Assalam....
Hi semua lama tak update belog theheeeee...;)
Tajuk blog kali ni agak serius bunyinye..hehe.
Saje nak share untuk sesiapa yg mcm masih belum selesaikan hutang PTPTN mereka.
Mcm kes aku ni, aku langsung tak membayar hutang ni dkt 5,6 tahun jgk la..
Langsung tak tahu apa jadi dh dgn hutang sendiri kt benda alah tu.
So long story short, aku nak membeli le kereta baru..makanya pihak bank dh update aku suruh pegi update hutang dgn benda alah tu. Salesman kereta plak suruh aku tukar kepada Ujrah.
Lepas call pihak PTPTN, diorang suruh setel kn dulu hutang tertunggak which amount nye kurang sikit dari total amount hutang. Aku kena setel kan at least 50% dari tunggakan tu.
Let's say tunggakan kau 12k so kena setel kan 6k camtu. Only then baru bole tukar kepada Ujrah bagai tu.
Celah mana plak aku nk carik 6k tu kan..nak beli kereta ni loan KIV dulu sebab hutang tu.
Kakak aku plak baru dia nak inform rupanya bole bayar melalui akaun 2 KWSP kau.
Kalau tahu dari dulu dah lama aku buat dah..hampeh.
Firstly kena register dulu i-akaun dkt website KWSP www.kwsp.gov.my (click kt e-Pengeluaran).
Tapi sebelum tu kena call EPF Center (03-8922 6000) utk dapatkan activation code.
Then diorang akan send code tu by SMS. Lepas tu baru boleh register i-akaun tu.
Kt situ ada tanya tarikh kau masuk belajar dan tamat belajar n no rujukan. Actually masa kau call PTPTN tadi diorang akan bagi details tu. So no worries k kalau lupa bagai. hehehe..
Lepas dah selesai register tu, kau kena tunggu plak SMS dari EPF (no yg sama masa kau dpt activation code tadi) yg menyuruh kau pegi KWSP utk pengesahan. At least dlm masa less than 24hours cmtu. Mcm aku haritu tak menyabar, lepas register i-akaun terus pegi KWSP dgn konfiden nye. Terus pulang dgn hampa..hahaha.
Next kena pegi KWSP utk thumb print utk pengesahan. Jgn lupa bwk document berkaitan. Mcm aku, aku bwk sijil Diploma original n fotokopi punya.
Selesai pengesahan, kena tunggu dlm masa at least 14hari utk pihak PTPTN update.
Selepas itu pegi la PTPTN tu utk update n dapatkan document n bertukar kepada Ujrah bagai tadi tu.
Begitulah al-kisahnya...
Panjang bebeno ye...
Thanks la sbb bertahan utk membacanye..hehehe ;)
Untuk perkongsian bersama.
Sharing is Caring kannnn...
Okbyee..!