KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN TEKNOLOGI
PRINSIP PEMASARAN
BPP 2013
PUAN SITI ZURAYDAH BINTI MD JENIL
NUR JIHAN HAZWANI BINTI BASRI
BAMGT SEM 3
B1910021
1.0
PERBINCANGAN MENGENAI PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG
DITAWARKAN
- More Savings, Richer Rewards Pelanggan yang menggunakan Clubcard akan mendapat lebih banyak ganjaran apabila mereka
membeli belah di Tesco. Clubcard bukan sahaja memberikan pelanggan mereka points (mata)
setiap kali mereka berbelanja, ia juga boleh ditukarkan menjadi baucar tunai untuk transaksi
belian seterusnya.
Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini boleh mengunjungi Kaunter Khidmat
Pelanggan di setiap cawangan Tesco yang berdekatan mereka.
Pelanggan juga boleh melanggan e-Clubcard dengan mudah melalui dalam talian
Dengan aplikasi seperti Tesco Clubcard Malaysia, pelanggan boleh mengemaskini Clubcard
mereka dengan memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store atau di App Store.
- Shopping made easy Tesco Scan&Shop Malaysia merupakan perkhidmatan percuma yang membolehkan pelanggan
membeli produk dari pelbagai rangkaian kedai Tesco yang terpilih dengan menggunakan
pengimbas atau aplikasi telefon bimbit untuk mengimbas kod bar item dan mengimbas kod bar
(sistem akan kumpulkan keseluruhan item yang diimbas dan menghasilkan sebuah bar kod yang
boleh diimbas semasa pelanggan hendak membuat pembayaran) di kaunter bayaran.
- Quick and convenient shopping Tesco Online Shopping merupakan perkhidmatan yang terbaru daripada Tesco. Perkhidmatan ini
membolehkan pelanggan untuk membeli pelbagai jenis barangan dan servis penghantaran pula
boleh dipilih mengikut waktu yang diinginkan.
- For your gifting needs Tesco menyediakan perkhidmatan baucar, kupon atau kepada pelanggan mereka agar mereka
dapat berjimat dalam perbelanjaan
KERATAN POTONGAN
HARGA ATAU DISKAUN
YANG BOLEH DIDAPATI
PADA KATALOG DAN RESIT
TESCO
- Tesco Brand products are for everyone Tesco menyedari bahawa terdapat pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia mempunyai
keperluan yang berbeza. Komitmen mereka adalah untuk memberikan yang terbaik bagi
memenuhi segala keperluan yang diinginkan oleh pelanggan mereka.
2.0
CARA TESCO MENGGUNAKAN PANGKALAN DATA PELANGGAN MEREKA
Di Tesco, mereka berusaha keras untuk memberikan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.
Menjaga data peribadi yang pelanggan dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat
peribadi merupakan sebahagian usaha penting ini. Tesco mahu pelanggan mereka menjadi lebih
yakin bahawa data yang diberikan berada dalam keadaan yang selamat dan terjamin.
2.1
Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. komited untuk melakukan perkara yang betul
apabila ia menyentuh kepada bagaimana mereka mengumpul, menggunakan dan
melindungi data peribadi pelanggan mereka. Segala pemprosesan dan pengambilan data
peribadi pelanggan adalah mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 seperti
merangka polisi privasi yang menyatakan jenis-jenis data peribadi berkenaan dengan:
2.1.1
Menerangkan
bagaimana
dan mengapa
mereka
mengumpul
dan
menggunakan data peribadi pelanggan
2.1.2
Menerangkan bila dan mengapa mereka akan berkongsi data peribadi
pelanggan kepada Syarikat Tesco Group atau rakan-rakan kongsi luar lain
2.1.3
Menerangkan hak-hak dan pilihan yang berkaitan dengan data peribadi
pelanggan.
2.2
Mereka menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, justeru itu, mereka
ingin memastikan pelanggan jelas tentang apa yang terkandung di bawah polisi ini.
Menggunakan perkhidmatan atau membeli belah di pasaranya Tesco dengan cara
menggunakan perkhidmatan Grocery Home Shopping, menggunakan mana-mana laman
web atau aplikasi mudah alih bermakna pelanggan bersetuju untuk :
2.2.1
Menjadi ahli program kesetiaan Clubcard/Clubcard Biz
2.2.2
Mendaftar untuk menerima komunikasi pemasaran secara langsung melalui
penerimaan surat atau katalog yang diterima melalui e-mel atau SMS
2.2.3
Mendaftar keahlian di kelab pelanggan Tesco atau mengambil bahagian
dalam tinjauan, pertandingan atau acara yang dianjurkan oleh mereka
2.3
Polisi in turut terpakai jika pelanggan menghubungi Tesco atau sebaliknya
berkenaan dengan perkhidmatan mereka ini bermakna pelanggan bersetuju untuk :
2.3.1
Digunakan untuk sistem CCTV pada setiap cawangan mereka dimana ia
mengambil rakaman pelanggan sepanjang berada di pasaraya Tesco.
2.3.2
Beberapa bahagian tertentu cawangan Tesco dan Syarikat Tesco Group
yang lain berkemungkinan akan mengumpulkan dan menggunakan data peribadi
untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Ini adalah
kerana sebahagian daripada mereka perlu berinteraksi dengan pelanggan
2.3.3
Laman
web
atau aplikasi
mudah ahli
mereka
berkemungkinan
mengandungi pautan ke laman web yang dikendalikan oleh organisasi lain yang
memiliki polisi privasi mereka sendiri. Pelanggan digalakkan untuk membaca dan
meneliti terma dan syarat terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang data
peribadi kerana Tesco tidak akan bertanggungjawab atau sebarang liabiliti.
2.4
Cara dan sebab Tesco berkongsi data peribadi dengan organisasi lain adalah kerana
situasi atau keadaan yang berikut :
2.4.1
Jika undang-undang atau pihak berkuasa awam mewajibkan mereka untuk
berkongsi data peribadi pelanggan atau untuk kegunaan pentadbiran
2.4.2
Jika mereka perlu berkongsi data peribadi untuk menubuhkan, menetapkan,
melaksanakan atau melindungi hak undang-undang mereka. Ini juga berkait jika
Tesco terpaksa memberikan data peribadi kepada pihak lain untuk tujuan mencegah
penipuan
2.4.3
Di mana Tesco perlu menyusun semula, menjual atau memindahkan
perniagaan mereka atau sebahagian daripadanya seperti perkara yang berkaitan
dengan pengambilalihan atau penggabungan.
2.5
Piagam penggunaan Clubcard Pelanggan/Biz Clubcard adalah salah satu cara
untuk membantu pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya produk dan
perkhidmatan mereka dan juga merupakan cara mereka untuk mengucapkan terima
kasih kerana membeli belah di Tesco.
2.5.1
Tesco hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk
menghantar maklumat berkaitan dengan Clubcard seperti baucar, kupon
serta tawaran dan promosi yang berkaitan
2.5.2
Tesco
berkemungkinan
akan
berkongsi maklumat
peribadi
pelanggan di setiap cawangan Tesco untuk memberikan mereka tawaran
dan promosi untuk meningkatkan pengalaman membeli belah di Tesco
2.5.3
Mereka juga boleh berkongsi maklumat peribadi pelanggan kepada
pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan untuk operasi perniagaan
mereka dan memudahkan serta melancarkan perkhidmatan dan faedah yang
diberikan kepada ahli-ahli pemegang Clubcard
2.5.4
Tesco hanya akan mengumpulkan maklumat peribadi pelanggan
yang merangkumi nama, alamat, tarikh lahir, nombor telefon dan alamat emel sahaja
2.5.5
Dari semasa ke semasa, Tesco berkemungkinan akan menghubungi
pelanggan bagi tujuan memberitahu atau memaklumkan berkenaan dengan
tawaran, promosi, kupon, baucar dan sebagainya
2.6
Dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi mudah ahli Tesco Scan&Shop
Malaysia, mereka tidak akan mengumpulkan sebarang data peribadi berikutan undangundang yang berkaitan. Sekiranya pelanggan pemegang Clubcard menggunakan
perkhidmatan ini, mereka akan menerima segala faedah lain yang berkaitan.
2.7
Tesco memahami kepentingan melindungi dan menguruskan data peribadi
pelanggan. Dengan itu, mereka telah menyatakan beberapa langkah yang telah diambil :
2.7.1
Tesco menggunakan pelindung komputer seperti firewall dan penyulitan
data, mereka menguatkuasakan kawalan akses fizikal bagi setiap bangunan dan fail
mereka bagi memastikan keselamatan data peribadi pelanggan mereka. Tesco
hanya akan memberikan akses kepada pekerja yang bertauliah untuk kegunaan bagi
menjalankan tugas mereka sahaja.
2.7.2
Tesco melindungi keselamatan maklumat pelanggan semasa ia dihantar
melalui penyulitan menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL)
2.7.3
Kami menguatkuasakan perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur
berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan dan pendedahan data peribadi
pelanggan. Tesco berkemungkinan akan meminta bukti identiti pelanggan sebelum
mereka berkongsi data pelanggan.
2.7.4
Mereka hanya akan mendedahkan empat (4) nombor terakhir pada kad
kredit pelanggan semasa mengesahkan sebarang pesanan