Wednesday, April 06, 2011

BLOG BARU!!!

Hai Semua!

Mulai hari ini, blog Les' Copaque dengan rasminya berpindah ke laman induk iaitu http://www.lescopaque.com

URL baru untuk Blog rasmi LCP :


Bookmark laman http://www.lescopaque.com/blog, anda boleh mengikuti segala berita terkini dari kami. Jangan risau, semua link dari laman blogspot sebelum ini akan dikekalkan tetapi segala update seterusnya akan diumumkan di laman blog baru.

Nantikan update yang seterusnya, segar dari ketuhar kreatif LCP!

P:S/>Translation in English, after the jump!

Friday, April 01, 2011

PZD Sneak Peek!

Good things come to those who wait. But wait no more! Check out Pada Zaman Dahulu first Sneak Preview!



Wednesday, March 30, 2011

Meriahkan Karnival Upin & Ipin di Perak Jun ini

Pasti ramai peminat Upin & Ipin yang masih merindui Karnival Upin & Ipin yang telah dilangsungkan pada tahun lepas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan di Melaka Wonderland. Kali ini peminat di negeri Perak pula bakal menyaksikan kemeriahan karnival ini yang bakal dianjurkan pada 3 hingga 5 Jun nanti. Semalam baru saja selesai sidang medianya yang dilangsungkan di PTTC, Perak.


Dr. Ahmad Kamil Mahmood,
Ketua Pegawai Eksekutif KPerak


Hj Burhanuddin Md Radzi,
Pengarah Urusan Les' Copaque


Karnival Upin & Ipin di Perak ini diubah sedikit namanya kepada Karnival ICT Perak bersama Upin & Ipin kerana karnival ini merupakan kerjasama diantara KPerak dan Les' Copaque Production. Ianya akan diadakan di Stadium Indera Mulia dan dijangkakan bakal menarik perhatian pengunjung sehingga 200, 000 orang. Antara tarikan menarik sudah tentulah Perarakan Animasi yang bakal menyaksikan lebih 200 penyertaan dari warga Perak sendiri. Perarakan Animasi atapun Animation Parade ni mendapat sambutan hangat ketika pertama kali diadakan di SACC dahulu. Selain itu, tarikan utama ialah pengunaan Inflatable Dome yang terbesar di dunia yang dijadikan sebagai lokasi persembahan multimedia dunia Upin & Ipin.


Bersama maskot Upin & Ipin


Antara media yang hadir

Jangan lupa meriahkan
Karnival Upin & Ipin di Perak nanti


Banyak aktiviti serta persembahan menarik bakal diatur sempena 3 hari karnival ini. Jadi semua peminat yang tinggal berhampiran dengan negeri Perak jangan lupa datang memeriahkan karnival ini nanti.

Pocket Ipin hit Malaysia's top 10 most paid app!




We are happy to announce Pocket Ipin has made it to the top 10 paid app in Malaysia's Apple App store!







Thanks a bunch for those who purchased Pocket Ipin!
and for those who havent, dont miss out on the fun and purchase the app now at itunes! :)



you can also visit our website at:

www.lcgdi.com

or follow us in twitter at:

twitter.com/lcgdi

Tuesday, March 29, 2011

PZD

The time has come to announce our latest project in the making!

*drum roll*


Pada Zaman Dahulu! (Once Upon A Time) Yes. The concept drawing we've been uploading for the past few weeks are from this title, Pada Zaman Dahulu. It's about Malaysian folk stories of a clever mousedeer, Sang Kancil and other jungle creatures. Their fantastic adventures are told by a grandfather to his city-based grandchildren, Aris and Ara.

And this week we're introducing Sang Kancil and also Aki, the grandfather of Aris and Ara!



And guess what? We've prepared an exclusive sneak peek for you, so stay tuned!


You can also check out PZD's facebook page at
or


qrcode


Friday, March 25, 2011

Menang NEF-AWANI Anugerah Khas Tun Mahathir

Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua ahli keluarga Les' Copaque Production kerana baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas Tun Mahathir bersempena dengan NEF-Awani di PWTC. Anugerah ini adalah kerana kejayaan mengharumkan nama negara dan membawa produk tempatan ke mata dunia. Wah, rasa sungguh terharu kerana anugerah ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Hj Burhanuddin bersama Anugerah Khas
Tun Mahathir, NEF- Awani


Hj Burhanuddin Md Radzi bergambar
bersama pemenang yang lain

Hj Burhanuddin sabar menanti
keputusan diumumkan


Acara NEF-Awani yang telahpun berlangsung selama 2 hari di PWTC berjaya melabuhkan tirai dengan meriahnya dan disertai oleh ramai pengiat ICT di negara kita. Beberapa warga kerja Les' Copaque juga berkesempatan untuk hadir memeriahkan acara penutup dan menyaksikan penyerahan anugerah yang gilang gemilang itu. Terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali NEF dan Astro Awani kerana telahpun memberikan kerjasama yang sangat jitu.

Hj Burhanuddin sempat ditemuramah
Astro Awani sebelum acara bermula


Tahniah Les' Copaque

Zaid dengan aksi lucunya

Nampaknya selepas ini abang-kakak dan kakak-kakak di Les' Copaque akan terus usaha menerbitkan produksi animasi yang lebih berkualiti di masa akan datang. Tahniah!

Bacaan dari web lain - > Utusan Online



Thursday, March 24, 2011

Terima kasih !

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak, menyampaikan Anugerah Khas Tun Mahathir kepada Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi pada Majlis Anugerah ICT NEF - Awani 2010 di PWTC, semalam. - Gambar dan artikel dari Berita Harian Online.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjadikan impian ini satu kenyataan. ;)



Monday, March 21, 2011

Here's Aris!

Remember when we said we're introducing you to Ara's brother? Well....this is Aris! He's an avid gamer and comic book reader :D





Thursday, March 17, 2011

HARGA ISTIMEWA UNTUK AHLI KELAB UPIN & IPIN

Hai, semua...

Ada sesuatu yang istimewa untuk ahli Kelab Upin & Ipin. Sila layari www.lescopaque.com dan klik "online store" ntuk membuat pembelian secara online dan dapatkan harga istimewa*. Khas untuk ahli Kelab Upin & Ipin yang sah sahaja.

Jangan lupa nyatakan nombor ahli Kelab Upin & Ipin anda yang tertera di belakang kad keahlian anda untuk menikmati harga istimewa ini.

*Harga istimewa yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran.





Wednesday, March 16, 2011

Ara

*Updated image on 22th March 2011


Here's Ara. She's very shy around strangers. That's why she always sticks around her brother. Yes, she has a brother. We'll introduce you to him next :D


Saturday, March 12, 2011

Betul, betul, betul!

Mei-Mei sungguh comel
bercakap Betul, betul ,betul!


Susanti pun nak cakap Betul, betul, betul!


Betul, betul, betul!. Siapa tahu siapa yang selalu cakap betul, betul, betul? Hmm, dah tentulah Ipinkan. Nampaknya untuk promo musim baru ini semua kawan-kawan Upin & Ipin pun nak cakap betul, betul, betul sama macam Ipin. Tapi siapakah diantara mereka ini dapat bercakap sama seperti Ipin. Kalau nak tahu jawapannya mari kita lihat video ini.



Video Promo "Betul, betul, betul"


Friday, March 11, 2011

Mari Berpantun bersama Jarjit

Ha, apa tunggu lagi kawan-kawan. Marilah sertai peraduan Pantun Jarjit yang diceriakan oleh TV9. Kawan-kawan boleh menghantar seberapa banyak pantun dan yang paling penting sekali pantun tersebut mestilah unik dan kreatif. Hantarkan pantun beserta butiran lengkap kepada alamat di bawah sebelum 20 Mac 2011 ini.

CH-9 Media Sdn Bhd (TV9),
Tingkat 2 Sayap Utara,
Sri Pentas Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tuesday, March 08, 2011

Intro baru Upin & Ipin !


Inilah dia intro baru Upin & Ipin musim ke 5, yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu ini !

12 Mac 2011
6.30 p.m.
TV9

Nantikan kemunculan adik kembar kita ini bersama kawan-kawannya !

p/s: Nak wallpaper untuk handphone canggih anda ? :)

iPhone Home / Lock Screens



BlackBerry Wallpapers






Friday, March 04, 2011

Fresh out of the oven~


Stay tuned for more~

Tuesday, March 01, 2011

Saturday, February 26, 2011

Newly Wed !



Just attended the wedding reception of Ikmal, one of our dedicated senior animator in Les' Copaque Production.

May your marriage be a joyous adventure filled with love and laughter.


Wednesday, February 23, 2011

Upin & Ipin 5 !!!

Hi everyone.

Guess what? We are coming up with yet ANOTHER season of Upin & Ipin series! Can you believe it? FIFTH year, and still no sign of us stopping anytime soon. How can we? With so much love and support our twins have been getting, it just don't seem fair for us to lower the curtains on them now.

And this time around, we are more than happy to introduce to you, the NEW and IMPROVED : CONCEPT ARTs for Upin & Ipin!


New look of Opah's house !

Tok Dalang has just finished renovating his house.

This is where Upin & Ipin play with their friends !

Seems like the grass is getting greener and greener on our side :D

But hold on, that's not all. The atmosphere here at Les' Copaque Production's studio are getting more and more thrilling by the day. What's the fuss? Well, we can't expose it just yet, but I can tell you this much, our team is working extremely hard to bring you.............. A NEW SHOW!!!
That's right, completely new!!! Non related to Upin & Ipin whatsoever. And we just can't wait to start posting it up here!

Can't wait but will have to. So if you'd like to find out more on what we're up to, stay tuned!

p/s: Here's some wallpaper for you to decorate your desktop. :)

widescreen.

standard.


Wednesday, February 16, 2011

Notis Penutupan Sementara U & I Boutique

Hai...Untuk makluman semua peminat Upin & Ipin, U & I Boutique yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor akan di tutup sementara waktu bermula 16 Februari 2011 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak bagi kerja-kerja pengubahsuaian.



U & I Boutique akan kembali beroperasi dengan wajah yang baru. Tunggu, ya?


Tuesday, February 01, 2011

Selamat Tahun Baru Cina!

Saya suka, saya suka! Ha, kalau Mei-Mei semuanya dia memang suka, lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari saja lagi perayaan Tahun Baru Cina bakal disambut. Macam-macam makanan yang ada nanti termasuklah buah limau. Dalam kesibukkan Mei-Mei membuat persiapan hari terakhir ni, sempat lagi dia menyakat Mail. Kalau nak tahu, tahun ini merupakan tahun arnab. Jadi Mail di dalam episod "Seronoknya Membaca" yang berpakaian seperti karektor arnab. Mari kita baca komik ringkas yang telah disediakan ni.

( Klik untuk lihat besar )

Thursday, January 27, 2011

LC Animation Training Center


Salam sejahtera semua...

Selain daripada menghasilkan siri animasi Upin & Ipin, Les' Copaque Production juga mempunyai anak syarikat di dalam Les' Copaque groups yang diberi nama LC Animation Training Center (LCT). Mesti ramai yang dah tahu kan?

Sebelum ini, LCT bergiat secara kerjasama dengan pihak MDeC melalui program yang diberi nama Job Camp di mana pihak kami menyediakan perkhidmatan kursus kepada para peserta yang berdaftar dengan MDeC.

Baru- baru ini LCT telah bergiat secara bersendirian dan menawarkan kursus yang sama iaitu 3D Modeling dan juga kursus Animasi. Bezanya, kali ini permohonan terbuka kepada pihak universiti atau mana- mana organisasi yang ingin menghantar pelajar atau pekerja untuk mempelajari tentang teknik- teknik 3D Modeling & Animasi.

Pihak kami menyediakan semua kemudahan belajar semasa kursus di jalankan. Bilik kursus yang lengkap dengan pelbagai alatan komputer bagi menyenangkan proses pembelajaran. Tenaga pengajar kami adalah terdiri daripada pekerja kami sendiri yang mempunyai pengalaman dalam pembikinan filem Geng: Pengembaraan Bermula dan juga siri Upin & Ipin.


Kemudahan yang lengkap di bilik
training



Antara peserta yang mengikuti kursus
3D Modeling


Semasa sesi pembentangan atau presentation


Selain memberi peluang pekerjaan kepada para peserta, kami juga berusaha memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat presentation di hadapan semua pekerja Les' Copaque Production agar dapat membina keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai.



Selesai sahaja kursus yang mengambil masa selama 3 minggu ini, pihak kami akan memberikan sijil penyertaan kepada para peserta. Best kan?

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan dan harga yang dikenakan, anda boleh menghubungi Cik Nurul di talian 03-5511 8089 atau hantarkan email kepada: training@lescopaque.com.

*Anda mungkin berpeluang menjadi salah seorang ahli team kami!