Wednesday, June 1, 2016

Let go....


Dalam hidup ini, kalau Allah kata itu bukan untuk kita, maka takkan sesuatu itu jadi milik kita...

Sedih macam manapun... Tak nak macam mana pun... Sakit macam mana pun... Seksa macam mana pun.. benda yang kena lepaskan, kita tetap kena lepaskan.. Sebab itu bukan hak kita...


Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik...

Amin.



Tuesday, April 12, 2016

Medical Check Up..

Dari hari jumaat duk usaha menyetelkan medical check up.. fes time buat kat spital kerajaan, tak sangka prosesnya agak panjang..  Tapi ni depend pada spital, ade yang sari je boleh siap..

Kalau klinik private salu satu hari dah siap..

Mula2, try gi PPUM.. Tapi PPUM tak buat check up sebab dia nak focus pada patients...

Call spital selayang, tak buat check up jugak..

Last, pergi Klinik Kesihatan Selayang Baru.. Pergi kaunter, tunjuk borang, dia kata sebab kerja dengan badan berkanun kena bayar RM20.. Kat borang memang tak tulis pasal xray.. Jadi kalau nak xray memang kena cakap dengan orang kaunter tu yang saya memang nak xray.. Tapi kat klinik ni x de xray.. So, dia bagi satu form, and form ni kena bawak spital selayang n gi xray kat situ..

Konsepnya, bayar RM20, dapatkan form xray.. Pergi xray kt spital selayang dan cek gigi kt klinik kesihatan selayang, dah setel2 dua2 tu baru datang balik klinik kesihatan untuk buat full medical check up.. Gigi ni dalam klinik kesihatan ni jugak... tapi timing untuk medical check up lain2 la pulak.. Gigi kalau check up, isnin sampai khamis, pagi je.. jumaat hanya untuk kanak-kanak.. Full medical check up, isnin sampai khamis, petang je..  then pagi untuk hari jumaat..

So, pagi isnin aku gi xray kat spital selayang.. menara utama, daftar dulu, turun tgkat 2, tunggu turn... Jangan pakai tudung batu2 sebab nanti kena bukak tudung.. so pakai yang biasa2 je.. film boleh amek ptg atau esoknye... Tapi aku punya dia kate esoknye.. sudah.. x selesai lagi check up hr isnin tu.. tapi lepas xray aku lari pulak ke klinik kesihatan untuk periksa gigi, sebab pagi je.. so cek2 gigi setel hari isnin..

Esoknye, pkul 2pm.. pergi spital selayang ambil film xray... pastu patah balik ke klinik kesihatan untuk full medical check up.. xray free... nk buat full check up kena bayar rm1.. so petang selasa baru selesai semua.. Alhamdulillah... Thanks to my family.. sebab bawakkan aku gi seme tempat ni.. sebab faham2 je la.. parking.. hmm... hehe..

Yang bestnya spital kerajaan ni very cheap.. kalau klinik private mahal banyak... Tapi in term of ketabahan hati.. pergi klinik private lagi tenang laaa... hahaha...

Sunday, January 17, 2016

Bake with me

Puding roti karamel with banilla ice cream
Banilla ice cream (Nichkhun Fevret) with stroberry

Coklat kek karamel

Monday, January 4, 2016

Mula dan Akhir

Hidup ini bermula
tanpa adanya apa-apa
begitulah juga panghujungnya
harus pulang cara serupa

Seketika disini 
persinggahan mencari erti
sebelum waktu ku terhenti

Setinggi mana pun mendaki
sejauh mana pun berlari dan mngejar duniawi
pasti tiba suatu hari nanti ku diuji
jatuh terpinggir sepi

Sungguh aku yang tak bisa
menghalang suratan yang sudah diarah
hanya mampu bersabar
dan sujud padaNya
sebelum dihitung sebelum dihukum
hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat
moga diputihkan segalanya

Seringkali terlupa
dan memilih jalan yang salah
leka dan hanyut dalam dosa
sehingga kabur mata jiwa
seketika disini, persinggahan mencari erti
sebelum waktu terhenti

Artis: Siti Nurhaliza

Saturday, January 2, 2016

Happy New Year 2016

2 January 2016

Hari ni hang out with my girls, muni and hasnah.. Tgh hari pi makan kenduri kawen adik kawan asnah kat Kelab golf Ampang.. Tetamu terawal yang sampai, so makan dengan suka hati... Huhu.. Azam nak kurangkan karbo dalam food intake terbatal pada hari pertama and kedua tahun ni.. Syabbas adhia!! 

Lepas kenduri, kitorang pikir2 apa nak buat.. Pergi shopping mall borringgg!! Pi zoo, panas terik... Pi makan, baru lepas makan.. Pastu aku pun dapat idea bernass!! Sebab aku sedang mengikuti crite Nail Shop Paris, tetibe rasa rindu zaman mempedi and meni dolu2.. Lantas aku pun drag diorang sama2 ke kancah pedi and meni lepas kenduri tadi.. hahaha.. kebetulan diorang mmg nak sangat buat, so ok la... new activity utk we olls wat together2.. And kire anggap reward kepada diorang berdua since diorang dah mencapai tahap kesempurnaan which is 31 y.o. this year!! Tahniah!! 


Azam tahun ni banyak sangat, and dah list kan dah pun.. Kebanyakan aku ambil dr 2015 yg mana belum  tercapai lagi.. Masa kelas Dr Azizan baru ni, aku tulis kebahagian aku pada tahun 2015 adalah 1%.. Itu pun duk pikir mcm between 0% to 1%, kira aku bundar kpd 1%.. So, tahun 2016 aku nak kebahagiaan aku meningkat kepada 100% dan berterusan sampai bila2.. Sedangkan listkan apa yang boleh membahagiakan aku.. huhu.. Anyway, satu formula yang aku selalu jumpa, bahagiakan orang lain, baru kau akan rasa bahagia.. So kena lah apply formula ni dulu nampaknya... LOVE!!





Monday, October 19, 2015

Tip penting nak buat creampuff

Creampuff antara respi yang aku cuba banyak kali tak pernah menjadi.. Dia memang berlubang tengah, tapi masalahnya kulit dia rapuh sangat2... nipis gila n senang ranap.. setahu aku creampuff die mesti ade tepung sikit bahagian dalam.. Lepas gi kelas, and percubaan sendiri hari ni, barula menjadi... Alhamdulillah... Tip yang paling penting sekali, lepas je cmpuran tepung dan air dah siap masak atas api, adunan itu hendaklah disejukkan dulu.... Baru putar dengan telur... Pastikan masa kita godak adunan tepung tu wap panas tu dah hilang, baru buh telur... Tip ni aku pernah dalam masterchef jugak... so aku rasa memang sebab ni lah creampuff aku dulu tak menjadi.. huhu.. 

Monday, October 12, 2015

Resepi Kek Coklat Senang Hati




Kelas Cream Puff 10 Oct 2015

Dah lama nak belajar teknik buat creampuff, sebab tiga kali buat tak pernah jadik2.. Thanks kak azie My Kitchen Diary.. =)



Dari 50+ biji, tinggal ni aje... 


Batch ke 4 kek coklat kukus.. Yang ni try buat kecik2.. Respi ni memang senang giler and hasil memuaskan... 


Ni bukan resepi sendiri, tapi resepi ni memang boleh dapat kat tenet, and banyak jugak orang share.. so kite tempek sini supaya senang kite nak rujuk kemudian hari.. highly recommended kalau pada yang suka makan kek coklat.. Mudah.. and Marbeles!!

Resepi:

Step 1:

Bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Apa kene buat?:

Campur semua ni dalam periuk, then masak atas api kecik sampai semua sebati, and nampak berkilat.. Kadang aku konfius jugak nak nampak berkilat macam mana, tapi agak2 dia dah sebati semua and gula pun dah cair tutup la api.. Kalau boleh kacau selalu, sebab takut hangit.. atau kalau nak selamat, boleh buat teknik double boiler, yang ni inshaAllah dia tak hangit.. Sebab dia tak direct masak atas api.. Bukan pe, sbb penah jadi aku biar atas api dia terhangit tang bawah.. Kalau jadi mcm ni, jgn kacau atau godak sebab takut yang hangit tu tercampur sekali dengan yang tak hangit, so kalau tetibe terhangit ckit tu, cepat2 transfer yang bahagian tak hangit tu dalam periuk baru.. jangan usik2 part yg hangit tu.. bahagian yang tak hangit tu boleh guna lagi and inshaAllah rasa masih ok, cuma quantity dia sikit dr sukatan asal.. Tapi kalau dah hangit sangat tu, tak dapek den nak nolong laei.. huhu..

Dah tutup api, biar die sejuk atau suam2.. Masa nak sejukkan, boleh terus transfer dalam bekas yang nak adun kek, bukan nak bakar ye, yang nak adun..


Step 2:

Bahan-bahan:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Apa kene buat?:

Ayak semua bahan2 ni.. Letak tepi..

Step 3:

Bahan-bahan:

4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla 

Apa kene buat?:

Letak dalam blender semuanya, then blend.. agak nampak kaler die kuning pucat tu stop..
 kira dah ok la tu..

Step 4:

Masukkan telur dan tepung selang seli kedalam adunan koko tadi.. then gaul2 je dengan senduk atau spatula.. aku buat teknik kaup2 tu.. tapi kene evenly la.. masuk cikit, kaup2, nampk mcam dah bercampur tu masuk lagi.. selang2 antara telur dan tepung sampai siap.. Dah siap tu boleh kukus.. Kalau buat bekas kecik2 tu dalam 15 minit je.. kalau dalam loyang kek seketul besar tu agak2 dalam 45 minit agaknya.. macam hari tu aku try sejam.. sampai kering air.. mujur tak meletup.. huhu!!  Kalau nak bakar kek atau kukus, jangan lupa lengser minyak atau butter and letak tepung gandung sikit.. tapi kalau memang nak makan terus ceduk2 dari bekas tu tak yah pun tak pe.. =)