
Assalamualaikum ntum,
syukur alhamdulillah, ana masih berkesempatan untuk mengupdate blog ana setelah sekian lama tidak update blog ana tentang pengisian ilmu agama.. alhamdulillah, kini kita dalam menyambut bulan Ramadhan, 12 Ramadhan 1432 H, ana ingin berkongsi perkongsian ilmu yang ana hadirkan diri dalam masa bulan Ramadhan iaitu satu ceramah yang telah diadakan di Multipurpose Hall (MPH, Menara TM) pada 8/8/2011 (Isnin) lepas..
tajuk perkongsian sungguh menyentuh perasaan dalam seluruh umat beragama Islam menyambut bulan Ramadhan, iaitu bertajuk " KELUARGA SYURGAWI " yang disampaikan tidak asing lagi pengacara dari TV9, iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah & suaminya.. alhamdulillah, bicara tidak begitu panjang, malah ilmu yang dikongsikan kepada semua umat Islam adalah amat bermakna dalam bulan Ramadhan..
ana tidak ingin menghuraikan terlalu panjang, kerana apa yang ana nak kongsikan adalah 12 amalan dalam bulan Ramadhan.. antaranya :-
1. Berpuasa dengan tingkatkan taqwa ;
- kurangkan mendengar bisikan bergossip, mengumpat, & sebagainya.
- kurangkan bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah.
- jaga perbuatan tangan & kaki dengan perkara terlarang.
- berpuasa dengan afuf; menurut " Imam Ghazali "
2. Menganjurkan solat sunat tarawikh ;
- lakukan solat sunat setiap malam sebelum bangun bersahur.
3. Bersahur
- hendaklah kita bersahur berjemaah, kerana ia lebih afdhal jika bersama seisi keluarga.
- bersyukur dengan makanan yang kita makan ketika bersahur.
- duduk pada waktu terhidang makanan.
4. Menyegerakan waktu berbuka puasa
- sentiasa berada dalam keadaan kebaikan
5. Memperbanyakkan doa bulan puasa
6. Memperbanyakkan khatam Quran
- 6,000 malaikat akan mendoakan kita
7. Lakukan kebajikan
- memperbanyakkan bersedekah kepada jiran2, sahabat2
- banyakkan berderma kepada badan-badan yang memerlukan sumbangan
8. Banyakkan doa
- berdoa untuk diri sendiri
- berdoa untuk keluarga
- berdoa untuk ibubapa
*** surah-surah yang mujarab berdoa iaitu ;- surah al-ashry : ayat 21
= letakkan diumbun kepala anak2 kita, suami / isteri di tengkuk.
*** surah al-kausar : ayat 24
= doa dari nabi musa ( untuk bermohon hajat ) & surah an-namanur : ayat 30-31
9. Banyakkan amalan pada 10 malam terakhir
- bangunkan ahli keluarga
10. Banyakkan berikhtilaf di masjid
11. Tunaikan zakat fitrah ;-
- terbahagi kepada 2 iaitu :- a) zakat harta b) zkat fitrah
- barang kemas untuk keluarkan zakat adalah 150 gram ( bagi Wilayah Persekutuan )
- 85 gram keatas adalah WAJIB untuk keluarkan zakat
12. Memperbaiki silaturrahim sesama insan
alhamdulillah, itulah serba sedikit 12 amalan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah semasa sesi bicara masa majlis ilmu di Multipurpose Hall, Menara TM.