MAKRO

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

1.

0 PENGENALAN

Bajet Negara Malaysia 2017

Bajet merupakan satu pernyataan anggaran hasil (hasil daripada kutipan cukai serta
duti-duti lain) dan anggaran perbelanjaan (Perbelanjaan membangun dan perbelanjaan
mengurus) bagi tahun hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan
sumber ekonomi Negara untuk memenuhi keperluan rakyat.

Bajet 2017 disifatkan sebagai ‘bajet komitmen’ bagi terus memacu pertumbuhan


ekonomi, sekali gus menjana manfaat kepada pelbagai pihak sambil kerajaan juga terus
komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti
perkhidmatan kepada rakyat. Kerajaan Malaysia juga komitmen akan terus mengotakan
janjinya kepada rakyat secara adil dan menyeluruh, malah analisis menunjukkan ekonomi
negara akan terus berkembang pada kadar menjangkau lima peratus pada 2017.

Bajet 2017 bertemakan “Menjamin Perpaduan Dan Pertumbuhan Ekonomi,


Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh” dengan
berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan berikut: (i) Mengutamakan
kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa (ii) Mementing dan memelihara
kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara (iii)
Bekerja sebagai satu pasukan yang jitu (iv) Gigih berusaha dengan arah tuju yang jelas,
perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun,efisyen dan holistik (v)
Berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Bajet 2017 ini
memperuntukkan RM260.8 bilion, merupakan peningkatan 0.91 peratus daripada
pengubahsuaian Bajet 2016. Daripada jumlah ini, RM214.8 bilion adalah Perbelanjaan
Mengurus dan RM46 bilion pula untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk
simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion. Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion
adalah untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan. Manakala di
bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi (25.9 bilion
ringgit), diikuti oleh sektor sosial (12.2 bilion). Sektor keselamatan mendapat 5.3 bilion
ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih 2.5 bilion ringgit. Oleh itu, berdasarkan prestasi
semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada 219.7 bilion ringgit.
Dalam Bajet 2017, kerajaan mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya
mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3

1
peratus pada tahun 2009 kepada 14.6 peratus pada tahun 2016. Hasil daripada
mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan ekonomi negara dapat
dipertahankan dan masih terpelihara. Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST untuk
meluaskan sumber pendapatan Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber
yang lain berkurangan. Selain itu, dasar subsidi jelas membebankan kewangan negara dan
menggalakkan ketirisan, dan ganti dengan subsidi bersasar yang manfaatnya kepada
golongan yang memerlukan bantuan.

2
2.0 ISU DAN PERBINCANGAN BERKAITAN DENGAN BAJET NEGARA 2017
Belanjawan atau Bajet 2017 telah dibentang oleh Perdana Menteri yang juga Menteri
Kewangan Malaysia Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada
21 Oktober 2016 bermula jam 4 petang di Parlimen. Tema Bajet 2017 ialah "Menjamin
Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera
Kehidupan Rakyat Seluruh". Fokus kajian ini adalah kesan pengurangan perbelanjaan
kerajaan(G) dalam bajet negara Malaysia pada tahun 2017 terhadap KDNK.

Carta I : Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016


Pemban-
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN
gunan
RM49,86 2016
2 juta
(18.8%)

RM265,224 juta

Mengu-
rus
RM215,
362 juta
(81.2%)

(Sumber : http://www.jmm.gov.my/files/ub16.pdf)

Carta II : Agihan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017

(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat

3
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)
Kesan pengurangan perbelanjaan kerajaan (G) dalam bajet negara Malaysia pada
tahun 2017 terhadap KDNK.

Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertamapasca merdeka,
di Parlimen pada tahun 1959 yang hanya membekalkan peruntukan sebanyak RM888 juta
sehinggalah bajet 2017 ini yang berperuntukkan sejumlah RM262,800 juta.Bajet kali ini
dengan diperuntukkan RM262,800 juta merupakan satu penurunan sebanyak 0.91% daripada
pengubahsuaian bajet 2016.Daripada jumlah ini, RM214,800 juta adalah perbelanjaan
mengurus dan RM48,000 juta pula adalah untuk perbelanjaan pembangunan.

Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77,422 juta (36.0%) adalah untuk emolumen,


serta RM32,020 juta (14.9%) untuk perkhidmatan dan bekalan. Selain itu, RM103,850 juta
(48.4%) untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap. Bagi pembelian aset pula telah
diperuntukkan RM691 juta (0.3%) dan RM817 juta (0.4%) lagi adalah untuk perbelanjaan
lain.
Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi
sebanyak RM25,862 juta (53.9%) , diikuti oleh sektor sosial RM12,180 juta (25.4%). Sektor
keselamatan mendapat RM5,286 juta (11%), sektor pentadbiran am lebih RM2,671juta
(5.5%) dan Peruntukan Simpanan Luar Jangka sebanyak RM2,000 juta (4.2%). Berdasarkan
prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada RM219.7
juta.

Selain itu, sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada 2017,
mudah-mudahan dapat dicapai berbanding dengan KDNK yang sebanyak 3.1 peratus pada
tahun ini. Ternyata, langkah pro-aktif berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada
masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuhan
KDNK mencecah 7.4 peratus pada tahun 2010.

4
2.1 ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS

Anggaran Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM214,800 juta diagihkan kepada Sektor-sektor


Pentadbiran Am (RM11,288 juta atau 5.3%), Ekonomi (RM16,489 juta atau 7.7%), Sosial
(RM85,976 juta atau 40.0%), Keselamatan (RM24,615 juta atau 11.4%) serta untuk
Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan (RM76,432 juta atau 35.6%) seperti yang
ditunjukkan di carta rajah III.

Carta III : Agihan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2017 Mengikut Objek Am

(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)

5
2.1.1 Sektor Pentadbiran Am

Berdasarkan carta rajah IV yang dirujukkan di bawah, sektor Pentadbiran Am disediakan


peruntukan sebanyak RM11,288 juta. Daripada jumlah tersebut, diagihkan kepada
Perkhidmatan-Perkhidmatan Am (RM10,181 juta), Perkhidmatan Luar Negeri (RM526 juta)
serta Bayaran Balik dan Bayaran Ganti (RM581 juta).

2.1.2 Sektor Ekonomi

Berdasarkan carta rajah V yang dirujukkan di bawah, Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi
Sektor Ekonomi berjumlah RM16,489 juta, diagih kepada sembilan (9) sektor kecil, iaitu
Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (RM3,823 juta), Pembangunan Sumber-Sumber
Galian (RM100 juta), Perdagangan dan Perindustrian (RM3,044 juta), Pengangkutan
(RM6,516 juta), Perhubungan (RM98 juta), Tenaga dan Kemudahan-Kemudahan Awam
(RM99 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM268 juta), Kewangan (RM2,447 juta) serta
Alam Sekitar (RM94 juta).

6
2.1.3 Sektor Sosial

Merujuk kepada carta rajah VI, Sektor Sosial disediakan peruntukan sebanyak RM85,976
juta di mana ia dipecahkan kepada Pendidikan dan Latihan (RM52,890 juta), Kesihatan dan
Kependudukan (RM23,700 juta), Penerangan dan Penyiaran (RM1,125 juta), Perumahan
(RM722 juta), Kebudayaan, Warisan, Belia dan Sukan (RM1,053 juta), Majlis-majlis
Tempatan, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat (RM4,358 juta), Pembangunan
Kampung dan Masyarakat (RM237 juta) serta Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan
Orang Asli (RM1,891 juta).

2.1.4 Sektor Keselamatan

Sektor Keselamatan disediakan peruntukan sebanyak RM24,615 juta di mana sebanyak


RM11,684 juta daripada jumlah tersebut untuk Pertahanan dan sebanyak RM12,931 juta
untuk Keselamatan Dalam Negeri seperti di bawah carta rajah VII.

7
2.1.5 Sektor-sektor Lain

Merujuk di bawah carta rajah VIII, Baki Anggaran Perbelanjaan Mengurus disediakan untuk
Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan berjumlah RM76,432 juta. Tanggungan
Tertentu diperuntukkan sebanyak RM50,846 juta bagi tujuan pembayaran Pencen dan
Ganjaran (RM21,870 juta), Perkhidmatan Hutang Negara (RM28,866 juta) dan Tanggungan-
tanggungan Lain (RM110 juta). Bayaran Pindahan diperuntukkan sejumlah RM25,586 juta di
mana sebanyak RM3,047 juta adalah untuk Pemberian dan Pinjaman Kepada Negeri, RM901
juta untuk peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, RM118 juta untuk Caruman Lain
dan RM21,520 juta bagi Bayaran Pindahan Lain.

8
2.2 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM48,000 juta diagihkan kepada beberapa


sektor utama, iaitu Sektor Pentadbiran Am (RM2,671 juta atau 5.5%), Sektor Ekonomi
(RM25,862 juta atau 53.9%), Sektor Sosial (RM12,180 juta atau 25.4%), Sektor Keselamatan
(RM5,286 juta atau 11%) dan Peruntukan Simpanan Luar Jangka (RM2,000 juta atau 4.2%).

Carta 1 : Agihan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2017

(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat

9
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)

2.2.1 Sektor Pentadbiran Am

Rujuk kepada carta 2, Sektor Pentadbiran Am disediakan peruntukan sebanyak RM2,671


juta. Daripada jumlah tersebut diagihkan kepada Perkhidmatan-perkhidmatan Am (RM2,528
juta) dan Pembaikan dan Pengubahsuaian (RM143 juta).
Carta 2 : Agihan Bagi Sektor Pentadbiran
Am

2.2.2 Sektor Ekonomi

Berdasarkan carta rajah 3, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi Sektor Ekonomi


berjumlah RM25,862 juta diagihkan kepada 10 sektor kecil, iaitu Pertanian dan
Pembangunan Luar Bandar (RM2,416 juta), Pembangunan Sumber-sumber Galian (RM178
juta), Perdagangan dan Perindustrian (RM4,927 juta), Pengangkutan (RM10,599 juta),
Perhubungan (RM148 juta), Tenaga dan Kemudahan-kemudahan Awam (RM2,597 juta),

10
Carta 3 : Agihan Bagi Sektor Ekonomi
Kajian Kemungkinan (RM42 juta), Penyelidikan dan Pembangunan (RM723 juta),
Kewangan (RM2,035 juta) dan Alam Sekitar (RM2,197 juta).

2.2.3 Sektor Sosial

Berdasarkan carta rajah 4, Sektor Sosial disediakan peruntukan sebanyak RM12,180 juta,
iaitu diagihkan kepada Pendidikan dan Latihan (RM5,903 juta), Kesihatan dan
Kependudukan (RM1,532 juta), Penerangan dan Penyiaran (RM62 juta), Perumahan (RM870
juta), Kebudayaan, Warisan, Belia dan Sukan (RM518 juta), Majlis-majlis Tempatan,
Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat (RM723 juta), Pembangunan Kampung dan
Masyarakat (RM2,045 juta) dan Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Negara dan Orang Asli
(RM527 juta). Peruntukan perbelanjaan pembangunan kementerian telah dipotong sebanyak
RM856 juta. Walaupun perbelanjaan buku teks, bantuan makanan, operasi sekolah rendah
dan menengah serta kolej politeknik menerima rangsangan, yang lain juga tidak begitu
bernasib baik. Universiti awam telah mengalami potongan sebanyak RM1.46 bilion. Selain
itu, Potongan sebanyak RM155 juta untuk hospital universiti yang akan menjejaskan Pusat
Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsan Malaysia dan Hospital
Universiti Sains Malaysia. Bantuan makanan untuk sekolah berasrama juga mengurangkan
sebanyak RM13.5 juta. Bantuan perjalanan untuk pelajar sekolah berasrama pula
dipotongkan sebanyak RM3.6 juta. Susu percuma untuk kanak-kanak sekolah (Peruntukan
2016: RM78 juta), peruntukan untuk menaik taraf bangunan sekolah (Peruntukan 2016:
RM70 juta) dan biasiswa mikro persekutuan (Peruntukan 2016: RM100 juta) tidak akan
diberikan lagi oleh kerajaan. Potongan pemindahan darah sebanyak RM21 juta. Farmasi dan
bekalan awam juga dikurangkan sebanyak RM86 juta. Penyelidikan perubatan juga
mengalami potongan sebanyak RM9.05 juta.

11
Carta 4 : Agihan Bagi Sektor Sosial

2.2.4 Sektor Keselamatan

Berdasarkan carta rajah 5 di bawah, Sektor Keselamatan disediakan peruntukan sebanyak


RM5,286 juta, iaitu sebanyak RM4,250 juta bagi Pertahanan dan sebanyak RM1,036 juta
bagi Keselamatan Dalam Negeri.

Carta 5 : Agihan Bagi Sektor Keselamatan

12
2.3 ARAH ALIRAN PERBELANJAAN MENGURUS 2013 – 2017

Bagi tempoh 2013 sehingga 2017, arah aliran Perbelanjaan Mengurus yang termasuk
pindahan lebihan hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan telah meningkat dari RM213,370
juta pada tahun 2013 kepada RM214,800 juta pada tahun 2017.Perbelanjaan Mengurus
dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran Am, Ekonomi, Sosial dan Keselamatan serta
Tanggungan Tertentu dan Bayaran Pindahan. Bagi tempoh 2013 sehingga 2017, perbelanjaan
yang terbesar diagihkan kepada Sektor Sosial iaitu sebanyak 40% diikuti oleh Tanggungan
Tertentu sebanyak 23.7%. Sektor-sektor lain menerima peruntukan.

Carta A(i) : Arah Aliran Perbelanjaan Mengurus


Dari

(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)
Carta A(ii) : Peratus Perbelanjaan Mengurus Mengikut Sektor

13
(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)

2.4 ARAH ALIRAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 – 2017

Arah aliran Perbelanjaan Pembangunan bagi tempoh 2013 hingga 2017 menunjukkan trend
turun-naik seperti Carta XV. Ini kerana Perbelanjaan Pembangunan adalah berdasarkan
kepada trend pelaksanaan projek atau program di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10) (2013 – 2015) dan (RMKe-11) bagi tahun 2016 dan 2017. Perbelanjaan
Pembangunan dibahagikan kepada Sektor Pentadbiran Am, Ekonomi, Sosial dan
Keselamatan serta untuk Peruntukan Simpanan Luar Jangka. Bagi tempoh 2013 hingga 2017,
perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada dua sektor iaitu Ekonomi dan Sosial yang
mencecah 82.7%. Sektor-sektor lain menerima peruntukan 17.3%.
Carta B(i) : Arah Aliran Perbelanjaan Pembangunan

(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)
Carta B(ii) : Peratus Perbelanjaan Pembangunan Mengikut Sektor
14
(Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat
bajet_kerajaan/2017/anggaran_perbelanjaan.pdf)
2.5 KESAN PENGURANG PERBELANJAAN KERAJAAN (G) BERDASARKAN
TEORI DALAM MAKROEKONOMI

AE
Y=AE
AE0=C+I+G0

AE1=C+I+G1

PENDAPATAN NEGARA
Y1 Y0

HARGA

AD0
AD1 AS

P0
P1

OUTPUT
Y1 Y0

15
Berdasarkan teori dalam makroekonomi, apabila perbelanjaan kerajaan (G)
berkurang, manakala faktor lain adalah tetap, akan menyebabkan keluk perbelanjaan agregat
(AE) berkurang. Hal ini menyebabkan keluk AE beralih ke bawah dari AE 0 ke AE1. Maka
pendapatan negara akan berkurang dari Y0 ke Y1. Pengurangan AE menyebabkan permintaan
agregat (AD) berkurang dan hal ini menyebabkan keluk AD beralih ke kiri dari AD 0 ke AD1.
Penurunan keluk AD juga membawa kepada pengurangan harga dari P 0 ke P1, dan
pengurangan output dari Y0 ke Y1. Secara rumusnya, pengurangan perbelanjaan kerajaan telah
menyebabkan KDNK atau pendapatan negara menurun.

16
2.6 HUBUNGAN ANTARA PERBELANJAAN KERAJAAN DENGAN KELUARAN
DALAM NEGERI KASAR (KDNK) DI MALAYSIA PADA TAHUN 2016 DAN 2017
(ANGGARAN)

Sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-
mudahan dapat dicapai berbanding dengan KDNK yang sebanyak 3.1 peratus pada tahun ini.
Hanya 2.1 juta pembayar cukai pendapatan daripada 14.6 juta jumlah tenaga kerja negara.
Tiada kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk 2017. Ternyata, langkah
proaktif berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa tersebut. Hasilnya,
ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus
pada tahun 2010. Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi disebabkan tanpa
keyakinan, tidak akan ada pelaburan untuk memacu ekonomi.
Sebagaimana diumumkan, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM262.8 bilion
untuk dibelanjakan pada tahun 2017, peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion (82%) diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus dan
RM48 bilion (18%) untuk Perbelanjaan Pembangunan, suatu nisbah 80:20 yang tidak
mampan untuk sebuah negara yang berhasrat mahu mencapai status negara maju pada tahun
2020.
Bagi menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan menjangkakan pungutan hasil
berjumlah RM219.7 bilion (naik 3.0% berbanding unjuran hasil 2016), disumbangkan oleh
cukai pendapatan individu dan korporat mencecah RM100 bilion, di samping kutipan GST
yang lebih tinggi pada tahun 2017, iaitu RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion pada tahun
2016.
Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit fiskal berjumlah
RM40.3bilion atau 3.0% kepada KDNK (2016: RM38.7 bilion, 3.1% KDNK), meneruskan
rekod defisit fiskal berturut-turut sejak 1998. Tren defisit ini mengakibatkan jumlah Hutang
Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion atau 53.2%
kepada KDNK. Jika dicampur dengan liabiliti luar jangka yang dianggarkan pada paras 15%
kepada KDNK, negara berhadapan dengan risiko hutang kerajaan mencecah 70% kepada
KDNK.
Di samping itu, perubahan KDNK bukan sahaja bergantung kepada pengaruh faktor-
faktor tetap seperti perbelanjaan penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. Ia juga
mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain di luar jangka yang menyebabkan keadaan
ekonomi sebenar di negara kita bertentangan dengan teori ekonomi. Antara faktor yang boleh

17
memberi kesan kepada KDNK ialah edaran wang di dalam pasaran (M2). Penggunaan wang
dalam masyarakat menggalakkan perdagangan. Aktiviti perdagangan yang banyak dapat
meningkatkan pembahagian kerja, dan seterusnya menaikkan produktiviti serta kekayaan
secara menyeluruh. Hal ini dapat meningkatkan KDNK kerana keluaran Negara yang
semakin banyak.
Menurut Bank Dunia, ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan dengan keluaran
dalam negara kasar (KDNK) diunjur tumbuh 4.4 peratus pada 2016 dan 4.5 peratus pada
2017. Unjuran itu mencerminkan penurunan penggunaan swasta secara perlahan di Malaysia
disebabkan pasaran buruh yang lemah dan pelarasan penyepaduan fiskal secara berterusan.
Pelaburan swasta juga dijangkakan perlahan ekoran harga komoditi dan pertumbuhan
ekonomi dunia yang kekal rendah. Laporan Malaysia Economic Monitor Bank Dunia juga
menyatakan bahawa risiko utama yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia ialah ketidakstabilan
harga komoditi dan ketidaktentuan terhadap proses pertumbuhan ekonomi dunia serta
impaknya ke atas eksport Malaysia. Harga komoditi yang sentiasa berubah dan mengikut
harga semasa seluruh dunia telah meyukarkan proses perhitungan KDNK Malaysia yang
tepat dan mungkin berlakunya perhitungan berlebihan atau berkurangan.

Secara kesimpulannya, berdasarkan teori ekonomi, hubungan antara perbelanjaan


kerajaan dengan KDNK adalah positif iaitu apabila perbelanjaan kerajaan menurun, KDNK
turut menurun. Sebaliknya, apabila perbelanjaan kerajaan meningkat, KDNK juga akan
meningkat. Walaubagaimanapun, keadaan ekonomi bagi sesebuah negara sentiasa berubah
dari semasa dan semasa. Keadaan ini telah menyebabkan kewujudan faktor-faktor lain yang
mungkin menjadi pengaruh kepada perubahan KDNK di Malaysia seperti berlakunya
kegawatan ekonomi sedunia, ketidakstabilan harga dan sebagainya. Penentu-penentu tersebut
boleh membawa pengaruh yang baik atau buruk kepada KDNK lagipun ekonomi seluruh
Malaysia pada masa yang sama.

18
3.0 TEORI BERKAITAN PASARAN BARANGAN (GOOD MARKET)

Pasaran barangan (good market) bermakna semua pembelian dan penjualan barangan
dan perkhidmatan. Pendapatan adalah bergantung kepada pelaburan dan kadar faedah yang
ditentukan dalam pasaran wang.
Jika berlaku sesuatu perubahan dalam pasaran barangan akan memberi kesan kepada
pendapatan negara (Y) dan seterusnya menjejaskan perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan
(I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport bersih(X-IM).
Perbelanjaan penggunaan (C) ialah perbelanjaan yang dilakukan terhadap barang dan
perkhidmatan oleh sektor isi rumah dalam ekonomi. Perbelanjaan penggunaan isi rumah
boleh dibahagikan kepada perbelanjaan penggunaan atas barang dan perbelanjaan
penggunaan atas perkhidmatan.
Pelaburan (I) ialah perbelanjaan sektor firma terhadap barang modal yang akan
digunakan bagi menambahkan keupayaan sesebuah ekonomi dalam pengeluaran barang dan
perkhidmatan. Antara konsep penting pelaburan ialah pelaburan kasar dan pelaburan bersih,
pelaburan autonomi dan pelaburan teraruh serta pelaburan swasta dan pelaburan awam.
Perbelanjaan kerajaan (G) pula ialah salah satu komponen yang penting dalam
perbelanjaan agregat. Perbelanjaan kerajaan boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.  Daripada jumlah ini, 214.8 bilion
ringgit adalah Perbelanjaan Mengurus dan 46 bilion ringgit pula, untuk Perbelanjaan
Pembangunan.  Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan
tertinggi sebanyak 25.9 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.2 bilion ringgit. Sektor
keselamatan mendapat 5.3 bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih 2.5 bilion
ringgit .Semakin besar jumlah cukai yang dikutip, semakin besar perbelanjaan kerajaan.
Eksport ialah pembelian barangan dan perkhidmatan Malaysia oleh orang asing.
Import ialah pembelian barangan dan perkhidmatan asing oleh pengguna, firma-firma
perniagaan, dan kerajaan. Eksport bersih (X-IM) ialah perbezaan di antara eksport dan
import, juga dikenali sebagai imbangan perdagangan.
Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7
bilion. Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017. Kesan
pengurangan perbelanjaan kerajaan akan mengurangkan pendapatan negara dan sekali gus
KDNK akan turun. Apabila KDNK turun, pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi
lembap.Dalam bajet 2017, kerajaan mencuba untuk mengawal belanjawan bagi mencapai

19
kadar defisit 3.0%-3.2% kepada KDNK yang disebabkan oleh pendapatan kerajaan yang
terhad. Manakala kadar inflasi yang mengukur kenaikan harga barang di pasaran dijangkakan
kekal di paras 3.0%-3.5% pada tahun 2016 dan 2017. Hal ini menyebabkan ekonomi berada
dalam keadaan melambung kerana kadar inflasi yang tinggi. Kerajaan akan menyekat
perbelanjaannya untuk mengurangkan perbelanjaan agregat. Jadi perbelanjan kerajaan akan
berkurang selaras dengan teori ekonomi di mana G turun AE juga akan turun dan seterusnya
AD juga menurun. Kerajaan dijangkaakan terus mengambil jalan alternatif yang lain dengan
mengurangkan pemberian subsidi kepada masyarakat.

20
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita berada dalam kedudukan ekonomi yang mencabar, kerajaan


wajar memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing ekonomi negara
dengan lebih mampan. Bajet kali ini dengan diperuntukkan RM262,800 juta merupakan satu
penurunan sebanyak 0.91% daripada pengubahsuaian bajet 2016. Daripada jumlah ini,
RM214,800 juta adalah perbelanjaan mengurus dan RM48,000 juta pula adalah untuk
perbelanjaan pembangunan.
Anggaran Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM214,800 juta diagihkan kepada Sektor-sektor
Pentadbiran Am ,Ekonomi, Sosial, Keselamatan serta untuk Tanggungan Tertentu dan Bayaran
Pindahan. Pengurangan perbelanjaan merupakan satu langkah yang mesti dibuat kerana dalam
keadaan kemelesetan yang serius dan berpanjangan pada masa kini seperti yang termaktub
dalam Bajet 2017 baru-baru ini.
Kesan pengurangan perbelanjaan kerajaan akan memberi kesan kepada KDNK negara
di mana apabila keluk perbelanjaan kerajaan beralih ke kiri akan menyebabkan perbelanjaan
agregat juga akan berkurangan. Ini selaras dengan teori ekonomi yang mengatakan apabila G
turun, AE juga akan turun.

Namun begitu, kerajaan perlu mengambil langkah yang berkesan bagi memastikan
KDNK negara meningkat setiap tahun. Ini pastinya akan menunjukkan perkembangan
ekonomi yang positif setiap tahun. Hal ini penting untuk menjamin kesejahteraan ekonomi
negara daripada berlaku krisis ekonomi kerana kita tidak ingin peristiwa krisis ekonomi yang
berlaku pada tahun 2008 berulang lagi. Pertumbuhan ekonomi yang baik ini merupakan
pemangkin dalam mencapai Wawasan 2020 yang diidamkan oleh semua golongan
masyarakat di Malaysia.

Secara kesimpulannya, berdasarkan teori ekonomi, hubungan antara perbelanjaan


kerajaan dengan KDNK adalah positif, iaitu apabila perbelanjaan kerajaan menurun
(meningkat), KDNK turut menurun (meningkat). Walaubagaimanapun, keadaan ekonomi
bagi sesebuah negara sentiasa berubah dari semasa dan semasa, ini menyebabkan kewujudan
faktor-faktor lain yang mungkin menjadi pengaruh kepada perubahan KDNK di Malaysia.

21
4.2 CADANGAN
Cadangan pertama untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bajet 2017
adalah kerajaan Malaysia akan mengoptimumkan pelbagai projek mega di seluruh negara.
Antara projek infrastruktur yang akan dijalankan adalah projek HSR Kuala Lumpur –
Singapura (RM35 bilion), projek MRT2 dan LRT3 (RM45 bilion), projek lebuh raya Pan
Borneo di Sarawak dan pelbagai projek prasarana luar bandar meliputi jalan raya dan bekalan
elektrik.
Cadangan yang kedua ialah kerajaan hendaklah mengkaji semula skop, keberkesanan
dan faedah-faedah perbelanjaan. Melalui kajian semula ini, kerajaan akan member lebih
tumpuan kepada cara pengurusan perbelanjaan kerajaan yang sistemaik. Dengan ini, tiada
lagi pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan.
Cadangan yang ketiga yang dirancang ialah mengurangkan pengurusan acara dalam
sesebuah syarikat untuk penjawat awam. Hal ini kerana dengan cara mengurangkan aktiviti
dalam sesuatu cara dalam kalangan penjawat awam, berkemungkinan besar kerajaan dapat
meminimumkan kos perbelanjaan untuk pengurusan acara bagi penjawat awam. Sebagai
contoh, kerajaan boleh menarik balik insentif pemberian cenderamata kepada penjawat
awam.
Bagi meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara, usaha yang perlu dilakukan
adalah dengan menggalakkan aktiviti pelaburan. Bagi mencapai usaha tersebut, pihak
kerajaan dan swasta haruslah melakukan pelbagai cara untuk menggalakkan pelaburan. Cara
pertama yang wajar dilakukan adalah mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim
galakan merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing.
Kerajaan telah memberikan pengecualian cukai untuk sesuatu tempoh tertentu.

22
5.0 RUJUKAN

1. Danny Tan, 2007. Nota Lengkap STPM Makroekonomi. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Admin (2009) Langkah Meningkatkan Pelaburan Asing. 25 Mei 2009.
http://meningkatkanpelaburan.com.my
3. Admin (2016) Cabaran dan Unjuran Bajet 2017. 1 November 2016.
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42766-cabaran-dan-unjuran
bajet-2017
4. Kementerian Kewangan Malaysia. Ucapan Bajet 2016. 23 Oktober 2015.
http://www.jmm.gov.my/files/ub16.pdf
5. Kementerian Kewangan Malaysia. Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017.
9 Disember 2016.
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2017/
anggaran_perbelanjaan.pdf
6. Laporan Ekonomi 2017. Kewangan Kerajaan Persekutuan. 9 Disember 2017.
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1617/jp6_1.pdf
7. Utusan Online. KDNK Malaysia menurut Bank Dunia. 30 Jun 2016.
https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kdnk-malaysia-tumbuh-4-4-2016-4-5-
2017-bank-dunia-1.348626
8. Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2017. 26 Oktober 2016. http://www.ringkasan
%20intipati%20kandungan%20Bajet%202017%20Belanjawan
%20Malaysia.webarchive
9. Teks penuh ucapan bajet Malaysia 2017. 25 Oktober 2016.
http://www. Teks%20Penuh%20Ucapan%20Bajet%202017%20Malaysia.webarchive
10. Good market. 26 Oktober 2016.
http://www.Macro%20Notes%204:%20Goods%20and%20Money
%20Markets.webarchive

23
6.0 LAMPIRAN

24

You might also like