Selamat Berpuasa pada Tahun 2023

 Hi.

Still alive. Haha after beberapa tahun, akhirnya aku kembali ke sini.

So kebetulan sekarang adalah bulan puasa, untuk tahun 2023. 2023 baiii. Aku dah tiba-tiba 33 years old. Macam baru semalam je umur 24 tahun. Kah.

Anyway nak cakap yang I love berbuka puasa di rumah. Sebab juadah yang sangat sederhana dan tiada pembaziran.

Nasi, lauk protein, sayur, kurma, air buah. That's it. We dont buy kuih-muih or other extra dish. This is the best juadah berbuka puasa ever! Sangat sederhana, sihat & secukupnya. Semoga consistent!

Dah lah tahun 2023 ni amat mencabar. Mencabar dari segi apa? Sama - sama nantikan next post. But nak say sorry siap-siap if next post adelah pade tahun seterusnya. Haha.

Selamat berpuasa.

Underground Blog

Good Afternoon my underground blog!

So now I have 3 blogs. Eh actually macam ada 5 blogs! lol. Tapi ini yang paling sayang. Usia blog ini berkemungkinan sudah 10 tahun.

Dari zaman bercinta di usia kolej sehinggalah dah ade anak seorang. Blog ini masih teguh berdiri. Masakan tak sayang? Hehe.

Sayangnya, aku cuma post sekali sekala. Sorry. Getting busier. Dah la takde laptop. Lepas tu, blogger apps pula dah tak valid sekarang.

Anyway, let me tell you a little bit about the 5 blogs that I have:

1) liyanajawahir.wordpress.com - Blog ini adelah untuk aku cerita pasal perasaan ke experience ke any personal thingy atau apa - apalah, and I want people to know about it.

2) liyanajawahir.blogspot.com - Blog ini untuk aku ceritakan tentang pengalaman atau review. Yang begitu general. Takdelah personal sangat.

3) leenyqueen.blogspot.com - Blog ini macam underground sebab it's not easy to found this. Sesiapa yang follow aku dari awal mungkin tahulah URL blog ini. Blog ini paling ku sayang. Paling active bahagian Korean Drama Rating. Haha.

4) memorabiliana.wordpress.com - Hanya gambar. Tapi lama dah tak upload.

5) kopiresipi.wordpress.com - Resipi aku copy paste dari mana - mana blog. Anyway mungkin good idea if I can upload recipe Aisha kan dalam ni. Hihi.

Wounded

Random thought that have been lingering around my mind lately:

REASON:

People said, things happened for a reason. Semuanya berhikmah. I know this. But, to be honest, there are few incidents or fate that I still don't know why it's happened. Mungkin tahu tapi tak perasan. Atau belum tahu lagi, but soon.

LOVE:

Different people has different way in interpreting love. Love is defined differently by each individual. Ada orang, bila dapat "attention" dia rasa itulah cinta. Ada orang bila dapat makanan kegemaran yang dimasak, itulah cinta. Tapi saya? Saya perlukan "consideration". Those who are considerate towards me, I know that's love. And different definition of love lah yang menyebabkan all misinterpretation & misunderstanding happened between each other.

Contoh mudah adelah, bila orang yang disayangi tak considerate dekat kita, mulalah nak rasa tak disayangi. Tapi orang itu dah rasa tunjuk kasih sayang dah sebab dia cakap, "Takkanlah aku memasakkanmu makanan kegemaranmu sekiranya aku tak cinta?", But please, I don't need food. I need consideration. Know what I mean?

WOUND:

Untreated wound will ends up giving out puss. Perasaan perasaan pedih yang dipendam di dalam hati, akhirnya akan menjadi bara yang meletus di kemudian hari. Betulkah diam itu lebih baik? Diam yang memendam itu bahaya. Women are like this. Forgive...but we don't forget.


Update Setahun Hanya Sekali

Oh my!

Lama sangat ni tak update any new post di blog ini. Selalu kalau ya pun sign in, I pergi update the Korean Drama Ratings je. Hihi. Actually kite ade blog lain yang lebih rasmi. liyanajawahir.wordpress.com (not that I always updating that blog tho. Sama je bersawang).

Anyway, what's my update ye?

1) Saye dah ade 9 months old baby named Aisha Sofia. My laf!

2) Saye ade business baru - The Oversi Store. Mainly focusing on selling baby clothes from US, UK, AU etc. Tapi sekarang tengah temporarily inactive due tu fasting month & raya month (ceh alasan). Tapi benar. Rasa busy dan tiada masa sampai kan baju dari kampung haritu belum unpack tau. Whattt.

3) I've been thinking to start venturing into new business. Say, franchising? Tapi belum tahu nak franchise ape. Takkan selamanya makan gaji kan kan.

Apa lagi ya yang baru dan berlainan since last update? Hurm.

4) Ha, my mom met with an accident so dia patah both ankle for left foot. Pray for her recovery ya. Ayah Alhamdulillah okay saja. Sedih tau. Few days before raya. Semoga ibu diberi semangat yang kuat dan lebih tabah dengan ujian Allah SWT ni.

5) Adik perempuan dah besar, dah nak SPM dah die tahun ni.

6) Adik lelaki dah jadi journalist famous asyik keluar tv je. Hope dia tak sebarkan video rumah terbuka tu. (Isu hangat politik masa kini, June 2019).

Okay boss dah datang, nanti sambung lagi. Lariiii.

Selamat Hari Raya Uollssss. Doakan saya dapat beli laptop baru supaya dapat bergiat balik dalam bidang blogging. Cewah.

Imploded house.

Pada waktu itu, kami sekeluarga (ayah, ibu, adik Mira, seorang kawan, seorang budak sepupu entah siapa dan suami), kami dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Naik Myvi merah. Kemudian kami singgah di sebuah bangunan flat usang di KL. Bangunan itu macam ada banyak bilik sewa kecil kecil. Maybe masa tu untuk rehat pada malam tersebut lah sbb dah terlalu dinihari. Waktu itu, entah macam mana, kawanku itu baru habis marathon so dia sangat tired sampai nak buka 100plus pun tak larat. Aku yang kena tolong kupilkan tin itu dan letakkan makanan dalam pinggan dia. Dan dengan matanya yang layu, dan wajahnya yang kepenatan, dia berterima kasih padaku, dan kami tengok tv sama sama (tiba-tiba kan).

All of sudden, ayah macam nak takut - takut kan kitorang semua. Dia cakap, "cuba tengok tu, macam ada asap la dekat dalam rumah ni. Siapa yang hisap rokok.. Haaa, rumah ni mana ada orang". And aku melihat keluar tingkap, memang ternampak asap berkepul kepul, tapi ternyata, ianya dari luar rumah. So, aku membalas "itu asap dari luar kilang laa. Cuba tengok!" sambil menunjuk ke arah luar balkoni.

Kemudian kami semua (kecuali suami) pergi meluru ke arah balkoni dan hanya memandang ke arah asap - asap tersebut. Nak dijadikan nightmare, tiba - tiba asap tersebut bertukar menjadi hitam, berkepul - kepul dengan lebih banyak, dan sumbernya datang dari sebuat rumah apartment. Tiba - tiba terdengar bunyi letupan letupan sikit. Rupa - rupanya rumah tersebut sedang implode. Bangunan dia tengah nak runtuh. Batu - batu melantun, dan disebabkan rumah tersebut tak berapa jauh dari balkoni kami, ada batu yang almost terkena kami. Aku dengan segera mengeluarkan phone untuk rakam kejadian ni. Di samping itu, minta orang call 911. At the same time aku jerit, "sepupu, kawan, jangan rapat sangat, nanti kena batu". Tapi sbb kawan aku tu penat sangat sampai blur, aku adelah beberapa kali selamatkan dia dari batu - batu tersebut dengan menghalang badanku depan dia. Terdengar jeritan dari rumah yg sedang implode tu. Sayu bunyinya. Kami tergamam melihat bencana yang terjadi depan mata. Then, bila dah sekelip mata bangunan tu roboh, keadaan jadi huru hara. Ayah terus turun nak tolong mangsa - mangsa kat bawah. Tiba - tiba husband macam baru keluar dari bilik sebelah and blur. Aku tanya, "Nampka tak apa jadi?". Dia cakap, "nampak."

Then tiba - tiba je aku dah ade kat bawah, menuju ke arah kereta Myvi kami. Aku bertanya kepada orang yang lalu lalang "ibu ayah mana?" Then dorang cakap dah dalam kereta Myvi. So aku bergegas ke kereta kerana dikejar hyena (tiba - tiba) lagi. Jalan jammed gila.

Esoknya keluar surat khabar yang rumah itu sebenarnya projek Rumah W1P. And contractor yang salah buat rumah tak kukuh and stuff.

And it's all real until I woke up. This is a nightmare that looks like real! Anyone had this before? Bila bangun pun masih terasa takut, cuak dan terfikir fikir, and blur, what happened just now?

My Sweet Pea!

To my sweet pea, hang in there!

This week, I'm a little bit (so) tired and sleepy, all the times. And mungkin at the same time ada tak terlayan your dd. Kesian dia. Harapnya dia dapat bersabar melayan my mood swings, fatigue and macam - macam lagi cekadak yang terkeluar. And, you just need to be stronger okay! The rest, lets leave it to Allah SWT.

Anyway, you're 6.4mm (supposedly according to your gestational age lah kalau betul kiraan my-non-doctor-self ni). Many crucial development is happening now! You're developing more sophisticated circulatory system! And started to sprout a nose, eyes, ears, chin and cheeks. And you might even be wiggling your tiny cute paddle-like hands and feet!

I am tired and did not have good appetite, at the same time always hungry especially during the morning, but when I think about you, I am so excited and can't wait for you to grow bigger and stronger! Dan lagi, hopefully kita dapat atasi 1st trimester ni bersama ya sayang! Be strong you!


Coretan untuk apple seed.

Okay, berdasarkan statistic, it is safe to say that nobody comes and read this blog now! So, ini bermaksud, it is safe to announce something! Aha!

Hihi. Sebenarnya macam ini lah, orang kata, tak elok beritahu / sebarkan berita ini awal - awal because it is still at a fragile state now. Tapi dalam Islam, takdelah pulak dalil dalil yang menyatakan tidak boleh beritahu awal - awal. Petua ini cumalah supaya tuan badan tak berasa begitu tertekan sekiranya yang tidak baik berlaku. So enough berbahasa basi, I just want to tell my blog, or sesiapa yang ter-bertuah ter-baca blog ini yang:

Alhamdulillah, I'm pregnant. 5 weeks. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Dan semoga anakku ini terdiri daripada golongan yang bersyukur ya nak ya.

I ada baca satu article ni yang tulis tentang the perk of announcing earlier about the pregnancy. But I'm just gonna pick some of the words lah tau. First of all dia tulis, "its your pregnancy, up to you when you want to announce this good news! You are entitled to feel whatever you're feelings right now. You are the mother! Even if you wanna scream to the world right after you get the second line, go ahead!" Wow. So impactful dan mengurangkan rasa guilty to gloat. Haha.

Secondly, some said, you don't want to tell people before 12 weeks because the first trimester is the highest risk of miscarriage. And, if anything happen, the mother can digest the sadness before other people knows about it. But the article rightfully said, "who says the mother should shoulder this burden alone?! They should get support from people around. Especially the ones that have experience about it." Okay, lagi kurang rasa guilty ni nak teruskan writings ni. Ceh. Haha.

Thirdly, that day dekat office, adalah sorang sales person ni, dia tiba - tiba came to me and jokingly said "eh congrats ah". And I was like, "why?", and he was like "eh i dengar you dah mengandung ea". And I was so shocked and not intended to tell people yet about this, and my spontaneous respond has been: "Eh mana ada!". See, see what I did there? I am so guilty and so so sorry to this embryo because I respond negatively like that. Walaupun mungkin tak berniat, tapi tetap rasa bersalah dan berdosa jawab macam tu. So why not now, I'll be so relax, positive and calm about this. And admit the good things. Tak ape, niat bukan nak menunjuk atau berbangga. Tahu tak betapa susahnya nak sembunyikan khabar gembira??! Oh my. Sabar Liyana.
*Later that day I just knew that dia saja tembak statement tu sbb yelah kalau orang tu baru kahwin nak buat lawak apa lagi, but during that moment I thought he miraculously knew, and I panic! LOL*

Fourthly, lebih banyak yang tahu, lebih ramai yang mendoakan, tambah - tambah mereka yang tumpang gembira atas kedatangan orang baru (bakal). Mereka yang tak gembira, tak apa, takde ruginya, sebab doa yang tidak baik, tidak dibenarkan ya. Kalau tak suka seseorang pun, eloklah doakan semoga orang tu mendapat Hidayah ke macam tu ya. Jangan doa jatuh longkang ke apa, tidak dibenarkan tau.

Fifthly, mereka yang pakar juga, boleh tolong beri nasihat. Most nasihat berbunyi : "Jangan makan XXX" Hahaha! Tapi saya amat menghargainya. Dan sebolehnya, saya ikuti semua nasihat tersebut. Tau tak when it comes to health, especially the loves one, saya ni bukan yang degil orangya :')

Apa pun, doakan ya. Semoga saya berjaya menempuh the first trimester ini, yang orang kata paling banyak cabaran dan dugaan. Rasa macam kalau boleh cepat lah week 12! Amin. Hehe. Ya Allah, semoga sayang saya ini, diberikan kesihatan dan semakin kuat! I know you can do this. You just be strong okay. The rest, biar ibu (eh nak dipanggil ibu ke?) and ayah buat, dan biar Allah SWT yang tentukan takdir kita. Biar apa pun, semuanya pasti yang terbaik :)

So you are as big as apple seed now. I hope you'll getting bigger. And stronger. And healthier. And kinder. Love you.

Shot Through The Heart

I am wondering, whether, people still come here or not?
I mean my blog.
Ade orang bace tak?

Hello....

Lepas tu tetibe je teringat lagu "Shot through the heart and you're to blame, darling you give love a bad name" sbb ternampak perkataan ni dekat blog ni.

Lagu ni sebenarnya asalnya dari How I Met Your Mother, Barney suka sangat lagu ni.

Kemudian everytime I've heard this song, it will definitely reminds me of Sydney! Sbb dekat sana la tgk HIMYM and dengar lagu ni for the first time.

I miss Sydney, and my life back there. Not saying, current life sucks or something, but I really miss my life back there where responsibility is so damn small and your life is only about you, courses, love and friendship. LOL!