Monday, 5 September 2016

Setahun 8 bulan yang dah berlalu...

14 dan 15hb Ogos 2016 lepas tarikh aku Final Exam dan Final semester di OUM. 
abis dah study MBA aku kat OUM.
amik sebab memang nak ambik dan rasa tercabar dengan keupayaan diri membuatkan aku sambung MBA.
start kelas dulu Jan 2015.. abis Ogos 2016.. not bad.. kira mencabar jugak MBA nih..
syukur alhamdulillah walaupun banyak cabaran dan dugaan terutama pada SEM 3 dan SEM4 yg lalu.
SEM 3 aku kena Chicken Pox.. lebih kurang 3 minggu sebelum final..
lucky sempat gak chicken pox tu kering dan aku amik peksa kat dewan OUM bangi.
SEM4 pulak aku kena Lung Infection jugak 2 minggu sebelum final..
1st paper aku tu aku belum discharge dari Az Zahrah.. 
nasib doktor sporting dan memahami.. dia release aku pagi tu amik exam..
aku juga bernasib baik kerana berjumpa dengan member satu kepala masa studi MBA ni..
Ahmad Fardeela, Shahril dgn Bro Amir.. dengan depa ni la kami kerap berdiskusi, studi, merapu, melepak kat McD sambil studi dan discuss dan lain2..
depa ni jugak datang wad aku studi masa aku kena Lung Infection SEM 4 dulu..
(nnt aku up gamba masa studi dalam wad eh..)

Syukur.. aku sebenarnya nak buktikan yang semua org mampu belajar dan boleh belajar..
Alhamdulillah dah habis pun study aku.. 


ni dengan Ahmad.. future Dr. ni..



as promise.. ni gamba masa study kat AzZahrah..

Sunday, 20 December 2015

Tayar baru..

FALKEN Sincera 165/55/14 
Harga RM140
SATO Tyre
17 Dis 2015

Tayar lama MAXXIS ditukar sebab dah lama sangat..
dan hampir haus..
Alhamdulillah dapat lak FALKEN Sincera ni model baru FALKEN
Made in Indonesia..
Lembut boleh tahan jugak..

Allah sentiasa menguji

sekali lagi aku diuji..

30 Nov dgn 01 Disember aku demam.. 
demam malam siang temperature aku normal..
doktor check temperature aku nak bagi mc pun dia rasa serba salah..

02 dan 03 Disember aku kerja.. tapi 02 Disember tu aku lebih banyak tidur dpd kerja..
04 disember dengan separuh mati aku gi AzZahrah.. 
abis check darah dan masuk air 2 botol.. dekat tengahari solat jumaat aku direlease..
malam tu aku sekali lagi tak boleh tidur.. 
05 Disember sekali lagi chech darah dan x ray..
X Ray result aku kena tahan wad sebab Lung Infection..
Kandungan oksigen aku dalam 80%..

masa aku nak kena tahan wad tu nurse cakap tiada wad kosong..
aku cakap biar aku fikir kejap dan sambil check kat mana aku nak masuk wad..
alhamdulillah dalam stengah jam fikir tu nurse cakap ada org dah discharge.. 
ada wad kosong..
so memang aku kena tahan wad kali ini.. Wad Jebat.
dalam pada tu aku risau jugak pasal 12 hb aku ada paper kat OUM.
treatment di AzZahrah alhamdulillah aku semakin pulih..
tarikh 12 Disember tu aku ada paper Strategik Management pagi..
Shahril pick up aku then pi peksa..

Lepas abis paper masuk balik kat wad.. Doktor check dan aku leh discharge..
kandungan oksigen dah naik more 93%..
alhamdulillah aku discharge sabtu tu jugak..
sedikit mengah bila buat aktiviti..

kandungan oksigen yg aku produce still belum kembali ke paras normal..
namun sedikit demi sedikit semakin pulih..
sepanjang aku kat wad tu ramai juga yg ziarah..
mak abah, lani kak zura abg zaher dan anak2..
RS Sofia, husband dan anak dan Hj.Fauzi
Adikku Cumel dan Erma
Adiku Nurul dar rakannya..
Abg Mie, Dee, Zam, Nuar, Kamal dan Siti
rakan lama razi, pyan dan anak2, zamri sttj
tak dilupa andy sbb siap tolong reformat lap top aku..
Dan beberapa orang lagi..
Pengorbanan isteriku tidak terbalas..
Dia meneman aku waktu malam, awal pagi balik ke rumah..
hanya dengan berjalan kaki yang hampir 1 KM sehala..
Allah kurniakan ku kembali kesihatan dan kekuatan... Syukur..



Sunday, 6 September 2015

rezeki Allah itu ada bermacam jenis..

last entri aku kat blog ni  30 may 2015,
nampak sangat aku semakin sibuk..
dan mungkin ditambah dengan faktor usia..
balik kerja dah kepenatan dan biasanya bila sampai rumah aku dah flat abis..
boleh la buat benda lain tapi bila mim aliff lam sim dah datang..
no komen la kan..
aku dan nak masuk sem ke 3 untuk MBA study aku tu..
subjek kali ni accounting, finance dan marketing..
accounting dan finance dua-dua killer subjek..
marketing kena rajin2 bukak buku..
satu perkara yang mengejutkan berlaku kepada aku..
pada 31 julai aku demam..
rasa macam demam denggi sebab sejuk dan panas badan serentak..
aku yang rasa tak sedap hati pergi la ke Az-Zahrah utk ambik darah..
settle ambik dan tunggu result jumpalah dengan doktor..
doktor cakap macam denggi tapi bukan..
so x de lah aku risau sangat..
masuk hari esoknya aku still demam dan baik dan kembali demam..
masuk hari ahad 2 ogos pagi-pagi tu aku mandi..
hambik kau, semua keluar.. aku demam campak aka chickenpox rupanya..
kebetulan aku ada kelas pagi tu..
lepas siap2 aku ke kelas.
ke kelas dengan separuh hati sebab memikirkan nak periksa tak laa lagi.. lebih kurang 2 minggu..
masuk kelas ke 3 petang tu dalam pukul 4 aku dah tak larat sangat..
terus pegi rumah rakan aku untuk ambil daun semambu..
3 hari pertama chickenpox aku x makan apa-apa..
minum air dan terbaring..
lepas tu demam aku pun dah kurang sikit, cuma bijik-bijik air semakin galak keluar..
sakitnya Allah sahaja yang tahu..


masuk minggu kedua cabarannya ialah luka-luka tu nak kering.. gatalnya Ya Allah..
masuk minggu ketiga alhamdulillah semakin baik..
pastu aku pun periksa 3 subjek iaitu accounting, finance dan marketing..
settle 3 paper tu aku kembali kerja..
diaorg duk cakap aku makin kurus..
mayb sebab tak makan dan demam tu agaknya..
jumaat lepas ada dinner bahagian penjanaan..
masa dinner aku tak suspek apa2 lagi..
sekali masa penyampaian anugerah Big Looser nama aku naik..
adoiii.. 8 kilogram hilang rupanya..
entahla aku ingatkan orang lain dapat.. dan aku tak heran pun kalau aku tak dapat anugerah tu..
last hari rabu aku timbang berat aku dah kurang 2 kilo sebelum aku kena chickenpox tu..
itulah.. kalau Allah nak bagi kan.. aku apapun bersyukur.. bukan senang aku nak turun berat..
nak naik cukup senang..
pemakanan kena jaga betul-betul sebab aku bukan jenis bersukan..
banyakan minum air kosong atau mineral.... itu je petua aku..
apa-apa pun syukur alhamdulillah..

Saturday, 30 May 2015

Assalamualaikum dan Salam Kembali..

diam x diam dah 3 bulan jugak aku x masuk dunia blog ni..

seperti diketahui, aku sambung belajar amik master business administration..

so nak dapatkan rentak sambung belajar sambil bekerja ni amik masa jugak

sedikit tak teratur hidup aku sebab bila balik kerja aku dah kepenatan..

so masa bilanya aku nak paksa diri aku utk belajar?

kadang-kadang terlintas.. mengapa sekarang..

aku bidas balik mengapa tidak?

aku bersyukur ditemukan dengan rakan-rakan yg terbaik..

Shahril, Ahmad, Bro Amir dan Aku..

selalunya duk lepak kat library OUM Bangi tu kami la..

masa berlalu pantas.. setelah belajar kami pun peksa..

peksa merupakan satu perkara yang aku paling tak minat..

namun terpaksa jugak menempuhnya kerana itu sahaja satu-satu cara untuk mengukur kefahaman

habis peksa start dah kelas baru namun result yang keluar baru 2 paper je..

IT dan Economic aku score B dua-dua..

BMOM punya result tak keluar..

kelas semester 2 pun bermula..

dan tiba-tiba result BMOM keluar dan aku score A-...

cukup dah bagi aku kerana pengorbanan aku berbalas..

syukur padamu Ya Allah..







Sunday, 22 February 2015

tindakan yang perlu perhatian segera..

sabtu lepas ketika bawak kereta aku dengar bunyi yang agak pelik terutama bila lalu kat jalan yang tak rata..

ahad pun sama lepas kelas dah makin tak sedap hati..

last2 hari isninnya aku EL..

EL sebab nak turun bengkel..

nowdays nak ke bengkel tak boleh dah mcm dulu..

bila opis makin jauh kena la korban sikit cuti untuk kereta kesayangan..

sampai di bengkel jek tayar depan..

ambik besi panjang utk goyang suspension depan belah penumpang..

zasss....


patut la dah dengar besi berlaga je.. 

top mounting absorber dah putus dah..

nak tukar sebenarnya dah lama cuma bila dah start keluar bunyi pelik keperluannya jadi semakin mendesak...

barang dicari akhirnya diketemui..

di kedai sparepart gemuk sg chua

sebijik rupanya top mounting daihatsu max ni dgn perodua alza punya top mounting..

siap pasang terus ke kedai alignment..

done..

kos x de la mahal sgt..

barang RM110, upah RM60, alignment dan camber RM60..

kereta kembali bergerak lancar dan aman...



Monday, 2 February 2015

Cabaran Bermula...



sabtu dan ahad kebiasaannya selepas solat subuh aku akan kembali hibernate

namun sabtu lalu taklimat penting akan berlangsung pada hari tersebut

makanya selepas solat subuh terus siap2 dan cari apa barang keperluan yang patut..

pencil case aku yang lama, note pad atau kertas A4 dan lain2 barang

kul 8 dah sampai kat OUM dan terus masuk ke dewan taklimat

taklimat berlangsung dgn lancar sehinggalah kul 4 petang

then semalam kelas MBA aku dah bermula..

sampai lebih awal dalam 7:45 gi cari roti utk sarapan dan  air minuman..

kul 8 sampai kul 11 kelas pertama, rehat 30 minit.. Org & Business Mgmt

11:30 sampai 2:30 kelas kedua, rehat 30 minit.. IT for Mgr

kul 3 sampai kul 6 kelas ke tiga.. Manegerial Economics

fuuuhhhhh... back to back..

dah lama tak de perasaan macam ni..

tapi feeling dia lain sekarang..

masa undergraduate aku antara student tua.. kikiki..

masa postgraduate ni hampir semua rakan sekelas sebaya..

discussion become a lot easier and fun..

macam2 cerita dan pengalaman diaorang yang aku dengar..

ada yang bernasib baik dan ada juga yang kurang..


anyway semua tu merupakan pembakar semangat aku untuk perjuangan kali ini..

lagi pun bukannya lama...

habis lama pun 2 tahun...

dan lagi satu yang membuat aku untuk belajar ialah..

ni kat bawah ni..


aku dah berjanji dengan diri sendiri iaitu bila abis sahaja belajar ni aku akan sambar sebijik..

dah lama pun aku tak beli something yang besar untuk diri aku sendiri..

nak kata minat dah lama sangat aku gilakan motor ni..

tu pun nyaris je dah tersambar aritu..

tapi bila fikirkan aku kena capai sesuatu dalam hidup ni maka aku lupakan sementara niat tu..

anyway...

insyaAllah.. tak lama dah pun...

sabarlah wahai hati...


Sunday, 18 January 2015

persekolahan bermula sekali lagi..

sejak abis studi part time 2010 yang lalu aku plan nak sambung belajar lagi...

at least sebagai self satisfaction dan juga boleh digunakan untuk masa depan..

new aim sekarang ialah MBA..

maka pencarian tempat bermula kira-kira 3 tahun yang lalu..

cuma nak startnya bila aku masih tercari-cari rentak..

ada beberapa tempat yang aku dah finalised antaranya ialah MMU,OUM dan UPM..

dalam banyak-banyak tempat, OUM ni agak menarik perhatian aku kerana lokasinya yang hampir dengan rumahku sekarang..

maka 2 minggu yang lepas aku mengerakkan diri untuk terjah ke OUM..

sampai sahaja disana aku disambut oleh Timbalan Dekan OUM Bangi..

beliau memberi serba sedikit overview OUM serta program yang ditawarkan..

setelah berpuashati dengan penerangan beliau aku pun terus pulang dengan tersenyum lebar..

semalam aku hadir lagi ke OUM untuk membayar wang pendahuluan untuk sambung belajar..

sekali lagi aku diberi penerangan ringkas berkenaan program yang aku pilih iaitu MBA..

apa yang menariknya.. program MBA tersebut ada Majoring yang aku boleh pilih...

dan besar kemungkinan majoring yang akan aku pilih ialah HRM..

setelah selesai buat pembayaran online mayban2u..

aku pun beredar dari kampus OUM tersebut..

insyaAllah taklimat ialah pada 31 Januari dan kelas bermula 1 Februari 2015..

doakan aku ya... Amin2...







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin