Best Vacations on 2013

HEY..such a long time not update my blog. Kinda bz with my personal life, work and work and work. Terpaksa mencuri masa yang ada untuk bercuti bersama family dan juga kawan-kawan. Here is my photo log on travel on 2013.

[new year vacation with my BFF @Retreat, Lundu]



[This is my some photo during vacation at Jakarta and Bandung, Indonesia]


[During my way to back to "kampung"]


 

[Day trip to Satang Island]

 
[My latest vaccay with family at Penang, Malaysia]

[View from Bukit Bendera, can see the bridge!]

Love Lent Project 2013

Love Lent Project 2013 kembali lagi! Seperti tahun yang lepas, aku mengambil bahagian sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan yang kekurangan makanan. Bayangkan kita hari-hari terlebih makan, apa salahnya jika sesekali kita luangkan masa bersama mereka, merasakan apa yang mereka alami. Bukan sehari tapi mungkin banyak hari yang harus mereka tempuhi. Syukur dengan setiap apa yang kita ada. Jom, ini sedikit gambar pada hari itu.

[pembahagian kumpulan, seperti tahun lepas, tahun ni saya beroperasi di Kampung Kudei, Satok]

[Volunteer : HIFFI, Let me be Christ to you!]

[persiapan makanan sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan]

[tidak kira tua dan muda, lelaki dan wanita, saling tolong menolong]

[menanti ketibaan pasukan yang bertugas]

[beratur dengan sabar ya adik-adik ..]

[si cilik tetap gigih membantu mengagihkan makanan]

Muay Thai - Challenge Yourself

Bagi sesiapa yang kenal saya, saya merupakan seorang lelaki biasa yang sangat aktif bersukan sejak dari bangku sekolah lagi. Olahraga, renang, bola tampar, bola keranjang adalah antara sukan yang saya pernah wakil sekolah ketika itu. Kalau nak dikenang memang manis saat-saat dikalungkan medal, dan kesemua pingat yang diperolehi masih saya simpan hingga kini.

[antara pingat yang diperolehi dalam bidang sukan dan akademik]

Sekarang dah tua dan berkejaya memang susah untuk terlibat dengan mana-mana sukan. Yang masih aktif hanyalah terlibat dengan gym, itupun dibuat selepas balik kerja, tak dapat nak fokus sangat. 

Sukan lasak Muay Thai mungkin belum biasa kedengaran bagi masyarakat kita. Ia adalah seni mempertahankan diri ala boxing yang berasal dari negara jiran, Thailand.


[petikan dari Wikipedia]


Oleh kerana ingin melihat sejauh mana kemampuan aku dalam sukan ini, aku register untuk memulakan latihan sebagai seorang ahli dalam kumpulan ini. Latihan dijalankan 3 kali sehari, selama 2 jam setiap sesi. Aku hanya mampu membuat 2 kali latihan setiap hujung minggu. Memang penat, lasak dan memerlukan stamina yang sangat tinggi.

[diskusi setelah tamat latihan]

[acara sparing akan diadakan bagi melihat kemampuan ahli setelah diberi tunjuk ajar]

[nah, ni le kesan latihan yang lasak, padat dan hebat. hahaha, tapi tak sakit, cuma lebam]

[cabar diri anda!]

Big Family, First Christmas

Rasanya post ini agak outdated disebabkan jadual harian yang padat menjelang awal tahun. Well, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Natal, Merry Christmas buat my big family, kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang kenal Hiffi Salang. 14 tahun aku tak pernah celebrate Krismas bersama keluarga, sebab hanya pada tahun ini keluarga aku baru convert to Christian, sebelum ini masih mengamalkan kepercayaan lama. Aku pula masuk Kristian ketika berusia 14 tahun di Gereja Katolik Kapit. Sejak itu aku tak pernah celebrate Krismas bersama keluarga, yang ada hanya bersama kawan-kawan dan kadang kala aku hanya pergi ke gereja pastu makan dan balik. Seperti tiada apa-apa.

[Pertama kali menjejakkan kaki ke gereja bersama keluarga. Ini ketika minggu terakhir sebelum Krismas. God Bless Us]

[Pagi Krismas, sembahyang di Gereja Methodist Iban, Kapit]

[Aktiviti BBQ bersama keluarga]

[Ketika musim perayaan, jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk]

[Menonton perlawanan bola sepak ketika cuti perayaan bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan]

[My best friend]

Tahun ini, seluruh seisi keluarga bergembira, excited pergi ke gereja untuk sembahyang di pagi Krismas. Aku membantu mengiringi nenek yang tidak dapat berjalan dengan kuat lagi. Balik dari sembahyang, aku, adik aku Padtery serta sepupu Jeff, mula mem'bbq sambil ditemani tin-tin beer. Memang seronok, berbual, berjenaka dan bergembira bersama. Kawan-kawan yang lain pun turut datang memeriahkan suasana. Pastinya, Krismas tahun ini adalah sebagai satu permulaan bagi kehidupan kami yang lebih sempurna di masa depan. Terima kasih Tuhan!

BFF Vacation New Year 2013

Dah hampir seminggu berada di tahun baru 2013. Kalau tahun yang sudah-sudah, aku hanya menghabiskan masa di rumah ketika sambutan tahun baru. Eh, tapi tahun lepas aku kat KL. Tahun ni ada plan bersama kawan-kawan nak pergi vacation katanyer ke Retreat @Siar Beach Resort, Lundu. Nak dijadikan cerita, bermulalah perjalanan kami lima orang berkongsi satu kereta. Aku, Zaidi, Farrah, Atty dan Ariel. Deen pulak datang lambat sikit guna kereta dia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam memandangkan hujan agak lebat yang menyukarkan laluan trafik.

[aku dengan Miss Atty, masa sebelum gerak ke Retreat, sempat pose]

[perjalanan menuju ke Lundu yang diselubungi kabus]

Sampai kat sana, kami terus mandi laut. Seronok giler sebab lama sangat tak mandi laut walaupun pada masa tu "gigitan" obor-obor agak terasa gatal. Lepas tu, sambung pula mandi kat kolam renang. Kat sini ada menyediakan rumah berurut (orang kurang upaya), pusat karaoke, sauna, kafeteria selain tempat penginapan yang selesa.

[pantai Retreat mengingatkan aku dengan pantai Port Dickson, biasa2 saja tapi pasti diingati]

[antara tempat penginapan yang disediakan di sini, bergantung dengan hari atau musim perayaan, pakej yang disediakan agak berpatutan, kurang dari RM300 untuk sebuah rumah]

[persekitaran di sini juga terjaga rapi dengan laluan pejalan kaki yang di hias menarik]

[antara tarikan utama Retreat ialah kolam renang yang menghadap laut serta berdepan dengan kawasan penginapan utama]

[all the boys out for karaoke session, tapi tak nyanyi sebab song list guest lain full]

Malam tu sebelum tahun 2012 berakhir kami sempat BBQ di tepi pantai. Bakar sosej, ayam serta udang galah yang dibeli di Pekan Lundu. Malam ketika tahun baru 2013, suasana memang meriah dan seronok dengan percikan bunga api serta letupan mercun yang kadang-kala menyakitkan telinga. Pengunjung-pengunjung lain keluar berjalan-jalan bersama keluarga dan sahabat handai. Seperti suatu festival, masing-masing gembira di tahun baru.

[udang galah memang sedap di bakar, sewa untuk perlatan bbq di sini ialah rm100 tapi arang dan makanan lain, anda sediakan sendiri yer]

[best tak?]

[aku tak pasti ni muka kekenyangan atau kepenatan sebab nak menghidupkan api punyalah susah]

Tahun baru, mesti nak azam baru la kan? Aku? Semoga hidup ini lebih bermakna, menjalani hari-hari yang berlalu dengan rasa gembira dan ceria. Pedulikan apa orang nak cakap dan nilai kita, yang penting kita tahu apa yang kita buat. Semoga rezeki makin baik tahun ini. Dan semoga orang-orang yang aku sayang akan selalu merasa bahagia jugak!

Firasat Cinta Satu Malam

Meski dua purnama telah berlalu, namun ingatan kenangan itu tetap utuh dalam kotak fikiran. Cinta satu malam. Walau sekejap cuma, namun memadai untuk melepas rasa rindu. Itulah kali terakhir melihat dirinya. Kapan kita berjumpa lagi? I missed you a lot ..


Fikiran jauh melayang. Entah kenapa hari ini agak janggal dan pelik. Lagi rasa aneh. Sepertinya sesuatu yang bakal terjadi. Well, kadang-kadang aku merasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang yang punya firasat yang agak kuat mengikut kata naluriku. Seperti yang aku jangkakan, apa yang aku sangka ada di depan mata. Cintaku membawamu kemari. Sayangmu terpahat di hatiku.

Milik Cinta Hati

Hati ..
Tersimpan didalamnya banyak rahasia,
Terukir dibaliknya seribu satu ceritera,
Terpahat didasarnya semua nostalgia,

Hati ini ..
Bila dia gembira kau senyum tawa,
Degupannya bersama kau rasa,
Bila dia suka kau indah teruja,
Denyutannya bersama kau pinta, 

Hati itu ..
Jangan kau sakiti rasa cintanya,
Bila berparut takkan kau rasa,
Jangan kau khianati rasa sayangnya,
Bila bercela lamanya nak sempurna,

Cinta hati ..
Kau jagalah kepingan hatinya,
Kerana cinta itu milik hatinya,
Kerana hati milik cintanya ..

Gula Apong Sarawak

Ohya, baru-baru ini saya membawa kawan dari Semenanjung untuk berjalan-jalan di Pasar Satok untuk membeli ikan Terubok. Melintasi satu persatu gerai di situ, perhatian saya teralih pada satu produk hiliran masyarakat kampung "Gula Apong". Jika Melaka terkenal dengan Gula Melaka atau Gula Merah, Sarawak pula terkenal dengan Gula Apong, yang juga hampir menyerupai Gula Merah. Bezanya, Gula Melaka terhasil menggunakan nira pokok kelapa atau pokok enau, sedangkan Gula Apong dihasil menggunakan nira pokok nipah, yang sememangnya banyak terdapat di  sepanjang sungai di Sarawak terutama di Kota Samarahan dan juga Betong. 


Kebiasaannya pengusaha Gula Apong akan menadah air sadap menggunakan bekas buluh untuk mengekalkan keaslian rasanya. Air sadap sebenarnya berpunca dari batang pangkal mayang pokok nipah yang telah dicantas permukaannya. Proses akan dibiarkan semalaman untuk memastikan bekas buluh tersebut penuh. Keesokan harinya seawal jam 7 hingga 9 pagi, pengusaha mula mengutip hasil air sadap sebelum memasaknya menggunakan kawah besar yang mengambil masa selama kira-kira lima hingga enam jam. Teknik konvensional yang digunakan sememangnya memerlukan ketelitian serta kesabaran nan tinggi. Ia perlu digaul dengan cermat supaya masak sepenuhnya. Proses yang rumit juga menyebabkan kapasiti pengeluaran terhad dan kadang kala tidak dapat memenuhi peningkatan permintaan dari penggemar hasil Gula Apong. 

Jika anda berkesempatan ke pasar tamu yang berhampiran, Gula Apong Sarawak boleh didapati dengan harga RM3 sebungkus. Penggunaan Gula Apong oleh penduduk kampung sangat popular sebagai bahan utama untuk membuat pelbagai kuih muih tradisional masyarakat Sarawak seperti Celorot dan Kuih Takir. Ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau minuman terutamanya Teh C Peng mahupun Kuah Rojak Istimewa. 



[credit picture of Celorot for sarawakianaii.blogspot.com]

Selain kesedapan rasanya, Gula Apong dipercayai mempunyai kelebihan untuk mengelak serta mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Bagi yang pertama kali, dapatkan produk Gula Apong Sarawak dan cubalah sendiri resipi berasaskan Gula Apong ini.

Ramadan Mubarak 2012

1 Ogos dah tiba, maksudnya dah 12 hari umat Islam berpuasa. Tahun ini, tahun aku paling banyak ikut berpuasa. Nak jugak sahur dan berbuka. Lebih-lebih lagi di samping orang tersayang. Eh? Siapa? ^_^ 

Teringat pertama kali berpuasa, nak berdiri pun tak larat, apatah lagi bila bersahur, dengan mata sebelah pejam sebelah celik sambil makan karipap yang dibeli semalamnya. Dia selalu cakap "semua yang dia berbuka pun nak post, tunggu berbuka pun nak post", dia tak tau, sebenarnya semua tu sebab saya rindu dia ..

Tahun ini, memberi pengalaman yang berbeza seperti tahun yang sudah. Bukan sahaja meninggalkan erti yang cukup berharga malah tahun ini menjadi suatu kenangan yang sukar dilupakan. Terima kasih kerana memori yang terindah.

DIA "3 hari yang lepas, saya tengah sebok nak berbuka dengan sayang saya, 2 hari yang lepas saya sebok masak untuk dia tapi tak berapa sedap. Semalam saya makan seafood dengan dia. Hari ini saya sangat rindu dia"

AKU "3 hari yang lepas, saya sebok bawa dia ke bazaar, suka tengok dia gembira, 2 hari yang lepas, dia masak untuk saya, comel tau dia masak, saya hanya dibenarkan tengok dia memasak. Semalam kami makan seafood, dia tak tau bertapa saya risau bila dia makan seafood, awal2 saya dah pesan jangan lupa makan ubat. Hari ini saya sangat rindu dia, saya pergi bazaar seorang diri, tapi tangan saya asyik BBM dia"

p/s Selamat berpuasa kepada semua orang, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa. Kepada dia, jangan makan banyak sangat nanti masuk angin perut tu. Jaga diri tau, saya sayang awak.


Most Memorable Memories




Back to basic, back to neutral .. it's Borneo Highland Resort


Separuh badan saya di Malaysia, separuh lagi di Indonesia ..


Melihat langit .. ketenangan yang sukar di ganti


it's Port Dickson .. finally i was here!


Melaka from Taming Sari Tower


Melaka from our room_Equatorial Hotel


Melaka 2.0




Setiap gambar ada cerita dan kenangan di sebaliknya; dan memori itu akan menjadi suatu ingatan yang kekal selamanya...