Format Thesis
Format Thesis
Format Thesis
PENULISAN
DISERTASI/TESIS
2
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1. NAMA
2. TUJUAN
3. TAKRIFAN
Dalam garis panduan ini, berikut adalah butiran takrifan melainkan jika kandungan
ayatnya mengkehendaki makna lain:
4. MAKLUMAT TAMBAHAN
Penyerahan Disertasi/Tesis
3
Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka menerima
ijazah masing-masing. Universiti tidak akan menganugerahkan ijazah kepada calon
yang gagal berbuat demikian.
Empat naskhah disertasi/tesis berjilid keras dan dua keping salinan cakera padat
(CD) format PDF perlu diserahkan oleh pelajar kepada pihak berikut:
i. Satu keping salinan cakera padat (CD) bersama satu naskhah berjilid keras
disimpan di perpustakaan Universiti.
ii. Satu keping salinan cakera padat (CD) bersama satu naskhah berjilid keras
disimpan di IPS.
iii. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada Fakulti.
iv. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada penyelia.
c) Plagarisme
Semua disertasi/tesis menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu
hak cipta bentuk asal dipunyai oleh Universiti, bukan oleh penulis disertasi/tesis.
Sebarang penerbitan yang melibatkan disertasi/tesis atau sebahagian daripadanya perlu
mendapat kebenaran daripada pihak Universiti.
Secara umumnya, sesebuah Disertasi/Tesis ini mengandungi lima (5) bab iaitu:
a) Bab Pengenalan
b) Bab Tinjauan Literatur
c) Bab Metodologi
d) Bab Dapatan Kajian
e) Bab Perbincangan, Kesimpulan dan Cadangan
4
a) BAB PENGENALAN
Pendahuluan
Bahagian ini adalah pengenalan pada isu yang berkaitan dengan kajian/penyelidikan secara
umum. Huraiannya hendaklah memberi gambaran awal terhadap skop kajian yang
dilaksanakan oleh calon.
Bahagian ini menghuraikan secara umum tentang kajian yang dijalankan. Pemerihalan
bahagian ini merupakan pencetus kepada gagasan kajian.
Pernyataan Masalah
Bahagian ini menerangkan apakah isu/masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Calon
perlu menjelaskan mengapa kajian tersebut perlu dijalankan berasaskan hujah dan bukti yang
berkaitan.
Tujuan Kajian (jika perlu)
Objektif Kajian
Objektif kajian seharusnya spesifik, boleh diukur, kebolehcapaian, realistik dan bersesuaian
dengan tempoh kajian. Penulisan objektif perlu dalam bentuk kata kerja yang berkaitan
dengan bidang dan tahap kajian masing-masing.
Soalan Kajian
Bahagian ini mengandungi soalan yang hendak dijawab dalam kajian. Soalan kajian
biasanya dibina berasaskan objektif kajian dan perlu mempunyai kaitan dengan pernyataan
masalah.
Bahagian ini menyatakan jangkaan awal pengkaji tentang hasil kajian dan antara sifat
penting hipotesis adalah dapat menunjukkan hubung kait antara pemboleh ubah-pemboleh
ubah dalam kajian, spesifik, jelas dan boleh diukur.
Menjelaskan aspek berkaitan teori dan/atau konsep yang mendasari kajian daripada sumber-
sumber yang berwibawa daripada sarjana/pakar/penyelidik dalam bidang. Sekiranya perlu
kerangka ini boleh dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah.
5
Kepentingan Kajian
Bahagian ini memperincikan secara jelas impak kajian dan menjelaskan apakah faedah-
faedah daripada hasil kajian kepada organisasi, masyarakat, negara, agensi berkaitan dan
perkembangan ilmu dalam bidang yang dikaji.
Batasan Kajian
Definisi Operasional
Bahagian ini, merumuskan konsep, prinsip, idea dan gagasan yang terdapat di dalam bab.
Tinjauan literatur merupakan penulisan yang kritikal dan analitikal tentang penulisan ilmiah
yang telah diterbitkan oleh sarjana dan penyelidik tentang topik yang dikaji. Tujuannya
adalah untuk menyampaikan kepada pembaca apakah teori, konsep dan hujah-hujah yang
telah digunakan dalam merangka penyelidikan serta membincangkan kekuatan dan
kelemahan kajian yang telah dijalankan berkaitan tajuk dan skop kajian ini.
Tinjauan literatur perlu berkisar kepada soalan kajian yang dibentuk. Bahagian ini bukan
setakat menyenaraikan bahan-bahan yang diperoleh atau satu himpunan rumusan kajian
terdahulu semata-mata. Sebaliknya calon perlu menunjukkan sintesis keputusan dalam
bentuk rumusan tentang penyelidikan yang telah diketahui atau tidak diketahui, mengenal
pasti kontroversi dalam bidang yang dikaji, dan seterusnya membentuk soalan-soalan kajian
yang memerlukan penyelidikan selanjutnya. Hasil tinjauan literatur ini boleh digunakan
untuk membantu membentuk rasional kajian, mengenal pasti pembolehubah, serta memilih
metodologi kajian yang bersesuaian. Ia juga boleh dikaitkan dengan hasil kajian dalam
bahagian perbincangan dapatan. Dicadangkan penulisan bahagian ini terdiri daripada tiga
(3) bahagian iaitu:
Pengenalan
- Mengenal pasti topik umum, isu, atau bidang yang menjadi tumpuan, seterusnya
menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan literatur.
- Memperlihatkan trend keseluruhan; atau percanggahan dalam teori, metodologi,
bukti, dan kesimpulan; atau jurang dalam penyelidikan dan bidang tersebut; atau satu
masalah/ perspektif baharu yang menarik minat penyelidik.
- Mengemukakan alasan tentang perlunya membuat tinjauan literatur; menjelaskan
kriteria yang digunakan dalam membuat analisis, perbandingan dan menyusun
bahan-bahan daripada literatur, dan jika perlu nyatakan mengapa literatur tertentu
tidak dimasukkan (skop).
6
Utama (Badan)
Rumusan (pilihan)
- Merumuskan sumbangan utama kajian berkaitan dan bahan yang dirujuk terhadap
bidang kajian yang hendak dikaji. Calon perlu fokus kepada persoalan yang dibentuk
dalam pengenalan.
- Menilai trend terkini bidang ilmu yang hendak dikaji. Calon perlu mengutarakan
perkembangan metodologi utama kajian yang dirujuk, menunjukkan jurang yang
wujud dalam kajian, teori dan dapatan yang tidak konsisten dan bidang atau isu yang
berkaitan dengan kajian yang hendak dikaji.
- Membuat kesimpulan dengan menunjukkan perkaitan antara topik utama dalam
literatur dengan bidang yang hendak dikaji.
c) BAB METODOLOGI
Bahagian ini berbeza antara satu disertasi/tesis dengan disertasi/tesis yang lain bergantung
kepada bidang disiplin ilmu yang dikaji dan ia mungkin tidak ada dalam disertasi/tesis yang
berbentuk teoritikal. Bahagian ini mengandungi penerangan dan justifikasi terhadap
material, pendekatan teoritikal, reka bentuk eksperimen dan kaedah (termasuk analisis
statistik) yang digunakan bagi mencapai objektif penyelidikan. Material dan kaedah yang
digunakan dalam penyelidikan perlu diterangkan dengan mendalam dan tepat. Rujukan bagi
kaedah dan prosedur yang digunakan perlu dinyatakan. Di bawah adalah contoh penulisan
bab metodologi bagi penyelidikan sains sosial. Contoh penulisan bab metodologi di bawah
boleh diubahsuai mengikut kesesuaian bidang penyelidikan yang dikaji seperti Sistem
Maklumat, Kejuruteraan, Sains Sukan, Sains dan sebagainya.
Pengenalan
Pengenalan dalam bab metodologi seharusnya membincangkan apa yang ada dalam bab
tersebut secara ringkas. Contohnya, bahagian satu memperihalkan tentang reka bentuk
kajian, bahagian dua menjelaskan tentang populasi dan sampel dan sebagainya. Sebaiknya,
kaedah yang digunakan ditulis mengikut susunan objektif kajian yang ditetapkan dalam bab
pertama.
7
Reka bentuk kajian
Dalam reka bentuk kajian, sesebuah disertasi atau tesis seharusnya mengandungi maklumat
berikut:
- Reka bentuk kajian, contohnya penyelidikan kualitatif atau kuantitatif.
- Strategi/Pendekatan/Jenis sama ada eksperimen, kajian kes, tinjauan, kajian
tindakan, teori asas (grounded theory), etnografi, analisis teks dan sebagainya.
- Kaedah pengumpulan data sama ada satu keadah, kaedah campuran atau pelbagai
kaedah.
- Pengumpulan data bersifat semasa atau jangka masa panjang.
Instrumen
- Tujuan kajian rintis – kenapa pilih sampel tersebut, kesahan dan kebolehpercayaan.
- Bila, di mana dan siapa yang terlibat dalam pelaksanaan kajian rintis.
- Keputusan kajian rintis – nilai kesahan, kebolehpercayaan dan maklumat lain (jika
ada).
- Item yang digugurkan, ditambah atau perlu diubah suai (jika ada).
- Adakah analisis normaliti dilaksanakan dan apakah hasilnya.
8
Prosedur Pengumpulan Data
Rumusan (pilihan)
- Merumus apa yang ditulis/dibincangkan dalam bab ini.
Bab ini mempersembahkan dan menganalisis data kajian. Dapatan keseluruhan dan analisis
kajian boleh dibentangkan dalam bentuk jadual, rajah dan pernyataan bagi membolehkan
penemuan penting dikemukakan. Dapatan kajian juga boleh ditulis lebih daripada satu bab.
Bahagian ini perlu disusun menurut hierarki soalan kajian bagi menunjukkan bahawa semua
soalan telah terjawab.
Bab ini membincangkan dapatan kajian dengan mengaitkan teori-teori dan kajian lampau
yang dibincangkan dalam bab literatur. Sebaiknya, perbincangan dapatan kajian ditulis
mengikut susunan objektif atau soalan kajian. Dapatan kajian ini perlu dibincangkan secara
kritikal bagi melambangkan kesarjanaan sesuatu kajian yang dijalankan. Penemuan kajian
disimpulkan selari dengan soalan kajian. Kajian juga boleh mencadangkan sesuatu inovasi
atau idea baharu berdasarkan dapatan kajian. Signifikan kajian dan implikasi terhadap
bidang kajian perlu dinyatakan. Cadangan kajian untuk masa hadapan juga perlu dimasukkan
dalam bab ini.
9
FORMAT
DISERTASI/TESIS
10
1. FORMAT DISERTASI/TESIS
06. Halaman Senarai Jadual Wajib Dinomborkan dengan angka roman kecil
07. Halaman Senarai Rajah Wajib Dinomborkan dengan angka roman kecil
Halaman Senarai Singkatan/
08. Wajib Dinomborkan dengan angka roman kecil
Simbol
Nombor halaman adalah sambungan
09. Rujukan Wajib
daripada halaman terakhir disertasi/tesis
10. Lampiran Pilihan
11
1.4 Pengisytiharaan Status Disertasi/Tesis
Perakuan status disertasi/tesis perlu dibuat dengan melengkapkan Borang
Pengesahan Penyerahan Disertasi/Tesis seperti di LAMPIRAN C. Jika
disertasi/tesis diklasifikasikan sebagai sulit atau terhad, perpustakaan tidak
dibenarkan membuat jualan terhadap disertasi/tesis berkenaan. Sekiranya penulis
mengkelaskan disertasi/tesis sebagai tidak terhad, pihak universiti akan menganggap
disertasi/tesis ini sebagai tidak terhad dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris
berhak untuk menggunakannya bagi sebarang tujuan sama ada untuk percetakan atau
perkara lain. Borang ini tidak perlu diletakkan sekali dalam disertasi/tesis tetapi
dihantar bersama dengan disertasi/tesis ke Perpustakaan Tuanku Bainun. Calon perlu
sentiasa memastikan borang yang digunakan adalah terkini dengan merujuk laman
web IPS.
1.5 Penghargaan
Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah
memberikan bantuan secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan
disertasi/tesis. Halaman ini dihadkan kepada satu (1) muka surat. Penghargaan ditulis
dalam langkauan sebaris. Sila rujuk contoh di LAMPIRAN D.
1.6 Abstrak
Abstrak perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
- Tujuan/Objektif Kajian
- Metodologi
- Dapatan Kajian
- Kesimpulan
- Implikasi/Sumbangan Kajian
Menggunakan satu atau dua ayat bagi setiap perkara yang dinyatakan di atas. Abstrak
hendaklah ditulis tidak melebihi 300 perkataan, dibuat dalam satu perenggan dan
ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi disertasi/tesis yang ditulis
dalam Bahasa Melayu, tajuk dan terjemahan abstrak perlu diterjemah dalam Bahasa
Inggeris dan sebaliknya. Abstrak mesti ditulis dalam langkauan sebaris. Sila rujuk
contoh abstrak Bahasa Melayu di LAMPIRAN E1 dan abstrak Bahasa Inggeris di
LAMPIRAN E2 bagi tesis yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Nota: Bagi kajian kuantitatif, dapatan yang mempunyai nilai tertentu (seperti nilai
pekali kesahan, nilai kebolehpercayaan, nilai kekerapan/frekuensi, atau mana-mana
nilai yang diperolehi) boleh dinyatakan sekiranya perlu mengikut kesesuaian kajian.
(Mesyuarat JPS Kali Ke-134 Bil. 11/2017)
12
1.8 Senarai Jadual
Halaman ini mengandungi senarai semua jadual yang dimuatkan dalam tesis.
Maklumat jadual yang diperlukan dinyatakan adalah nombor jadual, tajuk jadual
serta muka surat di mana jadual tersebut dimuatkan. Senarai jadual mestilah ditulis
ikut urutan bab. Walau bagaimanapun, jika pada keseluruhan disertasi/tesis hanya
mengandungi satu atau dua jadual, maka senarai Jadual tidak perlu. Sila rujuk contoh
di LAMPIRAN G.
1.12 Teks
Teks dalam disertasi/tesis hendaklah mengandungi bab-bab yang diberikan judul dan
setiap judul hendaklah mencerminkan kandungan bab berkenaan. Setiap bab
hendaklah dimulakan pada halaman baharu. Bab boleh dikembangkan kepada
bahagian yang diberikan sub-judul. Judul dan sub-judul perlu diberikan nombor. Sila
rujuk contoh di LAMPIRAN K1 dan K2. Jumlah bab dalam disertasi/tesis tidak
terhad. Secara umumnya sesuatu disertasi/tesis akan mempunyai struktur seperti
berikut:
i. Pengenalan
ii. Tinjauan Literatur
iii. Metodologi
iv. Dapatan Kajian
v. Perbincangan, Cadangan dan Kesimpulan
13
Semua maklumat dan idea yang dipetik daripada sesuatu sumber hendaklah
dicatatkan dalam teks. Sila rujuk perkara 3.4 dan panduan stail APA edisi
ke-6.
1.12.2 Jadual dalam teks
Semua jadual diberikan nombor dan hendaklah merujuk kepada bab seperti
Jadual 4.2 bagi jadual ke-2 dalam bab 4. Setiap tajuk jadual ditulis sebelah
kiri dilangkau sebaris. Nama jadual ditulis atas jadual dan ditulis
menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12 tanpa noktah di hujung
dan tulis pada sebelah kiri serta ditulis. Sila rujuk contoh di LAMPIRAN
L. Sekiranya jadual diambil daripada sumber tertentu, sumber berkenaan
perlu dinyatakan di hujung jadual. Bagaimanapun dalam penulisan, jadual
hanya boleh diletakkan selepas dirujuk dalam teks. Sila rujuk panduan stail
APA edisi ke-6.
14
SPESIFIKASI
TEKNIKAL
15
2.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL
Hanya kertas putih saiz A4 (210 x 297 mm) yang berkualiti baik seperti kertas
jenis simili berjisim 80g, atau yang mempunyai kualiti yang hampir sama sahaja,
yang boleh digunakan untuk penyediaan naskhah akhir disertasi/tesis. Salinan
disertasi/tesis juga mesti dihasilkan menggunakan kertas berkualiti serupa.
Pilihan saiz huruf yang boleh digunakan di dalam teks adalah sama ada saiz 11
bagi Arial atau saiz 12 bagi Times New Roman. Saiz yang dipilih mestilah
digunakan secara seragam di dalam keseluruhan disertasi/tesis. Nota kaki dan
teks di dalam jadual pula boleh menggunakan saiz huruf lebih kecil tetapi
hendaklah tidak kurang daripada saiz 8.
Cetakan condong (italic) tidak dibenarkan kecuali bagi nama-nama saintifik dan
terminologi dalam bahasa yang berbeza. Penggunaan cetakan tebal (bold) boleh
digunakan bagi tajuk bab dan subtajuk tanpa garisan.
16
Tajuk bab hendaklah menggunakan huruf besar dan dicetak tebal. Bagi subtajuk
hanya huruf pertama bagi perkataan pertama di dalam subtajuk yang perlu
menggunakan huruf besar.
2.6 Birai
Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify). Baris pertama untuk perenggan
pertama tidak perlu disantak ke kanan. Bagi perenggan kedua dan seterusnya,
baris pertama setiap perenggan perlu disantak sebanyak 1.27 sm @ 0.5 inci dari
birai sebelah kiri. Walau bagaimanapun, perenggan baru tidak boleh dimulakan
pada baris terakhir sesebuah halaman.
Setiap baris teks di dalam disertasi/tesis mesti dilangkau dua (double spacing).
Langkauan ini mesti digunakan secara seragam di dalam keseluruhan
disertasi/tesis.
17
v. Sekurang-kurangnya langkau satu aksara hendaklah digunakan antara tanda
koma ‘,’ atau tanda noktah ‘.’ dengan huruf pertama bagi ayat seterusnya di
dalam perenggan yang sama. Walau bagaimanapun, tiada langkau
diperlukan antara huruf terakhir bagi ayat sebelumnya di dalam perenggan
yang sama dengan tanda koma atau tanda noktah.
Tajuk bagi bab perlu ditaip di tengah antara birai sebelah kiri dan kanan. Setiap
bab mesti dimulakan pada halaman muka surat yang baru.
Disertasi/tesis perlu dicetak pada satu halaman muka surat sahaja pada setiap
helaian kertas. Kesemua halaman muka surat di dalam disertasi/tesis perlu
dinomborkan secara berturut termasuklah halaman yang mengandungi jadual,
rajah dan lampiran. Nombor muka surat perlu diletakkan di sebelah kanan
halaman pada birai sebelah atas, iaitu 1.27 sm @ 0.5 inci dari sisi atas dan 2.54
sm @ 1 inci dari sisi kanan menggunakan fon Times New Roman saiz 12 atau
Arial saiz 11. Nombor halaman perlu berdiri sendiri tanpa sebarang penggunaan
tanda kurungan ‘()’ , tanda sempang ‘/’, tanda sengkang ‘-’ atau apa-apa imej
dekoratif.
Kesemua bab dan subseksyen mesti dilabel dan dinomborkan. Penomboran bab
hendaklah menggunakan angka iaitu Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan seterusnya.
Setiap subseksyen perlu disantak dan disusun secara teratur tetapi tidak boleh
melebihi empat aras (tiga titik perpuluhan) seperti contoh berikut:
5.1 Aras kedua (Tajuk subseksyen)
5.1.1 Aras ketiga (Tajuk subseksyen subseksyen)
5.1.1.1 Aras keempat (Tajuk subseksyen subseksyen subseksyen)
18
Nota: Di dalam contoh di atas, aras permulaan adalah 5 Aras pertama (Tajuk
bab) tetapi tidak dimasukkan di dalam contoh bagi mengelakkan kekeliruan
kerana format santak dan langkau bagi nombor dan tajuk bab adalah berbeza
berbanding aras lain mengikut format seperti yang ditunjukkan di dalam
LAMPIRAN K1 dan K2.
Jika panjang tajuk bab atau mana-mana aras melebihi satu baris, langkau dua
akan digunakan sama seperti langkauan yang digunakan antara baris dalam teks.
2.10 Penjilidan
Enam (6) salinan disertasi/tesis untuk pelajar program Sarjana dan tujuh
(7) salinan tesis untuk pelajar program Doktor Falsafah (yang dijilid
dengan kulit lembut) mestilah diserahkan pada Institut Pengajian
Siswazah bersama borang penyerahan disertasi/tesis yang dilengkapkan.
Kulit Keras
Program Pengajian
Warna Kod Warna
Doktor Falsafah Hitam 585
Merah buah manggis
Sarjana 567
(Maroon)
19
2.10.4 Kulit Luar Disertasi/Tesis
Keterangan pada kulit luar mesti dicetak menggunakan tulisan huruf
besar yang berwarna emas sepenuhnya dan perlu hot stamping, fon
Arial atau Times New Roman bersaiz 18 dan mengandungi perkara-
perkara berikut:
i. Tajuk disertasi/tesis disusun dalam bentuk piramid terbalik;
ii. Nama pelajar;
iii. Nama universiti; dan
iv. Tahun penyerahan disertasi/tesis.
20
KONVENSYEN
PENULISAN DAN
PENULISAN
RUJUKAN
21
3.0 KONVENSYEN PENULISAN
2 liter (2L)
10 mililiter (10 mL)
15 kilogram (15 kg)
7 gram (7 gm)
9 kilometer (9 km)
5 hektar (5 ha)
25 ton (25 t)
135 parts per million (135 ppm)
50 Australian Dollars (AUSD 50)
2.7 ton metrik/hektar (2.7 t/ha)
Perhatikan ruang kosong di antara angka dan unit.
Penulisan angka di hadapan unit ukuran tidak boleh dieja (ditulis 2L, dan
bukannya dua L), kecuali ditulis dalam permulaan ayat atau angka satu (1).
i. Kelas yang diperhatikan mempunyai 1 meja dan kerusi guru, 25 bangku dan
meja untuk murid, 4 buah kipas, serta 1 papan putih.
ii. Bilangan enrolmen murid tahun 4 di SRK Bangi sepanjang tiga tahun yang
lepas adalah 125, 180 dan 225.
22
ditulis dengan nama penuh. Petikan di dalam teks perlu berada di dalam senarai
rujukan di akhir tesis/disertasi.
3.4.1 Petikan Secara Langsung
Petikan secara langsung yang kurang daripada tiga baris ditunjukkan
menggunakan simbol pengikat kata. Sekiranya lebih, petikan tersebut
hendaklah disantak dan dimasukkan nombor muka surat. Contoh di
bawah menunjukkan pelbagai bentuk dan cara petikan secara langsung
dimasukkan ke dalam teks.
Contoh:
Contoh:
Contoh:
Contoh:
23
3.4.2 Petikan Secara Tidak Langsung
Contoh:
24
Memetik terus dari sumber penulis (kurang daripada 40 perkataan)
Contoh:
Dalam membicarakan panduan asas fiqh wanita, Siti Nor Bahyah (2008) menyatakan
bahawa “semakin tinggi ilmu yang dimiliki, bukan untuk bermegah tetapi untuk memandu
seseorang itu meningkatkan amal kebajikan. Amal fardu kifayah dan amal fardu ain dapat
dijadikan sebagai bekalan yang akan manusia bawa apabila telah mati kelak’ (ms.152)
Below is the statement quoted in the KBSR that shows the importance of mathematical
thinking elements and problem solving in the teaching and learning mathematics:
The learning of mathematics at all levels invoves more than just the basic acquisition
of concepts and skills. It involves, more importantly, an understanding of the
underlying mathematical thinking, general strategies of problem solving,
communicating mathematically and including positive attitudes towards an
appreciation of mathematics as an important and powerful tool in everyday life.
(Curiculum & Malaysia, 2006, p.112)
Indent 0.5 inci. Langkau dua baris Sumber petikan, tahun dan
bagi keseluruhan petikan. Jangan muka surat
italik petikan. Abaikan tanda “...”
dalam petikan.
25
Contoh Penulisan Teks
Seramai 15 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada tujuh
orang responden lelaki dan lapan orang responden perempuan dari kelas 5 Amanah. Borang
latar belakang (Lampiran G) disediakan untuk mengetahui serba sedikit latar belakang
keluarga responden-responden ini dan pengenalan diri responden bagi memudahkan proses
temu bual yang akan dilakukan kelak. Borang ini disediakan dalam bentuk jadual bagi
memudahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pengkaji untuk mengisi maklumat.
26
A) Nombor ditulis dalam numeral
Nombor 10 dan ke atas 12 cm 13 senarai
25 tahun 105 perkataan
Nombor yang mewakili
Darab 5 3 kali lebih banyak
fungsi matematik
Lebih 5% dari sampel 0.33 dari
Nombor yang mewakili
1 jam 24 min Pukul 12.30 a.m
masa, tarikh, skor, dll
Skor 4 pada skala 5 Jadual 4
3.5 Rujukan
Apa jua rujukan disertasi/tesis sama ada dipetik secara langsung atau tidak,
hendaklah disenaraikan dalam rujukan. Untuk setiap sumber yang digunakan,
calon mesti mempunyai rujukan. Ini adalah untuk memperakukan sumber dan
membenarkan pembaca untuk mengesan segala-galanya yang calon telah
gunakan. Rujukan yang lengkap juga dapat mengelakkan pertuduhan plagiat
Senarai rujukan ini dimulakan pada halaman baru dan perkataan RUJUKAN
ditaip dengan huruf besar. Penulisan rujukan menggunakan format gaya APA
edisi ke-6.
27
Format
Format kurungan,
Rujukan Rujukan kurungan,
penanda rujukan
Jenis petikan pertama dalam seterusnya rujukan
seterusnya dalam
teks dalam teks pertama dalam
teks
teks
Seorang
Walker (2007) Walker (2007) (Walker, 2007) (Walker, 2007)
pengarang
Dua orang Walker dan Allen Walker dan Allen (Walker & Allen, (Walker & Allen,
pengarang (2004) (2004) 2004) 2004)
Bradley, (Bradley,
Tiga orang Bradley et al.
Ramirez, dan Ramirez, & (Bradley et al., 1999)
pengarang (1999)
Soo (1999) Soo, 1999)
Bradley, (Bradley,
Empat orang Ramirez, Soo, Bradley et al. Ramirez, Soo,
(Bradley et al., 2006)
pengarang dan Walsh (2006) & Walsh,
(2006) 2006)
Walker, Allen, (Walker, Allen,
Lima orang Bradley, Walker et al. Bradley,
(Walker et al., 2008)
pengarang Ramirez, dan (2008) Ramirez, &
Soo (2008) Soo, 2008)
Organisasi
(dikenal pasti
Universiti (Universiti
dengan mudah
Pendidikan Pendidikan
melalui UPSI (2013) (UPSI, 2013)
Sultan Idris Sultan Idris
singkatan)
(UPSI, 2013) [UPSI], 2013)
sebagai
pengarang
Organisasi
Universiti Universiti (Universiti
(tiada singkatan) (Universiti
Pittsburgh Pittsburgh Pittsburgh,
sebagai Pittsburgh, 2005)
(2005) (2005) 2005)
pengarang
28
Panduan Umum
Seorang Pengarang
Nama akhir/nama keluarga dahulu diikuti oleh huruf pertama nama awal
pengarang.
Contoh:
a) Al-Attas, S.M.N (1980). The concept of education In Islam. Kuala Lumpur:
ABIM.
Dua Pengarang
Nama akhir/nama keluarga dahulu diikuti oleh huruf pertama nama awal
pengarang. Gunakan simbol “&” bukannya “dan”
Contoh:
a) Creme, P. & Lea, M. R. (2003). Writing at University. 2nd ed. Maiden: Open
University Press.
b) Wegener, D.T. & Perry, R.E. (1994). Mood management across affective
states. The hedonic contingency hypothesis. Journal of Personality &
Social Psychology, 66, 1034-1048.
Contoh:
a) Asmah Binti Omar
Dipetik sebagai:
Asmah Omar. (1991). Kemahiran berbahasa. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbitan Pustaka Antara.
29
Pengarang Cina Tanpa Nama Keluarga
Nama keluarga diikuti oleh huruf pertama nama pengarang yang seterusnya
Contoh:
a) Chu Chin Ning
Dipetik sebagai:
Chu, C.N. (1995). Simulated counter-current adsorption processes: A
comparison of modelling strategies. Chemical Engineering Journal,
56,59-65
Kurniaan Gelaran
Tinggalkan gelaran seperti Datuk/ Tan/Sri/ Tun/ Prof/ Dr/ Haji
Contoh:
a) Tun Mahathir Mohamad, dipetik sebagai: Mahathir Mohamad
Badan korporat
Gunakan nama lengkap yang rasmi
Contoh:
a) Yayasan Sabah. (2009).
b) Committe of Bank Rakyat finance. Kuala Lumpur. DBP.
30
Nama Persidangan (conference)
i. Tidak perlu masukkan nombor/bilangan
Contoh:
a) Persidangan Fizik Asia Pasifik Ke Lima, dipetik sebagai: Persidangan Fizik
Asia Pasifik
31
PLAGIARISME
32
4.0 PLAGIARISME
Plagiarisme merupakan penggunaan idea, hasil kerja atau data yang diambil daripada
orang lain yang diletakkan di dalam teks utama disertasi/tesis tanpa memberikan
penghargaan kepada penulis asal tersebut dan menggunakan maklumat tersebut seolah-
olah kepunyaan calon sendiri. Hasil kerja tersebut termasuk :
i. Perkataan atau idea daripada bahan bercetak seperti artikel jurnal, artikel
majalah, buku-buku, surat khabar, laman web, program komputer, dan lain-lain.
ii. Rajah, jadual, gambar rajah, ilustrasi, carta, peta, gambar atau bahan visual yang
lain; dan
iii. Maklumat temu bual dan sebagainya.
i. Menyalin secara terus ayat atau perenggan dari sumber rujukan yang diperoleh
seolah-olah hasil tersebut merupakan hasil pelajar itu sendiri; dan
ii. Menggunakan ayat yang asli daripada sumber tanpa menggunakan tanda
pengikat kata (“”) atau santak (indent), walaupun sumber tersebut diakui.
iii. Memparafrasa tanpa pengakuan/perakuan.
Plagiarisme merupakan satu jenayah yang sangat serius di dalam dunia akademia dan
ianya tidak diterima langsung oleh para sarjana akademik. Oleh itu, jika disertasi/tesis
calon didapati mempunyai unsur plagiat, disertasi/tesis tersebut dianggap GAGAL dan
calon terbabit akan ditamatkan pengajian. Calon adalah dinasihatkan agar sentiasa
merujuk kepada penulis asal jika menggunakan idea atau perkataan daripada hasil kerja
penulis atau orang lain untuk mengelakkan daripada melakukan plagiarisme.
Kaedah bagi mengelakkan plagiarisme adalah dengan memastikan bahawa kredit yang
sepatutnya diberikan ketika menggunakan hasil kerja penulis lain. Calon perlu
melakukan perkara ini walaupun sumber yang asal telah diolah semula atau
diringkaskan. Apabila memetik kenyataan yang disiarkan atau secara lisan, ia mestilah
sama dengan yang asal dan perlu didedikasikan kepada penulis asal.
33
RUJUKAN
Anderson, J. & Poole, M. (2011). Assignment and thesis writing. (Marzita Puteh & Saadiah
Baharom, Penulisan tugasan & tesis) (edisi ke-4). Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Fraenkel, J. R. & Wallen N. E. (2009). How to design and evaluate research in education. (7th
ed.). New York: McGraw-Hill
Hamidah Yusof, Jamal Yunus & Khalip Musa. (2014). Kaedah penyelidikan pengurusan
pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Pengurusan Siswazah. (2010). Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM (edisi semak kedua).
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pusat Pengajian Pascasiswazah. (2014). Garis panduan gaya penulisan pascasiswazah. Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
School of Graduate Studies. (2013). Postgraduate student’s guide thesis preparation. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
34
LAMPIRAN
35
1. SILA TETAPKAN BIRAI (MARGIN)
2015
36
SILA TETAPKAN BIRAI (MARGIN) SEPERTI
BERIKUT :
2015
UPSI/IPS-3/BO 32
Pind : 00 m/s: 1/1
i. Perakuan pelajar :
_________________________
Tandatangan pelajar
____________________ ________________________
Tarikh Tandatangan Penyelia
38
LAMPIRAN C
39
LAMPIRAN D
iii
2.54 sm @ 1 inci
40
LAMPIRAN E1
iv
2.54 sm @ 1 inci
41
LAMPIRAN E2
2.54 sm @ 1 inci
42
LAMPIRAN F
vi
Langkau 2 kali, mula menaip
di langkau ke-3
Muka Surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
3.81 sm atau 1.15
ABSTRAK iv 2.54 sm
inci
@ 1 inci
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI SINGKATAN ix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
2.54 sm @ 1 inci
43
LAMPIRAN G
vii
Langkau 2 kali, mula
menaip di langkau ke-3
2.54 sm @ 1 inci
44
LAMPIRAN H
viii
Langkau 2 kali, mula
menaip di langkau ke-3
2.54 sm @ 1 inci
45
LAMPIRAN I
ix
2.54 sm @ 1 inci
46
LAMPIRAN J
x
Langkau 2 kali, mula
menaip di langkau ke-3
A Halaman Judul
B Perakuan Keaslian
2.54 sm @ 1 inci
47
SILA TETAPKAN BIRAI (MARGIN) SEPERTI
BERIKUT :
LAMPIRAN K1
Langkau 4 baris
Set’Center’dan
digelapkan
Langkau 4 baris
3.1 Pengenalan
Langkau 1 baris. Pada perenggan permulaan perlu bermula
rapat dari kiri.
Perenggan
Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian ini. Tujuannya adalah untuk
pertama tidak
perlu ensot
...............................................
Langkau 1 baris bagi perenggan baru dan perlu disantak
sekali
Ensotan / indent
1.27 sm @ Perbincangan adalah merangkumi reka bentuk penyelidikan, pembolehubah
0.5 inci
( TAB 1 kali) bersandar, pembolehubah bebas, pembolehubah moderator, persampelan, instrumen
amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut dolore ......
2.54 sm @ 1 inci
48
LAMPIRAN K2
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor
incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud
exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure
non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.
Pro eu prima fabellas neglegentur, ne omnis explicari eam. Cum concludaturque 2.54 sm
3.81 sm @ 1 inci
@ 1.15 inci vituperatoribus in, vim et adhuc ceteros iudicabit. Error doming voluptua eam et. At
lorem imperdiet sit.Et eam hinc dictas aliquid. Maluisset adipiscing sit ad, ferri tollit
dicunt te pro, aeque aperiri et duo. Per mundi maiorum tacimates ad. An veri vocent
dignissim at est. Scripta appetere reprimique ius ut. Alii meliore omittantur at nec, mei
Nec an rebum alienum, ex amet deleniti detraxit quo. Id qui delicata constituam
interpretaris. Fierent eleifend similique eos te. Pri epicurei reformidans at, est dictas
49
fuisset at, eu purto labitur vim. 2.54 sm @ 1 inci
LAMPIRAN L
Jadual 3.1
95% CI
Jarak M(SD)
LL UL
3.81 sm @1.15 Nota, CI = selang keyakinan; LL = had bawah, UL = had atas. Diadaptasi dari 2.54 sm
inci American Psychological Association (APA), 2010. @ 1 inci
2.54 sm @ 1 inci
50
LAMPIRAN M
Alat
Meningkatkan keupayaan
Aktor sosial
Mewujudkan perhubungan
Media
Menyediakan pengalaman
Lelaki
Perempuan
Tahun
Rajah 4.2. Enrolmen pelajar 2010 hingga 2013 di Sekolah ABC, Tg. Malim
51
LAMPIRAN N
3.0 sm
SITI HAJAR ISMAIL
SARJANA PENDIDIKAN (BIOLOGI) UPSI 2015
3.0 sm
52
LAMPIRAN O
3.0 sm
3.0 sm
DOLBASAR
KASAN
SITI HAJAR ISMAIL
DOKTOR
FALSAFAH
(PENGURUSAN
PENDIDIKAN)
SARJANA
PENDIDIKAN
(SAINS
UPSI
BIOLOGI)
2015
UPSI
2013
3.0 sm
53