seseorang mengaitkan sesuatu keadaan dengan keadaan yang lain apabila menggunakan teori lasswell ataupun teori lasswell itu berada didalam situasi yang berlaku. Teori lasswel di cadangkan oleh Harold D. Lasswel pada tahun 1948. Teori ini merupakan kaedah yang memudahkan komunikasi yang kompleks dan diperbaharui oleh Lasswell secara lebih mudah untuk difahami. Pakar terdahulu mencuba untuk memudahkan sistem komunikasi manusia tampak lebih mudah dek kerana sistem yang kompleks itu datang sendiri dari komunkasi. Model komunikasi lasswell ini yang pada awalnya sebuah teori tetapi pada akhirnya telah berjaya dilihatkan keberhasilan teori ini terhadap masyarakat. Teori komunikasi ini akhirnya diterjemahkan dari pemikiran kepada penulisan dengan tajuk iaitu The Structure and Function of Comunication in Society (1948). Model komunikasi lasswell yang awalnya dari teori telah di ketegorikan dikelompok model komunikasi linear dimana ia dilihat satu komunikasi yang berjaya untuk disampaikan antara penyampai dan penenerima. Dimana teori lasswell ini satu-satunya elemen komunikasi yang menyampai sesutau maklumat kepada penerima lain. Penerima maklumat digambarkan sebagai individu yang memberi atau tidak memberi reaksi balas terhadap maklumat yang mereka terima. Situasi seperti ini yang kadangnya menggambarkan bagaimana teori lasswell ini berjalan. Walaupun dikatakan sama dengan Aristoteles bahkan lebih maju dengan adanya teori lasswell ini(Mufid, 2012). Teori lasswell ini telah dikumpulkan didalam kategori komunikasi linear. Komunikasi linear merupakan kaedah komunikasi yang moden tanpa memerlukan seseorang yang memberi maklumat bersewajah dengan sesiapa yang ingin mereka berikan maklumat. Dalam makna kata yang lain, komunikasi linear ialah komunikasi massa seperti telifon pintar, televisyen, radio dan cetak. Perkara ini merupakan kerakter untuk menggambarkan bagaimana dan dengan apa teori lasswell ini berfungsi. Teori ini berpegang pada satu ciri yang jelas iaitu berjalan secara satu arah (one way communication) oleh itu penerima maklumat tidak dapat memberi reaksi tindak balas secara langsung ketika penyampai maklumat sedang menyampaikan sesuatu.