Lamanya rasa tak mencoret sepatah dua kata kat blog aku ni. Hampir terlupa yang aku ni ada blog ghupanya.
Hmmm pernah tak rasa marah, geram, sakit hati, kecewa, dengki dan sebagainyalah. Tipulah tak pernah kan. Nama pun manusia, lainlah awak tu kucing. Ehh
Manusia tak boleh lari daripada berdepan dengan situasi2 atau perasaan 2 kat atas ni. Tapi sedar tak korang sebenarnya perasaan yang tak best macam tu selalunya syaitan yang cetuskan.
Bersukarialah syaitan bila manusia ni ada perasaan tak best macam tu. Lagi senang la depa nak cucuk jarum. Haih.
Haih. Aku pun pernah sakit hati marah tapi aku ni jenis marah kejap je sebab aku jenis cepat cool. Harini bengang esok dah lupa dah. Takde maknanya nak dendam kesumat 7 keturunan sumpah itu ini. Huhu
Entahlah ek. Manusia ni kita tak boleh nak jangka sebab yela kita selalu husnozon (berbaik sangka) tapi kadang2 kita tersedar rupanya orang baik2 dengan kita rupanya ada makna (dialog cerita P Ramlee) Ada motif.
Dalam hidup ni kalau kita rasa dipergunakan rasanya boleh kot buat karangan biografi macam masa sekolah dulu bertajuk "aku seorang manusia yang loser".
Huhu sebenarnya aku tengah sedih pasal sesuatu. Tapi takpela Insyallah ada hikmah semua ni. Mungkin Allah nak gantikan pelangi indah selepas Allah turunkan hujan.
Semoga Allah merahmati kita semua. Jangan lupa titipkan doa kepada saudara2 kita di Kemaman dan Kuantan. Moga bah cepat surut dan semuanya baik seperti biasa.
Sampai bertemu lagi. :)