Thursday, November 16, 2017

Bawal Satin Cantik dan Selamat Kembali!

Assalamualaikum!

Yeay dapat retrieve balik blog ni! Lama sangat blog ni, last update dulu tahun 2014 masa zaman zaman orang tengah gila blog. Okay now apa kata kita aktif balik, tiba tiba mood menulis macam menyeru nyeru je ni ha. Along the way, boleh masukkan semua cerita pembesaran anak anak, pembesaran bapaknya dan maknya. Eh! Hahaha.

Actually nak start aktif balik sebab nak memudahkan carian orang yang nak beli tudung bawal satin terutamanya, sebab mungkin tak semua orang jumpa kat instagram or facebook kan. So senang.. Taip taip je kat google, insyaAllah boleh link ke blog ni baru lah terus ke instagram or facebook.

So nah! Gambar pakai tudung dari @be_anggunscarves (boleh search kat instagram) bukan je bawal satin, kita juga ambil order utk shawl. Custom made khas untuk chuolls.


Next entry kita update pasal color tudung bawal yang available tau tau!

Saturday, September 20, 2014

Assalamualaikum.

Ada lagi rupanya blog kak teng ni. Ingatkan dah tak boleh login sebab terlalu lama tak update and password pun kelaut. Cuma jadi silent reader saja.

Ada lagi ke follower? Mihmihmih. Nak cari setting pun tak ingat kat mana dah.

Ada orang tanya bila nak update blog? Nak baca kisah kahwin semua (kau ghase?). Ghase popularla. Haha.

Takdela nak buat comeback pun (ayat retis giteww). Saja nak update semula. Kata nak jadi suri rumah sepenuh masa lepas ni. Jadi boleh la update menu dan ootd anak (eh hello you are sooooo 2013) now orang tak ootd dah. Semua anak punya instagram sendiri. Matila.


Okay nah. Belanja satu gambar. Anak kak teng. Auliyya Innara binti Aliff Izzat. Tengah tido budak ni. Sebab tu ajet ajet update blog.

Okay duu.

Monday, January 7, 2013

(B2B Entry - DIY untuk photo booth!)

Salam Selasa..

Sumpah lama gila tak update blog sampai tadi nak login pun boleh lupa password. Hishh. Kenapa ntah datang pulak rajin nak update. Mungkin sebab excited nak kongsi something. Ehh tapi tak boleh excited sangat. Tak baik.. Tapi takpe. Kita doakan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah..

Tahun 2013 ni, sangat sangat mengharapkan ada sinar bahagia dan pelangi indah akan menyusul lepas hujan lebat turun membasahi 2012. Chewahhhahahha. Ayat ntah apa apa. Sumpah sangat mengimpikan bahagia 2013. InsyaAllah.

Kali ini, nak kongsi DIY untuk photo booth corner. Ala.. yang kalau orang wedding ada pegang on a stick tu kan. Bagi yang suka bergambar, ini memang alasan terbaik untuk bergambar di majlis perkahwinan kawan-kawan bagi sama-sama meraikan hari bahagia mereka. Kenangan kot ini semua kan..

Angan angan nak design photo booth macam ni bila kahwin suatu hari nanti:




















So cute.. Picture from Google




















Ni pun sooo cute!

DIY yang kita boleh buat dulu ialah....

























Yehaaa... On a stick yang berwarna warni.. Jimat kos kalau suruh abah print dekat office. Dahla free, colour superb lak tu.. Ekekeke... Lidi tu actually chopstick je tau! Untuk lebih tahan, lekatkan atas kotak keras. Siap!

Konsep booth maybe depends pada bride la nak decide macam mana.. Tapi.. Kalau nk design biarlah cantik nampak dalam gambar. Baru puas hati! :)


Good luck!

Friday, March 2, 2012

Review untuk Bel Pasto Italian Restaurant :)

Salam jumaat. Yeah. Semua pun akan happy bila jumaat menunjukkan rupa bukan? Biasanya bagi aku, hari jumaat adalah hari untuk makan makanan lebih sedap dari kebiasaannya. Jadi untuk hari ini, kita semua akan ke Bel Pasto Italian Restaurant yang terletak di Industrial Park, Kepong. *Amboihh macam jalan-jalan cari makan bunyinya.


Welcome to Bel Pasto Italian Restaurant. Bon Voyage Alfonso De Albuque *tetiba

Jadi untuk santapan kali ini, menu menjadi pilihan ialah:


Mushroom soup untuk starter. Mushroom soup dalam portion yang sangat banyak sampaikan hanya makan soup sahaja sudah cukup mengenyangkan. Mushroom soup yang penuh dengan isi, chef bagi tak kedekut. Kaww kaww punya. Harga RM6.90 sahaja.


Next, Pasta Marinara with tomato sauce. Juga dalam portion yang besar dan presentation food yang sangat menyelerakan dengan lala segar dan himpunan seafood yang banyak. Chef masih tidak kedekut. Harga RM19.90 sahaja.


Next, Pizza Bel Pasto dengan cheese yang meleleh, longgkan daging dengan roti yang lembut dan mengasyikkan. Sungguh tergoda dan teruskan makan walau sedar perut sudah separa kedepan. Harga RM25.


Next, Dessert Tiramisu menggoncang jiwa separuh mati. Dengan harga yang sangat murah, super reasonable RM8.90. Sangat terliur dengan portion yang super huge. OMG!




Ingin cuba? Cuba sekali pasti mahu lagi. Hahaha.

Bel Pasto Pizza Italian Restaurant
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kepong, Kuala Lumpur.



:)





Wednesday, February 29, 2012

Pity Madonnah (My Baby White)

Baru 2 bulan 12 hari Madonnah dah hilang keaslian. Tak sangka aku telah meninggalkan kesan parut yang mendalam yang mengguris hati dan perasaan Madonnah untuk kesekian kalinya. Berulang kali aku mohon maaf pada Madonnah, Madonnah hanya mampu mendiamkan diri tanpa membalas walau sepatah kata.


Madonnah dalam keadaan memilukan dan sentiasa murung sejak hari kejadian. Madonnah, sabar okay. Nanti weekend aku bawak kau berubat jumpa tok mekanik supaya kau pulih sepenuhnya. Itu lah, aku dah cakap jangan cium dinding mall tu, kau degil kot. Sabar okay Madonnah.


Normal kot newbie langgar dinding mall time buat side parking?