Tuesday, January 14, 2014

So lets call it a semester.

Assalamualaikum.

:)

Carefree gila. Aaaaaaa. HAHAHA. 

The semester has ended. So I am now officially done with the fifth semester. It's been a very loooonggggggg way. How I used to think about quitting dulu. How awful my first semester was and how sucks my CGPA is. The CGPA is still that bad. Let's see what this sem's results will be. Hopefully things will get better lah coz I've been trying so hard for the finals. For the whole semester, as long as that thing will contribute to the carry marks percentage I gave it my best. As my form six chemistry teacher used to say "Put some effort and it will be different, work hard, you may pass, work harder, you may get B and put more effort , you may get an A also". Her name was Madam Chan. She is a veryyyyyyyyy good Chinese teacher that u know is trying really hard to help students with no regards of what races they are from. 

Takda byk benda nak cakap. Just. Tak sabar nk tgk result. Misi nak improvekan CGPA will be continued for the coming semesters. Dua sem je lagi yg tinggal sebenarrnya. urm urm. This coming February, will be the sixth semester, then cuti lama gila from june sampai september. Pastu sem 7, sem final. January 2015 nanti intern 4 bulan, Pastu yeahhhh! Done! 

Segulung Ijazah. huahuahua. \

Insya Allah. Insya Allah. Amin. 

Saturday, November 16, 2013

It's been a while.

I used to be a different person back then. I dont know what changed me, but for sure it's not maturity, no, not that. I miss the old ambitious me, seriously. Now, I dont even know what I'm doing. What my life will be in 5 years time? Maybe I'll be working in some production plants. Err. Kinda yuksss! haha. I hate my degree. The course that I'm doing now. Dgn setulus jiwanya I now admit that I made a big mistake back then. Yeah.

But not that! Not that ehem ehem thing in 2009. nooo. Its something else. I made a mistake masa isik borg PILN dulu. Patutnye I choose a different course, and now , supposedly I am studying abroad. I shouldn't choose medicine. NO! I should apply for somethin lower than that. And for sure dapat. I knew somebody who's A's were fewer that mine that are now in Ireland coz she chose a lower course. Not that berat. Something yg lighter but still in demand in the work market. So, I am writing this for any adik-adik or anybody yg ade adik-adik or anak-anak or saudara mara yg is now sitting for SPM and planning to study abroad no matter under JPA or MARA. Bila nk pilih courses nanti, the way they choose you, bukan mcm UPU untuk masuk IPTA tu, Kalau UPU, kaw tak dapat pilihan first, diorg akn bagi pilihan kedua kaw, kalau tak dpt gak, pilihan ketiga pulak and it goes on until your last choice dan kalau tak dapat lagi kaw kene lelong. Still ade chance even course lelong. still ade jalan untuk masuk IPTA. tapi, untuk study abroad pakai SPM ni. kalau kaw tak dapat pilihan kaw, diorg takkan offer course lain, KAW AKAN TERUS TAK DAPAT. ada kes yg diorg ganti dengan sponsor untuk apa-apa course yg kaw dapat under UPU nanti. so masa nak buat pilihan, bukan saja kena tengok kelayakan sebab walaupun layak, kena alert jugak dgn betapa ramainya org yg nak course tu jugak, hot courses biasanya walaupun dah qualified tapi kaw akan kalah jugak dengan org2 lain yg juga qualified malah result SPM diorg better dari kaw. KALAH mati. haha.

So, dalam context budak yg pegi Ireland tu, apa yg buat aku meroyan ialah, betapa aku rasa loser sebab I'm now doing my degree in the same state where I was born, haha No! I'm not that patriotic.

She got fewer A's and now studying here : 



I got better results but I'm studying here :



Okay. As masyarakat says belajar mana-mana sama je, woi, TAK SAMA OKAY! hahaha, they are just being nice. same goes to the situation where you won a game they will say "Congrats! U're the winner" but when you lose they will say "It's okay, everybody is a winner". HAHA! again, how nice people are!. They are just being nice. Dont believe in them because facts are facts. You ought to accept even the ugliest truth pun. It all goes back to what we call REZEKI. takdir. kerja Tuhan. Qada' dan Qadar. Jodoh dan seumpama dengannya. He has better plans for you. Better dalam konteks apa. Itu tak pasti. Maybe dalam konteks rumah dekat. Urm. Urm.

sebodoh-bodoh yg aku dah jadik skrg pun, masih belum kene tendang Universiti lagi. walaupun menyampah belajar entah apa-apa tapi masih boleh procede semester demi semester. walaupun TAK BAHAGIA. hahaha. still standing.

tak apelah, rumah dekat, boleh balik dalam sekelip mata,
( menyedapkan hati )

The past will remain like that, nothing can be done, it's the future that matters now, It's been a bad four semesters, langsung takkkkkkk perform. this is actually my third year and for the fifth semester I planned to berubah dan belajar bersungguh-sungguh but it's week 10 already, still, tak berubah ape pun. fuhhh. Change is hard. dan yg ini betul, memang belajar kat mana-mana pun kalau dah malas tu, malas jugak. when it's in your blood, then, you became it. Hoho.

Still belum final, Still boleh try  harder. InshaAllah. Semoga minggu-minggu yg akan datang menjanjikan perubahan yg positif, academically. InshaAllah, InshaAllah. Amin.







Monday, October 21, 2013

Yes. Life is that funny.

Assalamualaikum.

Mcm nak gila buat lab report. Banyak tu satu hal. Susah ialah hal lain. Dannnnn malas pulak ialah thesis statement nya di sini. Aku masih budak tu. Yang kerjanya bertangguh-tangguh selama mana yg boleh. Esok. Esok lagi. sampailah esok haritu yg dah jadik tahun lepas. Gila.

Tangguh tangguh ni, Haihhhh. Hobi den.

Hujung tahun lepas ade satu cerita, cerita nak kurus. Haha. Oke menarik, kan, then, ade dah effort-effort yg dicuba-cubakan. Bende yg tgh trending skrg which is kira calorie consumption, so ak sepatutnye consume below 1500kcal daily, nnt in four months from hujung tahun lepas tu which was January 2013 ak akn BERJAYA capai weight goal ak tu lah. Akan tetapi, dukacita dimaklumkan bahawa cerita nak consume less than 1500kcal daily tu bertangguh-tangguh sampailah ke Oktober 2013, malah some cute weight had been gained pulak tu. Nice ! haha

Keadaan laptop ni yg cacat tambah memalaskan ak utk buat keje. Yes. CACAT. Skrin dan rosak separuh so every tab ke windows ke semua kene minimizekan jadik half je dari skrin. Ye. memang annoying nak mampos.

Okay. So this is just a random blogpost about things that is now happening. Sebab otak dah penat dr pagi memerah jiwa nak keluarkan idea-idea yg tak berapa nak ada pun sebenanrnya.

Penat.

Oh. Esok ade test. Memang TAK sempat lah nak study nampaknya.
Yeay! Ade alasan knp x score. HAHAHA.

Okelah okelah. Nak beransur dulu. Bye. 


Friday, July 5, 2013

Makan!

Assalamualaikum.

Look at all the food I can't eat. 

This is pathetic.

Suatu ketika dahulu ( dari kecil hingga berusia 20 tahun ) aku ialah orang yang suka makan. 

"pemakan"

Apa saja yang edible, aku akan telan. Macam mesin. Macam orang gila. Makan apa saja. 

OmNomNom. ehh. tak. Aku tak makan daging. Beef. Mutton. Lamb. tak makan. why? sebab tak suka. 

bukan tak suka yg "kalau dah xde bnde lain telan lah jugak" BUKAN. mmg TAKKAN MAKAN.

Lembu. Kambing. Kambing biri2. Semuanya akan hidup bahagia kalau semua org dalam dunia ni ada mentaliti mcm ni, Mentaliti sesat sebenarnya. Gila. Nabi pun makan tu semua, Entah apa yang peliknya dengan selera aku ni, Aku tak tahu. Aku memang agak pelik ( sgt sebenarnya ) sedikit. Haha. 

Oke. Berbalik pada intention awal aku buat post ni . Saja. Nak bercerita pasal benda-benda yang aku tak boleh makan. TAK BOLEH. tapi, ada masa-masa yang aku tak teringat pasal mati. aku makan jugak. lepastu. pangggg! terseksa sendirian berhad. Alhamdulillah. Masih diberikan Tuhan kesempatan untuk bernafas sesenang-senangnya. Masih boleh makan . Masih hidup. Cukup. tapi aku manusia. yang dari kecilnya "pemakan". So bila kena berpantang bagai macam ni, tak bahagia, Sungguh. 

Bapak segala penyakit yg ada dalam badan flabby puluhan kilo aku ni ialah Gastro Esophageal Reflux Disease atau nama manjanya GERD. Ini memang teruk. Kalau silap makan, boleh dapat palpitation, breathing problems, sakit dada, sakit perut, angin satu badan (bkn mengamuk), pening, sakit kepala, loya. Seksa. 

Oke untuk GERD ni makanan2 yg tak boleh consume :
  • Makanan pedas
  • Makanan oily ( deep fried )
  • Makanan spicy ( berempah )
  • Makanan fatty ( bersantan , berlemak )
  • Makanan masam
  • Makanan bergas ( air gas of coz, and tapai ke , cmtu2 la )
Jadi ape je yg boleh dimakan? Pandai-pandailah tapis. Selain ini semua. Memang sedih.

Ada sekali tu, waktu tu memang penyakit ni tengah star sgt dalam badan, mak aku park kereta tepi kedai makan sbb nak tapau makanan. Aku duk dalam kereta. Tenung je org bakar sate, bau memang dah bau lah. Menggugat kegagahan jiwa betul, mmg feveret aku tuu, Sate ayam. akhirnya. Kalah jugak, Bukan kalah pegi beli sate tu, tapi kalah jiwa, patah hati, menangis. Sedih gila nak mampos. Yelah, Sate dahla berempah, oily pulak tu, Memang makan asap ajelah, Serius, Sedih. 

Penyakit tambahan pun ada. Tapi sebenarnya boleh dikatakan jugak benda ni ialah kecacatan. CACAT. tak cukup enzyme. Badan aku entah sejak umur berapa takdapat dipastikan tapi bila umur  aku 20 tahun je memang dah tak produce enzyme Lactase. Doctor pakar Gastro kata, mamang Tuhan dah tentukan setiap orang umur sekian-sekian badan dia akan behenti untuk produce enzyme ni. Benda alah apa Lactase ni? Beliau ialah pihak yang bertanggungjawab untuk digest Lactose , sejenis gula yang terdapat dalam susu dan apa-apa saja dairy products. Jadi. Aku tak boleh consume susu, cheese, dan apa-apa jelah dairy products yg lain, Kalau consume jugak, nanti datanglah pulak Irritable Bowel Syndrom , sakit perut, angin, sakit kepala, cirit-birit. Seksa jugak. Seksa lagi. dan kecacatan yang satu ini. adalah FOREVER. and EVER. 

Okayyyy. Bosan dah. Lek luu, ade lagi, HAHAHA! 

Seafood. Tak boleh makan jugak. kecuali ikan, eh tapi ikan org tak panggil seafood pun kan. kenapa eh, ah lantak, so dalam konteks ni seafood yg dimaksudkan ialah udang, ketam, sotong, kerang, siput, lala, lili, lulu dan sahabat handai kaum keluarga mereka yg lain. Sebab elergik, nanti selsema bagai nak tercabut hidung dan demam. Serius. Tak sungguh tak kata. Tapi , selalu je langgar pantang yang satu ini. dan, demam sendiri. Haha.

Panjang lebar bercerita pasal makanan ni, Bukan apa, biar org tau, dan takkan tanya-tanya lagi kenapa aku dah agak kurus berbanding zaman-zaman sekolah dulu. Malas dah nak jawab. 

Orang yg dah kenal lama tu semua aku rasa diorg tau je yg aku penah sakit teruk dulu, 

Yang tak tahu dan sekarang baru tahu tuuu, Haa, Lepas ni tak payah tanya lagi, kayyyy.

Aku penah sakit teruk, Banyak kali pegi bahagian Emergency kat hospital. Masuk ward pun beberapa kali jugak. Jadi, Masa awal-awal dulu memang aku pantang gila-gila sebab frankly speaking aku takut mati. Ada sekali aku tercungap-cungap out of breath dekat kecemasan tapi org yg bertugas kat situ suruh aku bernafas slow-slow. Tak tolong apa pun. Lepastu dia biarkan aku tercungap2 sendiri, Dia pegi keluar cakap dengan mak aku yang aku dah teruk dah ni. Mak aku dekat luar tu punyalah risau, dahla dia tak bagi masuk. Tapi dia biar je aku, memang aku rasa mcm nak mati. Alhamdulillah. Masih lagi hidup sekarang. Masa tu bila aku dah boleh bernafas macam biasa baru dia bagi bantuan oxygen tu, Bangang jugaklah dia tu. Memang hampeh, 

Masa sakit-sakit tu ada jugaklah berubat kampung, Pegi darul-Syifa', pegi jumpa ustaz2 sana sini, pegi jumpa Pak Engku Yashfien Herbs tu, jumpa bomoh pun ada. Orang sakit ni, kaw sebutlah tempat berubat kat mana pun, dia akan cuba pergi. Siapa yang tak nak sihat. Kan. Mak bapak mana yang nak tengok anak sakit. Kan. Anak dahla sorang. Precious kot. 

Kawan-kawan pun suggests sana-sini. Sedara-mara. semua orang kesian tengok aku. 

dan Allah tak biarkan lama, lepas thorough check up n dah tau penyakit, Aku pantang makan dgn bersungguh-sungguh. dan dari segi Islamnya, aku baca Manzil Munjiyat Syifa' tu selalu-selalu.

Alhamdulillah. Sihat kembali. 

Tapi. Kene pantanglah. tapi ni pun cuma sedikit ujian Tuhan je, org lain lagi banyak cerita2 sedih yg lain. kan. 

Sekian Terima Kasih. 

Wednesday, July 3, 2013

Urm. Hye.

Assalamualaikum.

Its been a while since my last post and I found that all my old posts are soooo kelakar gila. Well. seriously! haha. They does not define me any more. So bila baca2 balik duk tergelak kat diri sendiri je.  

Yes. My name is Tiara. 
NO. I'm not that homesick any more.
NO. I dont have conflicts with my mum any more.
Yes. I'm still struggling for a degree in UniKL MICET.
Yes. I still love cats.
NO. I dah tak menyesal dgn all my lame life choices coz sebelum ni they were all what I wanted. kan.

So. If you wanna read all those old posts. ye silakan,. sokay to read them. maybe you can learn some. 

How's life? Urm,, I'm on my three months semester break and one heaven month had passed. Haha. I tried to work but tahan kejap je, Got so tired and behenti. Soooo. Duduk rmh jadik bibik mak aje lah. Nice! haha Next semester will start on September. and guess what? It will be the fifth semester. what does that means? It means that I've survived half my degree dah. yeayyy. Total semua got 8 semesters, so 4 dah lepas. Goshhh. Alhamdulillah. mmg susah. mmg tak boleh nk describe, lain kali je lah cerita pasal tu kayyy. cuti lama lagi. ada byk masa utk meroyan-royan kat sini, hehe,

Tapi suka gila lah cuti lama sbb dpt chance puasa the whole month dekat rumah and raya puas2. :) 
Alhamdulillah. 





Thursday, May 16, 2013

Mengumpul usia.

Assalamualaikum.

Sakit tengkuk terjengah-jengah ke belakang. Mencari dan mengejar benda-benda yang diri sendiri tinggalkan secara sengaja ataupun dipaksa takdir. Walau ape pun yang terjadi, masa lalu takkan dapat kejar kita balik. Jadi, buat apa tunggu-tunggu. Biarkan dia reput disitu. Pergi. Pergi jauh. Supaya nanti kalau beliau reput berulat membusuk, kita takkan terapa-apa. Selamat.

Ini semua. Aku tujukan utk sesiapa saja yang susah untuk let go, Yang masih duduk terlemas in a fog of memories. Tak kisahlah dari segi apa, Move on! 

Memang susah nak lupakan. Tapi. Kena. Wajib. Perlu. 

Hai bukan main. Lelaki semua tak guna. ehhh. tersasul. takda. takda kene mengena dgn sesiapa.

Ade satu pepatah. "Sudah terhantuk baru hendak terngadah". Selalu lah dengar jugak, Masa dahulu kala zaman sekolah kene masukkan adage2 mcm ni dlm karangan bagai kan. Tapi, nak tahu bila yang benda ni betul-betul terasa meresap masuk dalam jiwa? bila dah terhantuklah. haha. 

Kadang-kadang kita hanya akan betul-betul wake up bila sesuatu yang dahsyat berlaku. Terasa terhina. Terasa bodoh. Terasa diperlekeh. Barulah akar-akar keazaman untuk berubah mula tumbuh membelah-belah bumi.

Something happened, It hit me and now I'm wide awake.

Well, Sometimes, we need a wake up call kan. Tak boleh bangun sendiri. kalau terlalu asyik lena dihanyut mimpi kadang-kadang kita terlajak tidur. Kan. erm. erm.






Tuesday, March 5, 2013

Rindu.

Assalamualaikum.

Rindu ialah kesedihan yg takde cure. Takda, Masa pun tak boleh nak hilangkan rindu, Bg aku lah, The only thing yg boleh padamkan kerinduan ialah by spending time dgn org yg kita rindu gila tu, Huahua, text n call akan buat kita makin rindu sbnrnye, bg aku lah, boleh menangis kot sambil type sms kalau dah rindu gila, 

aku mmg org yg selalu kalah dgn perasaan. memang, telah terbukti, kalau tak, takdenye aku ade kat cni skrg ni, kan, sbb homesick aku yg melampau2. aku akhirnye tercampak kat cni,  kat tgh2 bukit di hujung sempadan melaka-negeri9 nii. 

buat beberapa ketika pada tahun lepas, aku jadik agak heartless, mcm tak care pasal perasaan org lain, aku sendiri pun mcm takde perasaan sgt, jarang je post blog. rasa mls nk merekodkan hidup. skrg mcm dah nk start balik mengarut2 kat cni, ntah siapa pun yg baca . dah tak blogwalking,  dah tak kisah dengan stats pun. 

hmm, oke berbalik pd tajuk di atas. 

aku rindu dekat ramai org, org2 yg alhamdulillah masih hidup tapi dah jauh. hmm. DAH JAUH.

sometimes when people grow, they grow apart. ;(


Tuesday, February 12, 2013

kebencian

Aku benci dgn hidup aku skrg. Tak de sesiapa. aku just ade mak aku, tu pun, dye x paham aku, sentiasa nak marah, semua bnde aku buat. sentiasa salah, bg dye. aku ni pendosa besar, dye ckp. sebab dosa2 aku. aku jadik tak boleh belajar. aku jadik bodoh. entah.

aku benci dgn destiny aku yg xde adik beradik, sana sini sorang diri. org lain. cuti2 mcm ni sure seronok riuh rendah meriah kat rumah, aku. sorg2, ntah buat ape, boring.. bosan. sunyi. sendiri. dan pada masa yg sama jugak, asek kene marah, dgn mak aku lagi,

ape bende hidup mcm ni, tapi taknak mati. tapi hidup mcm xde erti. aku rasa mcm jiwa dah beku, takda rasa. takda apa.

mcm dah jadik heartless. erm, skrg ak jarang2 meluahkan jiwa dekat sini except kalau ak dah tak larat lagi mcm skrg ni. hmm. mcm ade something yg missing .

mcm ade bende tak kene. ape tah.

sbnrnye aku, tgh sedih, yes. the exact thing is sadness. erm. xde mood. ntah. haihhh

Sunday, November 18, 2012

Setahun kemudian...

Assalamualaikum.

Masa2 mcm ni pd tahun lepas, aku tak ada apa2, hopeless, sakit, gemuruh jiwa bagai menunggu mati saja, Tapi harini, Alhamdulillah, Syukur, Terima Kasih yg seinfiniti banyaknya kepada Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup menghirup oksigennya dan menikmati  tekanan-tekanan belajar yg buat aku rasa sangat HIDUP. 

hilang jiwa merupakan satu masalah besar yg incurable. we can't just run a way from who we are. dalam sihat2 aku, aku jadik sombong dan bongkak, lupa, siapa yg ada masa aku sakit dulu, mak aku, ye, aku abaikan dia, kerana sedikit luka di hati, biasalah sebenarnya, kadang2 org tua kita bercakap tanpa awareness yg ank2 dah besar dan dah ada perasaan dan akn makan dalam, soooo. masa aku sakit2 dulu mak aku ada cakap bende yg sgt mengguris jiwa. aku simpan, selama setahun ni aku simpan, ada bulan2 yg aku jadik benci pd dia. aku jarang2 balik rumah, banyak habiskan masa di hostel. bukan ada kerja sgt pun tapi entah, rumah mcm dah tak umpphhh, 

tapi, Alhamdulillah. minggu lepas was a great wake up call for me, cuti study week, aku ingat nk balik weekend je, then along study week tu ak nk duduk MICET lah sbb nk study,, but then, sitting in the room. ALONE. roomie pun xde, just me and the room. sunyi. the condition adalah sgt menyedihkan, dan bila sedih, takda apa yg aku fikir selain mak aku, sebenarnya, haha, bila sedih baru nk carik mak, haihhh, apelah, so i called her, and cakap, nk balik study kat rmh je studyweek ni, dia oke je, so aku pun BALIK, dan kali ni baru aku rasa aku mmg betul2 BALIK, mengutip serpihan2 aku yg dulu dr rumah ni, aku dah berubah banyak, bukan lagi anak tunggal yg manja2. aku jadik benci bila mak aku tanya macam2, why lah, so skrg, aku nk perbetulkan semuanya, ni dekat rumah la ni, dah Sunday dah, esok first paper utk final sem 3. yupp,dah sem 3, mcm kejap je kan, erm, erm, duduk rumah menghirup kasih syg mak ak, since dia pun cuti skrg so asyik masak je, aku makan makan makan, dah chubby lagi, haha, xpelah, gemuk itu bahagia what, 

aku terfikir jugak, sebenarnya aku ni kurus dulu, bukan sbb jaga makan sgt, mmglah aku terpaksa jaga makan sebab penyakit aku tu but then ade faktor lain sbnrnye. aku kurus sbb aku makan dalam, kot. aku rasalah, so bila makan dalam, semua bnde jadik tak selera sangat nk mkn, setakat mkn utk hidup je, now, after the wake up call, hahah, aku mcm, hidup utk mkn, back to the old me, but kene control sendiri lah kan, kalau overweight balik nnt susah, 

So this is the "setahun kemudian".. ttyl xox. k bye, 

Friday, June 1, 2012

Changes.

I used to read lots of novels, Now, i hate reading.

I used to be so homesick, Now, I'm home and I'm bored.

I used to talk to my mum excitedly, Now, i have no feelings of talking to her.

I used to melt when praised by guys, Now, i knew they are liars and only want to press my breasts.

I used to work to feed cats, Now, not anymore. 

I used to sleep with my mum, hugging her all night long, Now, her presence in my room, annoyed me,

I used to miss my dad so badly, Now, I hate him.

I used to watch TV on boring days, Now, TV itself seems boring like hell.

The only thing that remain is my ugliness. Oh My! Oh My! Hahah. 






Friday, May 25, 2012

Lost In Thoughts.

Ada hari-hari yg menjengkelkan dlm hidup ni. But life goes on no matter what. 

Aku rasa semua org ada ketika-ketika nya perlu duduk dan fikir sekejap tentang betapa tindakan-tindakan kita memberi effect kpd org sekelilling yg kdg2 menjadikan hidup mereka tersangat-sangatlah perit. 

Today i'm not in the mood so this post may had annoyed you. Sorry for that. HAHAH.




Friday, March 23, 2012

lama-lama

Assalamualaikum.

Aku dah sehat cket. :) Alhamdulillah. Haritu. Berubat hospital tak baik2. Pegi darul syifa'  x baik2. Lame2 pegi jmpe org tua alim  yg mmg dah berpuluh tahun keje menghalau jin barulah beransur sehat.  obvious gila mmg penyakit setan. huh. 

Ade satu masa,, mendadak gila brt ak turun. Aku dah x rupe org. belakang bongkok gila. berat je nk tegak. cm ade load kt blakg.  muke dah x rupe aku. smcm cengkung. xde seri. org tgk pn takut. sesape yg knl  ak,, sume nmpk kot dye pnye kepelikkan. HOROR.

Skrg. dah kurg bongkok. masih lg tp dah kurg.. brt dah x turun lg .. :) muke dah tembam semula. HAHA. 

pengalaman. 

kan.

Friday, January 20, 2012

Takde Org yg Nak Jadik Aku

Assalamualaikum.

Lama. Lama sungguh aku merajuk dgn blog ni. Entah kenapa. Aku dah x berapa ingin utk mengupdate perasaan di sini. Malu, Mungkin malu. Entah pada siapa, Bukan ada yg suka baca pun, :)

Mencerna diri. Aku dah berfikir dgn cara lain skrg. Sesuatu berlaku pd aku. Benda yg sgt besar. Allah menunjukkan kuasaNya. Dan akhirnya aku belajar dan sedar mcm2 perkara. Ketahuilah. Kadang kala kita terlanjur dalam bersangka-sangka, juga dalam mengekspresikan rasa. Dan akhirnya, melakukan kesilapan yg paling besar dlm dunia. 

Aku yg gagal, Sejak 2009. Sejak benda itu berlaku. Alah. Benda kerja bodoh tu. Alah. Semua org tahu kot. HAHA, sejak peristiwa ini . Aku mmg telah gagal. Aku jadik gila, Aku jadik stress Ak jadik sengal dan menyusahkan ibubapa. Aku x menjadik! semuanya gara2 taknak dgr ckp mak aku. Sungguh. Inilah punca segalanya. Alhamdulillah aku sedar, sebelum semuanya terlambat. 

2012. segalanya mencerah. Kesuraman semalam hilang merekah. Nasib baik aku sedar pd akhir 2011 haritu. Di saat perit aku bernazar. Mase tu ak xtau nk buat ape dah. Hanya ade Allah tmpt berserah. Aku tensen sgt. Sakit. Stress. Hopeless. Darah aku penuh dgn gangguan jin. Fikiran kusut. Hati kecut. Jiwa hanyut. Nazar aku ialah. Kalau hajat aku dikabulkan. Aku akn ikut semua ckp mak aku, dan mulai saat itu, Aku berusaha sedaya upaya utk menurut ape saje kata2 beliau, Dan hari ini. Aku lega drpd byk tekanan. Allah  mendengar doa kita. Betul, 

Oke. Ini perkembangan diri. Skrg ak dah sem 2 . Amek bachelor of chem engine in food dekat UNIKL. Entah kos ape ni. Aku perlu lbih byk mengkaji tntang kos ini sendiri sbnrnye sbb ak pn blur2 pasal mase dpn. Aku tertumbuh di sini kerana jodoh dan takdir Tuhan. x kire lah kos ape2. Janji dpt ijazah dan boleh keje.  Aku seronok, Duduk hostel, Ye! buat pertama kalinya dlm dunia aku rasa seronok duduk hostel :) Puan emak telah membelikan aku seekor viva elite ivory white supaye senang aku nk blk :) heheh. 

Sem 2 baru je start sebenarnye. Walaupun ak agk lagged drpd yg sepatutnye. Aku x kisah. keterlambatan ini mengajar mcm2 taw, ye, betul, tapi kalau x lagged lg bagus kn. hee.

Baiklah. Sekian terima kasih. :)




Wednesday, November 23, 2011

KuCiNg Di MaNa-MaNa !

Assalamualaikum.



Hati sape tak terusik tgk pic nomel ni? Tapi tak semua kucing secomel ni. Di sekeliling kite aje, x payah nk round dunia. Just tgk kat kedai2 mkn or pasar2 basah. Mesti jmpe punye kucing2 kurus yg kotor dan lapar. Kesian tak? Tapi mmg mcm  tu lah nasib kucing. 

Ade yg hidup senang lenang kat rmh2 org. Mkn sedap2. Berak dlm kristal. Tido atas kusyen.


 

Tapi. Ade jugak yg tido di mana2 aje asalkn boleh berteduh dr hujan dan panas. Makan ape2 aje yg dibuang org ke tmpt sampah. Berak merata2 dan dicemuh org bila terpijak najisnya.




Kucing di mana-mana.


Sesuci-suci Masjidil haram. Pun ade kucing. kalau kite pegi mekah. ade banyaaak kucing kat jalanan. Same jugak kucing2 sana pun ade yg terbiar. 




Jadi. kalau kite ade rezeki lebih. tak salah dan  ada pahalanya jika ambil seekor kucing2 jalanan dan bela di rumah. Bagi makan minum. Biar tumbuh jadik tulang dan daging dye. Biar rumah kite jadik tmpt dye berteduh agar Allah teduhkan kite  di hari matahari sejengkal di atas kepala nanti. Insya-Allah. Lagipun seronok kalau ade kucing kat rumah. lain rasanya. taw.

Lagipun. Rasulullah s.a.w pun suka kucing. 

Kalau kite mkn kat kedai. Ade kucing dtg kat kaki. Jgn tepis! Jgn tendang! Dye lapar. Bukan minta sedekah. Ade satu cerita yg aku terbaca dulu. Tentang seorang pengumpul hadis. Yg cuma tinggal satu je hadis lagi dye nak carik. Dye kene jumpe ade sorang org alim ni sbb org tu je satu2nye org yg ade hadis ni. Bila dye jmpe org tu. mase tu ade anjing dtg kat org alim tu. Org alim tu ckp dye nak bagi anjing ni minum dulu baru boleh layan pengumpul hadis ni sbb ade satu hadis Rasulullah yg berbunyi lebih kurg cmni "Bila dtg ape2 haiwan mengharapkan sesuatu dr kite, kite bertanggungjawab utk mendulukn haiwan itu dulu barulah buat urusan2 lain" Lepas tu pengumpul hadis ni terus nk balik. Org alim tu tanye knp. Dye ckp, dye dtg nk dptkn satu hadis yg org ni je tau dan dye dah dpt dah hadis tu. SO. Kalau ade kucing dtg mntk mkn kat kaki kite, kalau ade bnde nak bagi. Bagilah. Ayam yg kecik2 yg org buat rencah mee tu pun bole. Campak je ke bwh, kalau beliau mengiaw mntk lg. bagi lg sampai dah xde ape bnde yg dye boleh mkn yg kte bole bagi. Selesai tanggungjwb.

Sekian.






Saturday, November 19, 2011

Tak reply sms atau teguran chat org.

Assalamualaikum.

Aku ade sedikit pendpt nk kongsi kat cni. Pd pndpt ak la kan.. x semestinya pndpt ak ni true for eyeryone's point of view. oke.

Aku rasa org yg x reply sms (tidak termasuk sms2 gangguan dan juga tidak termasuk kes kredit habis) ialah org yg sombong. Knp? sbb dye fikir "buat ape la nk reply". dye rase diri dye terganggu dgn keperluan org yg hntr sms tu kpd dye. n lg satu dye x hargai pun sms tu serta org yg hantar sms pn dye x brp nk appreciate. same kes jugak dgn org yg x layan teguran dlm chat fb atau ym atau skype. tapi hanya reply balik bila dye perlukan org tu. Silaturrahim ape mcm ni? 

Kite kene ingat. ble org tegur kte dekat chat. atau sms bende2 yg kite rasa x perlu reply. sebenarnya org yg hntr tu  menunggu2. ade x org nk reply ckp thanx ke. ckp oke ke. even msg2 joke dr kwn2 pn kte x ckp thanx. kdg2, kan.. msg raye pn x ckp thanx kn. x kire la ex boyfren ke yg msg slmt hari raye. Kte kene appreciate semua org kat dunia ni. x kire la org tu kte bnci ke. sbnrnye kite x berhak pun nak bnci sesiape. kte sape?

Kadang2 kte xsuke dgn perangai org. bagi kte sikap dye x senonoh la. annoying. suka buat maksiat. bergaul bebas. tapi kte kene sedar yg tak semestinya kita x mcm tu. kte x tahu pulak cara org lain pndg kite. kan?

yang penting. kalau org tegur or sms. reply la sekadar perlu. utk menyejukkan hati org yg menegur tu. 

Thursday, November 10, 2011

Detikan waktu,

Assalamualaikum.

Aku masih ak yg dulu. tapi mungkin lebih dewasa. Banyak yg berlaku dan alhamdulillah Allah masih murah dgn kasih sygNya, dgn limpah nikmatNya, dgn ratmat dan hidayahNya kpd ak, Alhamdulillah.

Perjalanan menggapai segulung ijazah dah sampai di study week untuk final exam bagi Semester pertama yg amat berat utk ak ni. Dugaannya bertimpa2. Alhamdulillah. Syukur yg tak terhingga kehadrat Allah s.w.t . 

Hidup berubah. Kucing di rumah cuma tinggal "GEMUK" sekor je. Ade dugaan lain yg menyebabkan kami terpaksa let go reban2 n kucing2 lain kpd mereka2 yg berhati mulia yg ada kehendak utk membela, 



Ni "GEMUK". nomel kan. nomnomnom.

tggl la GEMUK je. 

Friday, September 9, 2011

Segulung Ijazah.

Assalamualaikum.

Aku dalam perjuangan utk mendapatkan "tajuk di atas". Baru separuh sem. Ade 7 sem setengah lagi tapi aku dah SEMPUUUUTTT. Hai. Hidup zaman moden mmg bnde ni lah yg kte kene tempuh utk kehidupan yg lebih baik in the future. kan?

Dah lame x update belog dgn smgt. Bbrp entry sebelum ni penuh dgn ke-emo-an ak yg homesick. Skrg dah better sbb x lame lg. Xpayah tggu sem 2. Mungkin bulan depan ke ak akn dpt viva :) hee.. So bole duduk rmh n berulang alek, Xyah duk hostel yg haunted ni.

Haritu raye. Ade jenjln ngn kengkwn. Best!! Heheh. seronok gle. Skrg. dah balik hostel semula dgn hati yg bengkak sbb minggu depan test belambak2. Mggu ni ialah study week sbnrnye. Tapi aku telah tak study pon. wuhuu. bagaimanekah nasib result ak nnt.

Sape ckp kalo duk hostel kite jadik rajin? Aku masih malas. Seperti sediakala. seperti tingkatan 1. seperti darjah 4. dahulu.

Tapi universiti. kalau test yg kte x amek serentak. Kenelah merajin-rajinkan diri carik soalan bocor. Ak dah jumpe 1subjek pnye soalan full. Hahaha. lg 1 subjek tu ak dah dpt tips bab ape yg kuar byk. terbaek!

Untuk subjek2 yg lain. Gudluck Tiara! sila study.

sekian terima kasih.

Monday, August 22, 2011

Aku X sabar nak tunggu sem ni habis!

Assalamualaikum,

Khamis ni dah start midsem a.k.a cuti raye. Cuti raye ak skali dgn midsem! hoho sadis betul.

Naik balik 5 September. pastu nnt ade byk test. Aku ase sume subjek akn buat test masing2. hadoi. nak kene study.

Sebenarnye aku masih homsik. Sbb tu ak x sabar nak tunggu sem ni abes. Sem 2 nnt nak duduk rmh :) yeay! nnt mak aku pun nak pindah rmh kitorang yg kat Jasin. Mak ak dah ckp. Kalo dah duduk jasin nnt mmg aku bole berulang. :)

Sem ni akn berakhir pada bulan 11 nanti. X sabarnyeeeee. Setiap hari ak berkira2. hmm.

Pas final exam bln 11 tu. CUTIIIII. sampai bln 1 2012. baru naik sem 2. dari rumah Jasin. Home Sweet Home. kredit : Unikl Micet ni kat Simpang Ampat, Melaka.

Fuhh. Bersabarlah .



Thursday, August 18, 2011

Sekarang...

Assalamualaikum.

Masa berlalu. Hari berganti. Hidup terlalu di luar jangkaan. Aku. Tak pernah terfikir akan berada di sini. Di bilik ini. Di Universiti ini.Berjuang utk memenangi ijazah dlm kos ini. Hati berkocak-kocak setiap hari. Andai waktu boleh diundur-undur. Dari awal lagi ak akn memfokus ke sini. Kursus ak sekarang , aku suka, bermasa depan dan berelaun mara. :)

Rindu2 pada rumah, dijadikan pembuang rasa malas. Bagus juga begitu.

Penat hidup disini. Aku telah kehilangan banyak berat badan. Suatu bonus bagi sebuah penyeksaan bukan? :)

Tiada apa yg aku sesalkan. Kerana ak satu2nya manusia yg terlahir dr dua org manusia sebelumnya maka, tiada lagi ruang utk ak berfoya-foya. SEKARANG masa untuk melakukan sesuatu untuk menjamin masa depan ibubapa. aku rasa mcm tu. semuanya bukan utk ak sorg. juga utk mereka, lebih2 lagi mak ak. yg ak terlalu sayang.
..


H-A-B-I-S. esok sambung k.


Tuesday, August 16, 2011

Ape Boleh Buat. Hmm

Assalamualaikum. :(

Aku dah masuk U. UniKL MICET. skrg tgh homsik. gila.

Tmpt ni 40 minit je dr rmh ak. Ni pn dah basikan mase cket. Kalo betul2 x smpai pn 40 mnit. Stiap hari ak bgn pg, ak bercita2 utk duduk rmh dan berulang. Duduk cni ak asek terfikirkn rmh. Terfikirkn mak ak. Terfikirkan mak ak, dan terfikirkan mak ak, So ak bgtau impian ak ni dekat mak ak yg beriya-iya suruh ak duduk hostel yg menyakitkn ini. Mate ak lame2 bole bengkak kot asek menangis. Bkn ak sngaje ngade2  bodo2 nk nangis. Hati ak yg  sedih sendiri. Ak x penah jauh dr mak ak. X penah. Dulu masuk UIA 2 bulan pastu sbb ak x bole go lg dgn homsik yg berapi-api seperti yg tgh berlaku pd ak skrg, ak keluar. Tapi kali ni, mmg ak xkn keluar dr cni. Ini mase dpn, Ak juz nk duduk rmh. kat rmh pn bole belajar. ade discussion ke ape ke mlm2 ak x kesah. bole tumpang hostel. sbb ak masih bdaftar kat cni.

jawapan MAK ak : x boleh.. seken year baru boleh.

harapan aku : HANCUR.

Friday, April 22, 2011

Belog Behabuk!

Assalamualaikum.

Setelah sekian lame ak hilang. ceh. hilang kew? hahah. hari2 ade je kat FB kot. (Tun Tiara : sila add jika anda hensem ) oke2. ak hilang dr blog smpai dah penuh dgn taik cicak nih, yuks2. xde org tolong vacuum pulak tu. ni yg ak berkecik ati dgn followers ak 356 org ni, sedey! 

haha, followers ciput . rating rendah. update sekali-sekala. blogwalking sebulan sekali. tapi, aku tetap blogger sejati.! yeahh.

ala.

ape ade hal.. 

aku bizi lagipun. dgn kerja. heheh. idea pn kering. tekak pn kering.

(aku sbnrnye tgh batuk2 akibat selsema yg dah baik)

oke. t ak update selalu2 k. korg pn dtg la slalu2. ^,^

Thursday, April 7, 2011

Nampaknya aku cuti seminggu!

Assalamualaikum.

Kabare all? Waras! 

haha. aku bukanlah jawa. tidak juga bugis. arab apetah lagi. yg aku tau ak Melayu. yg Mak Ayahnya org Melaka. cewahh. Nak jugak tu mention Melaka kat cni. mcm la ade keturunan sultan. Hampeh!

oke2. berdasarkan  pada tajuk post di atas aku masih berperut tak sedap. So setelah tidak berfikir panjang mane  pun ak decide nak cuti seminggu. heheh. Senin mggu depan baru keje balik. Duduk la rumah aje ye.

Bosan! eh. tak bosan pun. saje je wat statement. 

ade good news! Kucing ak yg cantik jelita yg bernama Mel. dah selamat meneran 5 eko baby calico. Kaye dah ak dgn ank2 kuceng. Masuk yg ni ak dah ade 9 babies. Wow. 6 adults, wow. WOW! oke. kepada yg berminat, sila komen kalau nak adopt, boleh pilih nak jantan ke betina ke. kale ape ke. kittens2 everywhere dah kat rmh ak ni. 

Perghh! Ade org tgh  mesin rumput lah kat depan rmh ak, batu2 dye mercik2 terpelanting kene pintu. terkejuk mak nok! aishh. pakcik ni menakutkan ak jek. okelah. choww.


Monday, April 4, 2011

Aku tak kurus2 lagi!

Assalamualaikum,

Haha.

UPU dah tutup, Aku dah tukar kos2 yg ak mintak jadi begini.

1- dentistry UM
2- food n nutrition UKM
3- dietetik UPM
4- genetic UM
5- genetic UKM
6- agricultural science UPM

oke x? hari ni dateline. dah tak boleh tukar lagi, 

so masalah mengruskan berat badan masih tak hilang2. 

berat. berat. aku dah berat. still trying to limit my food intake. hee. hope to lose some weight soon. pray for me k.

sekarang ni ak tgh demam n cirit birit. sbnrnye bacteria yg wat ak sakit perut dah byk sgt smpai ak demam. erm, so ari ni ak x keje. m'b esok nak rest lg sehari. lusa ak start keje blk. hoho. rugi 50 hengget u! xpela. nak demam nk wt cmne. klinik pn x pegi lg ni. mkn panadol jer. erm,

Wednesday, March 2, 2011

Dah lama xde post baru. (kpd yg rindu)

Assalamualaikum,

Aku busy. Totally packed. Letih. Penat. Sakit2 badan. Penambahan brt badan. Proses pengurangan semula. Amek keputusan STPM. Jenuh fikir tentang masa depan, Kos ape. U mane. Kerja ape nnt. Ade market ke? Kucing beranak. Kucing mati. Kucing beranak. Kucing mati lagi. Kucing sunat. Kucing tercebur dlm minyak hitam. mandikan  kucing. jemur kucing. Sakit bahu. Pergi berurut. Sakit lagi, Berurut lagi,

nak berhenti kerja. Tak jadik. Tak tahan dah penat2, betul2 nak behenti. Tak jadik lagi, 

Aku busy. sgt2.

Syg belog ni berhabuk2 dah. 

Result STPM, !
haha. Result ak tak stret A. sume ade. ade A. ade B ade C. lalala. tapi 4 principal solid. kesian.org malas mcm tu la kn, tapi terkejut ak. mcm2 kos boleh masuk. mahal jugak market STPM ni rupe2nye. walaupun pointer ciput (jgn bandingkan dgn budak sastera oke, sains susa cm nak behenti skola je rase setiap hari dulu). ak jadik rambang mate tgk kos2 n uni2 yg ade d seantero tanah air kita ni. (adess). mak ak kate. jadik cikgu jelah. senang. senang byk duit. senang nak tolong org. byk pahale. aku? entahlah. ak x decide lg pun. tarikh tutup UPU bln 4 ni. ni baru masuk bln 3. biarlah ak fikir betul2. kan?

oke. adios.


Saturday, February 5, 2011

Cerita Tragis untuk Dikongsi.

Assalamualaikum,

Mase gong xi fa cai yg lepas, Kucing ak yg bulu kembang tu telah berjaya melahirkan 5 eko ank yg comel2 lote. Sihat2. Cantik2. Gemok2.

Tapi pada keesokan harinya iaitu semalam, Seekor kucing jantan telah dgn kejamnya membunuh kesemua lima2 baby kitten yg x berkudrat serta tak berdosa tu. 

4 dah mati, Seko tgh bersabung nyawa. Semoga yg satu ini selamat. Amin, Even masih hidup, Badan dye luka2 dan dye x terdaya utk bergerak sekalipun, sayang.

Tadi. masa aku tanam 4 mayat baby. Mak dye nak ambik ank2 nye yg dah sejuk kaku sebab meninggal petang semalam, Pilu sgt. Aku rebut balik, Dye dah gonggong sekor seolah2 budak tu masih hidup, Sedih ak tgk. namun, aku tanamkan jugak. Bende tu dah xde nyawa. Ape boleh buat. 

Ak tgk sendiri dye beranak haritu. Ade yg susah sebab uri songsang. Ade yg sng sbb kuar kpale dulu, Itulah. Malang tak berbau. Umur mereka tak panjang. Tak sampai 24 jam pun,

Aku x tahan tgk emaknye. kehulu kehilir mencari baby2 yg tak difahami telah pergi sebenarnya. 

Aku janji. Aku akn kahwinkan dye dgn kucing bulu kembang kwn aku dan bg dye besarkan  anak2 yg lain.

Life cycle binatang. sekejam-kejamnya.

Masa baby2 kitten lahir. Aku yg tolong. Dan bila dah cukup lima, Dan lima2 tgh berebut2 susu. Aku lah org yg paling gembira dlm dunia. Dan bila emaknya keluar berak, Aku yg geram2 tgk budak2 comel tu bergumpal2 tido. Muke diorg mase tido. Buat ak rasa mcm tgk biasan syurga. Comel tak boleh nk ckp,

Dan sekarang. Mereka betul2 dah ke sana. Semoga emaknye kuat smgt!

Thursday, February 3, 2011

from islamic to chinese style. but Allah still love me,

Assalamualaikum,

Suatu waktu dulu, aku merupakan seorg budak Melayu yg sgt racist. takde kawan cina. takde kwn india. punjabi apetah lagi, (haha).

Aku membesar di sekolah rendah yg majoriti umatnye Melayu. kemudian. melangkah ke sekolah menengah melalui Kelas Aliran Agama. so, walaupun byk cina dan india tapi kelas aku diasingkan dari mereka. anak2 Melayu terpilih la kononnye. dari tingkatan satu sampailah tingkatan empat.

Lepastu aku mengalami masalah dgn subjek2 keagamaan dan kebahasa-araban. (kerana aku bukan insan terpilih yg berhati jernih). 

Tingkatan lima, Aku keluar dari kelas agama. Aku mula berjinak-jinak dgn bangsa2 lain yg ada di Malaysia ni. tapi masih dgn pemakaian budak kuat agama, pakai coverhand. jalan2 pakai stokin. selalu bawak maksurat pegi skola. Mase rehat bace maksurat. Bawak buku kecik surah2 pilihan. Bila free aku bace. Alim la jugak dulu. hoho. aku hanya berkawan cket2 je dgn mereka. tidaklah serapat mana. kerana di kelas itu byk jugak budak2 berbangsa M.

lepas SPM, aku masuk UIA Petaling Jaya. lagilah engkau tak boleh bayangkan. nak tahu? Aku pakai tudung labuh, yg bulat tu. mcm ustazah tu. siyes ak tak tipu. cayalah, mmg terserlah islamnye hati. kalau x pakai tudung tu. aku pakai tudung 3 segi tapi yg lerang enam puluh. fuhh. hebat jugak ape. haha. stokin tak tinggal, n cover hand pon masih setia di lengan. pagi2 bangun pukul 5. mandi, subuh. mengaji, bace maksurat. (hari2 mcm ni tau, selama 2 bulan). pastu mlm jumaat aku turun surau bawah utk smayang jemaah. (betul).

namun. setelah dirasuk setan. aku keluar dari universiti ISLAM antarabangsa malaysia tu. aku tolak biasiswa JPA aku. hanya untuk.....

masuk ke tingkatan enam aliran sains yg majoriti pelajarnye BUKAN ISLAM. dekat form six. aku belajar erti perpaduan. aku sorg je Melayu perempuan yg ade kat situ dan mereka amat memahami tentang keseorangan ini. perspektif aku pada org2 cina dan india berubah 360 darjah. mereka boleh dibuat kawan. malah kawan yg baik. lebih baik sbnrnye dr kebanyakkan kwn2 Melayu yg aku pernah ada. 

dan sekarang. aku dah tak racist lagi, meter racist aku ialah 5% sahaje. hee.

tapi sayang. nilai2 Islam turut melayang. 

takde lagi tudung labuh. (alhamdulillah masih bertudung).
takde lagi coverhand (alhamdulillah masih berlengan panjang)
takde lagi maksurat (alhamdulilah masih bersolat)

dan. Alhamdulillah sgt2 aku masih disayangai Tuhan. 


Wednesday, January 19, 2011

Ape yg aku belajar selama 3 minggu kerja.

Assalamualaikum.

Nama ak Tiara. berkerja sebagai seorg pekerja kentin skola yg berjaya sementara menunggu keputusan STPM yg muktamad. Berjiwa utk masuk Uni bulan 9 nanti utk buat degree. Amin.
 
Aku mula kerja masa sekolah bukak haritu. Mcm2 dah tgk. Gelagat budak2, makcik2 yg kerja, pakcik2, bos aku. Dan aku bukan kerja semata2 nk dpt gaji je. (walaupun mmg dah terang lg bersuluh yg ak ni mate RM). Tapi aku nk belajar bergaul dgn org tua n dgn budak2 yg ade mase yg pnjg lg sebelum umur diorg nak same mcm ak skrg. Socialize secara tidak langsung kan.

Tapi, ade bende2 yg bila ternampak. Aku terbelajar pulak daripadanya. Mcm ade sorg makcik tu suami dye pemalas! Dye je yg kerja, suami duduk rmh. Kalau jd househusband xpe. Ni mcm tuan. Ape pn x buat. Surat kabar mesti nak kene  beli semua jenis setiap hari. (mcm busted). Pastu ank dye ade sorg yg ikut perangai bapak dye. Dah bujang2 pn jadik tuan kt umah je. (mcm taik). tapi. makcik ni pulak, selalu ckp x jujur. mcm tipu2, dan tambah2 bende yg tak betul bila bergossip.(ak suke dgr gosip tp kalau yg tmbh2 cite tu ak benci r ) erh. entah la. aku belajar. yg kalau nak kahwin, baik2lah pilih. bahaye kalo dpt laki pemalas, ! dpt laki xpandai skola pn xpe asalkan rajin. getah pn dah mahal skrg kan? heheh. pastu. kita kalau bercakap biarlah jujur. jangan tambah2 lauk. nanti nasib kita sepanjang masa jadik malang sebagai balasan kita yg suka membohong.

lagi, ade sorg akak tu, sekola x pandai, tapi, hati baik, pandai bisnes. dah kawin. ade ank, suami dye pn same. sekola x pndai. tapi dua2 rajin. n pndai bisnes. hidup diorg senang. itulah. x smestinye kte kene pndai sekola. kan? tgk ak ni.  dulu pndai sekola skrg? setakat kije kt kentin jew. hee.

erm. bos ak pulak. xde la jenis yg bossy. kalau dye suruh buat ape2 pun xde la kite rase mcm diperintah. dye ckp secara nice dan kita pn x rasa mcm terpaksa utk buat. erm, murah hati. kalau pekerja2 mkn , dye x potong gaji n boleh mkn ape je yg berkenan di hati, nice kan? ak belajar. yg kite kalau berada di ats jgn la terlalu menjunjung langit. selalu2lah turun menyemai benih di bumi. Agar ada sesuatu yg bermanfaat bakal tumbuh di kemudian hari. 

lagi satu. kerja kt situ ak rase mcm ade adik beradik ramai. diorg sume dah mcm  adik beradik aku. best. almaklumlah. only daughter. kesian.

lepastu. ak tgk budak2 ade yg murah hati betul belanja kwn2. hee. ak dulu kalau nk belanja kwn singget kt kentin pun rase galat je. (oke ak mmg KEDE). haha. pastu kadang2. bila ade budak yg bwk duit x cukup utk bayar hrga bnde yg dye amek. nnt ade je kwn dye yg belanja. dgn murah hati jugak, frenship kan? indah.

tapi. tumit ak masih sakit setiap kali balik keje. sbb bdn masih brt! haha.

makan herbalife shapework dah 6 hari. Dah turun 2kg. (sahaje). nak kene teruskan mkn smpi abes target. (hai. duet lagi)

Saturday, January 1, 2011

Hye 2011.

Assalamualaikum,

Tahun Baru Masihi. Amat bermakna sbb kite pki kalendar Masihi kan? Aku mcm dah mls nak beazam-azam sbb mcm2 masuk list nnt. X tercapai akalmu, Erm, Tapi ak akn listkan jugak satu2 dlm next post nnt! (ape daa td ckp mls dah) ngeheh.

Dlm post ni, Ak nak wish kat sume yg bace "Happy New Year 2011". Semoga panjang umur. Sihat dan murah rezeki. Happy selalu n berjaya kejar ape yg di-aspirasikan ye. Ak support kalau bende tu baik ! cayok2. kadang2 dlm hidup, kite mls berubah tp bile masuk tahun baru berkobar-kobar pulak smgt kn? Walaupun smgtnye hanye bertahan seminggu je atau 2 -3 hari. Xpe, janji ade smgt. Janji ada rasa itu, Smgt nk hilang ape boleh buat.  Sementara ada smgt. haa. Mula la melangkah! Make hay while the sun shine. 

Okelah. Ak harap xde antara kita yg akn kaciwa menonggeng this year. Kerja keras k, Hidup x susah kalau kite tak malas. oke syg. 

Selamat Tahun Baru 2011 iklas utk visitor chubbyayya.blogspot.com 

Friday, December 24, 2010

Holy Holyday!

Assalamualaikum.

Will leave for Langkawi tonight! heaven again!! 

Pray for my safe journey ok. Takut jugak skrg bas asek "tut" je kn,
 
I'll be back on the 28th, So, Anybody wants chocolate?

Tuesday, December 21, 2010

Happy Tuesday!

Assalamualaikum.

Poket ak kosong gile, Hahahah. Plan nk round2 Melaka ngn member pn ak cancel sbb dlm purse ade RM20 jew. 

Sadis.

Nak mintak kt  mak ak segan pulak sbb smlm dah mntk sneakers nak pakai g Langkawi nnt. so malu2 kuceng pulak asek kije ngabeskan dwet je. 

Hari ni hari kedua ak tggl sensorg kt umah, Abah xde cni. Mak ak plak g meeting tnde ktas SPM 1119. keje melambak je kt rmh ni, lipat baju. kemas dapur. kemas living room, kemas tilam bilik ak sbb smlm kuceng dah kncingkan secara beramai-ramai iaitu 3 ekor pancut sekali, huahua. huaaaaaaaaaaaaa.

tapi hakikatnye. aku juz bentang toto dpn TV, then baring!! tgk sume cte2 best kat Mustika ke kt movie channel ke. HAHAHA. heaven doe!!

lps tu agak2 mak ak dah nk blk, ak pegi la ampai baju. n  lipat baju. so mase dye masuk rmh. nmpk la ank dye yg rajin ni ngah lipat baju yg dah setinggi gunung tu. weeee. 

kalo lapo. ak mkn roti gardenia yg  sdp dimakan begitu saja secara begitu saja. hee, xde letak ape2. roti putih gardenia tu. ha. telan jek, adeh. xpenah ak buat keje mcm ni seumur hidup ak. mmg heaven!!