Kajian Literature & Metodologi
Kajian Literature & Metodologi
Kajian Literature & Metodologi
0 KAJIAN TERDAHULU
Hubungan kaum dan perpaduan merupakan isu yang penting dalam pembinaan negara
yang berbilang kaum. Di Malaysia, tiga etnik yang utama adalah Melayu, Cina dan India.
Kepelbagaian ini memerlukan perpaduan antara kaum supaya semua kaum ini dapat hidup
bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak
selamat. Namun begitu, telah banyak kejadian dan peristiwa yang boleh meruntuhkan
perpaduan antara kaum di Malaysia yang boleh menjerus kepada kebangkitan peristiwa 13
Mei, sejarah Malaysia yang perlu dielakkan.
Terdapat banyak buku dan kajian berkaitan dengan tajuk yang dikaji iaitu ‘Rusuhan Antara
Kaum Boleh Meruntuhkan Perpaduan Dan Keharmonian Sesebuah Negara Apabila Isu-Isu
Sensitif Setiap Kaum Diambil Mudah’ serta berkaitan dengan isu-isu perpaduan kaum.
Namun, selari dengan perubahan masa dan keadaan, isu-isu yang berkaitan dilihat cepat
berubah kerana dipengaruhi oleh perkembangan semasa.
Antaranya, Hasnah (2013) dalam bukunya membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan
kenegaraan dan hubungan etnik. Isu-isu semasa yang dibincangkan adalah berdasarkan
kepada peristiwa yang berlaku di dalam negara bertujuan memberi pengetahuan kepada
pelbagai lapisan masyarakat. Di samping mendidik masyarakat supaya hampir dengan
pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan hubungan etnik di Malaysia.
Namun, dalam bukunya, tiada perbincangan mengenai isu-isu sensitif yang membangkitkan
perpaduan kaum di Malaysia.
Seterusnya, Mohd Rizal & Thay (2012) dalam kajian mereka memfokuskan kepada tahap
hubungan etnik dalam kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan
pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Hasil daripada kajian ini mendapati
bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi
kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kakurikulum pelajar
adalah pada tahap sederhana. Namun, mereka hanya menumpukan perhatian kepada
hubungan perkauman antara kalangan pelajar.
Halipah Hamzah (2016) turut memfokuskan kajian beliau kepada hubungan etnik dalam
kalangan remaja khusunya remaja muslim. Kajian beliau untuk mengenalpasti tahap
hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim. Namun, kajian beliau masih tidak
membincangkan permasalahan yang berlaku dikalangan kaum kerana beliau hanya
memfokuskan kepada remaja Muslim.
Zainudin MZ, Clement Lo Chee Neng, Pong Zong Yang, et al, (2016) turut memfokuskan
kajian mereka di kalangan pelajar. Namun begitu, yang membezakan kajian mereka dengan
kajian yang lain, mereka memfokuskan kajian di kalangan pelajar IPT. Kajian mereka
bertujuan untuk membuktikan peranan institusi pengajian tinggi dalam memupuk perpaduan
etnik di Malaysia. Oleh itu, mereka memfokuskan responden mereka dalam kalangan pelajar
IPT.
Di samping itu, Razli Ahmad, Hanum Hassan, dan Azuddin Bahari (2013) juga turut
memfokuskan responden di kalangan pelajar IPT. Namun, kajian mereka membincangkan
persepsi mahasiswa terhadap isu-isu perpaduan. Objektif mereka adalah lebih kepada untuk
menkaji tahap kesedaran isu-isu mengenai perpaduam kaum, politik, ekonomi dan konsep
1Malaysia dalam kalangan mahasiswa universiti. Namun begitu, walaupun objektif mereka
berkaitan rapat dengan kajian kami, mereka lebih memfokuskan kepada perpaduan di
kalangan pelajar yang tidak begitu meluas.
Seterusnya, Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010) membuat kajian mengenai cabaran
integrasi antara kaum di malaysia yang memfokuskan daripada perspektif sejarah, keluarga,
dan pendidikan. Hasil kajian beliau menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan
sentimen perkauman yang tinggi. Namun begitu, kajian beliau lebih membincangkan tentang
integrasi antara kaum di Malaysia. Beliau tidak menceritakan dengan lebih lanjut mengenai
isu-isu sensitif di Malaysia.
Di samping itu, Siti Khatijah Yasin dan Fadzli Adam (2017) membuat kajian mengenai
sensitiviti agama dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Mereka
membincangkan tentang sensitiviti agama yang membawa kepada konflik perpaduan kaum
dalam masyarakat. Walaupun kajian mereka ada membincangkan isu sensitif yang
melibatkan hubungan perkauman iaitu isu keagamaan, mereka hanya memfokuskan kajian
mereka kepada aspek keagamaan sahaja.
Tambahan pula, Siti Khatijah Yasin dan Fadzli Adam (2015) juga turut membuat kajian yang
megupaskan mengenai persoalan konflik perpaduan kaum dalam ketamadunan masyarakat
Melayu di Malaysia. Objektif mereka adalah untuk memperlihatkan bagaimana masyarakat
Melay beragama Islam sering diserang dan dipermainkan sehinggan mencetuskan
kontroversi dan kemarahan umat Islam kepada pihak yang tidak bertanggujawab. Namun
demikian, kajian mereka hanya memfokuskan kepada bentuk-bentuk serangan yang sering
dilontarkan ke[ada agama Islam yang hanya memihak kepada satu kaum iaitu kaum Melayu
di Malaysia.
Seterusnya, Mohd Anuar Ramli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, dan Rahimin Affandi
Abdul Rahim, et al, (2018) yang membincangkan tentang isu-isu sensitif dalam masyarakat
majmuk di Malaysia pasca pilihanraya umum (PRU14). Mereka membincangkan isu-isu
sensitif yang muncul dalam dua peringkat iaitu sebelum PRU14 dan pasca PRU14. Namun
begitu, mereka memfokuskan kajian mereka kepada isu-isu sensitif yang muncul ketika
pilihanraya umum 2014 sahaja. Mereka tidak membincangkan isu-isu sensitif yang boleh
meruntuhkan perpaduam kaum di Malaysia secara meluas.
Oleh itu, berdasarkan kesemua kajian terdahulu, kami membuat keputusan untuk membuat
kajian mengenai isu-isu sensitif yang perlu dijaga untuk mengelakkan keruntuhan perpaduan
antara kaum di Malaysia tidak berlaku. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan peristiwa
bersejarah yang pahit seperti 13 Mei 1969 yang berlaku akibat rusuhan kaum yang berlaku
yang meragut ramai nyawa.
6.0 METODOLOGI
Sumber kajian dianggap sebagai utama, sekunder, atau tertiari bergantung kepada
originality maklumat yang dikemukakan dan kesahihan maklumat kepada sumber maklumat
itu. Sumber utama adalah bahan atau maklumat asal yang mana penyelidikan lain gunakan
sebagai asas. Ia termasuk artikel jurnal penyelidikan asal, kertas persidangan, disertasi,
laporan teknikal dan paten. Sumber sekunder menganalisis, menilai, meringkaskan, atau
menyusun maklumat yang dilaporkan oleh penyelidik dalam literatur utama. Ia termasuk
buku teks, kompilasi data, artikel review, dan journal review. Sumber tertiari terdiri daripada
maklumat sumber utama dan sekunder yang telah dikumpul dan ditapis. Ia adalah ringkasan
atau pengenalan kepada keadaan semasa penyelidikan ke atas sesebuah topik,
meringkaskan maklumat daripada sumber utama dan sekunder, atau menyediakan senarai
sumber-sumber utama dan sekunder dengan maklumat yang lebih menyeluruh.
Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah dokumentasi yang dikumpul daripada sumber
utama dan juga sekunder. Kami menggunakan artikel jurnal penyelidikan asal, kertas
pesidangan, tesis, serta laporan berita. Kami juga turut menggunakan sumber sekunder
seperti daripada laporan-laporan yang diterbitkan yang telah dikaji yang ada di internet,
artikel kajian, journal kajian, serta buku teks yang terdapat di perpustakaan Tuan Abdul
Razak Kampus Puncak Alam.
6.1.2 METODE TEMUBUAL
Temubual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (face-to-
face) atau melalui percakapan telefon anatara penyelidik dengan orang yang ditemu bual
(responden). Temubual adalah kaedah yang dipercayai adalah kaedah yang terbaik untuk
meneroka dan mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam. Dalam
kajian kami, kami menggunakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi secara
bersemuka. Dengan menggunakan metode ini, kami menetapkan protokol temu bual
dengan menyediakan senarai soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temu bual yang
dijalankan.
Teknik pengutipan data secara temubual bersemuka yang kami gunakan adalah secara
separa berstruktur iaitu adalah dengan menyediakan soalan terlebih dahulu dan sesi
temubual adalah dilaksanakan secara separa formal. Setiap soalan yang disenaraikan
disusun mengikut susunan dan tema yang bersesuaian. Soalan-soalan kami lebih kepada
bertujuan untuk meneroka idea atau perasaan responden terhadap soalan tersebut. Soalan
utama disoal, kemudian soalan susulan akan disoal berdasarkan kawapan responden.
Soalan-soalan kami dibahagikan kepada kepada 4 kategori, iaitu, pengenalan mengenai
kefahaman terhadap perpaduan, tema 1; pengenalan kepada isu-isu sensitif yang berlaku di
Malaysia, tema 2; pendapat terhadap faktor, kesan, cabaran kepada perpaduan, dan tema
3; penyelesaian kepada isu perpaduan di Malaysia. Setiap soalan yang disenaraikan akan
ditanya kepada responden. Di samping itu, setiap responden diberi senarai soalan yang
sama untuk dijawab.
Proses mengumpul data dalam kajian ini adalah melalui penyelidikan, penyiasatan,
pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan
bertulis yang berkaitan dengan perkara yang kami kaji iaitu isu-isu sensitif perlu dijaga untuk
mengelakkan keruntuhan perpaduan antara kaum di Malaysia. Dokumen adalah sumber
data yang paling mudah, murah, dan cepat untuk diperoleh. Hal ini kerana ia telah wujud
dan boleh didapati daripada banyak sumber seperti di internet, arkib, dan juga
perpustakaan. Contoh dokumen yang kami dapati adalah seperti jurnal, artikel, sukatan
pelajaran, buku teks, laporan terbitan, serta akhbar berita. Kami hanya erlu menyaring
maklumat yang perlu diperoleh.
6.2.2 ANALISIS TEMUBUAL
Dalam analisis temu bual, data temubual yang diperoleh perlu dibuat transkripsi iaitu ditaip
dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis. Hal ini adalah untuk
membolehkan analisis dibuat dengan tepat, seterusnya transkripsi secara verbatim boleh
dibuat, iaitu menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh.
Analisa data ini boleh dibuat melalui secara manual dan juga melalui komputer. Dalam
kajian ini, kami menggunakan analisis secara manual. Pertama, kami baca keseluruhan
transkrip temu bual bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang
dikatakan oleh responden. Kedua, kami baca sekali lagi dan kemudian highlight atau
gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu. Ketiga, kami baca catatan
tersebut sekali lagi, tetapi kali ini kami berikan tumpuan kepada aspek-aspek yang
digariskan. Keempat, kami bentukkan tema yang bersesuaian berdasarkan aspek-aspek
yang digariskan itu. Kelima, kami semak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu, kami
akan gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama agar menjadi
beberapa kategori yang tertentu. Akhirnya, kami gabungkan tema dan kategori yang
terdapat dan buatkan kesimpulan.
Di samping itu, kami juga turut menggunakan analisis secara komputer. Kami menggunakan
software NVIVO. Kami turut menggunakan analisis secara komputer adalah untuk
membandingkan analisis yang kami telah lakukan.
Kami menggunakan analisis data melalui analisis tema. Analisis tema merupakan
seperangkat prosedur untuk memahami secara holistic pemandangan yang sedang diteliti.
Tujuan untuk menemukan tema adalah untuk mengkategorikan data, melakukan analisis
komponen terhadap data, sebagai perspektif yang lebih luas melalui pencarian domain
dalam pemandangan budaya, untuk menguji dimensi kontras seluruh domain yang telah
dianalisis, untuk mengidentifikasi domain terorganisasi, untuk membuat gambaran untuk
menvusialisasikan hubungan antara domain, serta untuk mencari tema universal, yang
sesuai dengan topik penelitian maka yang dipilih boleh menyelesaikan masalah.
CONTOH:
Perpaduan kaum penting untuk Malaysia jadi negara maju - TPM. (2019, FEBRUARY 17). AMPANG
JAYA, SELANGOR, MALAYSIA.
Hamzah, H. (2016). KAJIAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KALANGAN REMAJA MUSLIM. e-Academia
Journal UiTMT, VOLUME 5 ISSUE 1.
Hussiin, H. (2013). Artikel Kenegaraan dan Hubungan Etnik. PAHANG: UNIVERSITI MALAYSIA
PAHANG.
Jali, N. H. (2001). Pengajian Malaysia; Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi Kedua. SELANGOR:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Mardiana Nordin, H. H. (t.t). Pengajian Malaysia (Edisi Kelima). Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Mohd Anuar Ramli, M. I. (2018). ISU-ISU SENSITIF DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI. PENYELIDIKAN
SERANTAU ISLAM DAN ALAM MELAYU, 1-12.
Nafisah Kamariah bt. Hj. Ismail, M. K. (t.t). Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia.
Rashid, A. R. (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. KUALA LUMPUR: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
RAZLI AHMAD, H. H. (2013). Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu-Isu Perpaduan: Kajian ke Atas Pelajar-
pelajar Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal Personalia Pelajar, 15-24.
Yin., M. R. (2012). Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Education, VOLUME 6.
Zainudin MZ, C. L. (2016, November 21). PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM MEMUPUK
PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA. Didapatkan October 29, 2019, daripada itqan:
https://zahirzainudin.blogspot.com/2016/11/peranan-institusi-pengajian-tinggi.html