1.1 Kaedah kelahiran bayi secara fitrah adalah bermula dengan pertemuan dua anggota sulit antara suami dan isteri ketika proses hubungan kelamin lantas berlaku persenyawaan antara benih si suami (sperma) dan benih si isteri (ovum) 1.2 Setiap anak yang lahir mempunyai ikatan dan hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya. • Hubungan Anak Dengan Ayah 1) adalah hubungan yang berkaitan dengan kejadian manusia melalui air mani si bapa dan hubungan pewarisan () • Hubungan anak dengan si ibu adalah hubungan () yang berasaskan ovum si ibu 1) Hubungan ketika masa mengandungkan anak dan penjagaan yang sumbernya adalah berasaskan rahim si ibu.) (• Oleh itu apabila sperma bukan milik si ayah tetapi milik kepada lelaki lain, maka di sana terputus hubungan si anak dengan si bapa yang merupakan suami kepada wanita yang melahirkan anak tersebut • Apabila ovum bukan milik si ibu yang mengandungkan si anak maka di sana telah terputus salah satu daripada dua hubungan antara anak dan ibu • Apabila sperma dan ovum adalah kepunyaan dua pasang suami isteri tetapi dua benih yang telah disenyawakan ini dikandungkan oleh wanita lain maka terputuslah hubungan () antara anak dan ibu yang menghasilkan ovum • Kesimpulan: apabila terputus salah satu hubungan tersebut maka si ayah bukan lagi ayah yang sah dan si ibu bukan lagi ibu yang sah. 1.3 Sesuatu hukum yang bakal diputuskan akan bergantung kepada kekuatan Mafsadah dan Manfa`ah. Oleh itu mana-mana di antara dua sudut ini lebih kuat berbanding dengan sudut yang kedua maka hukum akan mengikut pihak atau segi yang lebih kuat sama ada dalam memutuskan halalnya sesuatu perkara atau sebaliknya. Namun apabila mafsadah dan manfa`ah berada pada tahap yang sama maka di saat itu pemutusan sesuatu hokum akan diserahkan kepada para mujtahidin yang berkelayakan untuk berijtihad