Dokumen ini membincangkan rancangan projek keceriaan pondok bacaan di Sekolah Kebangsaan Tok Dir dengan kerjasama Panatia Bahasa Melayu sekolah. Projek ini bertujuan untuk mencipta persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif serta menggalakkan budaya membaca. Program ini akan dilaksanakan selama 12 hari dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menceriakan pondok bacaan dan menyediakan ruang membaca.

Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK DIR,
20170 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN PONDOK BACAAN DENGAN KERJASAMA PANATIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TOK DIR
ANJURAN: GURU PELATIH PISMP PJ & BM SEMESTER 8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
Ulasan Guru Besar
Ulasan Ketua Panatia Bahasa Melayu 1.0 PENDAHULUAN
Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Oleh hal yang demikian, bagi menyahut seruan yang disarankan oleh Institut Pendidikan Guru, kami guru pelatih PISMP Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu dari IPG Kampus Dato Razali Ismail (KDRI) telah mengambil tindakan yang progresif dengan mencadangkan satu program keceriaan pondok bacaan di Sekolah Kebangsaan Tok Dir dengan kerjasama Panatia Bahasa Melayu sekolah yang turut bersama memberikan sokongan. Persekitaran kawasan di sekolah adalah penting sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) cemerlang yang bermula daripada persekitaran sekolah yang kondusif. Dalam masa yang sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah. 2.0 RASIONAL
Prasarana,pengurusan kawasan persekitaran sekolah dan juga bilik darjah di sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah .Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepat cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Selain itu, bagi menyokong Dasar Membaca yang telah digubal oleh kerajaan bagi menggalakkan dan memudahkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diharapkan dapat :
3.1 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif. 3.2 Mewujudkan dan menggalakkan persekitaran sekolah yang memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. 3.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan terhadap sekolah. 3.4 Menunjukkan inisiatif k earah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.
4.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM
4.1 Tempat : Pondok Bacaan Sek Keb Tok Dir 4.2 Tarikh : 13 Julai 24 Julai 2014 4.3 Masa : 8.00 Pagi 5.00 Petang
5.0 CADANGAN PROGRAM
5.1 Menceriakan pondok bacaan 5.2 Menyediakan ruangan membaca
6.0 KEWANGAN
6.1 SUMBER PERUNTUKAN
SUMBER SUMBANGAN SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH PANATIA BAHASA MELAYU SKTD RM 50.00 1 RM 50.00 PUSAT SUMBER SKTD RM 50.00 1 RM 50.00 GURU PELATIH IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
RM 50.00 4 RM 200.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00
6.2 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga Seunit (RM) Kuantiti Jumlah
(RM) 1 Kain Renda Rm 6.00 9 meter RM 54.00 2 Tikar Kecil Rm 10.00 3 gulung RM 30.00 3 Meja Kecil Rm 16.00 4 buah RM 64.00 4 Plastik Liminate Rm 40.00 1 paket RM 40.00 5 Cat Mural Rm 35.00 3 botol Rm 105.00 6 Riben Rm 2.00 2 paket RM 4.00 7 Paku Tekan RM 1.00 3 kotak RM 3.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00
7.0 JAWATANKUASA PROJEK
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Encik A.Rahman Bin Taib (Guru Besar) Penasihat : Puan Rohani Binti Awang (Ketua Panatia Bahasa Melayu) Pengerusi : Encik Rosman Abadi Bin Abd Razak
JAWATANKUASA PELAKSANA Penyelaras Projek : Abdul Barr Bin Abdul Wahid
Penolong Penyelaras Projek : Nurul Nadiah Binti Abu Bakar
Setiausaha : Nur Saidatul Akmam Binti Razak
Bendahari : Nasrullah Anas Bin Che Razali
8.0 PENUTUP
Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Tok Dir. Perancangan pelaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh penyelaras projek. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus daripada sekolah.Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
Disediakan Oleh,
(Nur Saidatul Akmam Binti Razak) Setiausaha Projek Keceriaan Pondok Bacaan, SK Tok Dir, Kuala Terengganu. Disemak oleh,
(Puan Rohani Binti Awang) Ketua Panatia Bahasa Melayu, SK Tok Dir, Kuala Terengganu.
Disahkan oleh,
(Encik A. Rahman Bin Taib) Guru Besar, SK Tok Dir, Kuala Terengganu