Raya tahun ni sungguh memberi kesan mendalam kerana Raya kali ni aku merasa 2 kehilangan.
Pertama kehilangan kucing yang aku jaga baru 1 1/2 taun, selama 1/2 taun ni aku cuba untuk memberikan rawatan tetapi dengan faktor umur dan tak tahu berapa lama dia dah menjadi kucing terbiar.. dia hanya mampu bertahan 6 bulan.. tapi vet pun dah beritau peluang untuk sembuh memang sukar. Tak pelah kita hanya merancang dan berusaha.. Allah penentu segalanya... Gummy mati semasa di bawah jagaan Vet. Aku hantar dia ke klinik sebelum cuti Raya sebab keadaan dia yang makin kurang berselera makan tapi manjanya tahap max.. pantang aku ke siapa2 duduk mesti nak menempel.. Takpelah Gummy kamu dah tak sakit lagi seperti kata abang aniq bila aku balik dari klinik berdua dengan dia amik barangan Gummy. Aku cakap kat Aniq.. "Bang orang hantar cat klinik pastu amik bawa balik.. Kita amik barang je" Abang Aniq jawab "Takpelah bu Gummy dah tak sakit lagi" terus masing-masing diam membisu.. terpikir dalam hati macam manalah kalau kami kehilangan Benny.. kawan baik Abang Aniq sejak 5 tahun. Mungkin pada orang lain akan cakap alaa kucing je pun.. tapi bagi kami kucing-kucing kami sebahagian dari keluarga kami.. kucing-kucing aku sama macam anak-anak aku juga... Sebenarnya hari yang dia mati tu kami dah siap-siap berkemas untuk balik ke KL sebab Rizal dah beritau keadaan Gummy agak lemah.. ingat nak balik amik dan jaga.. tapi petang Khamis 29 Jun tu Rizal call dan beritau Gummy dah takde.. malam tu pula kami terima berita dari Doc keadaan mak bertambah tenat.. Alhamduillah ada sahabat yang sudi membantu menguruskan Gummy.. terima kasih Rizal..

Bye bye Gummy harap kamu gembira sepanjang tinggal dengan ibu 1 1/2 tahun ini.
Kehilangan kedua.. kehilangan tempat mengadu & bermanja.. Mak aku... Lepas terima berita kematian Gummy petang khamis tu.. malamnya aku pergi ke hospital seperti biasa runtin kami selama 15 hari sejak sebelum raya lagi. Seperti kebiasaan Doc akan review keadaan mak.. Mak di masukkan ke hospital sejak 15 Jun yang lepas sebab simptom muntah-muntah dan paru-paru penuh air. Setelah menjalani pemeriksaan ECG dan sebagainya. Doc mengatakan mak kena major serangan jatung dan terdapat saluran tersumbat di otak. Mak berada dalam keadaan separa koma sejak dimasukkan ke hospital dan jatung mak berfungsi sebanyak 20%. Doc cuba mengeluarkan air dari paru-paru dengan menjalani rawatan hemodialisis seperti kebiasaan yang dijalani oleh mak.. tetapi setiap kali hemodialisis dijalankan BP mak akan drop dan mengakibatkan deyutan jantung mak bertambah laju. Kali terakhir mak dialisis pada petang 29 Jun 2017 dan pada 30 Jun 2017 Doc buat keputusan untuk memberhentikan rawatan hemodialisis untuk mak kerana setiap kali hemodialisis dijalankan akan menyebabkan jantung mak semakin lemah dan mengikut kiraan Doc jantung mak berfungsi kurang dari 10%. Disebabkan rawatan hemodialisis tidak boleh diteruskan Doc memberi kebenaran untuk kami bawa pulang mak ke rumah. Sebenarnya semasa mak dikeluarkan ke wad biasa dari ICU keadaan mak masih separa koma tetapi Doc memberikan kebenaran untuk kami bergilir menjaga mak dan membenarkan sanak saudara melawat mak tanpa sekatan.
Pada 30 Jun 2017 kami membuat keputusan membawa mak pulang ke rumah. Mak pergi pada 3 Julai 2017 bersamaan 9 Syawal 1438H jam 2.30 petang ditemani kesemua anak-anaknya serta cucu dan mak disemadikan pada hari yang sama selepas mahgrib di sebelah ayah. Al-fatihah kepada arwah Kamisah Binti Abd Kadir 12051944 - 03072017 semasa usia 73 tahun...
Harini genap 3 minggu kehilangan mak. aku pulang ke muar untuk urusan arwah dan menziarah kubur kedua-duanya.