Academia.eduAcademia.edu

TUGASAN SUBJEK PENDIDIKAMN JASMANI

TAJUK :-1. Kepentingan aktiviti kokurikulum/sukan kepada pelajar. 2. Aktiviti kokurikulum/sukan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar di kalangan pelajar pintar cerdas. NAMA : AVRALINETINE EPIN NO I/C : 950109-12-6723 2 Pengenalan Menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak kerajaan berusaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir seterusnya mampu menyumbang kepada industri di peringkat global. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Dalam perspek ini, kokurikulum memainkan peranan yang dominan sebagai pelengkap kepada kurikulum. Hal ini demikian kerana, individu yang holistik dan pintar cerdas tidak mampu dilahirkan menerusi kurikulum semata-mata di mana-mana institusi pendidikan. Sememangnya, Intelligence Quotient (IQ) boleh dikembangkan menerusi kurikulum tetapi Emotional Quotient (EQ) sukar dikembangkan menerusi kurikulum. Justeru, EQ lebih mudah dikembangkan menerusi kokurikulum. IQ begitu signifikan dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam alam persekolahan tetapi EQ lebih penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam alam pekerjaan dan kehidupan. Sesungguhnya, penglibatan dalam kokurikulum menggalakkan perkembangan keseluruhan individu murid.

TUGASAN SUBJEK PENDIDIKAMN JASMANI DAN KESIHATAN 2012 TAJUK :1. Kepentingan aktiviti kokurikulum/sukan kepada pelajar. 2. Aktiviti kokurikulum/sukan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar di kalangan pelajar pintar cerdas. NAMA : AVRALINETINE EPIN NO I/C : 950109-12-6723 1 Pengenalan Menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak kerajaan berusaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir seterusnya mampu menyumbang kepada industri di peringkat global. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Dalam perspek ini, kokurikulum memainkan peranan yang dominan sebagai pelengkap kepada kurikulum. Hal ini demikian kerana, individu yang holistik dan pintar cerdas tidak mampu dilahirkan menerusi kurikulum semata-mata di mana-mana institusi pendidikan. Sememangnya, Intelligence Quotient (IQ) boleh dikembangkan menerusi kurikulum tetapi Emotional Quotient (EQ) sukar dikembangkan menerusi kurikulum. Justeru, EQ lebih mudah dikembangkan menerusi kokurikulum. IQ begitu signifikan dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam alam persekolahan tetapi EQ lebih penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam alam pekerjaan dan kehidupan. Sesungguhnya, penglibatan dalam kokurikulum menggalakkan perkembangan keseluruhan individu murid. Kini, kokurikulum telah menjadi keutamaan dalam pendidikan. Hal ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di bilik darjah menerusi kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Oleh itu, kokurikulum mempunyai peranannya yang tersendiri dalam melengkapkan kurikulum sebagai keperluan dalam kehidupan. 2 TAJUK 1 : KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM/SUKAN KEPADA PELAJAR. Kegiatan kokurikulum sememangnya begitu signifikan kepada para pelajar. Hal ini adalah kerana, kokurikulum meliputi pelbagai aspek penting dalam membentuk pelajar yang holistik serta mampu bersaing di peringkat global. Dalam tugasan ini, saya telah menggariskan sembilan kepentingan kokurikulum kepada pelajar. Setiap kepentingan disusuli dengan penghuraian dan pendapat pihak-pihak tertentu. Berikut merupakan Sembilan aspek yang dibincangkan dalam Tajuk 1:a. Tubuh badan sihat b. Disiplin c. Akademik (Pencapaian) d. Tahap kreativiti e. Masa f. Personaliti g. Keyakinan diri h. Perpaduan i. Motivasi 3 1.1 Definisi Kokurikulum Secara amnya, kegiatan kokurikulum ialah apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dilakukan di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran serta nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Berikut disenaraikan pendapat dan pengertian kokurikulum berdasarkan beberapa pandangan dan sumber rujukan:- “Kurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas. Kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah Contoh: kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan.” (Kamus Dewan Bahsa Edisi Keempat) “Kokurikulum pada amnya merupakan aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara formal.” (Abda Halim Abdul Rahim,1994) “Kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di bilik darjah yang diintergrasikan dalam aktiviti praktikal gunaan (applied) dan ia bukanlah satu konsep yang terpisah daripada kurikulum pendidikan.” (Mohd Nor Che’Lah, 1985) “Apa jua aktiviti selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau extra-mural dan sama ada ianya bersifat pembelajaran formal atau tidak formal.” (Collins, 1973) 4 “Merupakan Aktiviti Yang Dianjurkan Oleh Pihak Sekolah Dan Ia Dilakukan Di Luar Bilik Darjah. Aktiviti-Aktiviti Ini Meliputi Bidang Seperti Sukan, Permainan, Badan Beruniform Dan Juga Aktiviti Kelab Serta Persatuan. Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Bukanlah Merupakan Satu Bidang Pendidikan Yang Baru. Program Ini Telah Diperuntukkan Dalam Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956 Yang Dikenali Sebagai Kegiatan Luar Darjah. Setelah Mendapati Kegiatan Luar Ini Sama Pentingnya Dalam Proses Pendidikan, Istilah Kegiatan Luar Ini Telah Ditukar Kepada Kokurikulum.” (Abu Bakar Nordin, 1991) ''Pendidikan luar sekolah adalah pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah yang melibatkan asuhan jasmani, emosi, rohani dan intelektual,' (Muhamad Roli Hassan, 2012) 5 1.2 Kepentingan aktiviti kokurikulum/sukan kepada pelajar. a. Tubuh badan sihat Madah pujangga “badan cergas, otak cerdas” menggambarkan peri pentingnya mempunyai tubuh badan yang sihat bagi menjamin kecerdasan akal fikiran. Sesungguhnya, kegiatan kokurikulum membolehkan kita memperoleh kesihatan yang baik dan otak yang geliga. Hal ini demikian kerana, kegiatan kokurikulum yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan diri seseorang. Tambahan pula, murid yang giat bersukan atau melakukan aktivti fizikal tidak akan mudah diserang oleh penyakit kerana mempunyai tahap imuniti yang kuat. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot di dalam badan kita akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan kita akan mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui peluh. Sebaliknya, jika seseorang itu tidak melakukan aktiviti kokurikulum, dia akan menjadi pasif dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh badan kita tidak sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya. Selain itu, kerajaan turut menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal bagi menjamin tubuh badan para pelajar yang sihat. Sebagai contoh, kemudahan tempat rekreasi telah diwujudkan untuk kegunaan para pelajar. Prof Dato Wira Mohd Shukri Abdul Yajid (2010) menyatakan bahawa kemudahan-kemudahan tersebut diharapkan akan membantu para pelajar untuk mencapai kejayaan menyeluruh iaitu kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum seterusnya membentuk jati diri pelajar. “Dengan cara bersukan, saya rasa diri lebih cergas. Apabila mengulang kaji pelajaran, lebih mudah diterima terutamanya mata pelajaran seperti sejarah dan geografi.” (Mohd. Fariz Fizwan, 2000) 6 b. Disiplin Disiplin diri dapat dibentuk melalui kegiatan kokurikulum. Sememangnya, disiplin merupakan aspek yang sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak mempunyai disiplin diri yang tinggi tidak mungkin akan berjaya. Analoginya, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Hal ini adalah kerana, masa latihan itu telah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuhi disiplin. Selain itu, kegiatan kokurikulum mampu membentuk peribadi yang mulia melalui penerapan nilai-nilai moral dalam aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, dalam aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan dan kursus kepimpinan, nilai-nilai seperti menghormati orang lain, menjaga tatasusila, berpakaian kemas, dan budaya memberi salam amat ditekankan. Menurut Hamedah dan Normah (2009), setiap insan dituntut untuk percaya dan patuh kepada ajaran agama, yang mana kita dididik agar berakhlak mulia dan menghindarkan diri daripada berbuat tidak baik. Akhlak berasal daripada jiwa dan dicerminkan melalui perbuatan Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Di samping itu, bagi membentuk insan yang kuat, berdisiplin, sanggup menghadapi cabaran dan berkebolehan menyelesaikan konflik dan krisis yang dihadapi, nilai-nilai murni perlu dipupuk melalui proses pendidikan. Hal ini adalah kerana, individu dan masyarakat yang bebas daripada gejala negatif dan kebejatan moral mampu diwujudkan melalui penerapan nilai murni. Sesungguhnya, keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan masyarakat pada hari ini adalah disebabkan oleh kemerosotan nilai-nilai. Murid memerlukan pegangan yang teguh terhadap nilai murni agar mampu menjauhkan diri daripada gejala sosial dan budaya negatif (Ab.Alim, 2001). Justeru, kegiatan kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar yang berdisiplin dan bersahsiah terpuji. Zakiah Md Lassim (1999) menyatakan bahawa murid menjadi lebih berdisiplin apabila mereka bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. 7 c. Akademik (Pencapaian) Kecemerlangan akademik seseorang pelajar tidak dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Sebaliknya, kokurikulum mempunyai korelasi yang erat dengan kurikulum dalam membentuk pelajar berminda kelas pertama. Sesungguhnya, kepentingan kokurikulum dalam akademik telah diakui (Ab.Alim, 2004). Black (2002) menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum menyumbang kepada kejayaan murid di sekolah. Murid kurang berupaya yang berisiko mengalami keciciran dalam pendidikan mendapat impak positif daripada kegiatan kokurikulum. Mahoney & Cairns (1997) dan John Holloway (1999) turut menyokong kenyataan ini. Ketiga-tiga elemen kokurikulum iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan, serta Pasukan Badan beruniform mempunyai hubungan dengan subjek kurikulum (Hamidah, 1999). Oleh itu, kita dapat merumuskan bahawa akademik saling bergantung serta berkait rapat dengan kegiatan kokurikulum. Hujah ini disokong oleh Ruhaiza (2007) yang mengatakan generasi muda masa kini perlu mempunyai keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang baik. Selain itu, disebabkan kegiatan kokurikulum dijalankan di luar bilik darjah, pelajar akan memperoleh pengalaman yang tidak mungkin dapat diperolehi melalui aktiviti dalam bilik darjah. Justeru, perancangan awal perlu dilaksanakan supaya kegiatan kokurikulum yang ingin dijalankan selaras dan saling melengkapi dengan apa yang dipelajari di bilik darjah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar (Abdullah Sani, 2005). “Mereka mesti tahu tentang bilangan pemain, gelanggang dan aspek-aspek lain sesuatu sukan itu. Penglibatan mereka dalam sukan adalah penting kerana 10 peratus daripada gred mereka dalam aktiviti kokurikulum akan dibuat berdasarkan penglibatan mereka dalam sukan.” (Shaharudin Sharif, 2012) 8 d. Tahap kreativiti Kegiatan kokurikulum yang dirancang dengan sempurna sudah pastinya menjanjikan pengalaman dan ilmu yang baru kepada para pelajar. Contohnya, kemahiran ikhtiar hidup semasa berada di hutan, teknik merawat mangsa yang cedera, dan cara-cara mendirikan khemah mampu menyuntik kreativiti para pelajar untuk berfikir di luar kotak. Sesungguhnya, murid mendapat peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik darjah melalui kegiatan kokurikulum (BSSK 2009). Di samping itu, pelajar yang pintar cerdas mampu dilahirkan seterusnya dibantu untuk mengembangkan bakat mereka dalam sesuatu bidang kokurikulum menerusi aktiviti-aktiviti kokurikulum yang ada. Menurut Adnan Kamis (1988), kokurikulum merupakan medium yang menggalakkan perkembangan bakat dan kreativiti para pelajar. Oleh itu, pelajar yang sememangnya sudah berbakat dan berpotensi dalam sesuatu bidang boleh mengekspresikan kreativiti mereka melalui penyertaan secara aktif dalam kegiatan kokurikulum di peringkat global mahupun glokal. “Saya menyeru guru-guru serta ibu bapa lebih komited dan berusaha ke arah memperkembangkan lagi keupayaan dan kreativiti pelajar serta mengasah pemikiran mereka supaya lebih positif dan progresif melalui apa jua aktiviti kokurikulum yang diceburi,” (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2012) 9 e. Masa “Masa itu emas”, demikianlah filosofi orang Melayu yang menggambarkan betapa berharganya masa bagi seseorang dalam kehidupan. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang dengan sebaik-baiknya. Sekiranya pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan untuk menonton televisyen, bermain permainan video, melayari internet dan berkemungkinan akan mengikuti rakan-rakannya berpeleseran di pusat beli-belah. Akhirnya, pelajar tersebut mungkin boleh terlibat dengan pennyalahgunaan dadah dan jenayah, atau sekurang-kurangnya boleh terjebak menjadi perokok. Justeru, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat berfaedah untuk membentuk sahsiah, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah, menimba pengalaman dan menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah negatif seperti melepak, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme (Omardin, 1996). f. Motivasi Motivasi sememangnya boleh dicetuskan melalui kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana, kegiatan kokurikulum memerlukan semangat persaingan yang sangat tinggi untuk memenangi sesuatu pertandingan. Sebagai contoh, Cheong Jun Hoong, penerjun negara yang pernah memenangi beberapa siri kejohanan di peringkat Asean dan antarabangsa mengatakan kekalahan dalam kejohanan yang beliau sertai merupakan sumber motivasi beliau dan pemangkin semangat kepadanya untuk bangkit semula daripada kegagalan dan kecederaan yang beliau alami (Atjipal Singh, 2012). Selain itu, pelajar akan lebih bermotivasi untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kelemahan dalam sesuatu bidang kokurikulum yang mereka ceburi. Hal ini adalah kerana, mereka mahu duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan pelajar lain yang jauh lebih hebat berbanding mereka. Dengan demikian, semangat mereka untuk menjadi lebih maju dalam sesuatu bidang kokurikulum pastinya lebih berkobar-kobar. 10 g. Personaliti Kegiatan kokurikulum mampu membentuk perwatakan dan personaliti seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang dapat dibangunkan melalui kegiatan kokurikulum ialah seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa bertanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar untuk memimpin rakanrakannya yang lain. Hal ini adalah kerana, terdapat berbagai-bagai jawatan dalam persatuan dan unit beruniform. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Pelajar akan belajar menjadi ketua apabila mereka memegang jawatan pengerusi. Ahli jawatankuasa juga belajar mengendalikan aktiviti persatuan. Di samping itu, kegiatan kokurikulum mampu menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) seseorang yang mana begitu penting sebagai persediaan untuk menghadapi dunia penuh pancaroba ini. Saifullizam (2004) mengatakan, masalah seperti pekerja tidak amanah, pengamalan rasuah, dan kewujudan masyarakat yang tidak sihat timbul disebabkan oleh kegagalan pembentukan aspek jasmani, rohani, dan intelek. Tambahan pula, pembentukan sahsiah remaja dengan memisahkan remaja daripada perilaku yang tidak baik boleh direalisasikan dengan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum (Steve Duncan 1996). “Pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik pelajar terhadap erti kesulitan, kecekalan, persefahaman, setiakawan, semangat juang dan keterampilan,” (Zainul Abidin Daud, 2011) “Pembabitan dalam kokurikulm akan menjadikan mereka lebih cergas berfikir, berdisiplin dan sihat seterusnya membantu dalam mencapai kejayaan akademik.” (Khairuddin Mahmud, 2012) 11 h. Keyakinan diri Aktiviti kokurikulum tidak sempurna sekiranya tidak diisi dengan aktiviti yang berbentuk pertandingan, sama ada pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah, peringkat negeri, kebangsaan, malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Jika pada peringkat sekolah, para pelajar ini sudah berjaya mengharumkan nama sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini juga boleh mengharumkan nama negara. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Dengan ini, pelajar akan berasa lebih yakin akan dirinya kerana sudah mampu menjadi ayam tambatan sekolah ataupun sesebuah institusi. Tujuan kegiatan kokurikulum adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Kenyataan tersebut diokong oleh, Mahoney (2005) yang mengatakan nilai berdikari dan keyakinan terhadap diri sendiri mampu ditingkatkan menerusi penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar yang mana membantu dalam dunia pekerjaan di masa hadapan dapat diwujudkan sekiranya para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum (Ahmad Esa, 2004). “Penyertaan pelajar dalam kelab atau persatuan boleh membantu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bergaul dalam masyarakat kelak.” (Mohd. Azmi, 2003) “Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemahiran seperti kerjasama berpasukan, kepimpinan dan kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai tidak akan dapat dipelajari hanya melalui buku teks tetapi melalui pelbagai aktiviti lain seperti sukan, muzik dan seni.” (Bala Mohan, 2011) 12 i. Perpaduan Aktiviti kokurikulum di Malaysia secara amnya melibatkan pelajar berbilang kaum. Melalui keistimewaan ini, secara tidak langsung para pelajar boleh menambah kenalan. Hal ini demikian kerana, penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana, ataupun apakah bangsa dan warna kulit seseorang pelajar itu. Oleh itu, apabila ramai kenalan, para pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat berbincang tentang pelajaran dengan rakan-rakannya. Malah, mereka mampu bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Senario ini pastinya mampu mengukuhkan lagi perpaduan yang sudah terjalin sejak zaman dahulu lagi. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Sebagai contohnya, dalam pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah disertai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Hujah ini dikukuhkan lagi oleh penjelasan Jawatankuasa Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 yang menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat menyemarakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan menghormati peraturan. Tambahan pula, perasaan muhibah, perpaduan, dan integrasi nasional dapat disemai dengan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum (Wee Eng Hoe, 1996) 13 Ismawie Salleh (2012) seorang Pegawai Daerah Sri Aman di Sri Aman juga menyatakan bahawa, sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah ia dilihat mampu mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara satu sama lain. “Penglibatan anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti sukan terbabit bukan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja tetapi ia terbuka kepada semua kaum dan menerusi aktiviti sukan yang kita sertai mampu mempertingkatkan kesihatan diri masing- masing. “Ini penting sekali kerana dengan penglibatan semua kaum dalam sesebuah aktiviti sukan maka hubungan silaturahim kita dapat terjalin dengan lebih erat lagi dan kita dapat mengetahui kelebihan diri masing-masing menerusi sukan yang kita sertai,” (Ismawie Salleh, 2012) “Saya bersyukur kerana dasar 1 Murid 1 Sukan juga menunjukkan hasrat kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai alat utama untuk perpaduan kerana ia telah jelas terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan Gagasan 1 Malaysia,” (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2012) 14 1.3 Kepentingan kegiatan kokurikulum kepada pelajar secara menyeluruh Berikut dinyatakan ilmu dan kemahiran yang dapat dipelajari melalui aktiviti kokurikulum berdasarkan pendapat Dr Ismail Zain (2008). a. Kepimpinan Seseorang insan yang dilahirkan adalah pemimpin. Oleh itu bimbingan perlu diberikan agar ciri-ciri kepimpinan ini dapat dihayati dan di gunakan dalam kehidupan nanti. Melalui aktiviti kokurikulum murid akan didedahkan dengan pelbagai situasi dan ciriciri kepimpinan ini dapat dipupuk dan digunakan sejak permulaan lagi. Sebagai contoh pelantikan sebagai pengawas sekolah, pengerusi persatuan atau pengacara majlis memberi ruang dan kepekaan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dalam mengetuai sesuatu tugas. b. Perancangan Aspek perancangan adalah amat penting untuk mencapai kejayaan. Dalam aktiviti kokurikulum, aspek ini diberi penekanan seperti merancang masa dan jadual pelaksanaan sesuatu projek, merancang program atau merancang sumber kewangan. Keadaan ini memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya aspek perancangan untuk menjayakan sesuatu projek. c. Kerjasama Kerjasama adalah asas kepada kejayaan dalam kehidupan. Aspek ini diberi penekanan dan pendedahan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Penubuhan jawatankuasa bagi sesebuah persatuan atau kelab, mengendalikan majlis atau membuat kerja amal memerlukan semangat kerjasama yang erat. Hal ini merupakan asas ke arah pembentukan semangat berpasukan yang menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi. 15 d. Kreativiti Melalui pertandingan, pameran, seminar, mesyuarat atau pertunjukan, memberi ruang kepada murid-murid mencetus idea ke arah yang lebih kritis dan kreatif serta menggalakkan inovasi. Kegiatan seperti ini mampu mencungkil potensi murid yang akhirnya mampu memberi keyakinan, semangat dan menyuburkan pertumbuhan emosi murid secara lebih seimbang. Pendedahan ini amat penting untuk membentuk budaya kerja yang sihat personaliti diri yang mampan di masa hadapan. Melalui ilmu dan kemahiran yang disenaraikan di atas menunjukkan peranan kokurikulum amatlah penting. Ia bukan sahaja sebagai kegiatan tambahan yang dibuat secara sambil lewa tetapi perlu diberi perhatian dan penglibatan yang sepenuhnya oleh murid-murid. 16 TAJUK 2 : AKTIVITI KOKURIKULUM DAPAT MENINGKATKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS. 2.1 Definisi dan pandangan a. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat Pintar didefinisikan disebagai cekap dan pandai, manakala cerdas sebagai sempurna akal fikiran. b. Buku The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs oleh Susan K. Golant Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. c. Pandangan umum Pintar cerdas ditakrifkn sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. d. Stanford Binet (1916 -orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” ) Pintar cerdas sebagai keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. e. Lewis Terman (1916) Pintar cerdas ialah seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. 17 f. Marland (1972) “Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude Creative or productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts.” 2.2 Pengertian konseptual a. Pencapaian akademik merujuk kepada hasil yang diperoleh oleh pelajar-pelajar setelah mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Secara khususnya pencapaian akademik merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pada sesuatu tahap mengikut ukuran peperiksaan. b. Penglibatan kokurikulum pelajar bermaksud keaktifan pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah sama ada dalam bidang unit beruniform, sukan dan persatuan. 18 2.3 Keseimbangan dalam kegiatan kokurikulum dan kecemerlangan akademik Dunia hari ini sangat kompetitif, kita perlu menanggung banyak tekanan mental dan terpaksa melibatkan diri dalam banyak perkara untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Pada masa inilah aktiviti-aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang sangat penting. Kegiatan kokurikulum membantu kita merehatkan mental dan juga membantu kita kekal cergas dan sihat. Cemerlang dalam akademik semata-mata tidak membantu pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab terhadap negaranya. Seseorang pelajar pintar cerdas itu juga perlu berbakat dalam bidang-bidang lain dan sekiranya tidak, mereka sekurangkurangnya perlu menitikberatkan beberapa kepentingan dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini adalah kerana, kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum membantu pelajar untuk menghadapi dunia ini. Kegiatan kokurikulum juga membantu dalam membangunkan personaliti seseorang. Sememmangnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa akademik adalah keutamaan dalam kehidupan seorang pelajar tetapi adalah sangat salah untuk mengatakan bahawa aktiviti kokurikulum merupakan penghalang kepada kecemerlangan akademik. Sesungguhnya, pelajar tidak pergi ke sekolah hanya untuk belajar tetapi mereka juga pergi ke sekolah untuk mengembangkan potensi mereka dalam bidang-bidang lain seperti sukan, tarian dan muzik. Kegiatan kokurikulum juga membantu pelajar dalam membina kemahiran mereka atau menyemai bakat dan keupayaan mereka secara lebih menyeluruh. Sebagai contoh, menjadi seorang pendebat yang hebat bermakna, seseorang boleh menghadapi sebarang temuduga dalam mana-mana temu duga yang dia hadiri kerana seseorang itu mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam temu duga. Tambahan pula, untuk melepasi kualifikasi dalam kebanyakan institusi pendidikan dalam dunia hari ini, kita perlu mengetahui banyak perkara selain daripada akademik. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sangat penting kepada kita. Justeru, sebagai pelajar pintar cerdas kita harus mampu menggapai kecemerlangan dalam kedua-dua aspek ini dengan sempurna. 19 2.4 Ciri-ciri pelajar pintar cerdas dan kaitannya dengan penglibatan kokurikulum dan kecemerlangan dalam akademik. Seseorang pelajar pintar cerdas sepatutnya cemerlang dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan kokurikulum. Sebagai contoh, walaupun seseorang pelajar itu aktif dalam sukan, keupayaannya untuk menonjolkan kecemerlangan akademik di kelas haruslah seiring dengan pencapaian kokurikulumnya. Biasanya, pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum mempunyai jadual mingguan mereka. Mereka akan mengetepikan perkara yang kurang penting setiap kali belajar bagi memenuhi obligasi mereka dan berpegang kepada jadual sebaik mungkin. Sekiranya pelajar aktif dalam kegiatan kokurikulum, mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugasan secepat yang mungkin supaya dapat mewujudkan ruang untuk kegiatan kokurikulum dan mengulang kaji pelajara. Dengan ini, pelajar akan dilatih untuk “multitasking” iaitu suatu cara untuk meneruskan perjuagan sebagai pelajar pintar cerdas yang melatih pelajar menjalankan tugas walaupun selepas sesi persekolahan. Sesungguhnya, seseorang pelajar pintar cerdas mempunyai fleksibiliti mental dan fizikal yang tinggi, apabila tiba hari peperiksaan, pelajar pintar cerdas tidak akan memikirkan kekalahan atau permainan sukan yang akan datang kerana ini akan membawa kepada prestasi yang lemah dalam akademik. Pelajar pintar cerdas juga berusaha untuk mengganti masa mereka setelah berhibur dan bersenang-senang dengan aktiviti kokurikulum ataupun akademik bergantung kepada keperluan semasa, hal ini akan membantu mereka untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di samping memahami apa yang diajar di dalam kelas. 20 2.5 Apa yang pelajar pintar cerdas perlu tahu ? a. Kokurikulum membantu memelihara setiap keadaan baik manusia. “Lack of activity destroys the good condition of every human being, while movement and methodical physical exercise save it and preserve it.” (Plato) b. Pelajar pintar cerdas perlu bergiat dalam kokurikulum. “Pelajar juga perlu mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum seperti muzik, sukan, kesenian, badan beruniform dan persatuan.” ( Datin Seri Rosmah Mansor, 2010) c. Menghadapi cabaran dan menguruskan masa sebaiknya. “Balancing can be easy. It is about knowing the challenges at hand and using the available time wisely.” (Geoffrey Ssemakula, 2010) d.Sumbangan kegiatan kokurikulum kepada kesinambungan legasi kecemerlangan akademik. “Moderate co-curricular involvement is positively associated with academic involvement and the study found that co-curricular involvement contributed to college persistence.” (Ya-Rong Huang and Sheue-Mei Chang, 2011) e. Mengembangkan bakat untuk membantu orang lain. We are all gifted, but we have to discover the gift, uncover the gift, nurture and develop the gift and use it for the Glory of God and for the liberation struggle of our people. (Louis Farrakhan) 21 Rujukan 1. Hamedah Wok Awang & Normah Teh (2009): Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan. Kuala Lumpur: PTS Professional. 2. Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit Oxford Sdn. Bhd. 3. Black, S.(2002): Extracurricular Activities and Academic Performance Go Hand in Hand. American School Board Journal. 4. Mahoney, R.W; Larson, R.W., Eccles, J.S. & Lord, H. (2005): Organized activities as contexts of development: Extracurricular activities, after-school and community programs. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. 5. Ruhaiza Rusmin (2007): Kokurikulum Bendung Gejala Sosial. Kuala Lumpur: New Strait Time Press (M) Bhd. 6. Abdullah Sani Yahya (2005): Mengurus Disiplin. Pahang: PTS Publishing Sdn. Bhd. 7. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik, Sdn. Bhd. 8. Adnan Kamis (1988): Nilai-Nilai Murni dalam Aktiviti Kokurikulum Pergerakan Beruniform Ke Arah Menghasilkan Insan yang Mantap lagi Seimbang Menurut Falsafah KBSM. Kertas kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 9. Omardin Ashaari (1996): Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 10. Saifullizam Puteh (2004): Pengurusan Kokurikulum. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHO). 11. Steve Duncan (1996): Family Matters: What is the role of extracurricular Activities? http://www.montana.edu. 12. Ahmad Esa ( 2005): Perkasakan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 13. Wee Eng Hoe (1996): Gerak Kerja Kokurikulum: Sukan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. 14. Ismawie Salleh (2012, November 15)”Selain Menyihatkan Badan, Sukan Turut Eratkan Perpaduan, Silaturahim” The Borneo Post. 22 15. Dr. Ismail Zain (2008, March 3 )”Belajar Melalui Kegiatan Kokurikulum” Portal Utusan Online. 16. Prof Dato Wira Mohd Shukri Ab Yajid (2010, July 23 ) “Intelek : Taman U-Park”, Berita Harian. 17. Atjipal Singh (2012, July 16) “Diving:Bad Times Only Motivate Jun Hoong”, New Straits Times. 18. Bernama (2012, July 10) “Education Ministry Sets Another Record”, New Straits Times. 19. Ahmad Fairuz Othman (2012, March 1) “All Students Must Take Up Sports”, New Straits Times. 20. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005) “Kokurikulum”, Dewan Bahasa Dan Pustaka. 21. Utusan Online (2012, November 20) “Muhyiddin Seru Kenal Pasti Minat, Kecenderungan Anak”, Utusan Malaysia. 22. Utusan Online (2000, June 30) “Street Soccer Pengalaman Baru Isi Masa Lapang”, Utusan Malaysia. 23. Salehudin Mat Rasad (2012, October 6) “Jangan Abaikan Kokurikulum”, Utusan Malaysia. 24. Utusan Online (2011, February 24) “Tingkatkan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah”, Utusan Malaysia. 25. Siti Mariam Md. Zain (2003, April 19) “Mohd Azmi-Kejayaan Amat Bermakna”, Utusan Malaysia. 26. Utusan Online (2011, December 5) “Muzik, Seni Bina Keyakinan Murid Sejak Usia Muda”, Utusan Malaysia. 27. Bernama (2010, December 17) “Program Menengah Tinggi Permata Pintar Mula Januari”, Utusan Malaysia. 28. Andrew Kiwanuka (2010) “Balancing Academic, Co-Curricular Activities”, The Observer. 29. Ya-Rong Huang and Sheue-Mei Chang (2011), “Co-curricular Involvement's Positive Impact on Academic Success”,Journal for College Student Development, Kent State University. 23