Ke mana kita kali ini??
Masih di Kota Kinabalu!!!! Jom minum Kopi
Tenom!
Semasa menginap di Hotel Puri36 tempoh hari, aku telah dihidangkan dengan kopi tenom ketika sarapan pagi dan makan malam. Kopi tenom merupakan kopi keluaran
tempatan dari Daerah Tenom di Sabah. Baunya wangi dan agak pekat. Senang cakap macam kopi kampung. Sedap dan kaw!
Minum kopi tenom dengan sedikit gula tanpa susu memang sesuai untuk memulakan hari yang bakal sibuk. Bagi tenaga gituuuu....!
![]() |
Kopi Tenom |
Kopi Tenom ini boleh dinikmati dikebanyakan kedai makan/ restauran di Sabah. Produk kopi ini juga boleh dibeli kedai-kedai dan juga di lapangan terbang Kota Kinabalu.
Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang kopi tenom, boleh lah melawat kilang kopi Fatt Choi atau kilang kopi Yit Foh di Daerah Tenom.
So, macam mana nak order kopi macam Sabahan?? Check it out!!!
Kopi O = Kopi + gula (panas)
Kopi O peng = Kopi + gula (sejuk)
Kopi O kosong = Kopi tanpa gula (panas)
Kopi O kosong peng = Kopi tanpa gula (sejuk)
Kopi = Kopi + susu pekat (panas)
Kopi peng – Kopi + susu pekat (sejuk)
Kopi ‘c’ = Kopi + susu cair + gula (panas)
Kopi ‘c’ kosong = Kopi + susu cair (panas)
Kopi ‘c’ peng = Kopi + susucair + gula (sejuk)
sumber: http://www.sabaheats.com
#coffee_connoisseur
#coffee_lover
#kopitenom
with love from Kota Kinabalu,
aurikel xoxo