![]() |
Gambar Hiasan (sumber Google) |
Dah masuk musim member kawin. Satu-satu berubah status. Alhamdulillah! Memang dah sampai masa. Mungkin ada yang tak sedap hati, umur dah makin naik, tapi tak jodoh tak sampai. Haaa..ade la tu. Jangan risau.hehe. Sedang-sedang ramai nak berkahwin, terlintas dalam pemikiran aku bila berborak dengan member opis tentang kahwin. Bila duk discuss, macam logik. So aku cetuskan teori kahwin ni. (mungkin nampak xbalance teori ni, prejudice sikit-sikit, tapi layan jela)
- Dikatakan lelaki ada 9 bahagian akal yang mana menjadikan lelaki itu sesuai sebagai pemimpin. Walau bagaimana pon, 9 bahagian akal itu tidak mampu mengawal 1 bahagian nafsu, yang mana apabila nafsu ini tidak dapat dikawal, hancur binasa 9 akal itu. 1 nafsu ini lebih cenderung kepada perempuan, lebih-lebih lagi pada yang cantik comel molek. Memiliki seorang perempuan adalah satu keutamaan bagi lelaki.
- Perempuan pula dikatakan mempunyai 9 bahagian nafsu dan 1 bahagian akal. Walau bagaimana pon, 9 nafsu ini bukan lah cenderung kepada lelaki (yeke?). Boleh jadi nafsu kepada benda lain, sebagai contoh, nafsu untuk shopping. Boleh dikatakan nafsu untuk kesenangan, ketenangan dan kemewahan hidup. Senang kata perempuan lebih untuk memiliki kesenangan hidup.
- Dua kaum ini saling melengkapi. Nampak tak perhubungan di situ? hehe. Lelaki memerlukan perempuan (pelengkap) manakala perempuan memerlukan lelaki (kesenangan hidup).
- Berbalik kepada tajuk. Teori satu perkahwinan?Apabila lelaki mencapai satu tahap yang mana *kemahuan melebihi keperluan*, lelaki mula mencari perempuan. Perempuan pula macam mana? Hanya perlu mencari lelaki yang menepati ciri-ciri yang nafsu mahukan.
- Bagaimana perkahwinan terjadi? Ianya HANYA akan terjadi apabila kedua-dua kaum ini saling melengkapi. Lelaki mahukan perempuan (1 nafsu), manakala perempuan mahukan kesenangan hidup (9 nafsu).
- Kalau tidak melengkapi? Macam mana? Senang cita, bila kemahuan tidak dapat dipenuhi, mungkin jalan berpisah lebih baik.
APA YANG AKU CUBA SAMPAIKAN?
Perkahwinan terjadi apabila lelaki ade kemewahan (senang cite, ade duit). Bila ada duit, datang la perempuan. Kalau tiada duit, macam mana mahu perempuan mahu datang. Dari sudut pemikiran perempuan semasa pemilihan calon, mungkin ada persoalan yang muncul seperti, mampukah dia nak tangung aku? macam mana hala tuju masa depan die? rumah xde lg, kete pon xde, nk hidup macam mana? Memang akan ada persoalan macam ni muncul.
TETAPI!
Perkahwinan juga terjadi apabila lelaki itu tiada apa-apa (kemewahan) dan perempuan yang tidak mahukan kesenangan, kemahuan, dan kemewahan. Macam mana ia berlaku? Perkahwinan yang mana hati kedua kaum ini ada Allah. Hati yang mahukan keredhaan Allah atas mengikuti sunnah Rasullulah s.a.w. Kalau takde kemewahan, kemahuan, kesenangan, macam mana nak survive hidup? Allah kan ada. Allah yang menentukan rezeki orang-orang yang berkahwin. Takkan putus rezeki, orang berkahwin malah bertambah lagi.
CUMA
Bersabarlah. Setiap hati itu akan diuji oleh Allah. Mana sanggup bila tgk hidup orang lain sentiasa berubah kepada lebih baik. Kereta sedap, rumah besar, pangkat ada. Bila hati diuji, baliklah kepada niat asal perkahwinan...