INSINERATOR

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INSINERATOR

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan
pembakaran bahan dan atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang
dipanggil penunu atau insinerator.
Ia merupakan kaedah pembuangan yang membabitkan pembakaran bahan sisa.
Kaedah ini serta sistem-sistem pengolahan sisa suhu tinggi yang lain kekadang digelar
"pengolahan haba". Penunu mengubah bahan sisa menjadi haba, gas, wap, dan abu.
Sebelum itu, sampahsampah tersebut telah diasingkan antara kertas, plastik, kayu,
logam, kaca dan lainlain. Penunuan mempunyai faedah besar untuk olahan sesetengah jenis
sisa seperti sisa perubatan dan sebahagian sisa berbahaya di mana patogen dan toksin boleh
dimusnahkan oleh suhu tinggi.
Penggunaan penunuan tidaklah menggantikan teknik tapak pelupusan sampah
sepenuhnya, sebaliknya seiringan. Kaedah ini lebih mesra alam kerana sampah tidak masuk
meresap ke dalam tanah. Sisa pembakaran dapat dijadikan baja. Sampah yang dibakar boleh
dijana menjadi tenaga elektrik, manakala haba yang terhasil boleh digunakan untuk
memanaskan taman perumahan berdekatan. Kaedah ini telah banyak digunakan di negara
maju seperti Jepun, Denmark, Sweden dan Jerman
Penunuan dilakukan pada kedua-dua skala kecil oleh individu dan skala besar oleh
industri. Ia digunakan untuk menghapuskan sisa pepejal, cecair, dan gas dan diiktiraf sebagai
kaedah yang praktis untuk menghapuskan sesetengah bahan sisa berbahaya (seperti sisa
perubatan biologi). Penunuan merupakan kaedah pelupusan buangan yang berkontroversi
kerana isu-isu seperti pengeluaran bahan pencemar.
Penunuan adalah biasa di negara-negara yang tidak luas seperti negeri Jepun kerana
kemudahan-kemudahan itu umumnya tidak memerlukan kawasan besar, apabila
dibandingkan dengan kaedah tanah isian. Sisa-kepada-tenaga (WtE) atau tenaga-daripadasisa (EfW) merupakan istilah yang umum untuk merujuk kepada kemudahan-kemudahan
yang membakar sisa di dalam relau atau dandang bagi menjanakan haba, wap dan/atau
elektrik. Pembakaran di dalam penusu tidak selalu sempurna dan oleh itu, terdapat
kebimbangan tentang bahan pencemar mikro di dalam gas yang keluar dari corong penusu.
Kebimbangan tertentu menumpukan sesetengah bahan organik yang tidak hilang-hilang
seperti dioksin yang mungkin dihasilkan di dalam penusu dan kemudian menjejaskan
persekitaran di kawasan yang berhampiran. Walaupun demikian, kaedah ini masih disukai
kerana ia dapat menghasilkan haba untuk digunakan sebagai tenaga.

Jenis-jenis insinerator

mass burning grate system

rotary kiln

multiple heart

Di Malaysia terdapat 7 insinerator mini yang beroperasi tetapi tidak mencapai tahap yang
sepatutnya ekoran jenis sisa yang dibakar kerana adalah lembap dimana berbeza daripada sisa
yang dibakar pada insinerator di Kanada, Berikut ialah lokasi insinerator di Malaysia :

Pulau Pankor
Wilayah Persekutuan Labuan
Pulau Langkawi
Pulau Tioman

Penggunaan insinerator di Jepun telah dibuat penambahbaikan supaya lebih cekap dari segi

Pengurusan

Pelepasan gas dioksin

transfer statio (sistem pemindahan sisa pepejal)

Walaubagaimanapun, penggunaan insinerator mendapat bantahan daripada rakyat Malaysia


kerana

Tidak yakin ianya boleh diselenggara dengan baik

Pelepasan gas dioksin tidak baik untuk kesihatan

Jarak Taman Beringin, Kepong dengan penampan tidak mencukupi

kos bagi kes pelepasan dioksin yang adalah tinggi

Penggunaan insinerator memerlukan tenaga kerja yang mahir disamping penggunaan kos
yang agak mahal dan memaksa kerajaan membina insinerator di kawasan yang strategik.
Berharap pada masa akan datang penggunaan insinerator di Malaysia standing di Jepun
dimana kos yang diperlukan agak mahal dan agak mustahil untuk dibina di Malaysia.

PELUPUSAN SISA PEPEJAL PERBANDARAN

PENGKOMPOSAN
Pengkomposan merupakan salah satu cara untuk mengitar semula sisa organik (dari
tumbuhtumbuhan dan haiwan) bagi mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dilupuskan di
tapak pelupusan, oleh itu jangka hayat tapak pelupusan dapat dipanjangkan. Ia adalah proses
penguraian semulajadi oleh mikrob ke atas bahan-bahan organik (dari tumbuh-tumbuhan dan
haiwan) menjadi bahan yang menyuburkan tanah dipanggil kompos.

FAEDAH PENGKOMPOSAN
1.

Mengubah bahan organik yang boleh reput menjadi bahan yang stabil

2.

Membunuh mikrob pathogen, telur serangga dan organisma lain

3.

Menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah

ASAS PENGKOMPOSAN
Pengkomposan yang baik dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan
mikrob seperti bakteria dan fungus. Semasa proses pengkomposan mikrob memerlukan air,
udara danmakanan. Perkembangan sains membolehkan kita mengawal ramuan bahan yang
hendak dikompos, memantau perubahan suhu, nilai pH, kandungan kelembapan serta
keperluan udara semasa proses pengkomposan bagi menjamin kualiti kompos yang terhasil.

AIR
Kelembapan bahan-bahan organik yang hendak dikompos mestilah sesuai supaya
mikrobmikrob tersebut dapat hidup dan melakukan proses pengkomposan.
Walaubagaimanapun kandungan air yang terlalu tinggi, akan menyebabkan partikel kompos
berkenaan menjadi lembap dan akan mengurangkan kandungan udara. Oleh itu, proses
pengkomposan menjadi perlahan. Pekara yang sama akan berlaku jika tahap kelembapan
terlalu rendah. Kelembapan optima biasanya adalah pada kadar 50%- 60% daripada berat
bahan yang dikompos.

UDARA
Kandungan air dan udara yang seimbang adalah penting untuk proses pengkomposan. Udara
diperlukan oleh mikrob untuk melakukan penguraian. Bahan-bahan yang dikompos perlu
mempunyai banyak rongga (tidak mampat) untuk membolehkan udara meresap ke dalamnya.
Pada peringkat permulaan, kandungan oksigen yang diperlukan pada kadar 15% - 20%
daripada rongga udara ( pore spaces ). Sekiranya kandungan purata oksigen kurang daripada
5%, bakteria anerobik akan membiak dan ia akan membebaskan gas berbau busuk. Untuk
proses pengkomposan aerobik, kandungan udara optima yang diperlukan adalah melebihi
10%.

MAKANAN
Mikrob memerlukan bahan-bahan yang mengandungi karbon (C) dan nitrogen (N) sebagai
makanannya. Bahan organik mengandungi C yang tinggi dinamakan sebagai bahan perang
(brown) dan N sebagai bahan hijau (green). Bahan perang membekalkan tenaga kepada
manakala bahan hijau membekalkan nutrien. Untuk menghasilkan kompos, nisbah di antara
C dan N adalah penting, iaitu pada kadar 30:1. Apabila bahan-bahan organic berkenaan
menjadi kompos C:N berubah menjadi 10:1 hingga 20:1.

BAHAN YANG SESUAI UNTUK DIKOMPOS DI RUMAH

Najis binatang ternakan

Kertas

Kopi dan teh

Kain kapas

Kulit telur

Abu kayu

Serbuk kayu

Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang

Rumput, lalang, daun, jerami, sekam, ranting kayu dan serbuk kayu

Rambut, kulit binatang yang kering dan bulu binatang

BAHAN YANG TIDAK SESUAI UNTUK DIKOMPOS DI RUMAH

1)

Arang batu atau abu kayu arang

boleh mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan

2)

Bahan Tenusu.

boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

3)

Tumbuh-tumbuhan berpenyakit.

penyakit pada tumbuh-tumbuhan mungkin tidak musnah dan boleh berjangkit kepada
tumbuhan lain.
4)

Lemak, minyak dan gris.

boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

5)

Daging

boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

6)

Najis binatang peliharaan (anjing, kucing dan sebagainya)

kemungkinan mengandungi parasit bakteria patogen dan virus yang berbahaya kepada
manusia
7)

Sisa tumbuh-tumbuhan yang telah disembur dengan racun.

boleh membunuh mikrob yang penting untuk proses pengkomposan

You might also like