Modul Khas Sem 1 Set 2 2022

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
940/1 STPM 2022
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
SEJARAH DUNIA
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
KERTAS 1
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
( Dua jam )
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

CADANGAN JAWAPAN SET 2


MODUL KHAS
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

1
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

1. Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga


abad ke-17 Masihi. [ 20 ]

2. Bincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh rakyat Perancis untuk


membentuk Kerajaan Republik pada tahun 1791. [ 20 ]

3. Galurkan pendekatan politik yang dilaksanakan oleh Otto Von Bismarck dalam
usaha menyatukan Jerman sebelum tahun 1871. [ 20 ]

4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-18 hingga


ke-19 Masihi. [ 20 ]

5. Perang Dingin yang bermula pada tahun 1947 telah meninggalkan kesan
terhadap politik antarabangsa. Bincangkan. [ 20 ]

6. Sejauh manakah penolakan 21 Tuntutan menyebabkan tercetusnya Gerakan 4


Mei 1919 di China. [ 20 ]

2
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

Soalan 1 : Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-


16 hingga abad ke-17 Masihi.

Pendahuluan

1. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan


ekomomi berasasakan kelautan.
2. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad
ke-15 dan 16.
3. Peranan Putera Henry dalam bidang penerokaan menjadi faktor kemunculan
masyarakat maritim apabila satu institusi yang diasas beliau melahirkan ramai
pelayar dan peneroka terkenal.
4. Perkembangan ini telah membolehkan masyarakat maritim Portugal memberi
sumbangan sebagai kuasa maritim yang unggul.

Isi- isi utama

1. Penjelajahan
 Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan
dapat dikesan sejak awal abad ke-15.
 Pelayar Portugal berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan menawan
pantai barat Afrika.
 Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika
antara tahun 1482 -1484.
 Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga
buah kapal dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan.
 Vasco da Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dan berjaya
mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar sepanjang pantai hingga ke
Malindi pada tahun 1497.
 Pada tahun 1498, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi
dengan bantuan Ibnu Majid dan sampai di Calicut India.
 Kejayaan Vasco da Gama meletakkan asas bagi Portugal melakukan
penjelajahan ke Asia Tenggara, China dan Jepun.

2. Perdagangan
 Menjelang abad ke-15, pelayar yang dihantar oleh Putera Henry terlibat
dalam perdagangan hamba yang amat menguntungkan.
 Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha menguasai
laluan perdagangan ke Timur dan berhasrat menghapuskan monopoli
perdagangan rempah oleh saudagar Islam.
 Pada tahun 1505, Alfonso de Albuquerque mengatur gerakan menguasai
jalan perdagangan ke Asia Tenggara.

3
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Selepas menguasai Kepulauan Rempah, Portugal berjaya mengasaskan


pusat perdagangan di Canton (1517) dan Jepun (1542).
 Portugal juga berjaya tubuhkan pangkalan perdagangan di Mozambique
pada tahun 1520 yang berperanan sebagai pusat persinggahan bagi
kapal dagang yang dalam perjalanan dari Eropah ke Asia.
 Perkembangan ini menyebabkan orang Portugal berjaya menguasai
laluan perdagangan ke Timur dan memonopoli perdagangan rempah di
Timur pada abad ke-16.
 Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh oleh Portugal menyebabkan
kuasa Barat yang lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke
Timur.

3. Penjajahan
 Portugal terlibat dalam kegiatan menguasai tanah jajahan sejak awal
abad ke-15.
 Portugal berjaya menguasai Cochin (1503) dan dijadikan ibu pejabat
pentadbiran Portugal di Timur.
 Pada tahun 1508, angkatan tentera Portugal berjaya menewaskan
angkatan tentera Mesir di Diu. Peristiwa ini meletakkan asas bagi
Portugal untuk meneruskan penguasaan mereka terhadap dunia di
Timur.
 Pada tahun 1510, angkatan tentera Portugal berjaya menguasai Goa
yang turut dijadikan ibu pejabat Portugal di India bagi mengatur gerakan
untuk menguasai laluan perdagangan di Asia Tenggara.
 Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan seterusnya usaha
dilakukan untuk menguasai Kepulauan Maluku.
 Portugal berjaya mendapatkan tanah jajahan di Macau (1517) dan Brazil.
 Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa Barat
yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan pada abad ke-16.

4. Perkapalan
 Masyarakat maritim Portugal mencapai kemajuan pesat dalam bidang
perkapalan.
 Mereka mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal yang mampu
belayar di lautan luas. Sebagai contoh mereka memiliki teknologi
membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan.
 Antara peralatan baharu yang dicipta oleh mereka ialah catra pelayaran,
kompas dan astrolab. Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bagi
memudahkan kegiatan penerokaan dan penjelajahan.
 Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat Eropah yang
pertama mendirikan sekolah pelayaran seperti sekolah yang didirikan
oleh Henry the Navigator di Sagres untuk memberi latihan dan kemahiran
kepada pelayar Portugal.

4
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Sekolah ini melahirkan ramai pelayar dan jurumudi yang mempunyai


pengetahuan dalam bidang pelayaran.
 Sekolah ini memberi galakan dan dorongan kepada pelayar-pelayar
melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Pelayar
yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan
Madeira, Azores dan belayar sepanjang pantai selatan benua Afrika.
 Teknologi perkapalan dan pelayaran yang dimiliki oleh masyarakat
maritim Portugal menjadi pemangkin kejayaan dalam melancarkan
ekspedisi ke seberang laut.

5. Penyebaran agama Kristian


 Masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama
Kristian. Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisi
pelayaran ke Timur.

 Mubaligh Kristian telah memulakan usaha untuk mengkristiankan


penduduk di tanah jajahan. Umpamanya penduduk Portugal dan
mubaligh Kristian datang beramai-ramai ke Brazil dan menetap di
petempatan baharu seperti di Sao Paolo, Pernambuco, dan Bahia.

Kesimpulan
1. Jelaslah bahawa masyarakat maritim di Portugal memberikan sumbangan dalam
pelbagai aspek.
2. Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan yang besar d Amerika
Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
3. Kekayaan dan kejayaan yang diperoleh oleh Portugal melalui perdagangan di
Timur memberi inspirasi kepada kuasa-kuasa Barat lain menghantar angkatan
tentera mereka ke Timur.

Soalan 2 : Bincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh rakyat Perancis


untuk membentuk Kerajaan Republik pada tahun 1791.

Pendahuluan

1. Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789 semasa tempoh pemerintahan
Raja Louis XVI telah menggunakan cogan kata “Persamaan, Kebebasan dan
Persaudaraan”.
2. Penyebab utama tercetusnya revolusi ialah ketidakpuasan terhadap rejim lama
yang melaksanakan sistem aristokratik di Perancis di bawah pemerintahan
dinasti Valois dan Bourbon pada abad ke-14 sehingga abad ke-18.
3. Revolusi ini menjadi salah satu revolusi besar dunia yang mampu mengubah
cara hidup masyarakat.

5
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

4. Revolusi Perancis adalah satu masa sosial radikal dan pergolakan politik di
Perancis, sekaligus memberi impak kepada Perancis, negara Eropah dan
beberapa negara dunia.
5. Berbagai langkah dilakukan oleh rakyat Perancis bagi menamatkan
pemerintahan yang tidak kompeten sehingga menimbulkan kekecewaan dan
kebencian rakyat.

Isi- isi utama

1. Menuntut cara pengundian dalam Parlimen


 Buat julung kalinya persidangan Parlimen Perancis bersidang setelah
175 tahun tidak diadakan atas desakan rakyat dalam Dewan Ketiga dan
atas nasihat Menteri Kewangan Jacques Necker
 Walau bagaimanapun, persidangan ini menimbulkan ketegangan dalam
kalangan anggota ketiga-tiga dewan parlimen. Dewan Ketiga yang
diwakili 96% rakyat tidak berpuashati dengan cara pengundian yang
dilakukan.
 Dewan Ketiga menuntut agar setiap anggota diberikan satu undi yang
berasingan dan bukan tiap-tiap dewan diberikan satu undi secara
keseluruhan. Persidangan bersama perlu diadakan dan undian majoriti
harus diterima.
 Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ketiga mungkin boleh dikalahkan
sekiranya Dewan Pertama dan Dewan Kedua bersepakat untuk menolak.
 Rakyat yang mewakili Dewan Ketiga kecewa apabila tuntutan mereka
tidak diterima oleh Raja Louis XVI.

2. Menubuhkan Perhimpunan Kebangsaan


 Perhimpunan Kebangsaan ditubuhkan pada 17 Jun 1789 selepas Raja
Louis XVI menolak tuntutan Dewan Ketiga.
 Dewan Pertama dan Dewan Kedua dijemput untuk menyertai
Perhimpunan Kebangsaan. Kebanyakan anggota Dewan Pertama Dan
Dewan Kedua menolak cadangan gabungan ketiga-tiga dewan ini.
 Keadaan ini menandakan bermula perselisihan antara Dewan Ketiga
dengan golongan bangsawan, paderi dan raja.
 Dewan Ketiga tetap bertegas tentang hak mereka untuk bersuara dan
bertindak bagi seluruh Perancis.

3. Mengangkat “Sumpah Gelanggang Tenis”


 Marie Antoinette meminta Raja Louis XVI mengambil tindakan tegas
terhadap anggota Perhimpunan Kebangsaan.
 Perhimpunan Kebangsaan bersama pemimpin mereka menuju ke dewan
persidangan. Mereka mendapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan
dikawal oleh tentera atas arahan Raja Louis XVI.

6
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Mereka telah berhimpun di gelanggang tenis pada 20 Jun 1789 dan


mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai dan akan terus
bersidang sehingga mereka menggubal perlembagaan Perancis.
 Persidangan ini dikenali sebagai Sumpah Gelanggang Tenis.

4. Melancarkan pemberontakan
 Raja Louis XVI mengemukakan ugutan untuk menumpaskan
Perhimpunan Kebangsaan. Kehendak rakyat pula makin ketara kerana
menuntut konsep persamaan dan keadilan. Hak individu golongan yang
berkemampuan dan berbakat khasnya kelas pertengahan diberi
perhatian sewajarnya.
 Kerajaan Perancis telah menubuhkan tentera di bawah pimpinan
Marshall de Broglie.
 Tindakan ini menyebabkan tunjuk perasaan dan rusuhan berlaku di
seluruh Perancis.
 Pada 14 Julai 1789, golongan pemberontak telah menggempur penjara
Bastile yang menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot
dan membebaskan mereka.
 Kejatuhan Bastille memberi semangat kepada pemberontak untuk
melancarkan tunjuk perasaan seluruh negara.

5. Mengadakan Persidangan Perhimpunan Kebangsaan


 Persidangan Perhimpunan Kebangsaan telah diadakan pada 4 Ogos
1789. Perhimpunan ini telah berjaya menggubal perlembagaan baru bagi
negara Perancis.
 Monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk
semua golongan, menghapuskan buruh paksa, cukai, dan semua jenis
hak istimewa gereja ditarik balik.
 Mereka juga memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda,
perlindungan dan menetang penindasan dengan meluluskan
Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Warganegara yang mengandungi
perkara seperti kerajaan bertanggungjawab mempertahankan hak
semula jadi manusia, semua manusia adalah sama di sisi undang-
undang, kedaulatan politik terletak di tangan negara dan wakil-wakilnya
dan kebebasan beragama.

6. Menyiapkan perlembagaan baru


 Menjelang bulan Julai 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah
menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja
Louis XVI.
 Kerajaan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan legislatif, badan
eksekutif dan badan judisiari. Raja Louis XVI menjadi raja
berperlembagaan.

7
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun


kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.

Kesimpulan

1. Ekoran daripada kejayaan Revolusi Perancis telah berlaku perubahan dalam


sistem pemerintahan beraja.
2. Sstem beraja telah diganti dengan sistem pemerintahan republik.
3. Sistem feudal turut dihapuskan dengan menamatkan secara langsung hak-hak
istimewa golongan bangsawan.
4. Revolusi Perancis turut menjadi pencetus kepada perkembangan semangat
nasionalisme di Perancis.

Soalan 3 : . Galurkan pendekatan politik yang dilaksanakan oleh Otto Von


Bismarck dalam usaha menyatukan Jerman sebelum tahun 1871.

Pendahuluan

1. Sebelum abad ke-19 M, Jerman terdiri daripada 360 negeri-negeri kecil yang
mempunyai pemerintahan masing-masing. Menjelang awal abad ke-19 M,
seluruh benua Eropah termasuk Jerman ditawan oleh tentera Perancis dibawah
pimpinan Napoleon Bonaparte.
2. Pada tahun 1815, pemimpin-pemimpin di Eropah mengadakan satu persidangan
bagi menamatkan Perang Napoleon yang dikenali sebagai Kongres Vienna.
Dalam persidangan tersebut, pemimpin-pemimpin Eropah membuat keputusan
untuk membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri dan gabungan ini dikenali
sebagai Pergabungan Negara Jerman. Pergabungan ini termasuklah Austria,
Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Hanover dan Saxony. Pemimpin dari negeri
Austria telah dilantik sebagai ketua Pergabungan Negara Jerman.
3. Otto von Bismarck merupakan tokoh yang berjaya menyatukan negara Jerman.
Bismarck dilahirkan dalam kalangan keluarga bangsawan di Brandenburg, Prusia
pada 1 April 1815.
4. Bismarck berusaha untuk menyatukan negara Jerman yang bersatu. Penyatuan
ini terbahagi kepada dua peringkat. Pada peringkat pertama, beliau melancarkan
peperangan menentang negara-negara asing yang menguasai negeri-negeri
Jerman. Manakala pada peringkat kedua, beliau bertindak mengukuhkan negeri-
negeri yang dibebaskan daripada kuasa-kuasa asing dengan melakukan
perubahan-perubahan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial bagi menyatukan
rakyat.
5. Terdapat beberapa pendekatan politik yang dilaksanakan oleh Bismark untuk
menyatukan Jerman sebelum 1871.

8
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

Isi- isi utama

1. Pendekatan melalui peperangan dengan Denmark


 Bismarck telah melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun
1864 untuk menguasai dua buah negeri, iaitu Holstein dan Schleswig.
Holstein dan Schleswig berada di bawah pemerintahan Raja Denmark
sejak tahun 1490. Pada tahun 1863, kerajaan Denmark mengeluarkan
perlembagaan baru untuk menyatukan negeri-negeri tersebut dengan
Denmark.
 Tindakan raja Denmark bertentangan dengan rancangan Bismarck untuk
menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Jerman. Bismarck menuntut
supaya Denmark mengembalikan Schleswig dan Holstein kepada
Jerman.
 Apabila Denmark enggan berbuat demikian, Bismarck mengisytiharkan
perang. Sebelum memulakan peperangan, Bismarck menggunakan
pendekatan diplomasi yang bijak untuk mengajak Austria membantu
Prusia. Dalam peperangan tersebut, Prusia berjaya menewaskan
Denmark dengan mudah.
 Pada bulan Ogos 1865, Perjanjian Gastein ditandatangani. Menurut
perjanjian ini, Schleswig diserahkan kepada Prusia dan Holstein
diserahkan kepada Austria. Selepas berjaya menewaskan Denmark,
Bismarck berpaling tadah untuk menentang sekutunya, iaitu Austria.

2. Peperangan dengan Austria


 Selepas berjaya mengalahkan Denmark, Bismarck mengalihkan
tumpuannya kepada Austria. Bismarck melancarkan peperangan dengan
Austria bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh negara tersebut yang
dianggap oleh Bismarck bahawa Austria merupakan penghalang kepada
rancangannya untuk menyatukan negara Jerman.
 Peperangan ini juga dilancarkan kerana banyak wilayah jajahan Jerman
berada di bawah penguasaan Austria yang akan menggagalkan impian
Bismarck untuk menyatukan Jerman.
 Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck menggunakan
kebijaksanaannya bagi memujuk Perancis, Itali dan Rusia agar
menyokongnya. Dengan menggunakan dasar diplomasi yang bijak,
Bismarck berjaya memencilkan Austria dan mula mencari alasan untuk
memulakan peperangan dengan Austria. Beliau menuduh Austria
memberi layanan buruk kepada orang Jerman di negaranya untuk
memulakan peperangan.
 Pada bulan Jun 1886, tentera Prusia memasuki jajahan Holstein dan
menguasainya. Perkembangan ini menyebabkan tercetus peperangan
besar-besaran antara Prusia dengan Austria yang dikenali sebagai
Perang Tujuh Minggu kerana ia berlangsung selama tujuh minggu. Prusia

9
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

berjaya mengalahkan tentera Austria dalam medan pertempuran di


Sadowa.
 Peperangan ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague yang
ditandatangani antara Prusia dan Austria pada tahun 1866. Menurut
perjanjian ini, Austria menyerahkan Holstein kepada Prusia dan Austria
menyerahkan Venetia kepada Itali. Bismarck seterusnya menyatukan
negeri-negeri Jerman di utara dan menamakannya Pergabungan Jerman
Utara.

3. Peperangan dengan Perancis


 Selepas pembentukan Pergabungan Jerman Utara, Bismarck mengatur
langkah untuk melancarkan peperangan dengan Perancis pula. Perancis
bimbang terhadap kebangkitan Prusia sebagai sebuah kuasa besar di
benua Eropah. Dengan itu selepas Perang Prusia-Austria, Perancis
menuntut agar negeri-negeri Jerman Selatan diserahkan kepadanya.
Perancis mengemukakan tuntutan tersebut sebagai balasan kepada
kerjasama yang diberikannya semasa Perang Prusia-Austria pada tahun
1866.
 Tindakan Perancis ini telah mendorong Bismarck bertindak segera
menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri Jerman Selatan.
Menerusi perjanjian tersebut, negeri-negeri Jerman Selatan bersetuju
untuk bergabung dengan Prusia.
 Bismarck menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri
Jerman Selatan dengan Prusia dengan mendedahkan surat yang ditulis
oleh Perancis mengenai tuntutan terhadap negeri-negeri Jerman Selatan
kepada pemimpin negeri-negeri tersebut. Ini telah menyebabkan negeri-
negeri Jerman Selatan membuat keputusan untuk bergabung dengan
Prusia.
 Selepas itu, Bismarck melancarkan peperangan ke atas Perancis pada
bulan Julai 1870 bagi menyempurnakan penyatuan negeri-negeri di
Jerman. Bismarck telah membuat perjanjian-perjanjian sulit dengan
negara-negara lain untuk memencilkan Perancis. Prusia berjaya
mengalahkan Perancis pada tahun 1871 dan Perjanjian Frankfurt telah
ditandatangani. Menurut perjanjian ini, Perancis terpaksa menyerahkan
wilayah Alsace dan Lorraine kepada Prusia dan Perancis terpaksa
membayar ganti rugi lebih kurang 3 ribu juta kepada Prusia.

4. Pendekatan penyatuan Jerman


 Selepas menewaskan Perancis, Bismarck bertindak menyatukan negeri-
negeri Jerman dan menubuhkan empayar Jerman iaitu gabungan 39
buah negeri kecuali Austria. Pada 18 Januari 1871, Raja William I telah
dilantik sebagai Kaiser Empayar Jerman yang baru ditubuhkan.

10
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Dalam pada itu, Bismarck telah dilantik sebagai Canselor (Perdana


Menteri) pertama Empayar Jerman.

Kesimpulan

1. Pendekatan politik melalui siri peperangan dengan musuh telah membantu


Bismark menyatukan seluruh Jerman melalui kerajaan Prusia.
2. Selepas tahun 1871, Bismarck memulakan tahap kedua penyatuan Jerman
dalam bidang perlembagaan, ekonomi, dan sosial. Pada tahap kedua, beliau
hanya berminat dalam melaksanakan program pembangunan negara untuk
menyatukan rakyat Jerman.

SOALAN 4: Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad


ke-18 hingga ke-19 Masihi.

Pendahuluan

1. Menjelang abad ke-18 dan ke-19, berlaku perubahan dalam sistem


pendidikan di Jerman.
2. Perubahan ini membawa kepada pembentukan sistem pendidikan
kebangsaan yang diuruskan oleh kerajaan.
3. Kerajaan Jerman berjaya mengambil alih sistem persekolahan yang sebelum
ini didominasi oleh pihak gereja.
4. Perkembangan ini menyebabkan berlaku perubahan yang ketara dalam
aspek dasar pendidikan, kurikulum, institusi pendidikan dan latihan
perguruan.
5. Perubahan ini meletakan asas bagi kemunculan sistem pendidikan yang
dapat memenuhi aspirasi negara.

Isi-isi Utama

1. Perkembangan Dari Aspek Dasar Pendidikan

 Pada abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.

 Namun, Semasa pemerintahan Raja Frederick II, baginda mengambil


beberapa langkah untuk mengawal pentadbiran sekolah.
 Baginda memperkenalkan kod undang-undang sekolah pada tahun
1763 dan 1765.
 Mengikut undang-undang tersebut, seorang penyelia dilantik untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap sekolah.
 Pada tahun 1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan
wajib untuk semua kanak-kanak berusia 5 hingga 14 tahun.
11
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan


kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah tinggi di Prusia.
 Abad ke-19, sistem pendidikan berada di bawah kawalan dan
penguasaan kerajaan sepenuhnya.
 Kerajaan pusat mengawal segala dasar yang berhubung kait dengan
pengurusan sekolah seperti menetapkan kurikulum, buku-buku teks,
perlantikan guru dan melaksanakan penyeliaan di sekolah.
 Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan
dan dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan
daerah.
 Perkembangan dasar pendidikan kerajaan Jerman ini telah
membentuk sistem pendidikan kebangsaan menjelang abad ke-18.

2. Perkembangan Dari Aspek Institusi Pendidikan

 Menjelang abad ke-19, institusi pendidikan seperti sekolah rendah,


sekolah menengah, sekolah teknik dan universiti didirikan.

 Sekolah rendah
Menjelang akhir abad ke-18, muncul sekolah-sekolah rendah di
seluruh Prusia.
Pada awal abad ke-19, langkah-langkah diambil untuk memantapkan
pendidikan rendah.
Dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua lapisan
penduduk Jeman. Kanak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar
dan mengikut pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun.
Pengajian di sekolah rendah meliputi membaca, menulis, mengira,
geografi, sejarah dan gimnastik.
 Sekolah menengah
Dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah
gymnasium keutamaan kepada bahasa Latin dan Greek dan bertujuan
menyediakan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, matematik, Sains
Tabii dan Bahasa-bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar-pelajar
yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran
sebanyak lima hingga 27 dollar.
Kerajaan Jerman dibawah pemerintahan Raja Fredrick William III
memberi penekanan kepada sekolah-sekolah awam.
 Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan. Penekanan kepada mata pelajaran
teknikal menyebabkan lebih banyak politeknik dan sekolah
perdagangan ditubuhkan.

12
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Universiti
Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan
negeri.
Kerajaan negeri memberikan dana dan bantuan kewangan kepada
institusi pengajian tinggi.
Pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti iaitu Teologi,
Undang-undang, Perubatan dan Falsafah. Pentadbiran universiti
dikendalikan oleh Rector. Universiti Berlin merupakan universiti yang
tersohor dan terbesar di Jerman dengan 200 profesor dan 5000
pelajar. University lain seperti Universiti Munich, Universiti Breslau dan
Universiti Bonn.
 Perkembangan institusi pendidikan ini dapat memenuhi aspirasi
negara Jerman dalam memantapkan sistem pendidikan.

3. Perkembangan Dari Aspek Latihan Perguruan

 Kerajaan Jerman mengambil langkah-langkah untuk menyediakan


latihan perguruan kepada bakal guru.
 Pada tahun 1738, Johann Julius Hecker menganjurkan seminar bagi
guru-guru di Prusia.
 Pada tahun 1747, beliau menubuhkan pusat latihan guru yang dikenali
Lehrerseminar di Berlin.
 Ekoran kejayaan Johann Julius Hecker menyebabkan muncul pusat-
pusat latihan perguruan di seluruh Jerman.

 Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya


dilantik bagi membekalkan tenaga pengajar pelatih.
 Raja Frederick II turut merekrut guru-guru yang berwibawa untuk
berkhidmat di sekolah. Baginda juga memberi dana kepada institusi
perguruan kejayaan yang dicapai dalam melatih tenaga pengajar.
 Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin.
 Pusat latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman seperti
Austria, Sae-Weimer dan Saxony.
 Antara pusat latihan guru yang ditubuhkan adalah Hanover (1751),
Wolfenbuttel (1752), Giatz (1764), Breslau (1765) dan Carlsruhe
(1768)
 Latihan perguruan yang disediakan ini dapat meningkatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kerana dapat melahirkan tenaga
pengajar yang mahir.

13
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

4. Bantuan Kewangan
 Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan
kemudahan dan prasarana di sekolah.
 Frederick William I telah memberikan sumbangan kewangan untuk
prasarana dan peralatan di sekolah.
 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah
serta membaiki bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah
yang luas untuk pembinaan sekolah.
 Bantuan yang disalurkan dapat memajukan sistem pendidikan di
Jerman.

5. Perkembangan Dari Aspek Kurikulum

 Kerajaan menetapkan kurikulum mengikut tahap persekolahan.

 Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah,


Geografi, dan Bahasa Jerman.
 Kurikulum sekolah menengah terdiri Bahasa Latin, Greek, Jerman,
Matematik, Sejarah dan Geografi.
 Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang
seperti Psikologi, Sejarah, Falsafah Undang-undang, Anatomi, Kimia
dan Fizik.
 Perkembangan bidang kurikulum dalam sistem pendidikan di Jerman
dapat memenuhi keperluan negara serta peningkatan ilmu
pengetahuan.

Kesimpulan

1. Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu


mendapatkan pendidikan.
2. Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan secara
langsung bahkan mendapat kerjasama pihak swasta di samping penetapan
standard kualiti yang tinggi.
3. Sistem pendidikan di Jerman juga menjadi wadah penting pembinaan negara
bangsa serta penyatuan Jerman.
4. Perkembangan sistem pendidikan di Jerman menyaksikan perubahan sistem
pendidikan tradisional kepada sistem pendidikan moden.

14
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

Soalan 5 : Perang Dingin yang bermula pada tahun 1947 telah meninggalkan
kesan terhadap politik antarabangsa. Bincangkan.

Pendahuluan

1. Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union. Bibit-bibit awal permulaan Perang Dingin dapat
dikesan ketika Perang Dunia Kedua sedang berlangsung.
2. Hubungan semakin tegang antara Amerika Syarikat, Soviet Union dan Britain
ketika Persidangan Yalta pada Februari 1945 dan Persidangan Potsdam pada
Ogos 1945 yang diadakan bagi menentukan hala tuju negara-negara Eropah
Timur selepas perang tamat.
3. Perang Dingin bermula secara rasmi apabila Presiden Harry Truman
mengisytiharkan Doktrin Truman pada tahun 1947.
4. Perang Dingin yang berlanjutan hingga 1980-an telah meninggalkan kesan yang
amat mendalam terhadap politik antarabangsa.

Isi-Isi Utama

1. Kemunculan Perikatan Tentera


 Selepas Perang Dunia Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer
yang paling kuat. Soviet Union berjaya menguasai satu kawasan yang luas
dengan penduduk lebih daripada tiga million orang.
 Kebangkitan Soviet Union mengancam negara-negara Eropah Barat sehingga
mewujudkan perikatan tentera dalam kalangan negara-negara ini. Antara
perikatan tentera yang diwujudkan adalah Persetiaan Dunkirk, antara Britain
dan Perancis. Ia bertujuan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi ancaman
Soviet Union.
 Perjanjian Brusells pula ditandatangani selepas peristiwa rampasan kuasa di
Prague dan ditandatangani oleh negara Britain, Perancis, Belgium, Belanda
dan Luxembourg.
 Perikatan tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang
ketenteraan dan ekonomi dalam negara-negara Eropah Barat.
 Amerika Syarikat mula menunjukkan minatnya terhadap kuasa ketenteraan
apabila negara-negara Eropah lain mula mewujudkan pakatan masing-masing
bagi menjaga kepentingan negara mereka daripada diancam oleh Soviet
Union.

2. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)


 Ditubuhkan secara rasmi pada 4 April 1949, apabila 12 buah negara
menandatangani Perjanjian Atlantik Utara di Washington bertujuan menyekat
perkembangan fahaman komunis.

15
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 NATO ditubuhkan oleh Amerika Syarikat bersama 11 buah negara Eropah


lainnya termasuklah United Kingdom, Perancis, Belgium, Portugal, Denmark,
Luxembourg, Kanada, Itali, Norway, Iceland dan Belanda.
 Menerusi perjanjian ini, semua negara di Eropah Barat bersatu di bawah
kepimpinan Amerika Syarikat untuk membendung ancaman komunis.
 Perjanjian ini menyaksikan Amerika Syarikat menempatkan pasukan
tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949.
 Selepas penubuhan NATO, penyebaran pengaruh komunis di Eropah berjaya
disekat.
 Penubuhan NATO berjaya menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar
yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di
Eropah Barat.

3. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)


 Perang Dingin menyebabkan pakatan tentera anti komunis yang dikenali
sebagai SEATO ditubuhkan.
 SEATO merupakan pertubuhan keselamatan pertama ditubuhkan antara
kuasa-kuasa barat dengan Asia.
 Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke
kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.
 Pakatan ini disertai oleh Amerika Syarikat, Australia, Britain, New Zealand,
Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand.
 SEATO juga terlibat dalam usaha menamatkan pemberontakan yang
dicetuskan oleh komunis di Asia Tenggara.
 Walaupun penubuhan SEATO bertujuan menyekat pengaruh komunis dari
China ke Asia Tenggara namun, telah berjaya menonjolkan peranan Amerika
Syarikat sebagai pemimpin ketenteraan bukan sahaja di Eropah Barat tetapi
juga di Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

4. Penubuhan Pakatan Warsaw


 Penubuhan NATO menyebabkan Soviet Union mengadakan satu pakatan
ketenteraan dengan negara-negara sekutunya yang dikenali sebagai Pakatan
Warsaw pada tahun 1955.
 Pakatan Warsaw melibatkan negara-negara komunis yang terletak di Eropah
Timur antaranya Soviet Union, Albania, Bulgaria, Hungary, Poland, Romania,
Czecoslovakia dan Jerman Timur.
 Tujuannya bagi menjamin bantuan ketenteraan kepada negara-negara
anggotanya.
 Pasukan tentera yang ditubuhkan berada dibawah kepimpinan komander
tertinggi tentera Rusia.
 Sebuah jawatankuasa rundingan juga ditubuhkan untuk mewujudkan
persefahaman dalam hal politik negara-negara anggota.

16
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Pakatan ini mengukuhkan kedudukan Rusia di Eropah Timur dengan


menempatkan tenteranya di negara-negara Eropah Timur.
 Rusia juga dapat mengawal negara-negara satelit dan mematahkan
pemberontakan yang tercetus di situ.

5. Kemunculan Negara-negara Berkecuali (NAM)


 Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunia ketiga menjadi rebutan
antara dua kuasa besar.
 Blok kapitalis dan blok komunis berusaha mempengaruhi negara-negara
dunia ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.
 Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis atau
pun blok kapitalis.
 Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali
(NAM) ditubuhkan.
 Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa
menyokong blok barat atau pun blok komunis.

6. Pembentukan Blok Dunia


 Perang Dingin menyaksikan negara-negara mula mewujudkan blok dunia.
 Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang akan bertindak
bersama menjaga kepentingan anggotanya.
 Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek ekonomi, politik,
sosial dan geografi.
 Berdasarkan perbezaan ideologi, muncul dua blok utama iaitu Blok Kapitalis
yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan Blok komunis yang dipimpin oleh
Soviet Union.
 Dari segi politik, blok kapitalis menekankan pemerintahan demokrasi pelbagai
parti iaitu kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, manakala blok
komunis mengamalkan pemerintahan secara diktator dan hanya parti komunis
sahaja diktiraf.
 Kedua-dua blok saling mencurigai antara satu sama lain di samping saling
berusaha mengesan kelemahan dan kekuatan lawan dengan mengintip,
mendalangi kegiatan subversif dan pertelingkahan negara sekutu.
 Contohnya, AS menyokong Korea Selatan manakala Rusia menyokong Korea
Utara sehingga kedua-dua negara tidak dapat disatukan sehingga hari ini.

7. Perlumbaan senjata
 Perang dingin mencetuskan perlumbaan senjata antara Soviet Union dengan
Amerika Syarikat.
 Kedua-dua kuasa besar ini berlumba-lumba untuk menghasilkan pelbagai jenis
peralatan perang.
 Hal ini menyebabkan berlaku persaingan dalam bidang ekonomi dan
ketenteraan.

17
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Contoh senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa besar adalah kereta perisai,
artileri, kapal selam, grenad roket dan pesawat pengebom.
 Walaupun berlaku persaingan dalam penciptaan senjata namun kedua-dua
buah pihak berusaha mengelakkan peperangan daripada tercetus.

Kesimpulan

1. Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain


di dunia.
2. Perang ini menyaksikan Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba melebarkan
pengaruh dengan melakukan pelbagai cara termasuk menawarkan bantuan
ekonomi dan pertahanan kepada Negara-negara yang berpihak kepada mereka.
3. Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan
negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.

Soalan 6 : Sejauh manakah penolakan 21 Tuntutan menyebabkan tercetusnya


Gerakan 4 Mei 1919 di China

Pendahuluan

1. Gerakan 4 Mei ialah peristiwa demonstrasi, permogokan dan rusuhan yang


dijalankan pada tahun 1919 oleh kira-kira 5000 pelajar serta pensyarah Universiti
Peking.
2. Gerakan ini dikenali sebagai “Zaman Revolusi Intelektual” kerana ia telah
meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, sosial, intelektualisme dan
kebudayaan China.
3. Gerakan ini juga merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat China dan
merupakan sebahagian daripada Gerakan Intelektual yang berlaku antara tahun
1917 hingga 1923.

Isi- isi utama [ idea 1 + 4 ]


1. Penolakan 21 Tuntutan merupakan faktor yang menyebabkan tercetusnya
Gerakan 4 Mei 1919.
 Pada 18 januari 1915, Jepun telah membuat 21 Tuntutan terhadap
China.
 Tuntutan – tuntutan tersebut mensyaratkan China untuk tidak
menyerahkan atau memajakkan mana-mana pelabuhan, teluk atau pulau
di sepanjang pantai China kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan
persetujuan Jepun.
 China dikehendaki melantik penasihat-penasihat Jepun dan bersetuju
dengan keputusan yang dicapai bersama antara Jepun dan Jerman
berkaitan wilayah Shangtung.

18
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

 Kerajaan China menerima 21 Tuntutan dengan pindaan yang


dipersetujui, walau bagaimanapun, golongan pelajar menuntut supaya
kerajaan China menolak 21 Tuntutan dengan alasan tuntutan - tuntutan
tersebut dianggap sebagai satu penghinaan kepada negara China.
 Penolakan 21 Tuntutan oleh golongan pelajar turut membawa kepada
desakan terhadap kerajaan China menjatuhkan hukuman kepada tiga
ahli politik pro Jepun yang bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan-
tuntutan berkenaan oleh negara China.

2. Walau bagaimanapun terdapat faktor - faktor lain yang menyebabkan


tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 – antaranya ialah pengambilan wilayah
Shantung oleh Jepun.
 Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah
Shantung daripada Jerman. Jepun kemudiannya mengukuhkan
kedudukan di wilayah Shantung dengan menempatkan pasukan tentera
Jepun.
 Perjanjian Versailles 1919 telah memutuskan hak-hak Jerman di wilayah
Shantung diberikan kepada Jepun. Keputusan tersebut mendapat
tentangan daripada rakyat Cina dari dalam dan luar negara.
 Golongan pelajar menuntut pengembalian hak-hak China di wilayah
Shantung dan mendesak kerajaan China tidak menandatangani
Perjanjian Versailles.

3. Kebangkitan intelektualisme juga merupakan salah satu faktor yang


menyebabkan tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919.
 Pelajar-pelajar Cina memainkan peranan penting dalam kebangkitan
intelektualisme China, antaranya ialah Chen Tu-Hsiu, belaiu
berpendidikan Peranchis, menerbitkan majalah New Youth setelah
kembali ke China. Beliau juga menyeru golongan muda supaya berfikiran
progresif, berpandangan jauh serta meninggalkan adat dan tradisi lama.
 Tokoh intelektual moden lain seperti Tsai Yuan-Pei dan Hu Shih juga
bertanggungjawab dalam kebangkitan nasionalisme dalam kalangan
pelajar Cina.
 Pelajar-pelajar ini menyedari pelbagai kepincangan berlaku dalam
negara. Keadaan ini mendorong golongan pelajar khususnya lepasan
luar negara melaksanakan langkah-langkah pembaharuan untuk
membangunkan China.
 Universiti Peking turut memainkan peranan sebagai pusat perkembangan
intelektual di China. Tenaga pengajar seperti Tsai Yuan-Pei berperanan
menyebarkan idea-idea Barat kepada golongan pelajar. Pelajar-pelajar ini
terpengaruh dengan idea baharu dan terlibat secara langsung dalam
Gerakan 4 Mei 1919.

19
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

4. Perkembangan ideologi Karl Marx dan Bolshevik turut menyebabkan


tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919.
 Ramai pelajar Universiti Peking terdedah kepada ideologi Marxism
yang berkembang pesat di China selepas kejayaan Revolusi Bolshevik
1917 di Russia.
 Pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan ideologi Marxism
menubuhkan beberapa buah persatuan untuk menyebarkan ideologi
tersebut, antaranya ialah Persatuan Arus Baru, Persatuan Majalah
Rakyat dan Kesatuan Pekerja dan Pelajar.
 Golongan pelajar ini kemudiannya menggerakkan Gerakan 4 Mei
1919.

5. Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 ialah


ketidakstabilan politik di China.
 Keadaan politik tidak stabil di China berlaku selepas kerajaan Manchu
berjaya digulingkan pada 1917.
 Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpin-pemimpin China
menyebabkan mereka tidak dapat membentuk kerajaan yang kukuh.
Keadaan ini turut menyebabkan mereka gagal mengatur program-
program pembangunan negara.
 Situasi politik tidak stabil diburukkan lagi dengan perselisihan faham
antara Presiden Yuan Shih Kai dengan Dr. Sun Yat Sen dan
kemunculan zaman hulubalang selepas kematian Yuan Shih Kai.
 Pergolakan politik menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan hilang
kepercayaan terhadap kerajaan. Ini menyebabkan rakyat menyokong
Gerakan 4 Mei 1919 yang diketuai oleh golongan pelajar dan
pensyarah Universiti Peking.

6. Faktor lain yang turut menyebabkan tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 ialah
peranan golongan saudagar dan pekerja bertujuan menjaga kepentingan
ekonomi mereka.
 Semasa Perang Dunia Pertama [1914-1918 ], perusahaan besi dan
keluli berkembang dengan pesat di China.
 Perkembangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan besi dan
keluli meningkat terutama bagi memenuhi keperluan Pihak Berikat.
 Golongan saudagar dan peniaga yang terlibat dengan perusahaan besi
keluli China, tidak berpuas hati dengan pergolakan politik, amalan
rasuah dan penyelewengan yang berlaku yang telah menjejaskan
sumber pendapatan mereka.
 Keadaan ini menyebabkan golongan saudagar dan peniaga melibatkan
diri dalam Gerakan 4 Mei 1919.

20
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

7. Peristiwa luar negeri turut memberi inspirasi kepada golongan nasionalisme di


China khususnya golongan pelajar dalam Gerakan 4 Mei 1919.
 Peristiwa-peristiwa luar negeri yang mempengaruhi golongan
nasionalis ialah revolusi sosial yang berlaku di Finland, Australia dan
Hungary serta Revolusi Bolshevik 1917 di Russia. Kejayaan revolusi
Rusia ini menggulingkan pemerintahan monarki mutlak oleh Tsar
Rusia dan membentuk kerajaan moden telah menimbulkan kesedaran
nasionalisme dalam kalangan golongan pelajar Cina.

Kesimpulan
1. Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah
mempengaruhi perkembangan politik dan sosial negeri China. Negeri China
telah mengalami perubahan politik dan sosial yang mendadak selepas
gerakan ini.

2. Ia juga telah merintis jalan kepada kemunculan Parti Komunis China sebagai
sebuah kuasa yang berpengaruh sehingga akhirnya PKC berjaya
menubuhkan sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

CADANGAN JAWAPAN TAMAT

21
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

22
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 2

23

You might also like