Kertas Kerja Hari Kanak-Kanak
Kertas Kerja Hari Kanak-Kanak
Kertas Kerja Hari Kanak-Kanak
1. Pengenalan
Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut bertujuan untuk meraikan dan menghargai
kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan,
perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Bertemakan ‘Cita-cita saya’
bersesuaian dengan Fokus Bimbingan dan Kaunseling yang kedua iaitu Pendidikan
Kerjaya Murid.
Disamping itu, terdapat pengisian-pengisian program yang boleh mencungkil bakat
kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi
fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan silaturrahim
diantara kanak-kanak (murid), pihak sekolah dan para ibubapa.
2. Objektif
Bagi mencapai maksud objektif Hari Kanak-kanak Sedunia yang di isytiharkan oleh
UNESCO dan PBB iaitu sebagai ‘Hari Untuk Persaudaraan Sejagat Dan Kefahaman
Dalam Kalangan Kanak-Kanak Seluruh Dunia’.
3. Aktiviti
Terdapat beberapa aktiviti program yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
meraikan mereka untuk Program Sambutan Hari Kanak-Kanak ini seperti:
Pakaian Beragam (Semua Murid – Kerjaya) Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pakaian Beragam pun apa kurangnya. Ia secara tidak lansung memperkenal kepada
kanak-kanak tentang masa depan dan cita-cita. Kanak-kanak boleh didedahkan
dengan dunia pekerjaan yang ada di Malaysia malah didunia. Ia secara tidak
lansung dapat memberitahu peranan dan tanggungjawab setiap pekerjaan apabila
mereka besar kelak.
Majlis Hari Jadi (Amalan Guru Penyayang- UBK)
Bayangkan satu sekolah meraikan hari jadi kanak-kanak disekolah bersama-sama.
Meriah bukan? Ia umpama majlis atau jamuan makan. Ada di sesetengah sekolah,
kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan Oktober diminta membawa kek masing-
masing manakala kanak-kanak yang lain pula boleh membawa makanan yang lain
seperti buah-buahan, satay, mee, bihun, kuih muih. Boleh dikatakan umpama
Jamuan Potluck.
Ada juga di sesetengah sekolah, membuat tempahan kek yang bersaiz besar (the
giant cake) dan dikelilingi oleh para pelajar untuk memotong kek bersama-sama.
Aktiviti ini harus di maklumi kepada para ibubapa dengan lebih awal, kerana ada
segelintir yang tidak tahu tentang Majlis Hari Jadi akan bermurah hati dan berbesar
hati untuk melakukan secara persendirian buat meraikan anak-anak mereka
disekolah kerana tidak tahu akan aktiviti sekolah. Mana tahu jika mereka dimaklumi
lebih awal dapat turut serta dan menjadi sponsor majlis!
4. Maklumat Program
Tarikh : 15 November 2022
Hari : Selasa
Tempat : Sekitar Lapang Atur dan Padang
5. Aturcara Program
MASA ACARA TAHAP 1 PRA PPKI ACARA TAHAP 2
7.40 pagi Ambil kehadiran
8.00 pagi Aluan
8.15 pagi Ucapan Perasmian
8.30 pagi Pertandingan Pakaian Beragam (Superhero & Kerjaya Idaman)
Acara potong kek hari lahir
9.00 pagi Ceria bersama Marrybrown (Sesi 1) Pertandingan Roket
10.00 Sukaneka Ceria bersama Marrybrown Sesi 2)
11.00 Pertandingan Mewarna Pertandingan Folio Kerjaya
SKTZ Smart Kid (Aktiviti booth)
6. Anggaran Perbelanjaan
Item Harga Seunit (RM) Bilangan Jumlah (RM)
Jamuan murid RM7.60 461 3503.60
Kek Hari Lahir 50.00 1 50.00
Banner 50.00 1 50.00
Hadiah Baju Beragam (Hamper) 20.00 15 300.00
Hadiah Folio Kerjaya 20.00 6 120.00
(Kedudukan 1,2,3)
Hadiah Mewarna Kerjaya 20.00 6 120.00
(Kedudukan 1,2,3)
Hadiah SKTZ Smart Kid 2.00 30 60.00
JUMLAH 4203.60
Pendapatan
Sumbangan Individu RM3000.00
Sumbangan (Aiskrim, Kek Hari Lahir, Hamper) RM1000.00
PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling
5. JAWATANKUA PROGRAM
JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi
En Basri b Hj Yusof
Naib Pengerusi
Pn Hjh Noor Paridah bt Abd Hamid (GPK HEM)
En Ahmad Nizam b Dzulkifli (GPK 1)
En Shaharin b Mohamed Sarep (GPK KOKU)
Pn Hjh Sharliza bt Abu Nawas (GPK PPKI)
Setiausaha
Pn Nur Sabrina bt Roslan
SIRI 2
Atau
Ulasan :
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………