Kertas Kerja Norma Baharu 2021

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kertas Kerja

Pengurusan HEM – BUKA SEKOLAH 2021

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Slim mengorak langkah bersama warga sekolah dalam menyambut
sesi pembelajaran baharu tahun 2021. Sekolah ingin memastikan segala persiapan terutama
pengurusan murid berjalan dengan lancar dalam keadaan norma baharu. Oleh yang demikian,
sekolah telah merangka dan melaksanakan pelbagai agenda dan kemudahan untuk sesi 2021. Pihak
sekolah berharap aspek pengurusan murid dapat dijalankan dengan kerjasama semua warga
sekolah.

2.0 RASIONAL

Perancangan dan pengurusan murid perlu diambil perhatian bagi memastikan perjalanan sekolah
dan aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar bersama kepatuhan terhadap SOP pandemik Covid
– 19. Justeru, pihak sekolah telah meletakkan pengurusan murid tahun 2021 sebagai agenda utama
bagi memastikan murid mematuhi SOP dan dapat mengikuti sesi pembelajaran tanpa ada sebarang
gangguan.

3.0 TUJUAN DAN MATLAMAT

1. Menyambut murid dengan pengamalan norma baharu


2. Memberi kesedaran kepada warga sekolah untuk sentiasa mematuhi SOP
3. Melicinkan pengurusan murid datang dan penyuraian murid
4. Memastikan warga sekolah mematuhi SOP sepanjang berada di sekolah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran merujuk kepada :

1. Pengawal keselamatan
2. Murid-murid
3. Guru – guru
4. Ibu bapa murid/penjaga
5. Kakitangan awam dan swasta

5.0 SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah akan menggunakan sumber kewangan daripada wang SUWA (duit sumbangan) untuk
membeli peralatan bagi memastikan keselesaan warga sekolah, terutamanya murid.

1
Kertas Kerja
Pengurusan HEM – BUKA SEKOLAH 2021

6.0 ANGGARAN KOS

Butiran Pengiraan kos pembelian peralatan/barang untuk tujuan pengurusan pembukaan sekolah
sesi 2021 adalah seperti berikut :

BIL. BUTIRAN BARANG KUANTITI HARGA JUMLAH


/UNIT

1. Double Side Tape 10 1.60 16.00


2. Caution Tape (Tape Awas) 10 6.00 60.00
3. Binding Tape – Red 15 2.30 34.50
4. Binding Tape - Green 15 2.30 34.50
5. Binding Tape – Yellow 15 2.30 34.50
6. Canopy 10 X 15 02 360.00 720.00
7. Banner Info – Norma Baharu Kembali Ke Sekolah 01 200.00 200.00
8. Hand Sanitizer 500ml 10 18.00 180.00
9. Hand Sanitizer 5 Liter 01 120.00 120.00
JUMLAH KESELURUHAN 1399.50

Ringgit Malaysia :

Satu Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh Sembilan Dan Sen Lima Puluh Sahaja

7.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar perancangan untuk mewjudkan kondisi terbaik ke arah
pematuhan dan peringatan tentang pandemiK Covid-19 dapat direalisasikan untuk kepentingan
bersama. Semoga semua pihak dapat bekerjasama dalam memastikan suasana sekolah berada
dalam keadaan yang terkawal dan semua pihak dapat mematuhi SOP.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………… ……………………………..

(Norhaida binti Samin) (Hjh. Nor Aini binti Kamarudin)


SU HEM Penolong Kanan HEM
SMK Slim SMK Slim

Disahkan oleh,

……………………………………
Pn. Razitah binti Nurawi
Pengetua
SMK Slim
2

You might also like