2.Baca kitab harfan biharfin sehingga habis...dan cuba memahami isi kandungan kitab...
3.Cuba andaikan diri anda sebagai Dr.Kuliah dan nak buat soalan kepada pelajar....cuba reka soalan..
4.Pastikan muqarar yg Dr.bagi dan buat nota ringkas dan padat sebagai panduan kita untuk menghafaz...
5.Bertanya tajuk2 muhim kepada sahabat2 sekelas lebih-lebih lagi sahabat arab yg selalu datang kuliah @ yang best student....
6.Berdoa dan bertakawal...
Tarikh Lahir : 27 November 2006 (agaknye kot).
Tempat Lahir : Klinik Montaza, Asofirah, Alexandria, Egypt.
Berat Badan : 3.2 kg
Nama Bapa : Md. Zamzaini bin Mohd Dahlan.
Nama Ibu : Siti Rohayu binti Hamid.
Status Keahlian : PMRAM, BKPJM, KPKM, DPMI dan UMI.
p/s : Gambar belum diambil, harap maaf...
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) - Pengarah Urusan Harakah yang juga Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, beliau bukan sahaja gembira dengan perubahan reka bentuk laman web Harakahdaily yang sangat menarik malah idea baru itu boleh memuatkan lebih banyak bahan berita.
Beliau yang dihubungi hari ini berkata, perkembangan tersebut sudah tentunya menceriakan lagi imej parti dan lebih penting menggalakkan lagi pengunjung atau pelayar-pelayar agar sentiasa melawat laman web Harakahdaily.
"Saya juga nampak dalam dua hari ini berita-beritanya sentiasa dikemaskini dan ini satu perkembangan yang sangat baik dan saya mengucapkan syabas kepada petugas-petugas Harakahdaily," katanya.
Dalam pada itu, kata Dato' Kamarudin, perubahan baru itu merupakan satu permulaan yang perlu diteruskan untuk memastikan isu-isu yang di bawa dalam pilihan raya akan datang, memberi kesan yang sewajarnya.
"PAS memerlukan suatu jentera penerangan khususnya Harakahdaily yang lebih efisyen.
"Dengan ini kita mengharapkan tidak ada lagi apa-apa masalah teknikal ataupun editorialnya," katanya.
Beliau berkata, usaha-usaha awal ini juga adalah untuk mempastikan sudut editorial dan teknikal Hakarahdaily mampu berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, berkata, ini satu permulaan untuk Harakahdaily memantapkan kandungan dan persembahan khususnya menjelang pilihan raya akan datang.
"Untuk mengharapkan kepada akhbar Harakah, fungsinya sebagai sebuah akhbar telah dimusnahkan sejak bulan March 2000 lagi."
"Oleh itu pihak kami tidak ada pilihan selain memaksimun manfaat Harakahdaily di gelanggang baru ini iaitu melalui versi internet," katanya.
Menurutnya selepas perubahan di segi persembahan dan reka bentuk, pihaknya tidak akan mengambil masa lama untuk memantapkan kandungan Harakahdaily khususnnya bagi mendedahkan lagi kebobrokkan dan kezaliman Barisan Nasional (BN) serta mempersembahkan pendekatan Barisan Alternatif (BA) dan rakan pembangkang lain.
Katanya, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang selama ini banyak membantu dan memberi pandangan.
"Semua pandangan dan idea mereka akan diberi respons yang positif," katanya lagi. - mns
Baru-baru ini saya membaca entri diblog kawan saya yang mencerita dia menjawab satu ayat yang menarik perhatian saya apabila dia ditanya tentang hukum ASB, ayatnya berbunyi "Saya tidak tahu" atau dalam bahasa arab yang biasa digunakan apabila tidak tahu akan sesuatu hukum itu dengan menyebut "الله أعلم" .
Ayat ini nampak mudah untuk disebut tapi hakikatnya ia amat payah terutama bagi mereka yang sudah berkedudukan dalam masyarakat, contohnya apabila seseorang itu bergelar Imam, Ustaz, Ustazah dan sebagainya. Mereka akan berasa malu untuk menyatakan "saya tidak tahu" apabila ditanyakan tentang sesuatu hukum. Inilah yang biasa saya tegaskan setiap kali saya mula mengajar, terutamanya kepada murid. Pengalaman mengajar sebuah surau di
Kenalkah kita siapa Imam Malik r.a?? Mesti kita semua kenal akan beliau.. Pernah satu hari beliau ditanya oleh seorang yang datang dari jauh tentang 40 soalan dan Imam Malik r.a cuma hanya menjawab 6 soalan dari 40 soalan yang diajukan. Kemudian orang itu pun bengang kerana Imam Malik hanya menjawab sedikit sedangkan lelaki itu sanggup datang dari jauh untuk Imam Malik menyelesaikan kesemua masalah itu. Lalu Imam Malik dengan tegasnya menjawab " Kau ingat aku ni gila, boleh jawab kesemua soalan yang kau berikan? ".. Inilah contoh sikap seorang yang amanah dengan ilmunya, walaupun pada ketika itu beliau merupakan orang yang paling alim di Hijjaz dan mungkin di seluruh dunia berkenaan Islam dan merupakan seorang Imam tapi beliau sedikit pun tidak segan silu menyatakan yang beliau tidak tahu.
Imam Malik r.a sering ditanya berkenaan masalah hukum, dan setiap kali beliau ingin menjawab atau mengeluarkan fatwa badan beliau akan menggigil. Perkara ini pernah ditanyakan oleh muridnya kepada beliau, "Imam, kenapa setiap kali engkau ingin mengeluarkan fatwa badan kamu menggigil?". Beliau menjawab, "Setiap kali aku ingin mengeluarkan fatwa, aku berasa seolah aku berdiri di antara syurga dan neraka. Kalau aku benar dalam mengeluarkan fatwa maka aku akan masuk syurga dan jika salah maka aku akan jatuh ke dalam neraka." Sikap inilah yang perlu ada pada diri setiap orang terutamanya mereka yang berkedudukan dalam masyarakat, Doktor, Dato', YB, Ustaz dan sebagainya. Jangan sewenang-wenangnnya memberikan jawapan pada perkara yang tidak diketahui kerana kelak ia akan menyesatkan masyarakat. Lebih baik mengatakan " saya tidak tahu, الله أعلم " daripada memberikan jawapan yang akan membinasakan banyak pihak. Fikirkanlah dan renunglah kata-kata ulama' yang berbunyi " زلّة العالـم تزلّ بهـا العالَـم" , "Tergelincirnya seorang ulama' maka akan tergelincirlah seluruh dunia". Wallahu A'lam.
Mungkin anda selalu menonton drama bersiri
Aya merupakan seorang pelajar yang baru berusia 15 tahun, dia seorang pelajar yang pandai serta aktif dalam persatuan dan sukan bola keranjang. Malangnya dia telah disahkan menghidap penyakit otak kecil.
Menurut kenyataan doktor " Otak manusia mempunyai 140 jenis saraf, dan juga mempunyai sel yang sepuluh kali ganda untuk menyokong sel urat saraf. Sel urat saraf itu tersebar di pusat dan bahagian akhir urat saraf. Pusat urat saraf pula tersebar di otak besar, otak tengah dan otak kecil dalam serebrum dan tulang belakang. Di antara yang membolehkan badan kita bergerak dengan bebas ialah otak kecil, serebrum dan tulang belakang. "
Otak kecil Aya semakin layu, dan ini memyebabkan badannya tidak dapat bergerak bebas atau dalam kata yang mudah dia tidak mampu bergerak sewenangnya. Dari hari ke hari kakinya akan mula lemah dan tidak mampu berjalan. Kemudian diikuti dengan percakapannya semakin lama semakin susah untuk bertutur. Seterusnya seluruh anggota badannya akan lemah. Dan penyakit yang Aya hidapi ini sehingga kini masih tiada cara mengubatinya.
Yang menariknya tentang drama ini bukanlah mengenai penyakit yang dihidapi Aya tetapi mengenai ketabahannya dalam mengharungi hari-harinya sebagai seorang pesakit yang satu hari nanti akan hanya terlantar di katil. Aya telah menghidapi penyakit ini selama 10 tahun dan meninggal dunia pada usia 25 tahun. Dan segala kisah hidupnya semasa dia mengharungi penyakit ini telah ditulis dalam diarinya. Diarinya telah diterbitkan dan dijual lebih dari 1.8 juta naskah dan telah memberi ketabahan kepada pesakit yang menghidap penyakit yang sama.
Tontonilah drama ini atau belikan diarinya, anda pasti mendapat satu kepuasan yang berlainan. :)
Antara kata-kata Kitou Aya dalam diarinya :
"Jangan terlalu memaksa. Jangan putus asa. Kerana semua orang jalan perlahan-lahan. Bukan diri yang susah. Tak kira ialah orang yang memahami atau tidak faham kedua belah juga amat kasihan. Guna bunga memggambarkan kehidupan saya. Di permulaan kemudian saya mahu menghargainya. Mak dalam hati saya, kamu selalu percayakan saya kelak mahu menyusahkan kamu lagi, maaf kerana selalu buat kamu risau. Kenapa penyakit selalu mengikut saya?Saya sukar terima semua ini adalah nasib. Saya ingin mencipta mesin masa untuk balik ke masa dulu. Jika tidak penyakit saya boleh bercinta. Saya betul ingin memeluk seseorang. Saya tidak akan cakap lagi, tidak dapat balik ke masa itu lagi. Saya mahu terima diri saya yang sekarang. Saya mahu terima saya yang terus hidup. Walaupun dilukai oleh pandangan saya masih tahu ada pandangan yang lembut. Jadi saya masih ingin tinggal di sini. Kerana sini baru milik saya. Walaupun terjatuh pun tak apa, berdiri balik. Semasa terjatuh angkat kepala dan lihat langit, langit masih senyum hari ini. Orang tidak boleh hidup di masa dulu hanya hidup di masa sekarang sudah boleh. Mak, bolehkan saya berkahwin?....(Terima kasih)"
Beliau berkata, kedudukan Malaysia yang berada di tempat tercorot bersama-sama Bolivia dalam senarai negara dengan demokrasi yang terencat (flawed democracy) amat memalukan.
Kedudukan Malaysia dalam senarai demokrasi terencat itu berada lebih bawah dari negara-negara seperti Mongolia, Sri Lanka, Filipina, Indonesia, Timor Leste dan Palestin.
Mahfuz menyifatkan Malaysia lebih pariah dari negara-negara yang selama ini dianggap mundur amalan demokrasi mereka.
Senarai itu, katanya, "membuktikan bahawa kerajaan yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum yang lalu adalah kerajaan yang mengalami kecacatan'
Kedudukan Malaysia bertambah buruk dalam pelbagai indeks termasuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan kini dalam Indeks Demokrasi.
Dalam senarai destinasi untuk modal asing pula, Malaysia merudum kini hingga ke tangga ke 62, menurut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTD).
Malaysia pernah berada pada tempat keenam dalam senarai itu pada pertengahan tahun 90an lalu.
"Jika kerajaan terus tidak mengendahkan perkara itu, ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara apabila para pelabur dan peniaga hilang kepercayaan kepada negara ini.
"Malah pelabur yang ada pun mungkin akan lari keluar dan kecacatan akan bertambah hingga menyebabkan suasana politik juga tidak stabil," katanya.
Mahfuz menyifatkan kerajaan tidak berperanan membentuk budaya demokrasi dan membuka ruang supaya rakyat dapat turut serta dengan lebih berkesan dalam menentukan arah haluan negara.
Sepatutnya, katanya, sebarang bentuk perubahan hendaklah mengambilkira pendapat rakyat. Bagaimanapun, beliau menyifatkan perkara itu tidak berlaku. Sebaliknya, katanya lagi, kerajaan hanya mengambilkira pandangan mereka yang berkepentingan.
"Kalaupun ada kebebasan bersuara, kebebasan selepas bersuara tidak ada. Jika bersuara, rakyat dibayangi dengan kebimbangan terhadap pelbagai tindakan sehingga mereka takut bersuara," katanya yang sebelum itu mengulas mengenai perkara tersebut dalam WTV8.
Ketika dihubungi, Mahfuz menyebut reaksi yang tidak sepatutnya dari Abdullah dan para pemimpin Umno terhadap pandangan Dato' Mukhriz Mahathir mengenai ucapan dasar Presiden Umno sebagai petanda jelas betapa cacatnya demokrasi di negara ini.
"Mukhriz hanya menyatakan kekesalan kerana kenyataannya menyinggung perasaan Abdullah dan para pemimpin Umno yang lain tetapi tidak menarik balik kenyataannya itu.
"Penegasan pendirian Mukhriz itu merupakan satu cabaran kepada Presiden Umno untuk membuktikan pandangan anak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu salah terutama mengenai betapa tidak seriusnya Umno memerangi politik wang terutama terhadap aduan berlakunya politik wang dalam mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu," katanya.
Abdullah, katanya lagi, tidak sepatutnya menunjukkan sifat kebudak-budakan terhadap kenyataan Mukhriz yang menyatakan kekesalannya itu.
Ketika ditanya mengenai kekesalan Mukhriz itu, Perdana Menteri berkata: ‘‘Oh... dia menyesal, tak apalah, apa dia nak cakap, ikut suka dia. Biarlah dia nak pertahankan diri dia, semua orang ada pandangan masing-masing’’.
Perdana Menteri, kata Mahfuz lagi, sepatutnya menunjukkan kepada rakyat apakah gagasan baru yang dibawanya serta membuktikan kesungguhannya untuk memerangi rasuah, tertutama di dalam Umno yang masih lagi belum membuat keputusan terhadap aduan berlakunya politik wang dalam mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu walaupun laporan telah dibuat September lalu, di mana ketika itu ibu pejabat Umno menjangka perkara itu dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.
Dalam Indeks Demokrasi yang dikeluarkan oleh Economic Intelligence Unit (EIU), The Economist Group yang menerbitkan majalah The Economist, Malaysia berada di tempat tercorot dalam senarai demokrasi terencat kerana penarafan yang rendah dalam penyertaan politik dan kebebasan awam.
Pengarah serantau EIU bagi Asia, Gerard Walsh menyatakan Malaysia mendapat mata yang rendah dalam indikator penyertaan politik kerana penyertaan wanita yang terhad dalam penyertaan politik, yang menurut beliau hanya 10 peratus sahaja, dan sekatan ke atas demonstrasi politik.
"Malaysia mendapat mata yang begitu rendah dalam kategori kebebasan awam. Tiga perkara utama yang membimbangkan ialah penapisan media bercetak, polisi-polisi kerajaan yang lebih mengutamakan orang-orang Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan tahanan tanpa bicara daam tempoh yang tidak ditetapkan," katanya.
"Kumpulan-kumpulan pembangkang pula berpecah-pecah dan tidak berkesan," The Sun memetik beliau sebagai berkata.
Malaysia perlu, kata Walsh lagi, perlu menunjukkan kemajuan di dalam memperkembangkan kebebasan umum untuk mencapai tahap demokrasi sepenuhnya dalam Indeks Demokrasi.
Bagaimanapun, indeks demokrasi untuk Malaysia adalah lebih baik dari Singapura yang berada dalam kategori "hybrid regimes," iaitu regim yang mempunyai gabungan ciri-ciri demokrasi dan autoritarianisme dan tidak jelas kedua-dua ciri itu.

BANDAR GAZA 4 Nov. – Tentera rejim Tel Aviv hari ini meneruskan kempen keganasannya di Genting Gaza menyebabkan tujuh penduduk Palestin, termasuk tiga anggota pejuang dan seorang remaja terkorban, menjadikan angka korban mencecah 42 orang.
Dalam keganasan sejak empat hari itu, yang bermula Rabu lalu, seorang askar Israel turut terbunuh.
Luaye al-Burnu, komander tempatan sayap tentera Hamas terbunuh dalam serangan udara awal hari ini yang turut menyebabkan empat yang lain cedera.
Dua lagi penduduk Palestin terbunuh dalam serangan di Bandar Beit Hanoun, utara Gaza.
Marwan Abu Harbib, 46, terkorban apabila kereta kebal askar rejim Yahudi melepaskan bedilan ke arah rumahnya, sementara seorang anggota pejuang, Ibrahim al-Bassiuni, 18, terkorban selepas ditembak pasukan khas tentera rejim Israel.
Dalam keganasan berhampiran Jabaliya, lima anggota Briged Ezzedine al-Qassam cedera selepas terkena tembakan artileri dan salah seorang daripada mereka, Raed Siam, 30, disahkan mati semasa mendapat rawatan di hospital.
Semalam seramai 19 orang penduduk Palestin terkorban, angka paling tinggi sejak askar rejim meningkatkan keganasan bermula Rabu lalu.
Lapan daripada penduduk Palestin terbabit maut dalam satu serangan udara sejurus menjelang malam.
Lima daripada mangsa keganasan Yahudi itu dipercayai anggota pejuang Palestin.
Terdahulu, 11 orang termasuk dua wanita Palestin terbunuh akibat keganasan tentera Yahudi.
Keganasan Tel Aviv yang semakin meningkat menyebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas meminta masyarakat antarabangsa campur tangan bagi menghentikan pertumpahan darah.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) walaupun menyatakan rasa kesal terhadap keganasan Israel mendakwa, keganasan Israel tersebut bertujuan mempertahankan diri.
Seorang jurucakap askar rejim Israel berkata, serangan udara tersebut disasarkan ke atas dua anggota pejuang Palestin yang didakwa sedang bersedia melancarkan serangan roket.
Keganasan Israel juga menyebabkan dua orang pekerja bantuan terbunuh di Jabaliya.
Mahmoud dan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah mengecam keganasan Israel sebagai “pembunuhan beramai-ramai.”
Keganasan terbaru Israel menyebabkan Britain dan Perancis meminta Tel Aviv mengelak daripada menjadikan orang awam sebagai mangsa.
– Agensi
Beliau berkata memang tidak dibenarkan menggunakan nama Aidilfitri untuk digabungkan dengan hiburan yang melalaikan kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan.
Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai "boleh jatuh kepada haram", katanya kepada pemberita di sini.
"Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam.
"Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu," katanya.
Harussani berkata perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabila umat Islam terlalu menumpukan kepada hiburan sehingga sehari suntuk, malah ada rancangan hiburan yang bermula pada malam menjelang raya.
"Aidilfitri kelihatan sudah dicemari dengan terlalu banyak rancangan hiburan sehingga amalan kunjung-mengunjung semakin dilupakan. Ada yang bergegas tinggalkan masjid kerana nak kejar tengok siaran, bukannya nak ziarah rumah orang," katanya.
Mufti itu berkata setiap tahun pelbagai rancangan televisyen dirangka untuk memeriahkan Aidilfitri tetapi malangnya di negara ini boleh dikatakan sebahagian besarnya bercorak hiburan.
"Orang Melayu begitu tenggelam dalam hiburan. Perkara ini sangat berbeza dengan beberapa negara Islam lain seperti di Indonesia di mana sepanjang bulan Ramadan dan pada Aidilfitri lebih banyak rancangan bercorak keagamaan disiarkan.
"Tidak terkecuali di negara-negara Arab yang banyak menyiarkan cerita berkaitan kesedaran dan bercorak agama tetapi drama di negara kita masih dengan kisah cinta, kahwin, cerai dan sebagainya," katanya. - BERNAMA
Note: Jangan dilalaikan dengan hiburan di media massa. Sia-sia amalan untuk membentuk diri di bulan Ramadan.
Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear.
Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
Don't let the past hold you back, you're missing the good stuff.
BEST FRIENDS are the siblings God forgot to give us.
When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your BEST FRIEND will be there.
Nobody is perfect until you fall in love with them.
يا أيها المؤمن: إن خطابك بهذه الكلمة يثير في باطنك معنى تمتلئُ به الجوانح على قدر ما يحمل فؤادك من حقيقة الإيمان الذي خوطبت به ، إنك بالإيمان تتميز عن كل مَن لم يهتدِ لحقيقةِ وجودِه، ولم يعرف موجده وصانعه الذي خلَقه من العدم، ولم يظفر بالمنهج الذي ارتضاه وشرعه له الخلاق الحكيم القدير ] أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ [ [الملك: 14].
وأنت بهذا المنهج تعرف قيمةَ الحياة وتحرص على اغتنام أيامها ولياليها وانتهاز فرصها ومواسمها لتكسب السعادة وتتهيأ للحسنى وزيادة ] تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ * الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ [ [الملك: 1، 2]. ] وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى * وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى * ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى [ [النجم: 39، 40، 41]. ورسول الله يقول لك (( اغتنم خمساً قبل خمس: شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك )) [رواه ابن أبي الدنيا والحاكم وقال صحيح على شرطهما].
وأنت بهذا الإيمان وأخذِك بمقتضاه لهذا المنهج القويم تحسن التفكير ويأخذ بك الاهتمام كيف تستقبل رمضان ، فإن أحوال المسلمين مختلفة جداً في كيفية استقبال هذا الشهر الكريم ما بين من لا يدرك إلا أنه شهر امتناع في النهار عن الطعام والشراب والجماع ، لا يمتد نظره إلى حِكَمه ولا إلى مقصده ؛ وبين من يصوم ويقوم ببعض مظاهر العبادة عادة ؛ وبين من يعدُّه فرصة لتناول أنواع من الأطعمة وقضاء جلسات سهر في غير طائل ؛ وبين من يعدُّه موسماً للتجارة المادية ؛ وبين من يكثر فيه من الاشتغال بالألعاب والتفرج على أصناف الأفلام ؛ وبين من يتجاوز الحد فيكثر من الذنوب ويختلط في مثل الأسواق بالأجنبيات خصوصاً في العشر الأواخر ، فيتعرض بذلك للحرمان والطرد والمقت والعياذ بالله تعالى ؛ وبين من يهمل فيه أولاده ونساءه فيرتعون في مجالسة أهل الغفلات وأهل قسوة القلوب وسوء الأخلاق ؛ وكل أولئك لم يعرفوا رمضان ولم يدركوا معناه ، وخمدت فيهم داعية الاستجابة للإيمان الذي في قلوبهم لضعفه ونقصه وتغطية نوره وآثاره بظلمات الإيثار للشهوات الزائلات ، والحظوظ والأغراض الفانيات ؛ وما بين مَن أخذَ نصيباً ودرجة من فقه حكمة الله الخلاق في تخصيص رمضان بفرض الصيام ونزول القرآن ، وأنه شهر التطهر عن الأدران ، وتحصيل رضوان ملك الملوك الديان ، وفرصة الحصول على الغفران ، وتقويم وتقوية الصلة بالرحمن ؛ شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار ؛ فهو منَّة فخيمه ، وفرصة عظيمه ، وعطيَّة جسيمة ، وميدان فسيح لتصحيح الأخطاء ، وتثبيت الخُطى ، على المنهج الذي ارتضاه جل وعلا ؛ شهر الادكار والذكرى ، والفوز والبشرى ، والتوبة النصوح ، والفتح والمنوح .
وهم على درجات في هذا الفقه والعمل بمقتضى الإيمان في هذا الشهر العظيم المبارك فيستقبلونه بالفرح والسرور ، وبالحذر من موجبات الحرمان ، وبالتشمير في العمل بمقتضى الإيمان .. ونحن نلخص لك أيها المؤمن مهماتك وواجباتك في هذه الثلاثة الجوانب فأحضِر قلبك واستمع وتوجه بالعزم الصادق تظفر وتربح ] فَبَشِّرْ عِبَادِ * الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ [ [الزمر: 17، 18].
1- فرحاً مسروراً .
2- حذِراً من أسباب الحرمان والطرد .
3- مشمراً مسارعاً إلى العمل بمقتضى الإيمان .
1- فأما فرحك وسرورك فبفضل الله ورحمته: قال تعالى ] قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ [ [يونس: 58]. وسرِّح نظرك في مظاهر فضل الله ورحمته في هذا الشهر الكريم، قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم (( إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصُفِّدت الشياطين )) [رواه البخاري ومسلم]. ومعنى صفدت : شدّت بالأصفاد وهي الأغلال والسلاسل .
وقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم (( من صام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه )) [رواه البخاري ومسلم].
وعن أنس رضي الله عنه قال: دخل رمضان فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم (( إن هذا الشهر قد حضركم وفيه ليلة خيرٌ من ألف شهر من حُرِمها فقد حُرم الخير كله ولا يُحرم خيرها إلا محروم )) [رواه ابن ماجة بإسناد حسن].
وعن سلمان رضي الله عنه قال خطبَنا رسولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم في آخر يوم من شعبان فقال (( يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم مبارك ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة ، وقيام ليله تطوعاً ، من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، وهو شهر الصبر ، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة ، وشهر يزاد في رزق المؤمن فيه )) [رواه ابن خزيمة في صحيحه].
2- وأما الحذر من أسباب الحرمان فبأن تنزِّه ساحتك عن:-
أ - قول الزور والعمل به .
ب- وعن الرفث ، والفسوق ، والجهل على الناس
ج - وعن الفطر على الحرام ، وتناول الشبهات والمحرمات .
د - وعن التقصير في الصيام ، وعن الكذب ، والغيبة .
هـ - وعن قطيعة الرحم، وعقوق الوالدين، وتناول الخمر والمخدرات، والشحناء على المسلمين.
فإن تلك هي أسباب الحرمان من خير رمضان وبركته ، والمغفرة فيه، والعتق من النار، فاصدق في بذل جهدك أن تتخلص منها ، وتتنزَّه عنها .. وهل شُرع الصيام إلا لتحصيل حقيقة التقوى ، وإليك الخطاب من الرحمن بوصف الإيمان الذي يغرس في باطنك المعنى السامي ] يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [ [البقرة: 183]. وتأمل قوله ] لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [.
أ- فأما قول الزور والعمل به: فقد قال رسول الله صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم (( من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه )) [رواه البخاري وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجة].
ومعنى قول الزور: كل قول نافى الحق والصدق من كلامٍ، وحلفٍ بيمين كاذبة، وشهادة زور، وغير ذلك من كل كلامٍ نافى الحق والصدق .فلؤرر
ومعنى العمل به: العمل على مقتضى ذلك القول الزور أو العمل الزور، وهو كل عمل نافى الحق والهدى ، فاضبط أيها المؤمن الصائم أقوالك وأفعالك في صومك لتصل إلى حقيقة الصوم.
ب- وأما الرفث: وهو الفحش في الكلام والنطق بكل ما يستقبح ذكره ويستحيي منه أهل الطباع السليمة ، فقد قال صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم (( الصيام جُنَّة، وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب )) وفي رواية (( ولا يجهل فإن شاتمه أحد أو قاتله فليقل إني امرؤٌ صائم مرتين )) [رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجة].
والصخب: الخصام والمجادلة بلا طائل: أي فلا يصيح ولا يخاصم .
ومعنى لا يجهل: أي لا يفعل شيئا من أفعال الجاهلية كالسفه والسخرية .
والفسوق: هو عمل الفسق وهو الإثم والمحرمات ، وقال صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم (( الصيام جنةٌ ما لم يخرقها )) [رواه النسائي بإسناد حسن وابن خزيمة في صحيحه والبيهقي].
ورواه الطبراني في الأوسط وزاد قيل وبمَ يخرقها قال: (( بكذبٍ أو غيبة )).
ج- ومن المهم المتأكد على المؤمن الصائم أن يتحرى في الإفطار على الحلال ، وأن يجتهد في التورع في فطره ، فقد قال صلى الله عليه وآله وسلم (( إن الله تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا )) [رواه مسلم].
ومن صام عن الحلال ثم أفطر على الحرام فقد تعرض لأن يُرد صيامه عليه ، فتحَرَّ في فطرك أيها المؤمن ، وقد قال بعض سلف الأمة : إذا صمت فانظر على ما ذا تفطر وعند من تفطر .
وقال رسول الله صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم (( الحلال بيّنٌ والحرام بيّنٌ وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس، فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعِرضه ومَن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحِمى يوشك أن يقع فيه، ألا وإن لكل ملك حِمى ألا وإن حمى الله محارمه )) [رواه البخاري ومسلم].
د- وأما التهاون بشيء من الصيام المفروض: فأمر خطير شديد العاقبة فقد قال رسول الله صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم (( من أفطر يوماً من رمضان من غير رخصة ولا مرض لم يقضه صوم الدهر كله وإن صامه )) [رواه الترمذي وأبو داود والنسائي وابن ماجة وابن خزيمة في صحيحه والبيهقي].
والمعنى: إن المتجرئ على الفطر في رمضان بغير حق لا يكافئ تجرؤه ذلك أن يصوم الدهر كله ، فعلى المؤمن أن يحذر من ذلك، وعلى من أفطر بغير عذر أن يتوب ويتدارك الأمر ويقضي يوماً بدل اليوم، وقال صلى الله عليه وآله وسلم في رؤيا رآها (( ثم انطُلق بي فإذا أنا بأقوامٍ معلَّقين بعراقيبهم ، مُشقَّقة أشداقُهم ، تسيل أشداقُهم دماً ، قلت من هؤلاء؟ قال: الذين يفطرون قبل تحلَّةِ صومهم )) [رواه ابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما].
ومعنى قبل تحلةِ صومهم: يفطرون قبل وقت الإفطار، فاحذر من التهاون والتهور يا أيها الصائم وليكن فطرك بعد تيقُّن الغروب فإن سنةَ تعجيل الفطر مربوطةٌ بتيقُّن غروب الشمس .
هـ- وأما قطيعة الرحم وعقوق الوالدين وتناول الخمر والمخدرات المتعرض فاعلها للعنة الله تبارك وتعالى فهي والشحناء على المسلمين أربعة أوصاف جاء في الحديث الشريف أن أصحابها يُحرمون المغفرة في رمضان وغيره، وأن الله يغفر في آخر ليلة من رمضان للمسلمين إلا لقاطع الرحم وعاق الوالدين وشارب الخمر والمشاحن الذي في قلبه شحناء على المسلمين.. فطهِّر ساحتك يا أيها المؤمن في هذا الشهر الكريم تفُز بخير ربك وتظفر بنور الشهر وسرِّه وبركته ومقصوده .
3- وأما التشمير والمسارعة إلى العمل بمقتضى الإيمان: فإن شهر رمضان ميدان الربح وفرصة التزود وكسب المثوبات والدرجات العلا، قال رسول صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم (( من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه )) [رواه البخاري ومسلم]. وفي رواية (( من قام رمضان إيماناً واحتساباً خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه )) [رواه النسائي]. وفي رواية له قال (( إن الله فرض عليكم صيام رمضان وسننت لكم قيامه فمن صامه وقامه إيماناً واحتساباً خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه )) .
وقال صلى الله عليه وآله وسلم (( من قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه )) [رواه البخاري ومسلم والنسائي]. وقال زاد قتيبة ابن سعيد (( وما تأخر )).
فقيام رمضان من أعظم الأعمال التي ينبغي أن يغتنمها المؤمن في الشهر الكريم، فليعمر ليالي رمضان بأنواع العبادات وليحافظ على الجماعات في الفرائض، وتفطير الصائمين عمل له عظيم الثواب قال صلى الله عليه وآله وسلم (( من فطَّّر فيه -يعني رمضان- صائماً كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء )) [رواه ابن خزيمة في صحيحه].
وقال صلى الله عليه وآله وسلم (( من فطََّّر صائماً على طعام وشراب من حلال صلَّت عليه الملائكة في ساعات شهر رمضان وصلى عليه جبريل ليلة القدر )) [رواه الطبراني].
وقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم (( أُعطِيت أمتي في شهر رمضان خمساً لم يعطهن نبيٌّ قبلي : أما واحدة: فإنه إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله عزّ وجل إليهم ومن نظر الله إليه لم يعذبه أبدا ، وأما الثانية : فإن خلوف أفواههم حين يمسون أطيب عند الله من ريح المسك ، وأما الثالثة : فإن الملائكة تستغفر لهم في كل يوم وليلة ، وأما الرابعة : فإن الله عزّ وجل يأمر جنته فيقول استعدي وتزيني لعبادي أوشك أن يستريحوا من تعب الدنيا إلى داري وكرامتي ، وأما الخامسة : فإنه إذا كان آخر ليلة غفر لهم جميعا )) فقال رجل أهي ليلة القدر فقال (( لا ، ألم ترَ إلى العمال يعملون فإذا فرغوا من أعمالهم وُفُّّوا أجورهم )) [رواه البيهقي بإسنادٍ لا بأس به].
وقال صلى الله عليه وآله وسلم (( استكثروا فيه - يعني رمضان - من أربع خصال، خصلتين ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة ألا إله إلا الله وتستغفرونه، وأما الخصلتان اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار، ومن سقى صائماً سقاه الله من حوضي شربةً لا يظمأ حتى يدخل الجنة )) [رواه ابن خزيمة في صحيحه].
ولقد كان نبيك صلى الله عليه وآله وسلم يجتهد في رمضان ما لا يجتهد في غيره ويجتهد في العشر الأواخر منه ما لا يجتهد في غيرها من رمضان ، فاقتد بنبيك رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ، واحذر عادة أقوام يجتهدون أول الشهر ثم يكسلون ويفترون آخره وربما رجعوا إلى التقصير والسيئات، فإنما الأعمال بخواتيمها..
اللهم وفقنا لاغتنام رمضان والقيام بأعمال البر فيه من تلاوةٍ للقرآن بالتدبر ومن صلةٍ للأرحام وإحسانٍ إلى الجيران ومن إحسان برٍّ للوالدين، ومن كثرة ذكرٍ لك وصلاة على نبيك محمد صلى الله عليه وآله وسلم ومن الصدقة والبذل في سبيلك ، اللهم وفق واجعل هذا الشهر من أبرك الشهور علينا وعلى أمة نبيك أجمعين وافتح فيه للمسلمين أبواب الفرج والصلاح والفلاح وادفع عنهم البلايا ظاهراً وباطنا برحمتك يا أرحم الراحمين ، وصلى الله على المصطفى محمد وآله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.
Sebagai sebuah negara yang telah lama merdeka, semestinya ia akan semakin maju dan membangun setelah bebas dari belenggu penjajah. Dan semestinya negara ini telah dapat menjalankan kegiatan mereka baik dari segi undang-undang, ekonomi, hubungan luar dan selainnya tanpa perlu mengikut telunjuk dari mana-mana pihak. Dan semestinya juga pemikiran dan tindakan rakyat telah bebas dari arahan dan kongkongan penjajah. Namun....adakah semua ini benar-benar dapat dikecapi oleh Malaysia dan rakyatnya???
Memang benar Malaysia telah diberikan kemerdekaan 49 tahun yang lalu, iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Semenjak tarikh ini tanah Malaysia telah bebas dari dijajah. Dan selama 49 tahun ini juga, negara ini bebas mengibarkan 'Jalur Gemilang'.
Malahan kita semua akui, sejak mengecapi kemerdekaan Malaysia telah banyak berubah. Negara ini sudah semakin membangun, malah negara ini sudah semakin maju baik dari segi pembangunan, infrastruktur dan ekonomi jika hendak dibandingkan keadaannya 49 tahun lalu. Kita akui semua ini.
Akan tetapi kita juga tidak dapat nafikan bahawa walaupun telah hampir setengah abad Malaysia merdeka namun pemikiran dan tindakan rakyat negara ini masih lagi dibelenggu dan dikongkong oleh penjajah. Dan hakikatnya, diri mereka semakin dijajah.
'Generasi Merdeka' hari ini jauh berbeza dari 'Generasi Merdeka' 30 dan 40 tahun yang lalu. Kononnya 'generasi merdeka' kini sudah moden, maju, 'up to date' hinggakan mereka terlupa malah melupakan ajaran agama dan budaya mereka.'Generasi' ini banyak mencontohi amalan dan budaya barat bak kata anak-anak muda sekarang "ala-ala western", walhal nenek moyang mereka dahulu berjuang bermatian-matian untuk bebas dari barat.
Tepat jam 12 tengah malam tadi, kita dapat melihat bagaimana 'generasi merdeka' hari ini sudah terlampau jauh dari hakikat sebenar diri mereka. Hakikat bahawa diri mereka beragama Islam, hakikat yang mereka adalah masyarakat timur yang penuh kesopanan, dan sesungguhnya mereka telah lupa dan amat jauh dari segala hakikat. Mereka melaungkan...."MERDEKA" dalam keadaan percampuran atau ikhtilat lelaki dan perempuan, "MERDEKA" dalam keadaan mereka berpakaian seksi, dan "MERDEKA" dalam keadaan mabuk dan melakukan maksiat.
Persoalannya kini, adakah Malaysia telah benar-benar MERDEKA??? Apa sebenarnya erti KEMERDEKAAN yang dicari??? Dan 'Generasi Merdeka' inikah yang diharapkan bagi meneruskan kemerdekaan Malaysia???
Kata Walid, sepanjang bulan Ogos ni ada beberapa hari yang bermakna buat diri walid. Pada 1 Ogos adalah hari ulangtahun Mak Long. 4 Ogos pula hari ulangtahun nenek tersayang. Diri ini teringin sangat nak berjumpa nenek dan datuk, moga Allah mengabulkan hajat saya ini.
Manakala pada 14 Ogos, ia merupakan hari ulangtahun Pak Uda. Pak Uda merupakan adik Walid dan beza umur mereka hanya setahun. Dan bagi diri walid, hari yang paling bermakna sepanjang bulan Ogos ini bahkan sepanjang tahun adalah pada tanggal 30 Ogos. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan datuk dan nenek.
Tahun ini merupakan ulangtahun ke-25 perkahwinan datuk dan nenek. Mungkin ulangtahun perkahwinan mereka pada tahun ini lebih bererti, kerana saya telah lahir :)..dan mereka telah menjadi datuk dan nenek buat cucu comel 'Ahmad Akhfash'. Saya ingin ucapkan "Selamat UlangTahun perkahwinan ke-25 buat datuk dan nenek,moga kalian kekal bahagia hingga ke syurga dan moga kalian dikurniakan zuriat yang banyak." :)
Dan satu lagi tarikh yang cukup bermakna pada bulan ini buat diri walid, bahkan buat diri saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah pada hujung bulan ini iaitu tanggal 31 Ogos kerna ia merupakakan 'Hari Kemerdekaan Tanahairku Malaysia'.. Tahun ini merupakan hari kemerdekaan ke-49 tahun. Saya berharap Malaysia akan terus 'Merdeka' bukan saja dari jajahan tanahair bahkan dari jajahan pemikiran, lingkah laku dan tindakan. Dan moga satu hari nanti kaki saya akan dapat menjejaki tanahair Malaysia..Amiin.
Oleh Faisal Tehrani
ubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan.
Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.
Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).

Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.
Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).
Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.
Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."
Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.
Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.
Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali 'Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib 'ain dan wajib kifayah.

Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.
Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah.
Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.
Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.
Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf.
Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.
Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.
Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun.
Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:
Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur). Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu... Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada... Temah: Kami balik dulu.
Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat:
(1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan,
(2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan,
(3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa madarat
(4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta
(5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.
Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah.
Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya.
Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain.
Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu.
Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?
Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan?
Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.
Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.
Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool...itulah yang hebatnya, agaknya?
Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.
Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri.
Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.
Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.
Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi.
Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.
Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan orang.
Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."
Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.
Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan.
Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.
Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah !
Wallahu'Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.
4 tahun lalu, semasa saya menyambung pelajaran ke Mesir hanya saya seorang dari kalangan pelajar Johor yang mengambil kuliah ini. Dan bilangan pelajar Malaysia yang mengambil kuliah Lughah di Kaherah cuma 2 orang, saya dan seorang kawan saya dari Selangor. Namun, kawan saya kurang bernasib baik kerana tidak dapat meneruskan pengajian setelah 3 tahun gagal di tahun 1. Saya ketika itu merupakan satu-satunya pelajar yang akan menyambung generasi pelajar Johor dalam kuliah Lughah Kaherah kerana sudah lama tiada pelajar Johor yang mengambilnya. Kalau tak silap saya, generasi atas saya ialah Ustaz Khalid Salekan.
Bilangan pelajar Johor Lughah semakin bertambah selepas kedatangan saya. Tahun selepas saya, seramai 3 orang yang mengambilnya. Syafiq, Zaki dan Zainan. Mereka menjadi kebanggaan kuliah Lughah dengan keputusan yang agak cemerlang. Zainan menperolehi keputusan JAIYID setiap tahun dan sekarang berada di tahun 4. Syafiq pula memperolehi MAQBUL pada tahun 2 dan 3. Keputusan ini sukar untuk dicapai, walaupun hanya maqbul. Untuk melepasi semua madah ia adalah perkara yang sukar, terutama bagi saya.
Zaki pula, najah dalam tahun 1 dan 2 dengan membawa madah tetapi kurang bernasib baik dalam tahun 3. Meskipun begitu saya tetap berbangga dengan dia, dalam penguasaan bahasa arabnya terutama dalam nahu. Saya harap Zaki tabah dalam menerima natijahnya yang telah ditetapkan oleh Allah.
Tahun selepas mereka, hanya seorang saja pelajar Johor Lughah Azrin Sai'on. Dia lulus dalam tahun pertama tetapi gagal dalam tahun ini (tahun 2). Dan tahun ini pula, seramai 3 orang pelajar baru yang mengambil kuliah Lughah tapi saya tidak kenal semuanya. Hanya Qayyum yang saya kenal kerana dia merupakan junior saya semasa di Madrasah Al-Attas dulu. Hanya seorang daripada mereka lulus tahun ini, manakala 2 orang lagi gagal.
Saya pula hanya memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Tahun pertama, saya hanya layak naik ke tahun 2 dengan keputusan baik yang menanti. Tahun ke-2 juga begitu tetapi pada tahun 3 keputusan tidak menyebelahi saya. Saya terpaksa mengulang tahun 3 dengan membawa 6 madah. Dan alhamdulillah saya najah pada tahun ini dan layak untuk naik tahun 4.
Kerana itu, sekarang ini perasaan saya bercampur-campur, dalam sedih saya rasa gembira, gembira kerana keberjayaan saya dan kawan-kawan, tetapi sedih kembali kerana ada yang diberitakan tidak bernasib baik. Tetapi, ada beberapa orang yang saya sangat-sangat harap mereka lulus. Tolonglah Tuhan, jangan Kau uji mereka dengan kegagalan. Aku pohon sepenuh jiwa. ( perenggan terakhir ini dipetik dari mohdzaki.blogspot.com dan hanya ditambah 2 perkataan (",).......)
Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (Forkad), Ustaz Ridzuan Mohd Nor berkata, setakat ini tidak ada lagi sebarang keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.
"Forkad berasa dukacita dengan penyebaran khabar angin itu. Ini kerana sejak semalam akibat berita tersebut Forkad banyak menerima panggilan dari orang ramai bertanyakan mengenai berita tersebut," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Menurutnya perkara ini juga disah tidak benar oleh peguam pemerhati kes Lina Joy.
Katanya lagi, beliau bimbang khabar angin tersebut adalah satu perancangan yang diatur oleh musuh Islam supaya pendokong Islam lemah dalam perjuangan.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam berdoa untuk memastikan kes tersebut berpihak kepada umat Islam.
"Forkad berharap umat Islam berpuasa sunat pada hari Isnin ini dan mendirikan solat hajat di masjid dan surau malam keesokannya," katanya sambil meminta mereka yang tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran khabar angin tersebut. - mks.
(Fiqh As-Sirah, m/s 94)
Terjemahan oleh : Abu Akhfash bin Ab. Rahman.
Di dalam peristiwa ini nabi S.A.W telah datang dengan menaiki Buraq, sejenis haiwan tinggi dari keldai dan bukan baghal (kacukan keldai dan kuda), kakinya akan jejak di mana matanya melihat (kelajuannya).. Sesungguhnya dalam peristiwa ini nabi Muhammad S.A.W telah masuk ke Masjidil Aqsa dah telah solat di dalamnya 2 rakaat, kemudian Jibril mendatangkan kepada baginda satu gelas air dari arak dan satu gelas lagi dari susu. Nabi S.A.W telah memilih susu, maka berkatalah Jibril : "engkau telah memilih fitrah" (1).. Di dalam peristiwa ini juga, baginda telah dinaikkan ke langit pertama, kedua dan ketiga.. Dan begitulah sehingga baginda sampai ke ' سدرة المنتهى ' dan Allah telah mewahyukan kepadanya ketika itu pada yang telah diwahyukan.. Dan di dalamnya telah difardukan solat 5 waktu ke atas muslimin yang pada asalnya 50 waktu solat sehari semalam.
Pada pagi hari seterusnya, rasulullah S.A.W menceritakan apa yang baginda telah saksikan kepada orang ramai. Manakala orang-orang kafir telah mula berkumpul sesama mereka untuk menyebarkan berita yang menarik ini dan mentertawakannya (tidak mempercayainya malah menjadinya sebagai bahan ketawa). Dan sebahagian mereka memita baginda menyifatkan kepada mereka rupa bentuk Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) jika betul baginda telah pergi ke sana dan solat di dalamnya. Sedangkan baginda ketika menziarahi Masjidil Aqsa tidak pernah terfikir untuk melihat dan memerhatikan setiap sudutnya , bentuknya dan bilangan tiangnya. Akan tetapi Allah S.W.T telah memperlihatkan gambarannya di hadapan mata baginda, lalu baginda menceritakan sifat-sifatnya kepada kaum musyrikin secara terperinci sepertimana yang mereka tanyakan. Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari rasulullah S.A.W, sesungguhnya baginda bersabda : " ketika mana aku didustakan oleh kaum Quraisy, aku masuk ke dalam bilik. Lalu Allah memperlihatkan kepadaku baitul Maqdis, maka aku mula menceritakan kepada mereka mengenainya dan aku sedang menyaksikannya".
Sebahagian kaum musyrikin telah menceritakan apa yang dikatakan oleh rasulullah kepada Abu Bakar R.A, berharap agar beliau memuliakan mereka dan tidak membenarkan rasulullah. Lalu beliau berkata : "Kalaulah itu yang dikatakan oleh baginda maka benarlah ia, sesungguhnya aku akan membenarkannya walaupun perkara itu lebih jauh dari itu (dari peristiwa Israk)".
Dan pada pagi malam Israk telah datang Jibril A.S dan mengajarkan rasulullah S.A.W cara solat dan waktu-waktunya. Sesunggguhnya baginda S.A.W sebelum disyariat solat (pada malam Israk) solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat waktu petang seperti yang telah dilakukan oleh Saidina Ibrahim A.S.
----------------------------------------------------------------------------------
(1) Fitrah yang dimaksudkan oleh Jibril A.S ialah fitrah semulajadi rasulullah dan umatnya dalam memilih perkara yang baik (halal) dalam kehidupan mereka.
Terjemahan oleh : Abu Akhfash bin Ab. Rahman.
Dimaksudkan dengan ''Israk'' ialah satu rehlah yang Allah muliakan dengannya nabi-Nya dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Al-Quds, manakala ''Mikraj" pula ialah apa yang berlaku selepas itu (selepas Israk) dari naiknya baginda (Muhammad S.A.W) ke tingkatan-tingkatan langit kemudian sampainya baginda ke satu tahap yang tidak boleh dicapai oleh ilmu makhluk dari kalangan malaikat, manusia dan jin. Dan semua ini berlaku hanya pada satu malam.
Telah berbeza pendapat pada dalam menetapkan tarikh peristiwa mulia ini (Israk Mikraj) berlaku, adakah ia berlaku pada tahun ke-10 selepas Muhammad S.A.W menjadi rasul atau ia berlaku selepas itu. Dan dari apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad dalam kitabnya "Tabaaqatul Kubra" sesungguhnya ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah.
Seluruh umat Islam percaya bahawa rehlah ini (Israk Mikraj) adalah rehlah baginda S.A.W bersama jasad dan roh, dan ia adalah dari mukjizat yang jelas yang Allah telah memuliakan baginda dengannya.
Memang benar keluarga saya teringin untuk berjumpa Akhfash, tapi hasrat dan keinginan ini dihalang oleh jarak antara kami. Memang boleh pulang ke Malaysia bagi mendekatkan jarak ini, tapi terdapat faktor-faktor yang menyebabkan jarak ini tidak dapat didekatkan. Insya-Allah jika diberikan rezeki saya sekeluarga akan pulang tahun hadapan untuk menghilangkan rindu Akhfash pada keluarga di Malaysia terutama datuk dan neneknya.
Bila disebut perkataan 'pulang', hati ini akan diselubungi dengan berbagai perasaan. Perasaan gembira kerana dapat bertemu semula keluarga setelah lama terpisah. Perasaan sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi barakah, ardhul anbiya' yang di dalamnya penuh dengan mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman. Perasaan takut kerana akan berhadapan dengan suasana yang sudah jauh dari nilai-nilai Islam dan diselubungi di dalamnya dengan pelbagai maksiat dan masalah moral. Perasaan gementar dan gelisah kerana diri ini mempunyai amanah dan tugas yang berat untuk mengembalikan segala akhlak-akhlak yang dibawa oleh baginda S.A.W ke dalam diri masyarakat Malaysia.
Pengalaman pulang ke Malaysia 2 tahun lalu telah banyak mengajar saya. Saya pulang ke Malaysia pada tahun 2004 selepas 2 tahun saya meninggalkan tanah air. Saya terkejut dengan perubahan yang berlaku di Malaysia. Perubahan ini bukan perubahan ke arah yang lebih positif, tapi perubahan ini ke arah negatif. Mungkin ramai yang tidak tahu atau mungkin tidak sedar, tapi hakikatnya inilah yang telah berlaku di negara kita. Keadaan ketika itu membuatkan saya merasakan betapa beratnya tugas yang perlu dilaksanakan.
Kini 2 tahun telah berlalu, diri ini masih lemah untuk berhadapan dengan keadaan di Malaysia 2 tahun lalu. Tambahan pula keadaan kini sudah berubah, tahun juga berubah. Malaysia bukan lagi seperti 2 tahun lalu. Masyarakat sudah lebih maju dari segenap aspek. Tapi malangnya masyarakat kita semakin mundur dalam memahami Islam, menghayatinya dan menjadikannya sebagai cara hidup. Ini membuatkan diri saya semakin gelisah dan gementar untuk berhadapan dengan realiti yang berada di Malaysia.
Walau bagaimanapun, saya tetap akan pulang ke Malaysia satu hari nanti. Justeru itu, saya perlu persiapkan diri sementara punya waktu. Buat sahabat-sahabat yang masih di sini, marilah bersama-sama saya. Dan bagi sahabat-sahabat yang telah pulang ke Malaysia, jalankanlah amanah dan tugas dengan baik. Moga satu hari nanti, kita akan bersama dalam mengembalikan dan menjadikan masyarakat Malaysia seperti zaman Rasulullah S.A.W dan zaman para sahabat R.A, atau paling tidak pun dapat menyerupai seperti zaman mereka.
Semalam telah berakhirnya AF (The Annual Festival of BKPJM), ia diakhiri dengan satu malam penutup “Malam Untaian Mahabbah” iaitu malam penyatukan kembali pelajar-pelajar Johor yang menuntut di bumi barakah ini setelah terpisah dan disibukkan dengan peperiksaan akhir semester sebelum ini. AF telah berlangsung selama 7 hari yang diisi di dalamnya dengan pelbagai acara yang menyeronokkkan. Walaupun saya tidak berkesempatan mengikuti kesemua acara sepanjang 7 hari AF berlangsung, namun saya dapat rasakan keseronokannya. Sebelum ini saya dan isteri telah merancang untuk pulang ke Kaherah bagi mengikuti acara-acara di AF terutamanya Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Sakinah (KASIH). Malah kami telah membayar wang pendahuluan pendaftaran bagi kursus ini. Kami perlu untuk mengambil kursus ini kerana kami tidak mengambilnya sebelum pernikahan kerana kami bernikah di sini (Mesir). Kebetulan pula BKPJM ada menganjurkan kursus pra perkahwinan buat pertama kalinya, jadi kami tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengikuti kursus ini di sini dan tidak perlulah kami mengikutinya apabila pulang ke tanahair kelak. Namun semua ini tidak menjadi kenyataan, kami terpaksa lepaskan peluang ini hanya kerana satu sebab. Malah dengan sebab ini juga saya dan isteri terpaksa melupakan keinginan untuk berkunjung ke Bazar Seri Selatan baru-baru ini. Kami selalu memikirkan sebab yang satu ini, menimbangkan Fiqh Al-Muwazanah dan Fiqh Al-‘Aulawiyat.
Ternyata saya terpaksa akur dengan sebab yang satu ini dan seterusnya melepaskan peluang mengikuti Kursus Pra Perkahwinan dan peluang untuk berjumpa kawan-kawan yang sudah sekian lama tidak bersua muka di acara-acara sepanjang AF berlangsung. Sudah lama saya dan isteri tidak melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh BKPJM. Mungkin dengan sebab jarak lebih 200 km memisahkan saya dari BKPJM, tapi bagi saya ini semua tidak boleh dijadikan alasan. Teringat semasa 2 tahun pertama saya di bumi barakah ini, sewaktu saya masih di kaherah. Hampir setiap program BKPJM saya ikuti, tidak mahu melepaskan peluang yang ada sambil menambah thaqafah di dada. Di kaherah bukan saja saya berpeluang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh BKAN dan PMRAM, malah saya juga berkesempatan mengikuti kelas-kelas talaqqi yang berada di
Satu sebab yang menyebabkan saya terpaksa melupakan untuk melibatkan diri dalam AF, sebabnya adalah Ahmad Akhfash, anak sulong saya yang baru berusia 59 hari. Saya selalu memikirkannya, malah saya selalu teringat beberapa pertanyaan yang pernah ditanyakan kepada saya, “bila nak bawa Akhfash ke Kaherah?, AF nanti balik tak?, Tak ikut kursus kahwin ke?”. Inilah antara soalan-soalan yang pernah ditanyakan oleh kawan-kawan. Mungkin ramai yang tidak faham kenapa hanya dengan sebab ini saya tidak boleh mengikuti AF.
Apapun, saya amat berharap selepas ini BKPJM akan menganjurkan program-program seperti AF dan saya amat berbesar hati sekiranya BKPJM mahu untuk menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada tahun hadapan. Buat semua kawan-kawan, terutamanya Ustaz Fairuz dan seluruh AJKT BKPJM, sudilah untuk kalian memaafkan diri ini kerana tidak mampu untuk melibatkan diri walaupun dalam satu acara sepanjang AF berlangsung. Insya-Allah jika selepas ini ada kesempatan dan kelapangan, saya beserta isteri dan Akhfash pasti akan menjayakan program-program yang dianjurkan BKPJM.
p/s : Cadangan untuk BKPJM menganjurkan satu program bagi menghimpunkan anak-anak saudara BKPJM…