
Allahu, dah lama betul tak menaip didalam diari digital ini.
Sungguh.
Sibuk yang teramat sangat.
RINDU memang sangat rindu dengan blog tercinta ini.
Baiklah, Eryn akan cuba sedayanya untuk update apa-apa cerita atau event yang sempat untuk Eryn kongsikan bersama disini.
Yup!!
As you can read in the title above.
CHEF SELEBRITI BABA'S.
Al kisahnya macam ni.
Eryn tengok ada iklan yang mempromosikan tentang rancangan terbaru yang dianjurkan oleh Baba's mengenai Chef Selebriti mereka. Sebuah rancangan realiti mengenai masakan.
Basically it might also said macam MasterChef la kot, cuma ini menggunakan produk Baba's.
Nak diringkaskan cerita yang mungkin menjadi panjang ni, Eryn emailkan apa yang diminta ke alamat email Baba's.
Eryn emailkan ngam2 hari terakhir penyertaan.
Eryn masak Kari Ayam menggunakan produk Baba's masa tu, jadi......
Eryn hantar gambar masakan, gambar swafoto bersama masakan dan juga resepi masakan yang Eryn masak tu.
Seriously submit just for fun je sebenarnya, lagipun masa Eryn memang dah sangat2 padat melekat untuk siapkan tempahan cookies yang Alhamdulillah sangat menggalakkan.
Pada suatu hari tu,
Eryn dapat panggilan telefon daripada pihak TV3 yang mengatakan Eryn terpilih untuk audition Baba's di The Royale Chulan, Damansara.
Audition yang sepatutnya adalah hari Ahad. Cuma masa tu dah fikir, tak dapatlah nak ergi, sebab ahad tu dah ada plan dengan family nak bercuti ke Janda Baik, Pahang.
Seperti yang Eryn update dalam FB Post.
Tiba tiba esoknya, dapat lagi panggilan daripada Baba's, Mereka kata ada dua tarikh untuk auditon tu, Eryn pun lock date untuk sabtunya jam 3 petang.
Untuk hadir audition tu kena bawa gambar saiz 4R, dan juga salinan resepi.
Sebenarnya, perasaan tak pasti tu berlaku sehingga hari kejadian. Cuma pagi tu Eryn masakla lauk yang dipertaruhkan untuk audition tu.
Alhamdulillah.
Ive made up my mind and go for the audition.

Sampai ditempat audition jam 2.20pm. Alkisahnya sesi eryn adalah pada jam 3 petang.
Tapi jam 3 petang tu peserta kumpulan jam 11 pagi ke 1 petang punya giliran untuk mempamerkan masakan mereka.
Eryn datang sorang, jadi menunggu tu agak membosankan la, haha, selain main handphone, Eryn duk memerhati kawasan sekeliling, sembang sikit2 dengan perserta lain yang hadir.
Dipendekkan lagi cerita.... Turn Eryn iaitu kumpulan jam 3 petang, akan start masuk jam 8 malam, lepas maghrib. Tapi sebelum tu dah masuk dalam untuk ambil gambar untuk profil diri, ada 2 pose yang kami kena buat. Ini gambar individu.
Tapi legaaaa dan mujur start jam 6.30 ptg, Eryn dah ada peneman, so pergi makan dulu, dan ngam2 lepas balik makan, Turn Eryn untuk prepare makanan dan tunggu untuk jumpa 3 juri terbabit.
Peneman Eryn pergi menunaikan Solat Maghrib masa Eryn masuk ke tempat menyediakan makanan dan tempat menunggu giliran untuk dipanggil. (Eryn ABC masa tu,)
Standby dan menanti, lalu Eryn pun dipanggil untuk bawa makanan ke bilik penjurian. Tunggu dulu di luar pintu, diambil gambar bersama makanan pula dan diterangkan tentang apa yang akan berlaku dalam bilik tu, Eryn juga dipakaikan mikrofon.
Nak dijadikan cerita, peserta yang sedang dalam bilik tu dapat tepukan paling gemuruh dari ketiga2 juri. OMG. Can you imagine how much nervous i am? HAHAHA
Tapi, seriously, dia masak memang nampak sangat sedap, hiasan cantik bau sedap, dia lalu depan Erynje pun, bau makanan dia sangat memikat jiwa raga.
And im sure, dia mesti akan lepas peringkat yang ini, dan kemungkinan boleh jadi calon juara. Chaiyo!!
Okay back to my story, Eryn pun masuk dan memperkenalkan diri dan masakan yang dipertaruhkan.
Komen semuanya Alhamdulillah okay, Eryn berpuas hati sebab mereka mengatakan Masakan Kari Ayam Cinta Baba's yang Eryn sediakan tu sedap, cukup rasa, takde kekurangan rasa, everything is okay. Cuma mungkin Eryn kena improvekan lagi bab plating, hiasan, dan keunikan.
Shockingly, Eryn memang setuju dengan semua komen tu, sebab macam yang eryn cerita diatas, Eryn unsure sampai la dah betul2 naik kereta menuju kesana. Kalau Eryn bersungguh dan sangat yakin, of course Eryn akan usaha lebih on the creativity. Tapi takpe, yang penting Eryn dapat lepas first stage yang disaring oleh pihak Baba's untuk hadir ke audition di The Royale Chulan ni.
Tak tau la sesi Eryn lepas tak di TV3. Kalau ada nanti boleh la tengok. Tapi peserta total ada 150 orang untuk dua hari tu.
Apapun, Alhamdulillah. Ive made it!
Another level of achievement being unlock <3
Thanks pada semuaaaaaa yang banyak beri semangat dan galakan pada Eryn untuk mencuba nasib.
Priceless moment for me.
Thanks Baba's dan TV3 !
Thats All
Assalamualaikum
xoxo