VVIP

Sunday, 6 May 2012

Kerana Sukar Mendapatkannya, Membuatkan Aku Lebih Menghargai

Lama sudah tidak menjengah blog ni, bersawang sudah. Entah kenapa hati ini makin berkurang perasaan mengetuk papan kekunci di blog. nak kata terlalu sibuk pun tidak juga. Hampir setengah tahun juga saya tidak berblogging. Kadang- kadang saya buka blog ini, namun pandangan saya sepi. Sekarang saya berada di penghujung semester 4. Seriously, i miss my family. Pak sedara kahwin pun tak dapat balik. Kadang- kadang terfikir lamanya nak tunggu habis belajar ini. 2 years more to go.Baiklah, lupakan luahan hati yang langsung tak diminta tu..kita berbalik kepada tajuk besar di atas.

kita mempunyai nasib yang berbeza. Aku begini dan kau pula begitu. Namun, kita perlu percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada orang begitu senang mendapatkan apa yang diinginya. Ada sesetengah orang pula sangat sukar mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Nasib kita berbeza. Dulu di zaman persekolahan, ada yang pergi sekolah dengan basikal, ada juga yang pergi dengan motor. Kalau yang kaya- kaya sedikit pergi dengan kereta lepas tu parking sekali dengan kereta- kereta cikgu. Si pengayuh basikal ni hanya memandang je, berangan- angan alangkah bahagianya kalau aku ada kereta, ada motor macam mereka. Tak perlu sampai berpeluh ketiak nak sampai ke sekolah.


Namun, setiap kesusahan itu ada balasannya. Allah permudahkan ilmunya. Setiap yang dipelajari mudah sahaja melekat di minda. Allah permudahkan lagi ketika menjawab peperiksaan. Walau tercungap- cungap masuk ke dewan peperiksaan kerana terlalu penat mengayuh basikal, Allah permudahkan kita menjawab soalan peperiksaan. Kesusahan yang dihadapi membuatkan kita lebih menghargai ilmunya. Percayalah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. mungkin kita tak sesenang mereka, tak semudah mereka mendapatkan apa yang diinginkan namun sebenarnya di situ banyak mengajar kita erti bersyukur dan bersabar dengan ketetapan- Nya.