Follower Setia SYK

Selasa, 11 Ogos 2015

Tujuh Warna Pelangi 2



“ Okey, semua dah ada kecuali Arjuna… nak teruskan meeting tergempar kita ni atau nak tunggu dia sampai?” Maryam memerhatikan wajah-wajah di hadapannya. Ada yang blur, ada yang tersengeh seorang diri sambil memandang skrin telefon pintar dan tak kurang juga yang asyik menikmati kek coklat yang baru dihidang. Suasana di kedai kek miliknya pada petang itu sunyi sepi. Apa tidaknya, sudah diletak tanda ‘ Closed’ pada pintu kaca kedai itu. Semuanya gara-gara dia mendapat panggilan telefon daripada adik sepupunya, Raihana. Katanya ada berita penting nak diberitahu dan semua yang berkenaan diminta hadir ke perjumpaan mesyuarat luar biasa itu.

“ Kita tunggu sekejap lagi kot… Abang Juna pergi ambil Sofea kat sekolah…” Jawab Raihana sambil menuangi air teh ke dalam cawan.

“ Dah kenapa pulak Arjuna yang pergi ambil? Andika ke mana?” Tanya Maryam.

“ Hah… Pasal tu la Ana nak jumpa semua ni… Ada hal penting yang Ana nak beritahu semua pasal abang  Andi”

“ Kenapa Ana? Andi nak kahwin erk?” Tanya Imran, suami Maryam yang sedari tadi asyik makan sahaja. Begitu sedap rasa kek coklat  air tangan isterinya sampai tak mahu berhenti makan.
“ Taklah abang Im… “
“ Habis tu pasal apa?” Tanya Maryam pula. Dia sempat pula menepuk perlahan bahu  Husna yang sibuk dengan telefonnya.
“ Haah…Pasal apa?” Husna pula bertanya dengan wajah terpinga-pinga sambil membetulkan cermin matanya. Dia sendiri tak tahu kenapa Raihana menelefonnya dan meminta dia datang ke cafĂ© kakaknya, Mariam.
“ Semalam, abang Ayaz datang ke rumah…” Raihana memulakan bicara.
“Ohhh… Eh, nak cerita sekarang ke? Kata nak tunggu abang Juna?’ Cerita terhenti bila Husna menyampuk.
“ Alah… mamat tu lambat sangat la…Beritahu aja Ana… Kenapa pulak Ayaz datang ke rumah kau? Dia nak mintak Andika merisik Husna ni untuk dia ke?
“ Ish… Kak Yam ni, ke situ pulak…” Husna tarik muka. Dari kecil sampai besar, Kakaknya itu tak habis mengusik dia dengan Ayaz. Padahal mereka bukan ada apa-apa perasaan pun.
“ Gurau ajelah…Yang kau nak sentap sangat tu kenapa? Macam iya-iya aje…” Maryam ketawa sambil mencubit pipi adiknya itu.
“ Dah… tak payah nak masuk story lain la Yam… Dengar apa yang Ana nak beritahu ni” Imran mencelah.
“ Iya… Hah, sambunglah cerita kau tu Ana…” Maryam menopang dagu.Semua pandangan terarah pada  Raihana.
“ Macam ni… Abang Ayaz datang nak jumpa Abang Andi. Masa dia orang berdua berbual di dapur, Ana sempatlah spy perbualan dia orang tu. Kak Yam tahu apa yang Abang Ayaz beritahu?”
“ Manalah aku tahu, kau belum cerita…”
“ Ni nak ceritalah ni…” Raihana gelak kecil. Husna tepuk dahi… Apalah panjang sangat cerita Raihana. Dah boleh dibuat drama bersiri.
“Abang Ayaz beritahu yang…. Kak Iris nak balik” Akhirnya terluah juga ayat itu.

Krikkk…krikkk..krikkk…

Suasana sepi. Bagaikan hanya ada bunyi cengkerik memecah suasana. Mereka saling berpandangan.
“ Yam tak salah dengar kan bang?” Maryam bertanya kepada Imran.
“ Ana cakap Iris nak balik…kan?” Tanya Imran.Mulut sudah berhenti mengunyah.Itu adalah berita paling mengejutkan selepas berita tentang kejatuhan mata wang yang ditonton di televisyen pagi tadi.

Agghhhhhhh!!! Tiba-tiba jeritan nyaring memecah suasana. Husna dan Maryam saling berpegang tangan.

“ Ya Allah, syukurlah dia dah nak balik…. Rindu sangat” Begitu bersungguh Maryam meluahkan rasa hatinya.Pandangan matanya ketika itu bagaikan bercahaya.
“ Dah empat tahun kott… lama tu” Husna turut berasa gembira.Sejak kecil mereka semua memang rapat.
“ Ana… Andi mesti happy gila kan? Eh… Takkanlah dia tak gembira. Jantung hati dia dah nak balik” Maryam begitu girang sehinggalah Imran menepuk perlahan bahunya.
“ Maryam… Awak dah lupa ke… Dia orang berdua tu kan dah berpisah sebelum Iris berangkat ke Izmir..” Imran mengingatkan Maryam.Tiba-tiba wajah gembira Maryam hilang.
“ Alah Abang Im… Memanglah dah bercerai, tapi tak ada masalah pun kalau nak rujuk balik. Apa yang berlaku dulu tu bukan dengan kehendak Abang Andi. Semua tu berlaku sebab ikutkan sangat amarah dan ego masing-masing…” Husna tahu yang kakaknya itu sedih mengenangkan hakikat sebenar.
“ Betul! Lagipun, Sejak Iris pergi Andika tak ada pun nak cari pengganti. Dia masih sayangkan Iris… Insya Allah, Iris balik nanti, kita pujuklah dia balik kepada Andika. Lagipun, mereka tu ada anak… Kak Yam bukan apa, kasihan tengokkan Sofea tu… Umur lima tahun ni, boleh lah nak rahsiakan pasal ibu dia, tapi dah besar nanti nak jawab apa kalau dia dah mula bertanya pasal Iris?” Airmata yang bergenang disapu dengan lengan baju.Maryam rasa sedih mengingatkan hari Iris datang ke kedai itu dalam keadaan menangis.Sungguh dia tak percaya bila Iris memberitahu Andika telah melafazkan cerai kepadanya.
“ Tapi kak…” Raihana mahu berbicara tapi Mariam pantas memotong bicaranya.
“ Ana… Sebenarnya, Kak Yam rasa bersalah. Kita semua ni dah berkawan sejak kecil. Pergi sekolah sama-sama. Bermain sama-sama… Ikatan persahabatan antara kita ni tak putus walaupun dah dewasa. Bila Iris pergi, takde seorang pun daripada kita yang berhubung dengan dia. Ayaz sendiri tak pernah nak telefon bertanya khabar dia apatah lagi Andika. Kita semua jadikan dia orang asing sejak dia bercerai dengan Andika… Kita salahkan dia atas semua yang terjadi. Padahal bila difikirkan balik tentu dia lebih sedih sebenarnya. Dia tak mintak semua tu terjadi. Kalau dah takdir jodoh tak panjang siapa kita nak menghukum..”
“ Husna pun sama Kak… Entahlah. Kita semua silap sebab terbawa-bawa rasa marah dengan menghukum dia macam tu. Sepatutnya, kita tetap anggap dia kawan baik kita walaupun dia dah bercerai dengan abang Andi…” Husna turut meluahkan rasa bersalahnya. Namun lain pula pandangan Raihana. Dia sebagai adik Andika lebih tahu masalah yang berlaku hingga terjadinya perceraian itu. Semuanya kerana sikap pentingkan diri abangnya dan ditambah pula dengan sikap tidak matang Iris.
“ Kalaulah dia orang berdua tu bersabar dan tak terburu-buru… Sekarang yang jadi mangsa Sofea. Iris pun satu hal, larilah ke hujung dunia sekalipun tapi takkanlah sampai anak sendiri pun dilupakan…Ibu jenis apa macam tu” Omelnya.
“ Ana…” Maryam menggeleng kepala.Raihana tayang muka tak bersalah.
“ Arjuna dah tahu pasal hal ni?”
 Raihana geleng. Maryam menghela nafas berat.
“ Arjuna paling benci dengan tindakan Iris dulu… Dah puas dia nasihatkan Iris supaya bersabar… Tapi sayangnya, Iris tu ikutkan sangat jiwa muda dia…Lebih pentingkan cita-cita daripada suami dan anak. Ya Allah, kalau nak diingatkan suasana tegang masa tu… rasanya tak sanggup lagi dah nak tengok Andika tu menderita…”
“ Habis tu… Awak jugak yang berharap dia orang tu rujuk balik kan?”
“ Iya abang… Sebab Yam rasa setiap orang berhak dapat peluang kedua… Dia orang berdua tu membesar depan mata kita bang… tak pernah berenggang dari kecil sampailah bernikah… Entah di mana silapnya sampai bercerai…Andi tu pun satu, dia sendiri yang buat janji dengan Iris…mestilah dituntut janji tu. Apa salahnya kalau dia ikut aja Iris tu ke Izmir dulu? Takkanlah sampai kena bercerai berai…Ego masing-masing melangit”
“ Entah Iris tu masih ingatkan Andi ke tidak… Kalau ingat, tentu dia sendiri yang hubungi Andi tu, paling tidak bertanya khabar pasal Sofea. Ini tidak… Hilang macam kena telan dek bumi… Tiba-tiba dah nak balik pulak… Macam ada yang tak kena” Imran menggosok dagu.Dia seperti memikirkan sesuatu.
“Err… Sebenarnya, Ana tak habis cerita lagi Kak Yam..Abang Im..”
“ Hah… Ada apa lagi ke yang Ayaz beritahu?”
 Raihana angguk.
“ Iris memang nak balik… tapi tujuannya nak kenalkan bakal suami dia pada ahli keluarga”

Krikkk….krikkkk… Cengkerik berbunyi lagi!

“ Apa?” Kau  tak salah dengar kan Ana?” Husna tayang muka terkejut.
“ Itulah yang Abang Ayaz beritahu…Masa tu bunyi gelas jatuh, Ana pun terkejut. Tak nak dia orang tahu yang Ana mengintip, Ana terus naik ke bilik…Itu ajalah yang  Ana dengar”
Mariam menggeleng kepala. Dia tak percaya semudah itu Iris melupakan Andika.
“ Kan abang dah cakap… Orang kalau dah tak nak Yam, tunggu sampai langit runtuh pun, takkan nak balik” Imran ketawa sinis.Geram pula hati Maryam melihatnya.
“ Tapi Abang Im…Iris mintak cerai dulu tu bukan sebab dia tak cintakan Abang Andi… Sebab dia tak tahan kena kongkong… Tahu ajalah perangai Abang Andi tu, semua yang Iris buat kena dapat kebenaran dia dulu. Sampaikan nak sambung belajar pun tak boleh”
“Oh, jadi kau nak salahkan abang akulah? Memang isteri kena ikut cakap suami kot… Kalau dah tahu nak kejar impian dan cita-cita, buat apa dia sendiri setuju nak kahwin muda? Padahal masa tu dia memang dah dapat tawaran belajar kat luar negara tapi dia sendiri tolak masa tu sebab  gatal nak kahwin dengan abang aku” Tingkah Raihana. Tak puas hati bila Husna seakan menyalahkan abangnya seratus peratus.
“Dia tolak sebab Abang Andi yang tak nak dia pergi kan? Sebab tu ajak dia kahwin, sebab takut Iris tu jatuh cinta pada orang lain masa berjauhan dengan dia..” Husna tak mahu mengalah.
“Fine! Tapi dia dah buat keputusan… Kenapa masa dah ada anak baru nak menyesal? Iris tu sebenarnya pentingkan diri sendiri…” Makin lantang pula suara Raihana. Imran dan Maryam menjadi pemerhati. Dah macam juri dalam mahkamah melihat peguam sedang berdebat.
“Okey, aku malas nak bergaduh pasal hal ni. Hakikatnya dia orang dah bercerai.. full stop!!” Akhirnya Husna mengalah  dengan menepuk meja agak kuat.
“ Wo..wo.. Bawak bertenang ya adik-adik… Kau orang kaum perempuan ni suka emosi bila berbincang. Sekarang kita dah tahu Iris dah nak balik… Dah nak kahwin lain pun. Apa kata, kalau kita lupakan aja hal yang dah lepas. Iris tu bukan orang lain… Kawan baik kita semua. Kalau dia dah move on…Kita kenalah beri sokongan.” Imran tarik nafas. Iris dan Andika punya pasal satu kafe dah panas!
“ Abang Im… Kita ni memanglah boleh lupa… Tapi Abang Andi? Ana kasihankan dia… Entah apalah perasaan dia sekarang ni…”
Suara Raihana begitu lirih. Mariam menghela nafas berat.Husna tak tahu nak kata apa. Hanya berpandangan  dengan abang iparnya.









Andika menyentuh perlahan batang pokok mempelam sebesar pemeluk itu. Pokok besar itu sudah tidak berbuah lagi. Mungkin usianya sudah mencecah hampir 15 tahun. Pokok itu ditanam di tepi rumah arwah ayahnya. Suasana rumah itu kelihatan tenang walaupun tidak berpenghuni. Walaupun dia tidak lagi tinggal di situ, namun tidak pernah lupa untuk dia datang menjenguk. Membersihkan laman rumah dan mengemas rumah yang berhabuk bila ditinggalkan.

Pokok itu masih tersergam megah di situ. Tak pernah dia berniat untuk menebang pokok itu walaupun pernah disarankan oleh Arjuna ketika adiknya mengubah suai bahagian beranda rumah itu setahun yang lalu. Mereka mengambil keputusan untuk tidak menebang walaupun dahan pokok itu memanjang ke arah beranda rumah. Arjuna telah menyiapkan beranda rumah itu dengan membuat lubang yang besar melalui papan lantai rumah. Rekabentuk sebegitu biasa dilakukan di luar negara. Kelihatan lebih unit dan menarik.





Pada batang pokok itu kelihatan ukiran nama dia dan Iris. Nama yang diukir sendiri oleh Iris dan dilukis pula lambang hati di tengahnya. Andika masih ingat. Nama itu diukir pertama kali ketika Iris berusia 15 tahun. Setiap kali datang ke situ, Iris akan memperbaharui ukirannya. Satu hari, ketika menyambut hari lahirnya yang ke 18, Iris mula mengukir lambang hati diantara nama mereka berdua. Waktu itulah dia tahu yang dia tidak pernah bertepuk sebelah tangan. Dia tahu, jarak usia antara mereka berdua terlalu jauh. Dia lebih tua 7 tahun daripada Iris.

Andika bersandar pada perdu pokok. Dia memerhatikan wajah langit yang indah pada petang itu. Dulu sewaktu remajanya dia dan Iris selalu duduk di bawah pokok itu. Bukan mereka berdua saja, adakalanya kawan-kawan yang lain turut serta. Iris selalu menyiapkan kerja sekolah bersama Raihana dan Husna. Dia dan Ayaz seperti biasa menghabiskan masa dengan berbual perihal kerja. Adakalanya dia hanya merakam gambar dengan kamera DSLR kesayangannya. Memang hobinya merakam gambar dan paling dia suka merakam gambar pelangi. Sesuatu yang cantik dan indah, namun sukar untuk ditemui. Selain pelangi, dia suka merakam gambar Iris. Senyuman Iris sama cantik dengan pelangi dan memang sukar untuk dilihat…kecuali bila diusik.
“ Iris…”
 Dadanya rasa sesak. Sakit dan terasa begitu lama disimpan beban itu dihatinya. Nampaknya dia dikalahkan oleh ruang dan masa. Atau mungkin seperti yang selalu dikatakan Arjuna kepadanya. Jangan disalahkan ruang dan masa tetapi egonya selama ini yang telah memusnahkan impian indah rumahtangga yang bahagia bersama Iris.

Andika memejam mata. Mengingati semula memori saat bersama Iris. Memori yang menjadi pengubat rindu dihatinya.






"cepatlah sayang"
"Sekejaplah Ris, abang tengah cuci kamera ni..."
Andika tidak begitu peduli dengan ajakan Iris. Entah apa yang mahu ditunjukkan Iris kepadanya.Dia lebih berminat membersihkan lance kamera DSLR kesayangannya. Kamera itu perlu dijaga dengan baik kerana dengan kamera itulah dia merakam detik-detik manis bersama gula hatinya.
"Alah, kemudianlah buat kerja tu...Jomlah ikut Ris" Iris merengak sambil menarik-narik tangan Andika.Geram pula bila ajakan tidak dipedulan oleh Andika.
"Okey...tapi tolong lepaskan tangan abang...nak pasang lance kamera ni..."
Iris melepaskan tangan Andika.Namun begitu ditarik pula hujung t-shirt suaminya.Mahu tak mahu terpaksa juga Andika mengekorinya.Terkocoh-kocoh Andika memgatur langkah sambil memasang lance pada kamera DSLR miliknya.
"Surprise!!!"
Langkah Andika terhenti.Iris tayang senyuman manis. Mereka berada di laman tepi rumah.Bunyi air terjun buatan jelas kedengaran.Di bawah pokok teduh berbunga kuning sudah terhampar sebidang tikar. Bukan tikar kosong semata-mata tetapi di atasnya sudah terhidang pula pelbagai jenis potongan kek dan kuih.
"Bila sayang buat semua ni?"
"Masa abang tengah sibuk bercinta dengan kamera abang tu tadi"
Andika ketawa kecil.Perli baik punya...
"Tak, maksud abang...Masa bila Ris masak semua ni? Setahu abang, nak goreng telor pun ambil masa setengah jam..."
"Iris pesan dengan Kak Yam, dia suruh pekerja dia hantar tadi... Abang mana perasan sebab tengah asyik masyuk bercinta dengan kamera"
Andika ketawa lagi.
"Sakit hati dengan kamera abang ni dah kenapa? Kalau tak ada benda ni, macamana abang nak rakam gambar gula hati cinta mati abang ni...
Wajah cemberut di depannya itu diusap lembut.Iris menepis tangannya lalu segera duduk di atas tikar.
"Okey, sayang duduk diam kat situ abang rakam gambar"
" tak nak! " Iris sengaja menutup sebahagian wajahnya dengan tangan. Andika yang tadi sudah bersedia mematikan hasratnya.Dia mencekak pinggang.Dia paling tak suka bila Iris tak mahu mendengar cakap.
"Alih tangan tu..." Dia bersuara tegas.Wajahnya yang serius ketika itu membuatkan Iris akur.Tangan yang menutup wajah dialihkan.Andika senyum puas hati.Dia tahu Iris faham bila dia berwajah serius pasti membawa maksud dia tak suka dibantah.
"Stay...."
Andika melaraskan lance kamera.Dia mahukan gambar yang terbaik setiap kali merakam gambar Iris.Berlatar belakang lanskap poko renek menghijau dan pokok teduh berbunga kuning itu dia mengambil sedikit masa untuk mendapatkan cahaya yang terbaik.
Iris sedikit bosan menunggu.Dia mula bermain dengan jemarinya.
"Sayang!"
Seperti selalu bila Andika memanggil Iris akan spontan memandangnya.Detik itu tidak dilepaskan, terus saja andika merakam gambar.Dia tersenyum sebaik saja melihat hasil rakaman pada skrin kamera.
"Cantiknya...." spontan dia memuji kecantikan isterinya.Wajah Iris yang polos dengan pandangan mara redupnya itu menjadi pujaan siang dan malam.Baik terjaga atau dalam mimpi, hanya Iris yang selalu bermain di fikiran.Kalau orang nak kata dia obses pun dia tak kisah kerana hanya yang dilamun cinta saja tahu perasaan indah yang dia lalui.
"Abang tak cakap pun Ris memang tahu dah yang Ris cantik..." Iris sengaja memuji diri sendiri.
"Abang bukan cakap pasal Ris...abang tengok gambar kek dan kuih yang Kak Yam masak tu, cantik dalam gambar ni..." Andika tayang muka selamba.Iris tarik muka.
"Benci tau....suka buat orang perasan..."
Andika menutup kamera sambil duduk di sebelah Iris.
"merajuklah tu...abang bergurau ajelah..Gila tak cantik sayang abang ni, macam bini Shrek...." Andika mengusik lagi.
"Abang..." Iris memukul perlahan lengannya.Spontan Andika memegang tangan Iris dan jemarinya dielus.Inai di jemari Iris masih merah, masih ada tanda yang mengingatkan peristiwa indah perkahwinan mereka beberapa minggu yang lalu
"Cantik sayang bukan di bibir abang.Bukan dengan kata-kata pujian.Tapi kecantikan isteri abang sentiasa ada di sini...di sini...dan di sini..." Andika membawa jemari Iris ke kepala...turun ke mata, kemudian diletakkan di dadanya."
Iris tersenyum.
"awww...Abang ni memang tau,sekejap buat orang sakit hati..sekejap buat Ris melting...Susah nak marah lah kalau selalu macam ni"
"Sayang ingat tak dah berapa hari kita bernikah?
"Errr...." Iris nampak terpinga-pinga.Andika mengecilkan mata bila melihat mulut Iris terkumat kamit bagai mengira sesuatu..."
"20 hari?" teka Iris.
"21 hari 15 jam dan 5 minit...." jawab Andika sambil melirik pada jam tangan.Iris tersengeh bila tekaannya salah.
"Nampak tak? sayang belum masuk setahun kita kahwin dah lupa..."
"Sorry....Ris janji yang takkan lupa lagi...tapi yang paling penting Ris tak lupa yang hari-hari Ris ni isteri abang..."
"Janji tak lupa?"
"Janji...Sampai mati Ris akan jadi isteri abang, suami di dunia dan akhirat..Ris nak jadi bidadari syurga abang" Iris mengait jari kelingking Andika..

Lamunan Andika mati bila telefon pintar dalam saku seluar jea yang dipakai tidak henti-henti berbunyi.Tawa dan senyuman Iris hilang serta merta. Dia merenung skrin telefon pintar.Tertera nama Arjuna pada skrin.Baru dia sedar sudah lama dia berada di situ.Tentu Arjuna sudah mengambil anaknya di sekolah.



Isnin, 10 Ogos 2015

Tujuh Warna Pelangi 1



BAB 1


"papa cepatlah! Pea dah lapar ni"
"Sabar,sayang...papa nak hidang la ni..."
Andika segera menutup api dapur. Lempeng di dalam kuali segera diangkat lalu diletakkan ke dalam pinggan.Kemudian segera dihidangkan di atas meja. Anak kesayangannya Sofea menjerit girang.

Yey, lempeng Pea dah siap!”

Andika ketawa melihat gelagat anaknya. Setiap pagi itulah rutin hariannya.Bezanya di hari minggu begitu dia turun ke dapur agak lewat kerana Sofea tidak ke sekolah.

“ Setiap hari anak papa ni sarapan makan lempeng cicah sardin, tak bosan ke?

Anak itu geleng kepala. Mulut Sofea yang comot  disapu dengan tangannya.

“ Lempeng papa sedap…Cikgu Pea kat sekolah pun cakap sedap…”

“Alah…Pea bagi cikgu makan masakan papa ke? Malu la papa…” Andika pura-pura tutup muka. Sofea ketawa lagi.

Andika suka dengar tawa anaknya itu. Si Comel yang menjadi satu-satu gula hatinya, penyeri hidupnya setelah warna-warna pelangi dalam hati kian pudar dari sehari ke sehari. Walaupun raut wajah comel itu mengingatkan kepada seseorang yang dia benci.Namun jauh di sudut hatinya dia tahu, Allah jadikan raut itu persis ibunya kerana dengan cara itu dia tidak mampu membenci Chempaka Iris.

"how sweet...”
Suara itu membuatkan Andika berpaling.Dia tersenyum kepada adiknya, Raihana yang muncul di dapur. Raihana menarik kerusi lalu menongkat dagu.Memerhatikan abangnya yang kembali menyambung kerja-kerjanya di dapur. Matanya ralik memandang Andika yang masih memakai apron itu begitu lincah mengemas dapur.
“manalah kawan-kawan Ana tak cair bila tengok abang Ana ni...handsome, pandai jaga anak...pandai memasak, patutlah diorang panggil abang duda hot!” Raihana sempat mengusik sambil tangannya mencubit sedikit lempeng yang sedang dimakan Sofea tetapi tangannya ditepis Sofea.
“ Jangan ambil Pea punya… Acik goreng la lempeng sendiri… Ni semua, papa masak untuk Pea..” Sofea tayang muncung panjang. Raihana menahan tawa.

“ Eieee… Pea kedekut dengan Acik erk..Tak nak kawan dengan dia….”

Sofea turun dari kerusi.Tangannya mencapai pinggan berisi lempeng.

“ Nak ke mana pulak tu?”

“Pea nak makan sambil tengok tv… Nanti kalau Pea makan kat sini, Acik ambil lempeng Pea…”

Raihana geleng sambil ketawa.Dia tersengeh melihat gelagat anak saudaranya yang berusia lima tahun itu..Kedekut!

“ Abang Andi… Tolonglah gorengkan lempeng untuk Ana… Lempeng abang paling tip top!”

"Sudah... tak payah nak membodek, kalau nak tunggu anak dara dalam rumah ni memasak, ibarat tunggu kucing bertanduk.Mati kebuluran orang dalam rumah ni” Andika malas melayan perangai manja adik bongsunya itu. Arwah ibunya meninggal selepas melahirkan Raihana.Mereka tiga beradik dibesarkan oleh ayahnya sehingga ayahnya meninggal empat tahun yang lalu. Sebagai anak sulung, dia banyak menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan Raihana yang paling manja. Ya lah..Manja sampai tak pandai buat kerja rumah!
"Eleh...nak kata orang ni anak dara pemalas la tu..."
"Ana yang cakap....Abang tak cakap apa-apapun... Ni, tuan puteri dah mencemar duli  turun ke dapur, putera raja tak bangun lagi ke?"
Raihana jungkit bahu.Dia faham sindiran Andika itu untuk abangnya Arjuna Ikhwan.Kalau hari cuti begitu, abang yang dipanggilnya putera raja itu takkan ke mana-mana melainkan memerap di dalam bilik tidurnya. Hantu tidur!

"Belum la kot....Hari ni kan cuti, membuta ajalah kerja dia..." Jawab Raihana.
"kau orang berdua ni kan... tak ada disiplin langsung. Kalau cuti sekalipun bangunlah awal. Ini semua kerja abang nak kena buat..." Andika masih belum berhenti membebel.
Raihana gigit bibir.Dia memang tak suka bila abangnya berleter.Sudahlah abangnya ini selalu bersikap diktator dan posesif, bila naik angin memang sejam dua belum habis ceramahnya. Dulu abangnya seorang yang periang dan kelakar.Namun semenjak bercerai empat tahun yang lalu, agak susah untuk melihat abangnya ketawa dan tersenyum kecuali dengan Sofea. Andika lebih suka berdiam dan selalu bersikap sinis dengan orang sekelilingnya.
"Sorry la abang Andi...malam tadi Ana tidur lewat nak siapkan design landskap rumah client baru tu.Kalau client komplain lambat, Ana juga yang kena marah dengan abang Juna"
Andika terdiam.Dia faham kesibukan kedua-dua adiknya itu semenjak arwah ayah meninggal dunia, syarikat yang diwariskan kepada mereka tiga beradik diruruskan oleh Arjuna. Nak harapkan dia, memanglah tak boleh diharap.Dia tidak ada kelulusan dalam bidang senireka landskap. Dia hanya menguruskan ladang sawit dan getah serta rumah sewa. Selain itu, dia selalu menghabiskan masa di bengkel ubah suai kereta miliknya.

“ Assalamualaikum!!!... “

Tiba-tiba mereka terdengar suara memberi salam. Raihana dan Andika saling berpandangan.

"Siapa pulak yang datang awal pagi macam ni...Pergi tengok Ana" Arah Andika. Dia kembali memanaskan kuali. Nak harapkan Raihana buat lempeng sendiri, silap-silap jadi lempeng rentung.
"Pergh....patutlah dari luar lagi bau wangi harum semerbak.Rupanya kau masak lempeng kelapa.Nasib baik aku belum sarapan lagi.Kiranya langkah kanan la ni kan?"
Rupanya Ayaz, abang iparnya yang datang. Abang ipar? Andika rasa nak ketuk dahi dengan sudip di tangan. Sampai sekarang dia masih anggap Ayaz abang iparnya walaupun hakikatnya dia dah empat tahun bercerai dengan adik lelaki itu.

"Apa kes kau datang tak beritahu ni Ayaz? Biasa kalau hari minggu kau pergi gym? Mimpi apa kau malam tadi, tiba-tiba muncul kat sini" Tanya Andika. Ayaz tak terus menjawab.Dia menarik kerusi lalu duduk. Raihana tidak kelihatan.Fikir Andika, tentu adiknya itu sudah naik ke biliknya untuk mandi.
"Aku dah call subuh tadi lagi...Kau yang tak jawab.." Ayaz tanpa dipelawa terus mencapai lempeng kelapa yang baru dihidang Andika;
"Aku tak dengar la tu...lepas solat aku terus sibuk kat dapur ni..." Andika membancuh teh untuk Ayaz. Lelaki itu bukan saja, bekas abang iparnya malahan mereka berkawan sejak kecil lagi.Sebab itulah, hubungan mereka masih rapat walaupun antara dia dan Iris sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi.
"Kau ni...tak kira hari kerja atau cuti, sibuk memanjang" Begitu berselera Ayaz makan. Andika adalah lelaki paling sempurna untuk dijadikan  suami.Orangnya rajin dan tak pernah mengeluh tentang penat bekerja.Bila memikirkan Andika bukan lagi adik iparnya dia rasa marah dan sakit hati.Entah di mana silapnya, Iris tergamak memilih melepaskan lelaki sebaik Andika semata-mata untuk mengejar cita-cita.
"Aku nak harapkan siapa lagi Ayaz... “ Jawapan itu terlalu mendalam untuk diluahkan.
"Dari dulu lagi aku nasihatkan...Kahwin aje lagi..Tak guna kau nak tunggu Iris lagi…”
“ Kau tak faham Ayaz… Sejak kita di bangku sekolah lagi, Impian aku Cuma Iris… Aku harapkan dia juga impikan aku dalam hidup dia…Manalah aku tahu yang selama ni… Aku bukan sebahagian daripada impian dia…Susah untuk aku Ayaz..”

“ Aku faham Andi…Kau jangan ingat aku tak faham perasaan kau…tapi kau kena fikirkan Sofea… Kau tak kasihankan dia ke? Dia makin membesar, dia perlukan kasih dan sayang seorang ibu… “

"Kahwin lagi? Kau ingat mak tiri boleh ambil tugas mak kandung ? Ayaz, sedangkan mak dia pun tak ambil peduli.Macamana aku nak percayakan ibu tiri boleh jaga dia..."
Wajah Andika jelas menahan kemarahan. Ayaz menarik nafas panjang.Dia tahu bukan mudah untuk Andika melupakan adiknya. Kalaulah dia boleh heret Iris dan balik kepada Andika, dah lama dia buat. Soal hati dan perasaan, dia tak boleh nak paksa. Kalau Iris betul cinta mati terhadap Andika, tentu empat tahun yang lepas mereka tak bercerai.

"Andi...Kau tak boleh terus macam ni...Aku cuma nak kau teruskan hidup" Ayaz masih cuba menasihati Andika.Sebenarnya, dia ada perkara penting nak disampaikan kepada Andika. Namun sejak tadi, mulutnya terasa berat nak meluahkan.
"Empat tahun Ayaz...Kau nampak aku hidup merana ke? Muka aku ada berubah macam zombi?”
Andika ketawa sinis. Dia memadam api dapur. Air untuk Ayaz sudah disiapkan.Hanya tunggu untuk dihidang.

"Tapi kau masih belum lupakan Iris kan? Kau berharap yang dia akan balik pada kau...”
Soalan itu tidak dijawab Andika. Ayaz menarik nafas dan dihela perlahan.

“Kalau Iris balik ke sini sekalipun, dia takkan pilih kau, Andi..."
"Kau nak cakap apa sebenarnya Ayaz..." Andika baru perasan reaksi Ayaz sejak tadi seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya.
"Aku datang ni sebenarnya nak beritahu kau...Iris call aku malam tadi...Dia nak balik ke Malaysia Andi...tapi dia balik sebab nak kenalkan bakal suami dia..."
Gelas  berisi air the untuk Ayaz terlepas dari tangan. Gelas kaca itu  pecah berderai di atas lantai.
“Ba..Bakal suami?”

“ Itu yang dia cakap malam tadi tapi kau jangan risau Andi… Aku takkan terima..Mak ayah aku pun tak setuju..Bagi kami, Cuma kau aja yang layak jadi menantu dalam keluarga…” Ayaz rasa bersalah. Dia Nampak Andika mengenggam kuat tangannya.

“ Dia nak kahwin? Jadi… memang betul la dia dah lupakan aku dan Sofea…” Suara itu kedengaran begitu perlahan…

“ Itu yang dia beritahu…Tapi selagi dia tak bernikah dengan lelaki lain, kau masih ada harapan untuk dapatkan dia balik. Aku, mak dan ayah akan sokong kau…Kami akan pujuk Iris supaya balik pada kau…Mungkin dia akan setuju bila dia berjumpa dengan Sofea…Orang selalu kata, hati seorang ibu akan lembut bila berkait tentang anak….

“ Empat tahun aku tunggu…Aku harapkan bila dia dah capai apa yang dia nak, dia akan balik ke sini dan balik pada aku… Aku sangkakan, cinta dia masih ada…Cuma dia marah aje sebab aku tak pernah pujuk dia…Manalah aku tahu yang dia akan jumpa orang lain yang dia boleh jadikan pengganti aku…”

Ayaz hanya mampu memerhatikan Andika yang berbicara sayu sambil mengutip serpihan kaca di lantai… Iris, kenapa tergamak kau sakiti hati lelaki sebaik Andika…